Thursday, April 28, 2005

Idola Amerika - Oh Constantine.. histeria aku dibuatnya!

Image hosted by Photobucket.com

???+-!@#$^!!!##*#$%%!!~@$%%#!!!! Grrr...
Histeria, demam kepialu, muntah hijau, sikit lagik nak koma aku bila Ryan kata "CONSTANTINE, YOU'RE GOING HOME". Wajah aku yang cantik berseri serta merta bertukar menjadi pontianak harum sundal malam. Eh, tak sesuai. Serta merta aku bertukar jadik hulk, koyak baju dan seluar.. (auww seksa ler polak). Okay, takde lah aku over sampai macam tu kan, tapi aku memang menjerit lah. Bengang, marah, tak puas hati semua ada. Kalau aku tulis betul² segala perkataan kesat yang memang ada dalam kepala otak aku sekarang, maka gerenti takde sapa nak baca dah blog aku lepas ni.

Image hosted by Photobucket.com

Memang lah Constantine tu bukanlah yang terbagus. Tapi at least ada 2 orang lagi kat dalam tu yang jauh berbatu² ke bawah kalau nak bandingkan dengan Constantine. Aku geram je nak kutuk orang Amerika ni takde taste langsung. Kalau nengok Asian votes, Constantine atas sekali tau. Okay la, kalau nak ikutkan tak layaklah dia atas sekali kan, tapi perlu ke aku tulis berulang² kali, dia jauh lebih baik dari Scott & Anthony? Tak paham betul aku. Sekali lagi aku nak kata, rakyat Amerika memang budus ya'amat bab² mengundi nih. Nengok jek la sapa yang diorang undi untuk jadi presiden. Err.. relevan ke?

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Aku memula nak kutuk Scott panjang lebar, tapi tak adil lah kan. Bukan salah dia pun Constantine terkeluar. Dah orang vote dia. Salah voters lah. Err.. ada la sikit salah Scott, sebab dia propah asik sebut mak pak masa atas stage, buat muka kesian sebab dia gemuk dan tak hensem, pastu skrip ala² alim kan - 'God bless you' lah, apa lah. Walaupun nyanyi tak sedap, propah camtu tarik undi jugak. So Scott ada gak lah salah. Okay, sekarang aku dah rasa memang Scott yang salah pulak. Memang dia punya pasal lah Constantine terkeluar. Eiii.. memang dia punya pasal. Eeeii.. geramnya!!

Image hosted by Photobucket.com

Macam tak logik jek orang lagi ramai minat Scott dari Constantine. Aku rasa AI ni pun bukan betul sangat. Ni teori aku je la kan. Setelah aku kumpul² dari apa yang aku baca kat forum, kat komen blog orang lain, maka teori aku camni la kononnnya: Penerbit sebenarnya dari awal² lagi memang diorang nak Bo Bice atau Carrie jadi juara. Sebab yang 2 orang ni je nampak power dari awal. Sebab tu masa Bo Bice masuk bottom 3, Paula kata "I have no worries at all". Dia pun dah tau dah Bo memang akan jadi juara. Dalam pada tu memang penerbit dah target, Constantine sepatutnya jadi si hensem yang suaranya tak seberapa tetapi diminati ramai, dan Scott pula jadi si tak hensem yang suara tah hapa² tapi diKASIHANI ramai pulak. Ni semua untuk tarik undi lah. Lagi banyak undi, lagi tinggilah rating show tu. Lagi banyaklah sponsor kan.

Image hosted by Photobucket.com

Tetiba dari minggu ke minggu, Constantine dah semakin bagus pulak, dan peminat pun semakin ramai, undi masuk untuk dia pun makin banyak. Penerbit mula nampak yang Constantine ada kemungkinan menang. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Bo & Carrie, suara Constantine tak lah semantap diorang kan. Penerbit pulak tak sanggup lah hasilkan Idola yang suaranya tak sehebat Kelly, Ruben & Fantasia, maka peduli apa berapa banyak undi yang masuk, Constantine harus dikeluarkan sebelum memberi ancaman kepada Bo & Carrie. Dan minggu ini adalah masa paling sesuai nak keluarkan Constantine sebab performance dia semalam tak seberapa. Jadi penerbit ada alasan logiklah kenapa dia tersingkir kan. Lepas Constantine keluar, mestilah ramai penonton yang semakin bengang dengan Scott, maka semakin banyaklah mereka mengundi untuk Bo dan yang lain²nya untuk mengeluarkan Scott. Maka semakin naik lah rating AI, dan macam aku cakap tadi, tahun depan, makin banyaklah dapat sponsor, tak gitu?

