Sunday, June 05, 2005

AF3 - Konsert Pertama - Tak terkejut pun!

Melihat persembahan 12 pelajar dalam konsert pertama ni, boleh dikatakan diorang semua memang boleh menyanyi. Tak ada yang aku dengar sumbang macam satu dua peserta musim² lepas tu. Kalau ada pun kelemahan diorang adalah dari segi pitching, pernafasan, showmanship, kurang feel dan lain² kelemahan yang boleh diperbaiki dengan tunjuk ajar tenaga pengajar di akademi. Untuk minggu pertama ni, aku suka persembahan Yazer, Akma, Amy, Idayu & Felix.

Yazer - aku memang suka suara rock Yazer. Bagi aku Yazer berjaya menyanyikan Ready For Love dengan baik.

Akma - persembahan Akma berseri dengan senyuman nya yang lebar tu. Suara Akma pun sedap di dengar. Lagi satu, aku suka dengan cara Akma yang nampak sopan bila bercakap dengan Aznil.

Amy - aku suka style Amy yang tersendiri. Yang whoo! whoo! tu memang nampak original tak dibuat².

Idayu - aku puji usaha Idayu yang cuba membawa lagu Percayalah dengan lenggok yang berbeza dari Siti. Mungkin Idayu tidak kreatif macam Vince, namun aku rasa agak jelas Idayu telah cuba memberi kelainan. Bagi aku persembahan Idayu adalah yang terbaik antara 12 pelajar tu.

Felix - walaupun sepanjang minggu dalam diari Felix kelihatan bermasalah pada nada tinggi, tapi dia mampu membawa lagu tu dengan baik akhirnya. Mungkin juga aku suka persembahan Felix disebabkan aku memang suka Lefthanded. Tiada Lagi Kidungmu tu popular masa aku darjah 6. Siap tampal lirik lagu tu kat pintu almari baju. Kecik² dah jiwang siutt.. padahal masa tu tak paham pun maksudnya. Aku ingat maknanya sama dengan - tiada lagi hidung mu. Kiranya yang aku paham masa tu, lagu ni mengisahkan sorang lelaki yang aweknya mati eksiden, dan dalam eksiden tu aweknya kehilangan hidung, boleh gitu?

Persembahan pelajar² lain pula agak biasa je.
Fuad - vokal Fuad kurang menyerlah. Lagi satu, cam poyo jek awal² dah heret Aznil ke tengah pentas. Kudsia kata hadkan tak lebih dari 2 pelajar jek setiap minggu yang boleh gunakan Aznil dalam persembahan mereka. Pendapat aku pulak, tak payah langsung pun tak apa. Macam dah basi je idea tu. Masa Khai buat mula² dulu, nampak spontan. Masa Adam buat pun okay lagi, sebab Aznil pun menari sekali. Tapi yang ni, Aznil pun macam buat dek jek. Kalau aku, maluu.. tebal muka wehh.

Elliza - persembahan dia okay, tapi tak ada apa yang menarik sangat.

Ekin - suara Ekin pun sedap, cuma sama macam Elliza, tak ada apa yang menarik sangat dalam persembahan dia.

Amylea - rasanya lagu tu kurang menonjolkan kebolehan sebenar Amylea. Camana boleh terlanggar dancer tu, kekeke.. tapi caya la Amylea leh selamba jek lepas tu.

Reza - bagi aku Reza ada strong character. Masa menari tu pun aku rasa Reza bagus & berani. Cuma aku tak berapa suka nyanyian yang sebutannya tak jelas.

Aidil - dari segi showmanship, Aidil mampu menghiburkan, tapi dari segi vokal, biasa² sangat. Macam tak bertenaga.

Keifli - persembahan yang biasa² sangat. Tak ada apa yang menarik, cuma aku respek la masa CD jump tu dia pandai cover cepat².

Secara keseluruhan, tak ada persembahan yang betul² boleh buat aku kata - WOW! - tak macam masa mula² aku tengok Vince menyanyi lagu Korie-Pergilah Sayang dulu. Walaupun lirik Vince berterabur, tapi nyanyian dia cukup mempesonakan, mampu membuatkan aku tak sabar menunggu konsert seterusnya. Ish.. rindunya pada AF1. Konsert AF3 semalam tu langsung takde buat aku rasa ternanti² kehadiran konsert minggu depan. Buat aku rasa penat adalah. Penat tunggu kejutan yang tak mengejutkan langsung tu.

