Thursday, December 29, 2005

Happy Birthday Raha



"Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy birthday to Raha..
Happy birthday to you...."

Hari ni harijadi Raha yang ke-2.
Alhamdulillah, selepas seminggu lebih Raha demam, selsema, batuk², muntah² dan cirit-birit, semalam dia dah mula okay. Hari ni punya lah aktif lompat sana, lompat sini, panjat sana, panjat sini. Mulut pun kecoh jek. Kejap berceloteh, kejap menyanyi. Nyanyi lagu 'Happy Birthday To You' lak tuh. Syok sendiri la tu. Tak pun dia nyanyi lagu Mawi, "aku cintaimu... tauu.. tauu.. uuu (aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu.. uuu - Pupus)", sambil pegang sikat, konon mikrofon.

Sah lah yang dia tak sihat seminggu tu, demam meragam nak beralih tahun. Haii.. bertuah punya anak. Setelah habis segala stok cadar, sarung bantal, comforter & karpet mak dia yang ada kat rumah ni dihantar ke dobi sebab asyik kena muntah dia, baru lah nampak dia tersenyum, tersengih dan tergelak. Bukan murah woo kos nak tengok anak ketawa nih.

Kat atas tu gambar terbaru Raha.. paling paling paling terbaru.. baru ambik beberapa jam tadi jek. Itulah wajah control cute Raha di pagi harijadinya ke-2.

Happy birthday sayang.. Doa mak sama juga macam ibu² lain dalam dunia ni, semoga dirimu sentiasa berada di bawah lindunganNya, semoga kehidupanmu dihiasi keceriaan dan kegembiraan setiap ketika, dan semoga dikurniakan segala yang terbaik di dunia dan akhirat.

Saturday, December 24, 2005

Merry Christmas

..We wish you a merry christmas
we wish you a merry christmas
we wish you a merry christmas
and a happy new year..


Merry Christmas to all my friends who celebrate Christmas, especially to Y & Cheeka of AMTY.

(..ewaahh Kak Peah speaking London lah hari ni!)

Wednesday, December 21, 2005

ROCK - dijamin gelak

Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal filem ni. Konon² akak nak promo kat deknon² suh pegi tengok la ni. Tapi sebab aku asyik tak sempat jek nak blogging, tu pasal lah entry ni jadi jeruk. Aku pun tak tau cerita ni still ada main kat panggung ke tak. Sebab rasa macam dah lama jek aku gi tengok hari tu. Tapi kalau still ada lagi, sesapa yang belum tengok tu, pegi la tengok. Aku jamin korang akan gelak dari babak pertama sampai babak terakhir. Dari babak pertama yang menunjukkan Zack (lakonan Hasnul Rahmat) dengan spek tebal yang hodoh ya amat, sampai la ke babak akhir bila Zack masuk rumah dia sambil menyepak kasut tak rock dia tu ke belakang.

Okay, mungkin korang takkan tergelak sampai sakit perut berguling² sampai ke seat penonton baris depan, tapi paling tak pun korang akan tersengih memanjang sampai lenguh rahang. Keluar jek dari panggung, aku & Abang still tak habis gelak. 2 perkataan - BEST GILA!

Cerita bermula dengan menunjukkan Zack yang berkerja di pejabat pos. Tengok aje muka Zack yang bosan ya amat dengan mulut terlopong sambil mengecop setem, dah cukup buat korang gelak. Ketika ditugaskan membersihkan surat² mati, Zack terjumpa sepucuk surat lama, yang seterusnya membawa kita menyingkap kegemilangan Era Rock tahun 80an bersama Zack dan bandnya - Rimba Bara yang juga dianggotai oleh Jijo, Amy & Black. Tengok jek watak² 4 rockers nih pun korang akan gelak jugak, dengan rambut panjang menggerbang, usung gitar sana-sini, kasut Aliph, seluar ketat, t-shirt Loudness. Mesti jenuh jugak nak dapatkan costume tu.