Image hosted by Photobucket.com

Macam tu lah teori aku. Kalau betul teori aku ni, maka Scott akan bertahan sampai final 4 atau final 3. Tahun lepas macam tu juga. Scott = Jasmine. Constantine = Jennifer. Final 2 mestilah yang terbaik dan yang ke-3 terbaik. Sebab dengan cara macam tu, yang terbaik tu boleh menang dengan mudah. Memandangkan Bo lebih menyerlah dari Carrie, aku rasa Bo lah akan jadi juara. Maka Carrie mungkin takkan bertahan sebagai final 2. Carrie = Latoya. Aku rasa final 2 tu nanti mungkin Bo & Vonzell.

Muahahaaa.. pandaikan aku jadi Nujum Mak Belalang? Ni aku tulis panjang lebar ala² Hang Jebat mengamuk ni kan, nak lepas geram sebenarnya. Aku tau lah, semua 12 orang tu dah pasti ada tempatnya dalam industri hiburan kat sana, jadi, Constantine pun keluar bukan dengan tangan kosong. Aku pun sebenarnya bukan kisah sangat dengan nasib dia lepas ni. Yang aku kisah sebab aku tak dapatlah nengok jelingan mata, jeliran lidah, hayunan rambut, tendangan kaki dan aksi 'call me' nya yang manja dan menggoda tu lagi di minggu² akan datang. Entah bila lagi la aku dapat nengok dia keluar TV pun aku tak tau. Kalau dapat pun, mungkin bila dia datang jadi penonton ke, tapi tu pun mesti sekejap je kan. Tu pasal la aku ala² histeria tak sudah ni.

Image hosted by Photobucket.com

Mogok? Tak kot. Aku tak de la sampai mogok dari review pasal AI, sebab Abang Bo kan ada lagi. Memandangkan aku pun macam Paula, konfiden Bo akan jadi juara, maka aku mungkin akan teruskan jugak entry pasal AI ni sampai la habis musim ni. Cuma macam aku dah kata dalam entry sebelum ni lah, kalau tak ada apa yang menarik, aku malas lah tulis atau komen apa² pasal persembahan diorang. Mungkin aku letak gambar je ke. TAPIII... kalau Abang Bo terkeluar jugak, memang aku berenti terus lah. Apa ke jadah aku nak review si Scott jadik Idola.. kosser jek. Buat penat jari akaq aje okkey..

Buat peminat² Constantine yang hampir koma macam aku semalam, tatapilah wajah² Constantine yang ada ni sepuas²nya sebab lepas ni dah tak dapat nengok lagi dah.. sob sob sob *sambil kesat air hidung kat lengan baju Kak Aidid*

(Disebabkan gambar² kat idolonfox susah nak klik kanan, dan aku pun malas nak buat macam² proses, jadi gambar² ni aku pinjam.. err cilok sebenarnya dari blog Bad dan blog Rickey.org. Mintak ampun.. jangan marah yek..)

Image hosted by Photobucket.com
Lambaian terakhir dari Constantine...

Wednesday, April 27, 2005

Idola Amerika - Top 6

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dari idolonfox)

Tema hari ni ialah lagu dari tahun 2000 dan selepasnya.

Carrie - When God Fearin' Women Get The Blues
Rambut teknik rebonding tu buatkan Carrie nampak cantik hari ni, tapi persembahan dia biasa je aku rasa. Lebih kurang sama je dengan yang lepas². Aku macam dah mula boring pulak nengok Carrie. Sama la macam makan KFC Curry. Sedap memang la sedap. Tapi kalau hari², muak jugak. Nak juga cari nasi campur.

Bo - I Don't Want To Be
Apakah saham Bo akan jatuh selepas dia menayang gelfrennya pada seluruh Amerika? Kita tengok lah nanti. Aku rasa gelfren Bo takde la cantik sangat, tapi rambut dia dengan rambut Abang Bo serupalah!
Aku rasa nyanyian Bo pun sama jugak macam lepas². Cuma cermin mata & baju hippies dia tu menampakkan kelainan sikit dari segi penampilan minggu ni. Kira macam hari² makan nasi lauk asam pedas, tapi hari ni ada telur dadar dengan air sirap limau lah.

Vonzell - I Turn To You
Tah le, takde la sedap sangat. Biasa² jek. Kalau dah nyanyi lagu Christina tu, mesti orang akan compare dengan penyanyi asal. Serupa macam makan pizza buat sendiri yang tak berapa sedap. Mesti nak compare dengan Pizza Hut.

