Friday, April 24, 2009

CINTA


Allah S.W.T merencanakan setiap sesuatu itu dengan sungguh teratur. Subhanallah..

Isnin. 24 Rabiul Akhir 1430. Tarikh lahir ku ke-35 mengikut Tahun Hijrah. Itulah juga hari pertamaku selepas aku benar² mengenal siapa diriku, dari mana aku datang dan kemana aku akan pergi. Hari pertama aku lalui setelah mengenal erti sebenar CINTA.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman)

Bagaikan suatu petanda dari-Nya untuk aku mengerti, di saat terbitnya CINTA ini di hati, detik itulah hijrahku harus bermula. Semoga Allah memberikan aku kekuatan di fasa ini. Setiap CINTA itu harus diuji. Bersediakah aku dengan dugaan² Nya nanti? Aku tahu ia tidak mudah. Aku tahu ia satu perjuangan. Tidaklah sebesar perjuangan Nabi Ibrahim A.S meruntuhkan berhala² Namrud. Jauh sekali dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W menentang kejahilan dan menegakkan kalimah Allah S.W.T (selawat ke atas mu ya Rasululluah. Terima kasih atas pengorbananmu wahai kekasih Allah..), namun perjuanganku meruntuhkan dinding² belenggu yang mengotori jiwa suci kurniaan Al-Quddus, perjuangan merobohkan 'berhala² dunia' yang selama ini menguasai 35 tahun hidupku. Perjuangan mengotakan kesaksianku terhadap jiwaku yang telah aku berikan pada Al-Khaliq ketika aku diciptakan. Perjuangan untuk menjunjung tinggi kalimah "LAAILAHAILALLAH.. MUHAMMADURRASULULLAH - Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah"

Semoga aku mampu kekal dalam orbit ini di sepanjang sisa² hidupku ini. Semoga kalimah syahadah itu menjadi mudah di bibirku, di mindaku, di jiwaku saat aku menghembuskan nafas terakhir kurniaan-Nya.

Bumi hamparan sejadahku.. cinta ini tasbihku. Amiin.

(sumber gambar: Al-Insan)

Thursday, April 02, 2009

Ujian Kasut


Kita hidup di bumi milik Allah ni tak akan lari dari diuji. Samada kita nak ke taknak, kita pasti akan melaluinya. Ujian pulak datang dalam pelbagai bentuk. Dan semalam ujian datang kepada akak dalam bentuk kasut.. Iyer.. kasut.

Akak parking kereta. Akak tukar dari sandal ke kasut. Bukan kasut mahal, bukan LV, bukan Aigner, bukan Salvatore Ferragamo. Bukan. Bukan juga kasut murah. Bukan cap Seng Heng atau Hup Seng. Bukan kasut baru pun. Kasut dah lama gak beli, hari² dok pakai kasut tu lah. Sebelum ni kasut tu ok jek. Sebab tu akak kata 'ujian kasut'.

Akak jalan pegi kat lif. Kasut rasa lain macam. Macam longgar. Keluar lif, akak jalan dari The Gardens gi Mid Valley. Sepanjang jalan hujung seluar akak bahagian belakang termasuk dalam kasut. Kaki akak sudah mengecilkah? Kasut sudah membesar? Sungguh tak selesa.

Akak hantar jam tangan pegi kedai. Kena tunggu 20 minit. Akak lepak kat satu bangku. Sumbat tisu dalam kasut. Habis semua tisu dalam handbag. Test kasut. Okey, macam dah ketat. Akak jalan balik. Baru 2-3 langkah dah rasa longgar balik. Akak tarik hujung stokin, kasi banyak lebih kat hujung, biar penuh hujung kasut. Akak jalan semula. Sama jugak. Malas dah nak buat apa. Jalan jek lah, lagipun bukan plan nak lama pun kat situ. Nak cari barang sikit² jek.

Setengah jam berjalan dengan kasut asyik nak tercabut dan hujung seluar asyik masuk dalam kasut. Masuk balik kereta, hujung jari semua sakit. Kaki lenguh sebab berjalan pun tak betul.