Sememangnya kat tingkap hari tu pun antara AMTY dah beborak² pasal kejutan ni, dan aku pun dah agak diorang akan masukkan antara 8 calon pelajar terpilih tu ke akademi. Konsert Prelude tu sekadar nak test power jek. Astro memang saja nak tengok antara 8 calon yang tak terpilih tu, siapakah yang mampu menarik banyak AFUNDI. Maka yang mampu menimbulkan fenomena dan kontroversi itulah yang di pilih untuk diserapkan semula. 'Pengadilan semula' semalam tu bagi aku hanyalah lakonan semata². Sebab kalau berdasarkan persembahan semalam, aku rasa Diana & Isa lebih layak untuk diserapkan. Walaupun aku suka suara Mawi, tapi secara jujurnya Mawi memang jelas ada buat silap semalam, manakala Isa pula telah menunjukkan kebolehan menyanyi lagu balada dan lagu rancak. Macam tu juga dengan Diana. Samada dari segi vokal maupun gaya persembahan, aku rasa Diana jauh lebih mantap dari Marsha. Tapi aku memang dah agak Mawi & Marsha tetap akan menjadi pilihan. Kalau aku jadi tokey pun aku mesti masukkan Mawi & Marsha sebab sejak 2 minggu lepas memang dah nampak kat Ch15 tu, ramai yang nak AFUNDI Mawi & Marsha.

Uncute & Screw ada SMS aku bertanya samada aku akan mula AFUNDI dengan adanya Mawi di akademi? Jawapan aku, tidak sama sekali. Kempen TAK NAK SMS tetap akan aku teruskan. Actually, bak kata Uncute, patut kasi nama Kempen Tak Nak SMS,Tak Nak Telefon Biasa & Tak Nak Remote (panjang lah pulak).

Menyentuh tentang Mawi, sebenarnya aku lebih suka kalau Mawi tak masuk pun, atas sebab² yang aku pernah sebutkan dalam entry aku sebelum ni - AF3 dan 'Fenomena Mawi'. Aku sebenarnya berharap Mawi naik ke pentas dan sengaja menyanyi tak sedap agar tak terpilih, atau naik ke pentas dan menyatakan bahawa dia tak mahu menyanyi.. hehehe boleh aku mengharap gitu? Sedih rasanya membayangkan seorang juara tilawah yang hampir menjadi bilal, yang mampu berdakwah dengan bakat yang ada padanya - akan berada di akademi berpegangan tangan dengan perempuan bila menari. Katalah aku kolot atau apa saja, tapi aku tetap merasakan ia satu kerugian. Geram pulak aku. Apasal la dia tak ketepikan aje contract dari Astro dan approach untuk join Rabbani ke Raihan ke, atau jadi penyanyi lagu nasyid secara solo ke. Atau mungkin kah dia terikat, tak boleh lari mana²?

Selain itu, ada beberapa perkara yang membimbangkan aku dengan kemasukan Mawi ke akademi. Antaranya:
- Adakah ibu Mawi merestui?
- Apabila peminat² Mawi dapat melihat beliau dalam diari AF, mungkin akan timbul gelagat² atau aksi² negatif yang mereka tidak sangka ada pada Mawi, maka wujud satu pandangan baru terhadap keperibadian Mawi, lalu menyebabkan mereka tidak lagi menghormati Mawi seperti sebelumnya.
- Mawi mungkin menjadi mangsa kemarahan dan kebencian penyokong² pelajar² lain yang merasakan kedudukan pelajar kesayangan mereka terancam dengan kehadiran Mawi.
- Selepas Konsert Prelude, Mawi dah dapat saksikan sokongan yang begitu memberansangkan buatnya di luar akademi berbanding pelajar² lain. Aku bimbang perkara itu membuatkan Mawi merasakan bahawa kedudukannya selesa lalu tidak memberi usaha sepenuhnya di akademi.
- Mawi kelihatan agak 'berlainan' dari pelajar² lain. Selain dari imej 'alim, dari luaran Mawi juga kelihatan agak kekampungan dan tidak pandai bersosial. Apakah mudah baginya menyesuaikan diri dengan pelajar² lain nanti? Bagaimanakah penerimaan pelajar lain?

Banyak lagi perkara² lain yang aku risaukan tentang Mawi. Macam lah aku ni mak dia pulak, nak risau² bagai. Kenal pun tidak. Namun disebabkan Mawi telah memilih jalan itu (atau telah tak sengaja 'ter'pilih jalan itu), aku doakan yang terbaik buat Mawi. Aku harap Mawi pandai bawa diri di dalam akademi dan menjadi diri dia sendiri. Cuma yang bagusnya dengan kemasukan Mawi ni, dapat lah aku nengok muka dia hari² kat TV, dan tak adalah nama dia dok dalam bracket jek tiap kali aku tulis entry untuk diari AF. (Ana, suka lah aok ek dapat tengok Mawi sokmo!!)

Good luck to Mawi. Alang² dah masuk, biar sampai dapat apartment, kereta dan cash tu, baru betul² boleh bantu keluarga. Amiin.

Dalam masa beberapa jam saja selepas konsert, % Mawi mencanak naik mendahului Marsha, Aidil, Amylea, Fuad dan Elliza. Aku menjangkakan besok % Mawi akan naik lagi dan meletakkan dia antara 7 teratas. Apa pun sokongan orang Sabah memang padu. Selepas konsert semalam, 3 tangga teratas jelas milik Felix, Ekin & Yazer. Kalau ada penyingkiran semalam, dah tentu Aidil adalah orangnya.

Katakan TAK NAK pada SMS!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home