Anthony - I Surrender
Mungkin inilah persembahan terbaik dari Anthony setakat ni. Tapi aku still tak suka suara Anthony. Macam mendatar jek, tak ada lemak merdunya. Bayangkan setelah berkali² mencuba masak sup ayam, tapi baru pertama kali menjadi. Tapi walaupun jadi, lupa masukkan kentang, daun sup, daun bawang & bawang goreng.

Constantine - How You Remind Me
Gambar masa bebudak tu tersangat la jambunya. Zaman sekolah dulu mesti ramai bebudak pompuan gila kat dia ek? Kalau minggu² lepas kita tengok dia main mata, main lidah dan rambut, minggu ni dia main kaki pulak. Kali ni aku rasa nyanyian Constantine ada lari key sikit. Aku setuju kata Simon - it didn't feel real. Sama lah macam buat cheese cake sendiri, saiz, kaler, hiasan memang sebijik sama dengan kek Secret Recipe, tapi bila rasa je, tak sama macam yang original.

Scott - Dance With My Father
Dia nih propah betul la kan? Minggu² sudah sebut² mak dia, minggu ni nyanyi lagu pasal bapak pulak. Tak best langsung. Zzzzz.. go home.. go home.. Nyanyian dia ni tak boleh aku samakan dengan makanan, sebab nanti insult makanan tu. Maybe macam rasa daun pisang bekas bungkus nasi lemak kelmarin?

Kalau tengokkan tema minggu ni, patutnya aku enjoy AI minggu ni sebab mestilah semua lagu² baru. Tapi tak pun. Aku rasa semua pun tak berapa sedap. Agaknya diorang dah penat kot. Letih nak tunggu sorang demi sorang keluar. Aku pun dah letih nak tulis pasal AI. Dah la penat dok nengok yang sorang tu tak keluar². Lepas ni kalau takde mende yang menarik, aku malas dah tulis kot. Kalau adapun, letak gambar jek kasi banyak entry.

Monday, April 25, 2005

Yang wajib..

Perkara yang aku wajib buat tiap kali aku lepas mandi ialah naik atas penimbang berat tu. Perkara yang wajib berlaku, jarum penimbang tu tak berganjak pun dari angka yang sama semalamnya. Kalau berubah pun, makin bertambah lagi adalah. Perkara yang wajib aku fikir dalam kepala masa tu "Hari ni jugak aku mula exercise!". Perkara yang wajib berlaku lepas tu, aku pakai baju, sambung buat kerja rumah, memasak, buat kerja opis depan komputer, blogging or 'tingkap'ing, nengok TV atau melayan Raha. Lalu, perkara yang wajib tak berlaku - exercise yang aku yo poyo nak buat tadi.

Perkara yang aku wajib buat bila aku pergi shopping complex ialah pegi kat baju² perempuan. Perkara yang wajib berlaku, aku berkenan kat satu baju atau dua atau tiga atau lebih. Perkara yang aku wajib buat lepas tu ialah ukur bahagian bawah baju tu berapa jengkal atau masuk fitting room. Perkara yang wajib berlaku lepas keluar dari fitting room, aku letak balik baju tu dengan muka yang masam, pegi kat Abang dan cakap "I'm depressed!". Dan yang wajib keluar dari mulut Abang,"It's okay, I still love you". Yang wajib terlintas di benak aku masa tu "Aku mesti exercise lepas ni, so next time bila aku pegi shopping, aku takkan rasa macam tu lagi". Apa yang wajib berlaku lepas tu, aku balik rumah, mandi, tidur, bangun besoknya tak ingat dah pasal baju yang tak muat tu.

2 minggu lepas, bila aku call Ana dan dia bagitau, kenduri kahwin dia dah ditetapkan bulan Julai nanti, maka perkara yang wajib serta-merta timbul dalam otak aku, aku mesti kuruskan badan. Ayat yang wajib keluar dari mulut aku kat Ana masa tu, "Besok jugak aku exercise!". Lepas tu, wajib lah kitorang berborak pasal lain pulak. Dan bila dah letak telefon, perkara yang wajib aku tak ingat dah nak buat, exercise tu la, apa lagi..

Hari tu aku nengok rancangan MedikTV kat TV3, dia tunjuk sorang perempuan gemuk melalui satu pembedahan tu, aku tak ingat pulak apa medical term untuk pembedahan tu. Tapi aku nengok tu memang ngeri la. Doktor tebuk perut dia, masukkan something macam besi, asingkan lemak² dari hati dan perut dia. Lepas tu perut perempuan tu diikat, supaya terbahagi kepada perut atas dan perut bawah (cuba bayangkan satu belon yang panjang, dicekak kat bahagian tengahnya). Tujuannya supaya pesakit akan cepat berasa kenyang walaupun makan sikit je kerana makanan tu akan berkumpul di perut belah atas tu. Dan rasa kenyang tu juga akan bertahan lama sebab makanan dari perut atas tu akan turun ke bawah sikit². Sementara tu badan akan gunakan lemak yang berlebihan dalam badan untuk tenaga yang diperlukan seharian. Dalam masa 2 tahun perempuan tu dijangka akan mendapat berat yang ideal.

