Wednesday, November 22, 2006

Chantekk bukan..?

Budak ini kan, dia kan, memang tak leh tengok spek mata. Tak kira la kan, spek mata kaler itam ke kan, spek mata ada power ke kan, spek mata Mak dia ke kan, Abah dia punya ke kan, Ayah Chik dia punya ke kan.. malahan Embah dia punya sekali pun kan, dia mesti nak pakai.
Jika ada sesiapa berminat untuk menjadikan budak ini model cermin mata, sila lah contack akak ye.. Muahaha.. kosser jek kan, mak gila glemer gituh!

Bukan Akak Sorang Je Tau!
Tadi akak tengok Amazing Race Asia tuh, tapi bukan yang baru lah, yang ulangan minggu lepas punya, sebab minggu lepas akak asyik missed jek. Kali ni, diorang race kat Indonesia pulak, dan antara task yang diorang kena buat ialah mengambil clue yang diletakkan di tengah² beberapa ekor 'dot dot dot' di dalam sebuah zoo. Haa.. kosser jek kan, terus meroyan akak datang, dan akak angkat kain baju yang akak tengah lipat masa tuh ke depan muka akak. Ala² dengan harapan kain baju tuh akan menghadang pemandangan akak kat TV, atau menghalang dot dot dot itu keluar dari dalam TV lah agaknya.

Anyway, lepas tengok tu diorang buat task tuh tadi, err walaupun tengok ujung² mata aje sebenarnya, kira tengok jugak lah kan. Anyway, lepas tengok tu, maka akak sedar bahawasanya akak sebenarnya seorang yang normal di atas muka bumi ini. Akak bukanlah spesis yang dilahirkan dengan terlebih hormon mengada-ngada, atau terlebih hormon penakut. Err, akak tak pastilah samada 'mengada-ngada' dan 'penakut' tu adalah sejenis hormon atau apa, sebab akak dulu Biology pun dapat C3 aje.. ke C4? Eh entahlah, akak tak ingat.

Anyway, sebab apa akak kata akak normal? Sebab boleh dikatakan hampir semua yang kena pegi amik sampul hitam kuning kat tengah² kandang 'dot dot dot' tu mengatakan bahawa 'dot dot dot' adalah antara perkara menakutkan bagi diorang. Si Zabrina peserta Malaysia tuh pun, belum masuk lagik, dia dah nangis kat luar tuh. Mesti dia cam ada instinct bahawasanya dia terpaksa berdepan dengan 'dot dot dot' lepas tu kan. Sebenarnya akak menjangkakan gayah Sri Lanka yang propah tuh yang akan menangis guling², tapi ternyata jangkaan akak meleset. Tapi gayah tu pun takut dengan dot dot dot tuh tau.

So kesimpulannya, akak normal okay.. Akak kira setaraf tau dengan peserta² Amazing Race tuh.. huhuhu..


Diet?
Akak konon² tengah diet lah ni. Sejak balik dari kenduri kat kampung hari tu, akak takde sentuh nasi pun tau. Kiranya, dah 3 hari lah ni akak tak makan nasi. Dasat kan akak diet?

Memang akak tak makan nasi. Akak cuma makan McD, kerepek ubi pedas, sotong kering, biskut Munchy's Music, aiskrim, kuih sepit, cekodok kurma, maggie, pizza, lasagna dan barbecue chicken wings aje. Dasat kan akak diet?

Akak berangan nak turunkan sekurang²nya 5 kilogram sebelum kick off party kitorang nanti. Akak ingat kick off party tu dekat² hujung tahun nanti. Sekali, akak baca email tadi, rupanya party tu 5 Dec nih. Huh, sempat ke deknon nak turunkan 5kg dalam masa tak sampai 2 minggu ni? Macam tak sempat jek.