Ketika dunia hiburan dikuasai oleh nama² besar seperti Search, Wings & Lefthanded, tak ketinggalan juga Cinderella & Handyblack ("..rock uuuu..!!" - bak kata watak Amy), Rimba Bara seperti juga kebanyakan anak muda lain di zaman itu tidak ketinggalan untuk cuba mencipta nama sebaris dengan nama² kumpulan pujaan mereka. Mereka menyertai pertandingan Battle of The Bands (yang sememangnya popular gila tahun 80an dulu) dan berentap dengan kumpulan² rock lain yang tak kurang hebatnya dengan harapan menjadi juara dan seterusnya mendapatkan kontrak merakamkan album.

Jalan ceritanya simple jek, tak payah pikir panjang². Keluar panggung pun korang takkan tertanya² kenapa macam tu, kenapa macam ni? Kalau jalan cerita berbelit² nak kena banyak pikir, sampai balik tidur malam pun terbawak² dalam mimpi pun nak buat apa jugak kan? Tapi, walaupun simple, bagi aku filem arahan Mamat Khalid ni penuh dengan sindiran dan kenyataan sebenar hidup di sebalik jenaka yang dipaparkan.

Contohnya hero cerita ni takde lah hensem macam Brad Pitt atau tinggi lampai macam Hritik Roshan. Ahli² kumpulan Rimba Bara pun mana ada yang hensem, semua pun muka cam mamat pecah rumah jek. Kenyataannya, korang pegi la tanya abang² atau suami korang yang pernah ada band sendiri, hensem ke tak muka geng² diorang tu. Kalau hensem² belaka, mesti dah popular dah. Kenyataan kan?

Adegan cinta antara Zack & Kathy pula tidaklah seromantis Rahul & Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai. Sekadar pertemuan di klinik ketika mereka masih kecil dengan badan yang penuh kurap (tak romantik langsung kan?) dan beberapa adegan malu² kucing setiap kali berselisih. Adegan romantik hanya berlaku dalam angan² Zack disebalik lagu Dari Sinar Mata (Bumiputera Rockers) yang dipaparkan dalam bentuk video klip yang sebijik macam video klip lagu² kumpulan rock tahun 80an dulu. Sememangnya kenyataan kan, kita pun bercinta, adegan romantik cuma berlaku bila kita berangan jek. Dalam dunia nyata, takde la romantik sangat pun sebenarnya.

Dilemma yang dihadapi oleh Zack adalah dilemma yang dialami oleh kebanyakan anak muda yang ingin menjadi pemuzik popular pada masa tu (malah sekarang pun). Antara keinginannya untuk terus berkarya bersama Rimba Bara yang bagaikan tiada masa depan yang kukuh, atau mengikut kata² ayahnya yang menyuruh dia berkerja di pejabat pos dan pada masa yang sama tersepit untuk memiliki sumber pendapatan yang menjamin bagi membolehkan dia mengahwini buah hatinya, Kathy. Kalau tengok starting cerita yang menunjukkan Zack bekerja di pejabat pos, kita pun dah tahu apakah pilihan Zack. Kenyataan kan? Ramai antara kita yang terpaksa mengorbankan minat dan kehendak naluri kita demi menjaga hati orang tua, demi masa depan yang lebih terjamin.

Bila Zack pergi temuduga untuk jawatan kerani di pejabat pos, kita dapat tengok watak pegawai yang 'pilih kasih' terhadap calon² temuduga. Satu sindiran tajam pada penyalahgunaan kuasa yang wujud dalam kebanyakan organisasi. Bukan tahun 80an jek, sekarang pun berlambak. Kenyataan kan?

Bila Rimba Bara dipanggil untuk satu 'show besar' yang sebenarnya hanyalah satu show kat rumah kenduri jek, Rimba Bara terpaksa main lagu 60an mengiringi pakcik yang menyanyi tersangatlah lari temponya dan sumbang mambang pulak tuh. Kenyataan lah tu kan, memang kalau yang sakan menyanyi kat kenduri-kendara tu selalunya nyanyi tak sedap pun.