Masa aku nengok tu, wajib lah dalam hati aku cakap "Tak sanggup aku kena tebuk perut macam tu". Aku terfikir, kalau perempuan yang beratnya mencecah 140 kg tu perlukan 2 tahun untuk dapat berat ideal, aku perlukan mungkin lebih kurang 6 bulan je nak kembali ke berat macam sebelum aku kahwin dulu. Dan azam yang wajib timbul pada detik aku nengok rancangan tu dah tentunya, "Aku mesti mula exercise!". Dan ya.. perkara yang wajib yang korang boleh agak, sampai hari ni aku belum mula exercise pun.

Tolongg.. tolongg.. sapa boleh cadangkan macamana cara yang paling efektif, supaya aku boleh WAJIBKAN diri aku buat exercise hari²?

Friday, April 22, 2005

Idola Amerika - Babai Anwar

Image hosted by Photobucket.com

Orang Amerika memang ramai yang pekak badak ek? Ya laa result AI tu kan berdasarkan undian ramai, so kalau lebih ramai yg undi Scott & Anthony dari Cikgu Nuar, maknanya lebih ramai yang pekak badak lah dari yang rajin korek telinga kan? Jessica, Nikko, Nadia & Cikgu Nuar keluar sebelum Scott & Anthony? Akai ada ka?

Walaupun aku tak lah minat sangat kat Cikgu Nuar macamana Bad minat kat dia, tapi aku akuilah Cikgu Nuar adalah antara calon terbaik untuk jadi Idola Amerika. Malah, masa memula dengar dia nyanyi dulu, aku ingat dia akan stay sampai Final 2. Kata Skru, mungkin juga sebab agama. Lepas diorang tengok salah seorang ahli keluarga Cikgu Nuar pakai tudung minggu lepas, maka peminat² dia pun berkurangan. Ish, aku taknak lah keluarkan isu agama ni kan, tapi ada juga logiknya. Mentaliti Amerika kan mungkin macam presiden diorang jugak, Tudung = Islam = Terrorist = NOT AN IDOL. Okaylah, isu sensitif macam ni aku taknak panjang²kan. Kepada peminat² Cikgu Nuar yang kachiwa tu, lepas ni sokonglah Abang Bo & Constantine pulak yek? Hehehe. Sokong gitu² jek la, bukan keluar duit pun.

Tapi kalau lepas ni Carrie, Vonzell, Constantine atau Abang Bo (oohh tidaaakkk...) pulak yang terkeluar, aku tak heran pun (tak heran tapi bengang lah kan). Lepas tu tinggal la Scott & Anthony kat final. Ada tak orang nak nengok? Lepas tu meh kita ramai² gelakkan Idola Amerika yang beribu batu jauh bakatnya di belakang Idola kita, Jac. Sekali Jac tarik suara, pecah cermin mata Scott tuh tau. Eh, amende aku merepek nih, Jac nanti lawan Fantasia kan?

Bosannya kena nengok Scott lagik minggu depan. Bosann.. bosaaann..

Monday, April 18, 2005

Idola Amerika - Top 7

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar main amik jek kat idolonfox)

Constantine - Nights On Broadway
Jahat punya Simon. Ada ke dia kata Constantine macam waiter? Kalau ada waiter nyanyi macam tu, waiter tu dah lama berhenti kerja sebab dapat kontrak buat album dari komposer yang datang makan kat restoran tuh tau. Bagi aku Constantine sama hebatnya macam minggu lepas. Disebabkan dia pakai celak minggu ni, maka aksi 'call me' nya yang menjadi kegemaran Mak Encik Elf tu semakin menggoda jadinya. Ohh aku tirgoda, aku tirgoda terkachiwa.. dari kerana mataa (nyanyi ala² R. Azmi)

Carrie - MacArthur Park
Nyanyian Carrie maintain hebat macam selalu, cuma baju Carrie tu buruk betul di mata aku. Macam 'artis kampung' lah. Rambut dia pun. Mekap dia pun. Tu mekap sendiri ke apa? Macam orang tua jek. Aku tau lah dia nyanyi lagu lama, tapi takkan lah dia sendiri pun mesti nak nampak 'lama' juga? Kalau Carrie terkeluar minggu ni, memang sah baju dan rambut tu menjadi penyebabnya.