Selalu macam ni tau. Bila ada apa² majlis kan, mesti akak plan nak kuruskan badan sebelum tiba majlis tu. Tapi selalunya la kan, bila sampai masanya, samada akak kekal dengan berat badan yang sama, atau akak dah tambah lagik berat badan. Rasanya, hanya untuk 1 majlis jek yang akak bebetul berjaya kurangkan berat badan - majlis persandingan akak sendiri. Huhuhuhuu... Tu pun setelah mak akak sound Mak Andam akak supaya jangan besarkan baju pengantin tuh untuk akak, tapi akak kena kecikkan badan akak kalau nak muat baju pengantin tuh. Bijak kan mak akak? Jadi, perlukah akak mengajak Abang akak untuk bersanding sekali lagi untuk menurunkan berat badan akak? Atau perlukah akak suruh mak akak aje bagitau kat organizer kick off party tu supaya tak membenarkan mereka yang overweight menghadiri parti tersebut?

Tuesday, November 21, 2006

Entry Sengal

Aduh la.. hangin sangat tau! Sengal sesangat assist support hari ni. Aku bukak dari pukul 4 petang tadi, sempat check profit untuk 4 clients jek. Masuk jek pukul 5 petang, dia terus sengal sampai sekarang (sekarang dah pukul 3.27 pagi okke). Selalu tau assyst ni sabotaj akak. Dia macam tau² jek hari ni akak nak print ledger, nak print fund sheets, nak check & lock profit. Semalam Ima kata dia login okey jek sampai pukul 5 pagi lagik. Semalam jugak la akak tido lena sampai terlajak waktu subuh. Apasal masa akak tido lena assyst tuh tak sengal pulak? Kenapa bila akak berkobar² macam hari ni, baru dia nak meroyan? Bukan sekali ni jek tau, dah banyak kali dah. Tiap kali akak nak buat kerja² melibatkan assyst jek, dia macam tau² jek, masa tu la dia nak buat pe'el nak sengal. Hangin tau!

Ni mata akak dah birat dah nih berjaga. Harus besok tak dapek nak melaram dengan mata hazel akak. Bila tak pakai mata hazel, tak dapatlah akak melaram dengan sunglasses mak datin akak yang akak baru beli minggu lepas tuh, sunglasses yang ada huruf 'M' kat kiri kanan nya tuh, yang sebenarnya bermaksud Miu Miu, tapi akak tak kira, akak nak jugak cakap 'M' tuh stands for Mawi-Mawi. Huhuhu.. sengal sangat kan? Tapi masalahnya kan, kalau takleh nak download dan print benda² alah tu semua, camno akak nak pegi appointment besok pun? Dan kalau dah tak pegi appointment, apa kejadahnya nak melaram dengan mata hazel dan spek hitam mak datin Mawi-Mawi segala tuh kan.

Jadi apa ke pekdahnya akak stay up sampai pagi nih? Assyst pun tak dapat masuk, kepala akak pun dah ikut sengal sekali dah nih.

Satu jek la pekdah yang akak dapat kot, akak dapat jugak memaksa sorang member akak tu mengaku yang 'dia' itu adalah dia. Hik hik hik. Dah lama dah akak syak wasangka sebenarnya. Tapi akak takde can nak chat dengan dia nak memastikan identiti dia. Lagipun masa tu akak belum cukup bukti. Haa ko, ala² CSI gitu kan, mengumpul bukti segala. Kebetulan lak akak online YM tadi, dia pun tengah online jugak. Maka akak pun menerjah ala² Abang Nas rambut kerinting. Cuma bezanya akak tak pakai kamera dan mikrofon. Dan sah² lah rambut akak lagi menawan dari rambut Abang Nas kerinting tu kan.

Kawan akak tu pun dah tak kuasa nak coverina lagik kot. Dia pun ngaku jek lah. Hik hik. Terus akak perasan terer dan rasa cam nak bukak bisnes penyiasatan persendirian, dan akak kasi nama SuMie P.I. Ala² Magnum P.I lah kan. Err korang tau ke cerita Magnum P.I tu? Err akak pun tak tau sebenarnya citer apa tuh (ayat coverina), sebab akak pun belum lahir masa citer tu popular (ayat coverina lagik), akak tau ni pun sebab moyang akak yang cerita (Boleh gitu? Mudanya moyang aku!).

