Thursday, October 25, 2007

Projek Manik No. 2



Hihihi.. Projek ke dua sudah bermula. Tunggu dan lihat hasilnya nanti ye.

Ni baju raya hari tu sebenarnya. Saja nak tambah beadings untuk pakai masa hantar adik ipar akak jadik pengantin hujung November nanti.

Wednesday, October 24, 2007

Sukerrr..!!!


"Kak Sumie, nampak kecik sikit laa!"

"Eh.. Kak Sumie dah kurus sikit laa.. eii.. makan apa ni? Share la.. Share la!"

Muahaha!! Bior betul? Tapi memang gitu la 2 orang associates tegur akak kat ofis tadi. I like! I like!

Tapi akak rasa maybe sebab hari ni akak pakai baju yang ala² silap mata gituh. Corak dan cutting baju tu menyorokkan mana² yang tak perlu kot. Kikiki..

By the way, akak sudah turun 2 kilo okkeh.. Itu adalah timbangan awal pagi tadi. Baru jek 4 hari amik Herbalife. Hehehe.

Tapi akak tanak ler sexcited sangat (padahal dalam hati sangat gumbira sebenornya.. dah habih canang satu Malaya betapa taksubnya akak dengan HL), sebab sebelum ni pun akak penah dah turun 2 kilo dalam masa 4-5 hari, masa akak start diet dengan minum banyak air masak, dan kurangkan makan nasi hari tu. Without Herbalife pun dah turun dah 2 kilo.

Pastu dia turun lagik 2 kilo, tapi lembab sikit la. Cuma lepas tu dia cam yoyo, kejap naik, kejap turun.. especially masa bulan posa & raya, makan tak hengat katanya.. hihihi. So kalau nak diikutkan, dalam masa 3 bulan lepas, campur tolak berat akak cuma turun 2 kg jek la.

So sekarang ni akak expect dengan Herbalife nih, akak leh turun berat lebih cepat, dan tak jadik yoyo. Nanti kalau angka depan berat badan akak sekarang tu dah hilang, baru akak nak sexcited over the mountain gituh.

By the way, no doubt akak rasa lebih energetic sejak amik Herbalife nih (kosser la Herbalife patut kena kasik akak discount, buat testimonial nih). Kalau nak ikutkan, pinggang akak ni still tak berapa baik lagik. Still tak selesa nak lasak². Sebelum ni, kalau sakit pinggang camni, harus ler akak nak melepek jek. Tapi akak takde melepek pun tau, okay jek buat kerja² rumah, walaupun slow ler pergerakan.

Pastu akak ada meeting kul 4 petang tadi. Then sambung lak training pukul 6 petang. Disebabkan ni training pertama selepas cuti raya, so training panjang sket le. Kul 10 lebih baru abis. Akak sampai rumah dah dekat kul 11. Kalau sebelum ni, kalau dah balik rumah kul 11 malam tu, memang badan dah lesu gila lah. Kepala ingat bantal, body ingat katil jek. Kekadang nak cuci muka pun malas. Isyak pun kekadang kantoi..

Tapi tadi, balik rumah, akak takde rasa penat pun. Boleh ler masuk baju dalam washing machine jap, mandi, buat shake, pastu siap leh ngadap komputer update blog lagik.Hik hik hik. Sukerr! Sukerr!

Friday, October 19, 2007

Sudah sampeii!!

Itu diaa!! Set Herbalife pertama akak dah sampai! (Bunyinya cam konfiden jek kan akan ada set kedua dan seterusnya kan?). Sangat cepat okkeh..

Set ni akak order dari Cyber Slim Center hari Rabu baru ni. Masa tu akak dapat email auto-reply mengatakan Encik Cyber Slim Center itu bercuti sampai hari Isnin. Raya sakan gituu. So akak ala² kachiwa la kan sebab nak kurus cepat ler kononnya nih. Hik hik hik. Tetiba besoknya (semalam ler tu), akak dapat sms kata order akak telahpun dikurierkan. Dan hari ni pun sampai ler depan pintu rumah akak. Sangat cepat kan? I like! I like!

Dan macam yang dilihat dalam gambar tu, set asas ni ada Formula 1 (yang panjang dan tinggi tuh), Formula 3 (yang pendek dan gumuk tuh) dan Tea Mix (yang botol paling kecik tuh). Jangan ler tanya akak kenapa dia Formula 1 & 3. Kenapa takde Formula 2, sebab akak pun tatau. Pastu dalam pack tu, dapat sekali shaker cup, sudu penyukat, tali pengukur & buku panduan. Free katanya. Iyo lah tuh free, padahalnya dah include sekali dalam cost yang akak bayar tu kan? Alaa.. akak pun bisnes laa, akak tau ler taktik² promosi nih kan.