Hidup ni penuh dengan pilihan. Akak yang memilih untuk pakai kasut. Kenapa? Kenapa tak pakai je sandal tu? Sebab pakai kasut lebih bergaya kan? Akak yang pilih untuk kelihatan bergaya kan? Untuk apa? Untuk siapa? Siapa yang nak tengok? Kalau orang tengok pakai sandal pun kenapa? Kalau orang tengok akak tak bergaya pun kenapa? Akan berkurang satu sen kah harta akak? Berkurang satu ilmu kah? Hinakah? Hidup ini penuh dengan pilihan. Cuma kita sering memilih untuk dibelenggu persepsi mata memandang.

Iyer akak juga boleh memilih untuk menyumpah seranah kasut tu dan melontarnya ke luar tingkap kereta. Tapi itu bermakna akak mungkin kena denda sebab buang sampah merata². Itu juga bermakna akak kena beli kasut baru, juga bermakna akak membazir sebab kasut tu elok lagi. Membazir itu sahabat syaitan. Ish! Tanak la! Sapa nak kawan dia?!

Lalu akak terfikir banyak perkara.. antaranya..
1) Akak seharusnya bersyukur sebab akak mampu beli kasut. Bermakna Allah murahkan rezeki akak untuk memiliki kasut. Ramai insan diluar sana hanya berselipar atau terpaksa berkaki ayam, kerana mereka tidak mampu. Memiliki kasut bukanlah pilihan utama buat mereka.

2) Akak patut bersyukur kerana memakai kasut bermakna akak ada kaki. Lengkap sepasang kaki. Ada insan diluar sana tidak berkaki.. mungkin kecacatan sejak lahir, mungkin terpaksa dipotong kerana accident atau penyakit. Memakai kasut bukan satu pilihan pun buat mereka.

3) Akak patut bersyukur bila sakit kaki, bermakna kaki akak masih mempunyai deria rasa. Ada insan diluar sana yang mempunyai kaki tapi tidak mampu merasa sakit, gatal mahupun sentuhan. Mungkin kerana lumpuh. Merasa sakit kaki juga bukan satu pilihan buat mereka.

4)"Apabila orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa-dosanya."(H. R Bukhari)
Akak patut bersyukur jika kesakitan sedikit itu dapat membersihkan dosa² kaki akak yang pernah menjejak ke tempat² maksiat. Mungkin itu akan mengurangkan sedikit hukuman di akhirat besok? Wallahualam. Dia Al-Ghaffar. Dia Maha Pengampun. Dia Al-Hakam. Dia Maha Memutuskan Hukum.

Disebalik setiap ujian samada yang kecil (sekecil 'ujian kasut') mahupun yang besar, terlalu banyak hikmah dan nikmatNya.. jika kita mampu melihatnya, jika kita mampu menggunakan akal kurniaanNya untuk berfikir. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Wednesday, April 01, 2009

Aku yang tak bertajuk

Mungkin ramai
Mungkin semua pernah rasa
Macamana aku rasa
Tak reti nak explain
Cuba berkongsi, cuba berdiskusi
Tapi takut pulak
Bila kadang² berbunyi riak..
Nauzubillah min zalik
Betullah.. diam itu lebih baik dari berkata-kata
Nak sangat tulis
Tak jumpa pulak ayat yang mentafsirkan segalanya..
Mungkin sebab aku pun belum faham segalanya
Mungkin aku takkan faham
Mungkin aku cuma akan faham sikit2 je
Tak diluah, rasa nak luah
Nak diluah, rasa tak pasti
Pada siapa?
Perlu ke?
Bukan.. aku bukan ditimpa masalah
Bukan ditimpa kesusahan.. tidak sama sekali
Bukan konflik jiwa
Bukan hilang arah
Mengenal diri?
Mungkin
Sesungguhnya.. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Dia Al-'Alim
Dia Yang Maha Mendengar
Dia As-Sami'
Biarlah kembali padaNya