Apa pun, akak tak kisah deknon. Dari dulu pun akak memang dah agak dah. Ko jek yang menafikan, walaupun akak tak tanya pun, ko jek suka² nak menafi, boleh gitu? Tapi walaupun ko menafikan, akak tetap Curiga Ning Baizura dengan ko. Lagipun sebelum kenal ko, akak dah ramai kawan² macam tu, so kiranya akak ni cam berpengalaman lah konon kan, sekilas ikan di air akak dah tau ikan kaloi tulen ke ikan kaloi mak Bawang Merah (sumpah akak tak kenal ikan pun). Lagipun akak tanak la tunjuk sangat pengalaman akak kan, sebab akak pun ada banyak benda nak coverina kan... huhuhu.

Cemanapun disebabkan akak ni memang jenis pemerhati, dalam pada kita gi melalak kat News MKTV tuh, dalam pada kita asyik pegi melantak sana sini mengalahkan krew Jalan² Cari Makan tuh, akak observe jugak la tingkah laku ko kan dalam pada ko tak perasan tu kan. Tapi akak simpan jek la. Dan akak dah pernah terfikir, suatu hari nanti kalau ko pech lobs, akak takkan terkejut pun, sebab I have already accepted you as what you are, long before you even admit who you really are. Dan akak doakan kebahagiaan untuk ko, sebab ko juga seperti akak, layak untuk hidup bahagia.. Eh.. tetiba bertukar jadik intonasi filem Yusof Haslam pulak nih.

Apa²lah deknon, but I really meant what I said. Tu pun kalau ko baca la entry sengal akak ni kan. Kalau ko tak baca pun, I really meant it jugak, cuma ko jek tak tau la kan.

Thursday, November 16, 2006

Hangin Kerek

Wahh.. tetiba aku rajin lak. Semalam dah update. Hari ni update lagik. Huhuhu..

Tah le, tetiba sejak semalam aku rasa cam nak start menulis tanpa tema.. Err, sebelum ni aku tulis ada tema ke? Ada la kot. Selalunya ada la sangkut paut dengan topik. Tapi sejak semalam rasa macam nak merapu dengan daily experience jek.

This morning didn't start off well. Semalam janji ngan Ima nak keluar kul 6.30 pagi. Huhuhu.. takdenya. Kul 6.30 pagi tu aku baru keluar bilik air gamaknya. Anyway, Ima pun lambat gak. Dia sampai pun dah lebih kul 7.30. Pastu aku gi isi minyak lagik, kul 8.15 baru keluar dari Kota Damansara. Breakfast appointment kul 8.30 kat Yap Kawan Seng. Camno tuh? Cuba citer sikit camna akak nak tanam kepak kat 'Zozo' akak tuh? Pastu Ima komplen sebab dah lambat, pastu aku rasa cam Ima blame aku la plak sebab lambat. Hangin gak aku, sebab aku tak rasa la 100% aku salah. Tapi aku pun tak rasa Ima rasa aku 100% salah. Dia pun tau dia sendiri sampai lambat. Tapi sebab yang nak pegi jumpa tu, client dia, bukan client aku, so dia la yang rasa susah hati takut client tertunggu², dan dia hangin la kot. Abis nak hangin kat sapa lagi. Dah cuma aku ada aku dengan dia jek dalam kereta kan, so terasa la hangin tu kat aku kan. Pastu dah terkena hangin dia, aku pun ter-hangin la jugak kan, sebab aku rasa dia tak patut hangin kat aku.