Scott - Everlasting Love
Ada lah kurang sikit kesumbangannya, tapi masih lagi takat standard pertandingan menyanyi kat supermarket jek. Selamat lagikah Scott minggu ni? Entah le, penyokong Scott nih power la pulak. Hampir setiap minggu dia kat bottom 3, tetap liat jugak nak keluar. Aku dah boring gila nengok Scott ni. Tolong lah terkeluar minggu ni.

Vonzell - I'm Every Woman
Memang best. Cuma aku tak pasti yang aku dengar best tu suara Vonzell ke suara penyanyi latar? Sebab tadi aku perasan, sura penyanyi² latar tu kuat betul. Banyak kali juga part yang sedap tu, mulut Vonzell tengah tak bergerak. Mestilah penyanyi latar yang tengah nyanyi kan? Malam karang kalau sempat, aku nengok ulangan, nak dengar balik dia nyanyi.

Anthony - Don't Take Away The Music
Dia nyanyi ke? Aku dengar dia memekik-mekik je. Pegi lah o-som dengan Scott tu.

Anwar - September
Hari ni Cikgu Nuar lain sikit. Dia nampak relax & lebih bersahaja. Selalunya dia nampak macam menyanyi dengan berhati-hati, macam control setiap teknik menyanyi dengan betul (aku rasa laa kan, sebab dia tu kan cikgu vokal). Sekurang²nya hari ni Cikgu Nuar tak lah nampak mebosankan atas pentas. Mungkin sebab cara dia menari tu kot? Aku ada terbaca kat satu blog tu, posing dia yang last tu pasti menarik perhatian ramai gayah?

Bo - Vehicle
Yeah, Abang Bo sudah kembali! Cam tu la. Bagus jugak dia terjebak kat bottom 3 minggu lepas. Ada la daya saing. Pengundi² Abang Bo yang terkejut minggu lepas tu, diharapnya minggu ni ada daya nak mendail jugak.

Siapa akan terkeluar besok? Kalau ikut aku, musti Scott jugak, musti! Musti! Musti!!! Tapi tak tau lah kan, peminat² Scott mesti akan berusaha jugak nak selamatkan Scott sebab dia selalu masuk bottom 3. Silap² Scott akan stay sampai Top 4, macam kes Jasmine Trias tahun lepas. Ada kemungkinan juga orang terlupa nak undi Carrie atau Cikgu Nuar. Tunggu je lah besok.

Friday, April 15, 2005

Idola Amerika - Babai Nadia

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar kebas kat idolonfox)

Apasal lah tak keluar² jugak Encik Scott tu? Ramai betul 'penyelamat' dia rupanya. Kesian Nadia. Walaupun aku takde lah minat sangat kat Nadia, tapi dah tentu² Nadia tu lapan belas tingkat lagi bagus dari Scott. Malah kalau dinilai dari persembahan bottom 3 tadi, Nadia lah yang paling bagus. Cuma mungkin persembahan baju tidur dia semalam kurang menarik undian.

Aku harap sangat lepas ni Bo lebih bersemangat menggegarkan pentas. Tak sanggup aku nengok Abang Bo terkeluar awal, lebih² lagi sebelum Scott & Anthony.

Thursday, April 14, 2005

Idola Amerika - Top 8

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar ditaja oleh idolonfox)

Minggu ni mereka dikehendaki menyanyikan lagu yang popular pada tahun mereka dilahirkan. Jadi bila aku perasan ada satu dua lagu tu popular masa zaman aku dah bersekolah, maka semakin lah aku sedar betapa 'tak muda'nya aku nak bandingkan dengan diorang tu.

Nadia Turner - When I Dream
Baju yang Paula kata cantik itu, di mataku kelihatan seperti baju tidur aje. Agaknya sebab ada satu baju tidur aku tu sebijik macam tu, kaler merah jugak, cuma tang tali & reben yang berjurai² kat atas bahu tu aje tak sama. Dan sesuai dengan 'baju tidur' tu, lagu Nadia nyanyi pun mengundang zzzzz... In fact, aku memang tertidur terus lepas Nadia menyanyi, sampai lah habis rancangan. Masa tu aku tengok show pukul 4 pm. Kenalah aku tunggu ulangan tengah malam tadi untuk tengok persembahan yang lain² tu pulak.