Selain tu, ada banyak adegan² kelakar yang boleh aku katakan berbeza dari kebanyakan filem² komedi yang ada sebelum ni. Inilah yang menariknya ROCK. Tak perlu ada pelawak yang memaki hamun dengan perkataan 'bodoh', 'bangang', 'baghal' dan sebagainya untuk menjadikan sesuatu babak tu kelakar. Tak perlu ada badut yang terlanggar tiang atau pintu sehingga jatuh bergolek² untuk membuatkan penonton ketawa. Tak perlu juga ada Jim Carrey yang boleh menyengetkan muka, telinga atau mulut untuk menggeletek hati kita.

Video klip Dari Sinar Mata tu sendiri akan buat kita gelak, walaupun tak ada aksi kelakar, walaupun itulah gaya sebenar video klip di tahun 80an dulu, tapi kita akan gelak mungkin kerana melihat seluar ketat mereka, gaya kangkang mereka, gaya vokalisnya beraksi, atau gaya video klip itu sendiri. Atau mungkin tergelak mengingatkan gaya Awang BPR, Amy Search, Nash Lefthanded atau Awie Wings suatu masa dulu.

Kita juga akan gelak bila kumpulan Malaikat Maut (rival Rimba Bara) muncul, siap dengan asap² & cuaca berubah macam hari nak hujan menunjukkan betapa hebatnya kumpulan Malaikat Maut ni. Walaupun kadang² kita tak paham apa yang Zul Kapan (vokalis Malaikat Maut) tu cakap, kita akan gelak jugak sebab gaya dia bercakap macam.. err macam apa ek? Tak reti la aku nak describe. Alaa kalau korang biasa dengar lagu heavy metal yang liriknya tah hapa² tuh, yang cuma boleh dengar "warghh argg wargghh graghh" tu, haa macam tu laa gaya bercakap kumpulam Malaikat Maut tu. Ada sekali tu aku rasa Zul Kapan tu cakap "Kalau ada sirap bandung ni pun sedaap", tapi sebab dia bercakap tu dengan suara yang garau dan muka yang brutal macam nak minum darah, maka nampak cam ganas la kan.

Banyak lagik lah benda lain yang aku tak larat nak senaraikan. Kalau nak senaraikan semua, aku kena tengok balik cerita tu, dan sampai minggu depan pun aku tak publish lagik entry ni nanti.

Korang tak perlu jadi minah rock atau mat rock untuk menyukai filem ini. Kalau korang membesar dengan iringan lagu² seperti Taman Rashidah Utama, Cinta Buatan Malaysia, Cinta Tiga Dimensi dan seangkatan dengannya, atau korang ada abang atau kakak yang pernah terjebak dengan band² 'rock kangkang' atau 'rock kapak' tu, menonton filem ni seolah² membawa korang kembali ke nostalgia tersebut. Aku tabik Mamat Khalid sebab berjaya membawa era rock 80an tu kembali ke layar perak dengan jayanya.

Aku yang sebelum ni tak berapa berkenan dengan Hasnul (Zack) tu, lepas nengok ROCK, terus suka. Sebab dia main gitar bebetul. Okay, audio solo yang kita dengar tu mungkin la Man Kidal yang goreng, tapi bila dia tunjuk Zack main, kita boleh nampak tangan dia gerak tu semua betul la. Kira kita tau la yang dia memang pandai main gitar. Bukan macam Ella dulu² bila nyanyi sambil pegang gitar. Lagu dah tukar chord pun, tangan dia masih statik, tak bergerak².

Cuma masa tengok filem ni ada 2-3 babak yang nampak kelam, tak tau lah samada disengajakan, tak disengajakan atau kesilapan teknik kat panggung ke apa. Tapi aku rasa agak terganggu jugak lah dengan gambar yang kelabu tu.

