Friday, October 19, 2007

Sudah sampeii!!

Itu diaa!! Set Herbalife pertama akak dah sampai! (Bunyinya cam konfiden jek kan akan ada set kedua dan seterusnya kan?). Sangat cepat okkeh..

Set ni akak order dari Cyber Slim Center hari Rabu baru ni. Masa tu akak dapat email auto-reply mengatakan Encik Cyber Slim Center itu bercuti sampai hari Isnin. Raya sakan gituu. So akak ala² kachiwa la kan sebab nak kurus cepat ler kononnya nih. Hik hik hik. Tetiba besoknya (semalam ler tu), akak dapat sms kata order akak telahpun dikurierkan. Dan hari ni pun sampai ler depan pintu rumah akak. Sangat cepat kan? I like! I like!

Dan macam yang dilihat dalam gambar tu, set asas ni ada Formula 1 (yang panjang dan tinggi tuh), Formula 3 (yang pendek dan gumuk tuh) dan Tea Mix (yang botol paling kecik tuh). Jangan ler tanya akak kenapa dia Formula 1 & 3. Kenapa takde Formula 2, sebab akak pun tatau. Pastu dalam pack tu, dapat sekali shaker cup, sudu penyukat, tali pengukur & buku panduan. Free katanya. Iyo lah tuh free, padahalnya dah include sekali dalam cost yang akak bayar tu kan? Alaa.. akak pun bisnes laa, akak tau ler taktik² promosi nih kan.

So tengahari tadi dengan rasminya akak pun mula lah consume Herbalife. Akak order perasa French Vanilla. Sedap okkeh.. ala² vanilla shake kat McD tuh. Cuma nak menghabiskan tuh, muak jugak ler. Tapi kalau ikut buku panduan, dia suruh pakai soya atau jus. Akak tadi pakai low fat milk, sebab itu aje yang ada dalam peti sejuk. Tengok ler malam karang akak try pakai jus pulak ek. Dah beli dah tadi, berkobar² le katakan.

Nak kata mengenyangkan sangat tuh, idak le jugak. Cuma takde la rasa lapar. Lagipun akak minum banyak air masak hari ni. Sejak bulan puasa hari tu sampai le lepas raya, memang akak kurang minum air masak. So hari ni baru nak start balik minum air masak banyak². Meriah jugak le bilik air akak hari ni sebab akak asyik datang menziarah jek.

Tea Mix tu pun akak buat jugak tadi. Leh tahan gak, ada rasa lemon. Memula masa akak baca kat website, akak ingat tea mix tuh jenis kena tapis cam teh biasa. Ataupun jenis pakai uncang. Sebab sebelum ni akak beli teh² kurus nih, cenggitu ler. Rupa²nya tea mix nih jenis serbuk yang larut dalam air, macam Nestea tuh. Boleh pakai air panas atau air sejuk. Sangat mudah okkeh.. I like! I like! Tapi kalau tak campur apa², tawar le, so maybe slow sikit nak masuk. Jadik akak campur gula sikit tadi. Encik Cyber Slim Center syorkan pakai madu asli untuk kurangkan pengambilan gula. Iyo lah.. iyo lah, nanti akak carik la madu asli.

So kita tunggu jek la ek, kot lepas 6 bulan ke setahun nanti akak bertukar menjadik Maya karin ke, Angelina Jolie ke ek.. Hik hik hik.

Selamat berjaya ye Kak Peah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home