Pastu aku pun malas nak cakap apa², muncung aku jek panjang, dan aku tekan minyak kasi selaju yang boleh. Tapi memang tak leh laju mana pun. Sebab kereta banyak, jalan jam. Sib baik la aku ngan Ima nih memang jenis positif kan.. somehow both of us know that we should start off the day with positive energy, positive attitude and positive vibration. So after a while, dedua dah cool, disebabkan air-cond kereta aku pun terlebih sejuk kan, maka pastu dedua ok lah. Ima ngan aku pun dah 15 tahun berkawan, dah reti dah bab² hangin memasing nih. But still, that wasn't a good start. We might have delivered negative vibration to our clients-to-be.

Nasib baik client Ima jenis tak kisah keluar masuk opis kul berapa pun. So 9.30 kitorang breakfast la dengan dia sampai 11.30. Since my next appointment was around 3.00 pm, so I thought nak ajak la sesapa member kitorang around KL for lunch. Aku sms la sorang x-schoolmate kitorang nih. Pastu dia punya reply bunyi cam kerek jek, meeting dengan boss lah, including lunch meeting lah. Kata meeting, tapi leh plak dia bersms ngan kitorang. Panjang gak la dok berbalas sms tu, sampai aku tengah drive, Ima terpaksa tolong sambung berbalas sms dengan mamat tuh. Sah² lah dia tak berapa important dalam meeting tu kan, sebab boleh pulak dia bersms sambil meeting. Pastu sms tu sounds kerek gila lah. Padahal orang ajak lunch jek. Siap bagitau wife dia Assistant Manager kat dot dot lah. Everything has been taken care of the wife lah. Hek eleh.. macam lah kitorang heran sangat dengan title Assistant Manager bini dia tu. Kitorang masa still makan gaji dulu, kitorang dah title Manager lah. Tak heran pun. Dah bosan dah pun dok mereport kat orang lain. Dia tu jek yang baru balik dari negara orang, baru start keje, cam jakun lak dengan jawatan² gitu.

Aku ngan Ima tak leh sikit ngan orang kerek macam tu. Mula la rasa macam nak kerek balik jek. Kalau nak kerek pun, memang banyak le mende boleh kitorang kerekkan dengan dia tu. Elok² kita nak merapatkan persahabatan, jadik nyampah ler pulak. Hidup la ko dengan minda tertutup dan kerek ko yang tak bertempat tuh. Malas kitorang nak degrade diri kitorang melayan kerek ko. Ko baru balik Malaysia, baru habis study, baru start kerja, padahal orang lain dah start lama dah.. dah advance dah, ko masih tertinggal kat belakang, lagik mau kerek. Lagi 4-5 tahun baru ko sedar kat mana ko sebenarnya dah tercicir, masa tu baru ko tau nilai kerek ko tuh.

Suddenly kitorang bumped into another friend pulak. Dia pun baru balik Malaysia, tapi bukan sebab baru habis study macam mamat sorang lagi tu, but because of spending few years working overseas. Kira dia terus kerja kat sana lepas habis study la. So we had lunch together. Dia pun dah bosan makan gaji, bosan dengan hierarchy, dah set up company sendiri. Dah ngadap job ratus ribu pun. Tapi aku rasa potential future income, mau million gak tuh. Tapi takde la kerek macam mamat sorang tu yang still dok bersms kerek dgn kitorang masa kitorang tengah lunch tu. Kitorang dah malas layan pun dia still nak bersms gak lagi. Alloo.. kata tadi meeting. Tadi kitorang ajak lunch, jual mahal, takut sangat nak jumpa kitorang macam la kitorang nak amik duit dia. Later, macam dah termenyesal lak bila found out kitorang ala² mini gathering gitu. Earlier agaknya dia perasan kitorang ajak lunch sebab nak mengampu dia ke apa gamaknya. Lantak ko lah, lain kali toksah nak perasan, toksah nak kerek tak bertempat. By the way, lain kali pun kitorang maybe takde hati pun nak ajak ko lunch. Turn kitorang lak nak kerek, occay..