Bo Bice - Free Bird
Walaupun tiada cacat celanya pada mata dan telinga aku, tapi aku masih rasa Abang Bo perlu membuat 'come back', supaya tidak ditenggelami peningkatan kawan² lain. Tak seperti di minggu² terawal di mana Abang Bo agak menyerlah, sejak kebelakangan ni persembahan Bo nampak biasa² aje. Apa pun aku masih berharap untuk tengok Bo antara 2 yang last.

Anwar Robinson - I'll Never Love This Way Again
Macam biasa, tak kiralah lagu apa pun, Anwar memang bijak menyanyikan lagu tersebut dengan versinya sendiri. Tapi bagi aku, menyanyi dengan gaya tersendiri tak semestinya dengan mengubah melodi lagu. Aku sebenarnya lebih suka kalau Cikgu Nuar kekalkan melodi lagu tu supaya tak lari sangat dari yang asal.

Anthony Fedorov - Everytime You Go Away
Walaupun permulaan lagu agak lemau, tapi selebihnya merupakan persembahan terbaik dari Anthony setakat ni. Teknik meneran telah pun dikurangkan dalam nyanyiannya, menjadikan lagu tu kedengaran sedap di cuping telinga aku. Aku jangkakan Anthony selamat lagi dari bottom 3 minggu ni.

Vonzell Solomon - Let's Hear It For The Boy
Memang menghiburkan, tapi sesekali ada terdengar juga sumbang di satu dua tempat. Vokal Vonzell bagi aku tak lah begitu hebat, walaupun ada ketikanya di minggu² sudah dia menyanyi dengan agak baik.

Scott Savol - She's Gone
Permulaan yang zzzzzz.. Walaupun bahagian chorus agak baik, masih juga sumbang di merata² tempat. Aku rasa Scott tak sepatutnya bernasib baik lagi minggu ni. Cukup² lah tu. Cukup dengan undi kesian. Yang lain² tu lebih layak untuk terus bertanding.

Carrie Underwood - Love Is A Battlefield
Aku suka gaya rock yang dicuba oleh Carrie, walaupun di kritik oleh semua juri. Aku dengar orait jek pulak. Best apa. Dengan fesyen rambut lurus tu, Carrie memang dah nampak macam artis. Cuma gaya dia goyang pinggul tu aje yang tak berapa rock di mata aku.

Constantine Maroulis - Bohemian Rhapsody
Bohemian Rhapsody adalah salah satu lagu favourite aku. Masa mula² aku tengok tajuk lagu, aku dok pikir - biar betul dia ni? Tingginya cita².. Risau aku kot dia spoilkan lagu tu, harus terus aku hilang minat. Tapi Constantine memang best lah! Ailabbiu lah!! Bagi aku, inilah persembahan terbaik untuk malam ni, dan inilah persembahan terbaik Constantine setakat ni. Kalau dilihat dari awal musim, aku memang tak jangka langsung dia akan improve sampai macam sekarang. Masa awal² dulu, bila dengar dia nyanyi, aku siap cakap - dia ni harap muka aje lah ni. Tapi aku silap. Setakat ni Constantine dah membuktikan dia layak untuk terus kekal. Dan kalau dia terus²an menunjukkan peningkatan macam tu, ada harapan dia jadi Top 2. Huhuhu.. Bayangkan Top 2 ialah Abang Bo & Constantine. Idupp rockers!!

Sebut pasal rockers, teringat pulak aku kat Roda Impian minggu ni yang temanya Rock & Roll. Lawak sungguh aku nengok Mohsin dengan rambut panjang. Liza pulak dengan gaya rocknya berkata "Tu la beb, wa nak pegi bukak kotak la ni beb..".

Eh! Apasal Roda Impian tiba² enterprem plak nih?

Berbalik kepada Idola Amerika, kalau berdasarkan persembahan minggu ni, yang paling tak layak meneruskan pertandingan merebut gelaran Idola ni, bagi aku sudah semestinya lah Encik Scott.

Wednesday, April 13, 2005

Dah lebih suku abad, baru aku tau..

Aku mesti jugak tulis pasal ni kat blog ni, kalau tak aku tak ingat.

Semalam, Ana & Ounis datang KL. Ounis ada urusan dengan JPA. Ana pulak nak pi UPM. Cam biasa diorang tidur kat rumah aku lah. Disebabkan Ana nak kawen bulan 7 nanti, maka dia pun sibuk lah tengok koleksi sampel kad kahwin dalam simpanan aku. Ounis pun tumpang sekaki lah belek kad² jemputan tu.

Belek punya belek, diorang nampak kad jemputan masa aku kahwin dulu. Dalam tu ada senarai nama ahli keluarga aku. Tiba² sambil gelak² Ounis cakap "Hah nengok ni salah eja nama Ounis!". Dia tunjuk nama dia kat kad tu.