Seperkara lagi, aku tak dengar walau seorang pun dari watak filem ni menggunakan perkataan 'lu' & 'gua' yang akau rasakan sangat popular penggunaannya di kalangan rockers 80an dulu. Sampai Abang Long aku pun pernah ber'lu - gua' dengan aku masa kecik² dulu, tapi kena sound dengan Mak Abah aku kot. Husband aku dengan adik-beradik dia pulak sampai sekarang masih lekat lagik 'lu - gua' diorang. Tapi ketiadaan 'lu - gua' dalam ROCK tak ada lah mencacatkan filem tu. Mungkin Mamat Khalid dengan geng² dia dulu tak cakap bahasa 'lu - gua' kot.

ROCK jugak kurang unsur² emosi & dramatik. Contohnya bila Rimba Bara jadi juara Battle of The Bands, masa tu fokus dari jauh, tak tunjuk reaksi wajah ahli² Rimba Bara satu persatu. Aku rasa lebih menarik kalau ditunjukkan reaksi wajah mereka setiap seorang secara dekat, betapa mereka terharu dinobatkan juara setelah berhempas pulas berlatih, ditambah pula dengan pesaing² hebat seperti Malaikat Maut & Foxy Ladies. Tapi mungkin tu jugak kenyataan yang nak ditunjukkan oleh Mamat Khalid. Mat² rock mana ada nangis², mana ada terharu², tak rock lah beb.

Bila Rimba Bara sewenang²nya menerima Zul Kapan sebagai vokalis baru mereka, wajah Zack, Jijo & Black juga tak menunjukkan rasa bersalah menyingkirkan Amy yang juga sahabat mereka. Tapi tu mungkin satu lagi kenyataan yang cuba ditonjolkan, sememangnya vokalis atau pemuzik sesebuah kumpulan sering bertukar ganti dan kadangkala perlu melukakan hati sahabat kerana kalau ikut cerita ni suara Zul Kapan memang jauh lebih sedap dari suara Amy.

Dan selaku pemegang title Ratu Touch-Up selama 2 tahun berturut², sudah pastilah aku merasakan agak janggal melihat barisan rockers dalam ROCK terlebih mekap. Foundation yang terlampau tebal pada mat² rock tu mengurangkan ke-rock-an mereka. Sebab setahu aku mat rock tak pakai foundation atau compact powder. Pakai celak tebal nak bagi mata nampak lebam birat macam kena penumbuk tu ada la. Jadi bila tengok mat² rock berambut panjang dengan foundation tebal tu, sesekali nampak macam bapok la pulak. Kalau mekap tu masa diorang perform atas stage jek, mungkin boleh terima lagik. Tapi tengah lepak² atas pangkin, berkain pelikat, berterompah sambil bakar ubi rebus (agaknya ubi rebuslah tu kot) pun mekap tebal, aku rasa dah tersalah guna produk mekap la tu kot. Tak pun tersalah guna jurumekap.. hehehe. Tu la deknon, akak dah kata, lengkali kalau pakai mekap, jangan pakai yang 5-6 hengget tu. Kan dah nampak macam tepung komak.

Apapun, walau perkara² yang aku sebut tadi tu merupakan sedikit kekurangan di mata aku, namun keseluruhannya aku rasa filem ni memang best dan patut ditonton. Malah rugi lah kalau tak tengok sebab filem ROCK tak macam filem komedi Melayu lain. Jadi kalau still ada main lagi kat panggung, pergi lah beli tiket cepat². Aku pun kalau boleh nak gi tengok lagi sebab nak pastikan ayat sebenar Zul Kapan cakap sebelum bertanding tu, betul ke dia sebut sirap bandung?

Sesapa yang nak gi tengok, nanti tolong dengar betul² ek. Sesapa yang dah tengok tu, tolong lah confirm kan kat aku. SELAMAT MENONTON ya deknon² semua!