So tengahari tadi dengan rasminya akak pun mula lah consume Herbalife. Akak order perasa French Vanilla. Sedap okkeh.. ala² vanilla shake kat McD tuh. Cuma nak menghabiskan tuh, muak jugak ler. Tapi kalau ikut buku panduan, dia suruh pakai soya atau jus. Akak tadi pakai low fat milk, sebab itu aje yang ada dalam peti sejuk. Tengok ler malam karang akak try pakai jus pulak ek. Dah beli dah tadi, berkobar² le katakan.

Nak kata mengenyangkan sangat tuh, idak le jugak. Cuma takde la rasa lapar. Lagipun akak minum banyak air masak hari ni. Sejak bulan puasa hari tu sampai le lepas raya, memang akak kurang minum air masak. So hari ni baru nak start balik minum air masak banyak². Meriah jugak le bilik air akak hari ni sebab akak asyik datang menziarah jek.

Tea Mix tu pun akak buat jugak tadi. Leh tahan gak, ada rasa lemon. Memula masa akak baca kat website, akak ingat tea mix tuh jenis kena tapis cam teh biasa. Ataupun jenis pakai uncang. Sebab sebelum ni akak beli teh² kurus nih, cenggitu ler. Rupa²nya tea mix nih jenis serbuk yang larut dalam air, macam Nestea tuh. Boleh pakai air panas atau air sejuk. Sangat mudah okkeh.. I like! I like! Tapi kalau tak campur apa², tawar le, so maybe slow sikit nak masuk. Jadik akak campur gula sikit tadi. Encik Cyber Slim Center syorkan pakai madu asli untuk kurangkan pengambilan gula. Iyo lah.. iyo lah, nanti akak carik la madu asli.

So kita tunggu jek la ek, kot lepas 6 bulan ke setahun nanti akak bertukar menjadik Maya karin ke, Angelina Jolie ke ek.. Hik hik hik.

Selamat berjaya ye Kak Peah!

Thursday, October 18, 2007

Raya Ria

Sempena raya, akak buat pertama kalinya membawakan gambar² family akak secara eksklusif gituhh.. Yaa.. ada yang anda kenal? Penah jumpa? Kekasih lama? Musuh lama?

Alaa.. Tak cukup korum laa.. Tah tahun bila la nak cukup. Sejak akak kawen, pastu Ana plak kawen, tak pernahnya cukup korum bergambar pagi raya nih. Nanti kalau Ounis lak kawen, lagi lah payahnya nak cukup.. Eh apasal Ounis plak? Apasal tak Bang Long dulu? Haa tak tau tak tau.. (Lagu latar: "Sebak dadanya sebak.. tak tauu.. adek tak tauuu.."


Akak Tudung Pink: "Cepat la weii hidang kuih raya, orang datang tuh!"
Abang Baju Putih: "Kerepek ubi nih, bubuh 5 keping cukup?"
Adik Baju Bunga: "Eh.. aksi ni masuk TV ke?"
Abang Songket Maroon: "Eh yang ni sedap, simpan.. simpan.."
Abang Baju Oren: "Haah yang sedap kita makan, yang tak sedap jek hidang kat orang"


Hawa Ardini. Sejibik muka mak dia masa kecik. Alaa.. masa mak dia banyak kudis dulu.. hik hik hik.. Eh, kesian gambar Hawa Aqilah tak penah pun masuk blog nih.


Hoyehh!! Raha dah pandai naik basikal! (Lagu latar: "Baalik kampung.. wo wo wo.. baalik kampung")
Dan hoyeeehh lagik.. Raha dah tindik telinga!


Hoyehh!! Akak dah pandai jahit manik!


Close up sket.. hasil kerja beadings pertama akak. Kembang hidung sangat okkeh. Anyway, sebelah lengan tuh sifu yang buat, akak buat sebelah lengan lagik dengan leher. Alaa takde beza pun kan, cam sama jek gituuh.. (Muahaha.. takbur sangat taww). Tima kasih kepada sifu merangkap biras ku Kak Emy (Lagu latar: Tunjuk ajarku sifu!)

Walaupun perut akak asyik meragam di hari raya nih, siangnya sakan berkunjung ke rumah orang, sebelah malamnya plak sakan berkunjung ke bilik air, dan walaupun akak kena sakit pinggang lak lepas raya, raya tetap ria okkeh!

Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri


Buat semua pengunjung² SuMie di RuMah, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala keterlanjuran jari-jemariku, berhati-hati ketika memandu, semoga selamat dan gumbira di Aidilfitri, dan makan jek la puas² di musim raya nih, nanti habis raya kita diet semula okkeh.. Kikikikii...