"Salah ke?". Aku baca balik kad tu. "Betul lah tu!"

"Salah lah!" kata Ana. Dia pun gelakkan aku jugak.

"Salah lah! Akak ni dari dulu salah eja nama Ounis. Sampai kat Jepun pun, hantar kad, parcel semua salah. Tiap kali dapat apa² dari akak, mesti Ounis nengok, pastu cakap - hah akak aku ni tak betul² jugak eja nama aku" kata Ounis.

Muahahaha.. rupanya selama ni aku dok eja nama dia Ounis SCHUHAIMY, sedangkan ejaan sebenarnya Scuhaimy. Terlebih lak 1 huruf H. Selama ni aku ingat macam eja nama Micheal Schumacher tu. Muahaha.. camna la aku boleh bengap sangat ni?

Ounis tu dah 26 tahun pun, dah lebih suku abad pun dia hidup, macamana lah aku boleh tak perasan selama ni ejaan sebenar nama dia? Sebab tu lah aku nak tulis jugak pasal ni kat blog aku, supaya bila dah tua esok pun aku akan ingat, bahawasanya hanya pada 12 April 2005, barulah aku tahu ejaan sebenar nama Ounis. Kesiannya aku.

Sorilah Ounis yek. Kad kahwin tu dah basi pun. Koi dah siap beranak dah pun, aok baru nak kabo semalam, bukan koi boleh betulkan balik pun. Besok koi buat kad kawen Kak Udo, koi eja la balik betul² yek aok yek?

Sunday, April 10, 2005

Sengsara Pagi Ahad

Hari Jumaat hari tu Raha kena selsema & batuk. Malamnya aku pulak yang start bersin². Tekak pun dah gatal & perit semacam je. Dah agak dah, mesti nak kena selsema jugak ni. Selalu macam tu. Kalau Raha selsema, mesti selang 2 hari aku pun kena jugak. Dasar hidung tak masuk kelas mempertahankan diri.

Aku amik 2 biji panadol soluble dan minum air banyak² sebelum tidur malam tu. Tapi pagi semalam sebelum pegi Putrajaya, bersin aku menjadi². Tak lut rupanya panadol & bergelas² air tuh. Memula aku ingat nak kensel jek pegi Alamanda tu, tapi bila fikir balik, bagus jugak jalan², kalau melepek aje kat rumah kang lagi menjadi demam tu. Kalau jalan² keluar peluh tak jadik la demam. Tu teori aku la kan. Salah rupanya teori aku tu.

Lepas seharian berjalan, selsema aku makin teruk. Berbiji² gula² herba ubat batuk cap Ibu & Anak tu aku telan, berbiji² juga panadol soluble aku larutkan dalam air, tapi batuk & selsema aku makin teruk.

Memang langsung tak lena tidur aku malam tadi. Memula tu aku saja tak bukak kipas sebab tak nak selsema jadi lagi buruk. Tapi lepas sejam dua, panas nak mampus la pulak. Dengan hidung tersumbat, mengiring tak kena, telentang tak kena, tidur duduk sakit tengkuk lah pulak. Pagi ni aku bangun dengan mata lebam macam baru lepas bergaduh dengan banduan. Pening kepala pulak sebab tak cukup tidur.

Breakfast pun tak rasa apa. Biasa la kan bila batuk & selsema ni memang hilang deria rasa. Nak kemas rumah pun tak larat sebab Raha dah 'kemas' kan lagi rumah aku. Abang dah pegi servis kereta pulak. Ingat nak hantar Raha rumah Cik Ika, tapi Cik Ika pergi sekolah anak dia, ada sukaneka pulak. Sudahnya aku dok depan PC mengadap blog sambil sesekali jeling kat Raha yang masih terus 'mengemas' rumah. Dia baru koyakkan bank statement aku. Sebelum tu dia dok selongkar purse aku, abis duit, kad ATM & 'kad hutang plastik' aku bersepah². Lepas tu dia sepah² kan album. Sekarang dia dok tabur bedak pulak. Grrr...

Thursday, April 07, 2005

Idola Amerika - Babai Nikko

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar amik kat idolonfox)

Ish! Nikko lah pulak. Takde lah aku nak kata Nikko ni nyanyi sedap sangat, tapi dia layak stay sekurang²nya untuk 2 minggu lagi. Malas lah nak citer panjang². Janji buat masa ni Constantine, Abang Bo, Carrie & Cikgu Nuar masih selamat. Cuma yang tak best, minggu depan masih kena dengar lagi suara sumbang dan meneran itu.