Lepas lunch aku ada appointment dengan Nana. Towards the end, mata aku start gatal². Merah gila. Ish.. tak tahan aku. Sib baik dah habis presentation. So after the appointment aku terus balik rumah. Couldn't stay for the class. I have to take out my lense immediately. Kalau aku stay kat office, maknanya pukul 9 lah baru aku tanggalkan contact lense tuh. Takkan nak buang lak. Sayang lah, pasal this pair baru jek pakai 2 hari. Kalau buang pun, aku tak bawak spek aku. Mau menggagau bawak kereta balik umah nanti. Ujan lak tuh. Tu pun tadi aku balik bawak slow gila sebab rasa tak selesa gila tang mata. Sampai rumah terus aku bukak lense, tido dengan eye pad sejuk atas mata.. fuhh legaa..

Disebabkan tertido awal sangat, nih terjaga lak tengah malam buta. Tu pasal yang tetiba ter-update blog lak. Kalau tak, tak update gak rasanya. Tapi mata aku still gatal². Rasanya dah dekat sebotol gak eye-glow tu aku titik. Nak gi klinik malas bebenor la pulak. Besok pun banyak benda lain nak buat. Banyak tempat nak pegi. Nak hantar kereta lagik. Dari sebelum raya nak tukar absorber tapi tak tukar² jugak. Besok kena gak tukar sebelum balik Johor. Dah rasa bergegar dah Zozo bila kat jalan² yang tak sepatutnya bergegar. Nak gi submit sales lagik, pulang banner lagik. Paper bag untuk Cik Eli pun tak amik lagik. Hadiah kahwin untuk dia pun tak gi beli lagik. Nak bagi hadiah apa pun tak tau. Baju kurung kat dobi untuk pakai time kenduri pun tak amik lagik. Kat rumah ni pun, kain baju tak settle lagik. Tak packing lagik. Eh.. bila dah senaraikan ni, rasa cam makin banyak la pulak mende aku nak kena buat. Aaa.. tetiba rasa kena stop entry ni sekarang jugak, dan pegi tido sekarang jugak, supaya besok boleh bangun awal dan pegi settle kerja dari awal² pagi lagik.

Ye laa.. ye laa.. aku pegi tido lah ni!

Wednesday, November 15, 2006

Rojak..

Dah lama tak update. Tak cukup masa lah. Kekadang aku rasa cam nak tutup jek blog nih. Bukan ada orang baca sangat pun. Bukan ada bahan ilmiah pun dalam ni. Tapi sayang le pulak dengan koleksi tulisan aku yang lepas² tu. Kira syok sendiri la nih.. huhuhu.

Tak ucap pun Selamat Hari Raya kat kawan² blogging yang setia masuk sini.. err.. tu pun kalau ada la kan. Tapi, raya sebulan kan? Ada lagik raya nih, tak abis lagik nih. Kira valid lagik la kan, kalau aku nak mintak maaf, kan kan kan? So, kepada sesiapa yang masih klik blog aku ni, 'ter'klik blog aku ke, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin atas segala kesalahan, terutamanya kesalahan kata² la kan. Kalau bercakap, kata orang - ikut sedap mulut jek. Kalau menulis - ikut sedap jari jek - la kan? Jadik, aku mintak maaf lah bebanyak, kalau ada perasaan yang terluka dengan kesedapan jari aku selama nih.

Aku sekarang dalam final lap. Final lap apa? Biarlah rahsia. Sapa yang tau, tau lah. Yang tak tau, tak penting pun untuk tau. Apa pun, kalau boleh aku nak pulun lah final lap nih. Syok siut, kalau masuk Top 30, dapat RM 1000 cash! Sapa tak nak kan? Lepas gak aku beli set SKII aku. Bedak aku pun tinggal 3-4 kali tepek jek tuh.

