Thursday, September 27, 2007

Sapa buat?

Cantik tak?
Cuba teka sapa yang buat? Raha ke Mak Raha?
Kalau cantik maknanya Mak Raha yang buat.. kalau tak cantik, Raha yang buat.. huhuhu. Kejam tak mak?

Kepada deknon² yang tak pernah membuat aktiviti kerastangan seperti ini, untuk pengetahuan deknon, frame gambar ni sewaktu dibeli, adalah kosong sahaja ye. Kaler bod asalnya adalah sama dengan kaler coklat muda yang kat tengah² tuh. Dalam peket yang kita beli tu dah siap kaler ala² watercolour, gam untuk lekat 'rabbit' tu dekat frame tuh, dan varnish untuk sentuhan terakhir gitu.

Sebenarnya Raha yang guling² nak beli benda nih (selepas dia puas bermain pasir² berkaler² tuh.. huh, kayoo aci yang jual pasir² kalerful tuh taww), tapinya bila dah balik rumah, akak pulak yang poyo² mengecat frame gambar nih, cemana tuh?

Tapi akak takde la gila kuasa kan. Raha kaler yang banyak, akak kaler yg kecik² aje okkeh. Err.. Raha kaler part biru & part pink tuh. Akak kaler yg lain² tuh.. Alaa kecik aje part akak kan. Adil kan.. adil kan? (Kosser lah, cuba membela diri sendiri supaya rasa tak bersalah gitu)

Syok lah main kaler² nih. Apasal masa akak kecik² dulu, akak takde jumpa pun orang jual mende² gini. Kalau ada, mesti sekarang akak dah jadik pelukis terkenal, kui kui kui..