Wednesday, October 24, 2007

Sukerrr..!!!


"Kak Sumie, nampak kecik sikit laa!"

"Eh.. Kak Sumie dah kurus sikit laa.. eii.. makan apa ni? Share la.. Share la!"

Muahaha!! Bior betul? Tapi memang gitu la 2 orang associates tegur akak kat ofis tadi. I like! I like!

Tapi akak rasa maybe sebab hari ni akak pakai baju yang ala² silap mata gituh. Corak dan cutting baju tu menyorokkan mana² yang tak perlu kot. Kikiki..

By the way, akak sudah turun 2 kilo okkeh.. Itu adalah timbangan awal pagi tadi. Baru jek 4 hari amik Herbalife. Hehehe.

Tapi akak tanak ler sexcited sangat (padahal dalam hati sangat gumbira sebenornya.. dah habih canang satu Malaya betapa taksubnya akak dengan HL), sebab sebelum ni pun akak penah dah turun 2 kilo dalam masa 4-5 hari, masa akak start diet dengan minum banyak air masak, dan kurangkan makan nasi hari tu. Without Herbalife pun dah turun dah 2 kilo.

Pastu dia turun lagik 2 kilo, tapi lembab sikit la. Cuma lepas tu dia cam yoyo, kejap naik, kejap turun.. especially masa bulan posa & raya, makan tak hengat katanya.. hihihi. So kalau nak diikutkan, dalam masa 3 bulan lepas, campur tolak berat akak cuma turun 2 kg jek la.

So sekarang ni akak expect dengan Herbalife nih, akak leh turun berat lebih cepat, dan tak jadik yoyo. Nanti kalau angka depan berat badan akak sekarang tu dah hilang, baru akak nak sexcited over the mountain gituh.

By the way, no doubt akak rasa lebih energetic sejak amik Herbalife nih (kosser la Herbalife patut kena kasik akak discount, buat testimonial nih). Kalau nak ikutkan, pinggang akak ni still tak berapa baik lagik. Still tak selesa nak lasak². Sebelum ni, kalau sakit pinggang camni, harus ler akak nak melepek jek. Tapi akak takde melepek pun tau, okay jek buat kerja² rumah, walaupun slow ler pergerakan.

Pastu akak ada meeting kul 4 petang tadi. Then sambung lak training pukul 6 petang. Disebabkan ni training pertama selepas cuti raya, so training panjang sket le. Kul 10 lebih baru abis. Akak sampai rumah dah dekat kul 11. Kalau sebelum ni, kalau dah balik rumah kul 11 malam tu, memang badan dah lesu gila lah. Kepala ingat bantal, body ingat katil jek. Kekadang nak cuci muka pun malas. Isyak pun kekadang kantoi..

Tapi tadi, balik rumah, akak takde rasa penat pun. Boleh ler masuk baju dalam washing machine jap, mandi, buat shake, pastu siap leh ngadap komputer update blog lagik.Hik hik hik. Sukerr! Sukerr!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home