Ni dah rebranding nih, kira aku pun macam recharge jugak la energy aku, cam recharge battery henpon. Eh.. kalau boleh nak tukar henpon gak! Bosan dah aku dengan henpon gambar Mawi kat depan tuh. Eh bukan bosan dengan gambar Mawi tau! Bosan dengan henpon tu jek. Kalau tukar henpon baru pun, aku nak letak gak gambar Mawi kat depan.. huhuhu. Tak kira la Mawi affair ngan Ikin ke, Mawi affair ngan mak janda mana pun, suka ati aku la kan nak minat dia. Lagi banyak kontroversi, lagi kerap pulak aku beli suratkhabar Berita Harian. Mesti memang tu pun taktik surat khabar ni kan? Saja jek nak kasik orang macam aku beli paper diorang.

Eh, balik pada cerita rebranding tadi kan, best gak pakai nama baru nih. Masa launching hari tuh, aku ala² terlebih feel ler pulak. Rasa macam dilahirkan semula la konon. Dah ler tuh, berdiri bebetul belakang Datuk Nazir & Tengku. Muahaha.. kira aku perasan kalau orang amik gambar masuk TV ke masuk paper ke, mesti muka aku keluar sekali, nampak cam aku pun salah sorang VVIP ler gitu kan. Tapi aku tak tengok lak TV malam tuh. Dan tak terbeli lak paper besoknya. Tapi, rasanya takde la kot muka aku keluar kat mana², sebab kalau ada, mesti dah ada yang bagitau. Perasan jek Kak Peah..

Anyway, dah la nama baru, Kak Neng lak dah masuk ofis baru, imej baru, kaler baru. Keluar lak fund baru. Huh, mau tak berkobar².. Aku nak jugak achievement baru, clients baru, volume baru, pangkat baru.. hehehe. Tak kira! Nak jugak! Nak jugak! Nak jugak! InsyaAllah..

Sibuk² pun, aku sempat gak nengok TV. Sempat gak la aku nengok Amazing Race Asia hari tu. Aku mesti laa root for Malaysian team kan. Pompuan dua orang tuh, muka memang muka average Malaysian girls lah. Takde la cantik sangat, takde la buruk pun. Takde la kurus cam model, takde la gemuk sangat. Kira diorang tuh memang bebetul represent average Malaysian girls lah. Tu yang aku suka tuh.

So far, yang aku ingat, team couple Malaysian-Korean tuh, team pompuan cantik tuh (Philippines kan?), team gayah Sri Lanka tuh - over tau gayah gelap tuh masa nak turun tali tuh, propah la tu.. tak semena² popular gitu kan. Lagi.. team model India yang perasan macho dan hensem tapi sebenarnya takde la hensem sangat tuh, tapi hensem la jugak bila dalam gambar² untuk modelling tu kan. Alaa.. tu edit ngan photoshop tuh, nampak la hensem. Lagi satu, team dua beradik Indonesian tu. Diorang lah yang aku rasa paling physically unfit, tapi leh sampai first. Kira terer la tuh kan. Anyway masa salah sorang tu tanya "How did the Malaysian get here so fast?", aku cam nak tergelak pun ada. Sah-sah diorang orang Malaysia, mesti la tau cemana nak gi Shah Alam tu kan.. Ke masa tu diorang gi Bukit Nanas? Tak kisah lah memana pun. Tunggu la nanti diorang pi negara lain, tengok diorang leh sampai cepat ke tidak. Tapi hopefully, diorang sampai cepat la kan.

Sabtu ni, ada kenduri kahwin makcik aku kat Kota Tinggi, so kalau tanak missed next race, aku kena make sure balik KL hari Ahad tu. And kena make sure sampai rumah sebelum maghrib. Sebab on weekdays memang selalunya tak sempat la nak nengok.

Ishh.. dah lah entry rojak aku nih. Dah dekat pukul 3 dah, assyst tak leh on jugak. Dari kul doblas tadi aku tunggu. Hampeh jek. Dah la besok kena bangun awal. Ima buat appointment pepagi sungguh. Hmm.. baik aku suruh dia jek bawak keter besok, aku tido dalam keter.. menarik gak kan.. huhuhu..