Sukanya nengok iklan Ford minggu ni. Masa muka Constantine & Abang Bo keluar, penonton kat sana jerit² kan, akak pun nak ikut jerit² deknon. Nasib baik Cik Abang ada nengok sekali, maka akak pun maintain ayu sambil gosok baju.

Wednesday, April 06, 2005

Idola Amerika - Top 9

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dipinjam dari laman idolonfox)

Ntah apa ntah tema minggu ni, aku tak sempat dengar Ryan cakap tadi. Tapi kalau ikut kata aku, tema minggu ni ialah 'Zzzzzzzzzz..', sebab semua lagu boleh menyebabkan orang menguap. Ke aku aje yang rasa macam tu?

Tak ada apa sangat yang aku nak tulis pasal persembahan diorang minggu ni. Selain dari Scott yang masih sumbang dan Anthony yang masih kekal sebagai juara meneran, aku rasa yang lain² telah menyanyi dengan baik. Constantine, Vonzell & Nikko semakin meningkat. Carrie maintain jek. Cikgu Nuar & Nadia pula dah bangkit kembali dari kelemahan minggu lepas. Cuma Abang Bo jek yang menurun sikit kali ni.

Bagi aku, sama macam minggu lepas lah, samada Scott atau Anthony yang patut angkut beg balik kampung. Tapi tak pelik la kan kalau rakyat Amerika nak letak Bo, Carrie & Vonzell pulak kat bottom 3 besok.

Sunday, April 03, 2005

Apa hal? Hek elee..

Apa hal? Gebang jek lebih. Tapi, hek elee..

Apa hal bila nama pemenang dah diumumkan, muzik iringan lambat masuk? Tak smooth langsung.

Apa hal dengan mikrofon itu? Dah nak separuh lagu Reshmonu nyanyi, takde sapa hulur mic baru?

Apa hal dengan mikrofon itu lagi? Sampai Datuk Yusof Haslam kena kongsi mic dengan pengacara. Ada satu mic aje ke sepanjang anugerah tu? Ke habis bateri? Apasal tak ganti bateri awal-awal?

Apa hal tetiba aku kena tengok iklan pulak masa Misha tengah nyanyi? Sungguh korang sopan.

Apa hal aku kena tengok iklan lagi masa Kembara belum habis nyanyi? Ingat senang ke nak nengok diorang nyanyi? Sungguh double kurang sopan.

Diorang nih macam tak buat raptai jek. Hek elee..

Friday, April 01, 2005

Idola Amerika - Babai Jessica

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar ini di taja oleh idolonfox)

Hah.. ni yang aku nak bebel nih. Macam berlumba² pulak deknon² pompuan ni keluar. Dah 3 minggu berturut², pompuan jek yang keluar. Agaknya kalau Top24 hari tu dicampur lelaki dan perempuan, mau Top12 jatuh kat lelaki je semua.

Hah tu tak lain mesti nak kata yang mengundi kat luar tu semua perempuan, jadi diorang vote lelaki ajelah ya? Tak ingat ke, Fantasia Barrino tu perempuan. Kelly Clarkson tu pun perempuan. Sapa kata pompuan tak vote pompuan? Simpan aje lah alasan tu dalam mesin basuh ya. Kalau kat rumah tak pakai mesin basuh, manalah tau kot deknon² guna kaedah basuh tangan, boleh lah simpan alasan tu dalam besen atau baldi.

Ke deknon² semua memang nak bagi lelaki yang menang tahun ni? Cuba la semangat sikit lawan Abang Bo tu. Paling tak pun, maintain la tiap² minggu. Ni tak, kejap menyerlah, kejap menyelam. Nak nyanyi ke taknak nyanyi nih? Malas lah aku taip lagi.. *sambil baling keyboard, tumbuk² meja*. Huhuhu.. ehh, tiba² skrip aku ala² feminist pulak hari ni.

Jangkaan aku bahawa Scott atau Anthony yang mungkin terkeluar, meleset sama sekali. Sebenarnya aku tak terkejut sangat Nadia kat bottom 3 tu. Tapi Anwar & Jessica? Ada dua jek penyebab kenapa diorang tergolek kat bawah minggu ni. Pertama, kes terlupa undi.. sebab persembahan diorang pun ala² mudah dilupakan jugak kan. Kedua, kes yang mengundi pun buta seni, nak buat cemana kan? Sekali yang jadik Idola Amerika tahun ni ialah Anthony.. muahahahahaa.. aku gelakkan aje la rakyat Amerika yang bengong macam presidennya itu.