Friday, March 23, 2007

Gedik!!


Akak baru 'ter'tengok siaran ulangan Debat AF pagi tadi.

Baru ler akak tau, alkisah sorang pompuan gedik, dah terkeluar, dan dikatakan oleh penonton bahawa dia terkeluar kerana dia gedik, tapi dia kata dia tak gedik, kononnya dia gedik sebab dia berkawan dengan sorang lagik pompuan gedik.

Huh.. ayat dia atas kedengaran sungguh gedik di telinga akak!

Sungguh lah kosser statement gedik itu kan? Boleh gitu? Dan pengakuan ini dia buat sendiri over the phone kepada Aznil taww! Lagi sekalik.. dia kata dia tak gedik, tapi dia gedik sebab dia kawan dengan sorang lagik budak pompuan gedik yang masih ada dalam akademi.

Hapa jenis statement kah ituu?! Dan statementnya itu didengari oleh satu Malaya taww! Itupun kalau satu Malaya tengok ler..

Dah ler hari tu akak terbaca, dia bagitau press yang kononnya dia percaya yang dia terkeluar awal disebabkan stetement yang dikeluarkan oleh ex-boifrennya masa kejutan dari Astro dulu. Kononnya ex-boipren dia buat citer pasal dia ada affair ngan boipren baru. Kononnya statement ex-boifren itu lah yang menyebabkan orang tak undi dia.

Ni satu lagik tah hapa ke jadahnya alasan..

Kalau dah nyanyian tu memang hampeh, setakat harap muka jek chantekks, dengan kepala terteleng² celup gaya artis yang sedia ada, toksah ler nak perasan boleh jadik artis fofuler.

Kalau ex-boipren ko tak buat sebarang citer pun, dan kalau ko kawan ngan pompuan melayu terakhir pun kat dalam akademi tuh, tapi kalau dah memang persembahan ko hampeh kepunden mareng sekepperr very der longkangsss.. tetap akan terkeluar jugak okkeh! Takde sapanya nak undi.

Haa hamik ko kena carutan over ngan akak sekilo. Tak suker sangat taww orang yang tak reti nak admit kelemahan sendiri, pastu sesuka jek main tunding² jari blame orang lain nihh.

Ingat ler deknon, kalau nak berjaya, ini prinsip yang patut ko amalkan:
NO EXCUSE!
NO COMPLAIN!
NO BLAME!


Kalau ko gedik lapan kilo sekali pun, tapi kalau nyanyian memang taraf diva kalah Datuk Siti Norhaliza, orang pasti akan undi jugak!

Tengok jek la Datuk Siti tuh, walau bermacam gossip melanda dia, walau dia kahwin ngan orang jauh lebih tua sekali pun, walau berjuta orang tak restu perkahwinan tuh, walau banyak cerita buruk pasal laki dia, walau orang kutuk dia gila harta, walau orang kata macam² lagi kat dia, tapi dia menang jugak award Artis Wanita Paling Popular taww.

Sebab apa? Sebab BAKAT yang ada kat dia memang tak boleh dinafikan.

Lagi sekali, meh akak nak ingatkan, kalau nak berjaya, memula sekali yang ko kena tanam kat kepala hotak ko tuh, ialah 3 perkara nih:
NO EXCUSE!
NO COMPLAIN!
NO BLAME!

Monday, March 19, 2007

AF5: Tetiba rasa nak merepek jap..

Bila akak tau Roslan Aziz yang jadik Pengetua AF5, maka akak ada very high expectation gitu terhadap AF5. Daripada tak rasa nak tengok, terus jadik rasa nak nengok. Tatau ler kenapa sebenarnya akak expect lebih dari Roslan. Maybe sebab akak rasa dia pernah hasilkan artis² yang berkualiti macam Sheila Majid & Zainal Abidin. Eh! Betulkan Roslan yang hasilkan diorang? Ke akak memandai ikut suka ati akak jek? Tah ler, akak malas la nak korek² buat homework nak pastikan betul ke tak. Tah hapasal, kalau sebut Roslan Aziz, akak terus rasa cam 2 artis tu adalah produk dia. Haa amik ko, 'produk' gitu. Macam ler Sheila & Zainal tu kicap pulak kan.. ala² kicap pekat produk FELDA gitu.

Apa ko merapek Peah?

Okeh, so balik pada AF5 tadi. Seperkara lagik yang buat akak expect lebih dari AF5, sebab Roslan kalau kritik kat Malayian Idol kan ala² dia la sifu gitu kan. Dan akak rasa cam ada jek dia penah kutuk Mawi dulu. So akak nak gak la tau, whether akan ada anak didik Roslan dalam AF5 ni akan setanding Mawi nanti. Ewahh.. ala² akak fanatik Mawi ler kononnya, tak leh Mawi kena kutuk, akak simpan dendam le konon kat sapa kutuk dia. Gitu? Takde maknanya.

Apa ni Peah? Ni AF5 taww. Asik² Mawi jek.
Eh suka ati aku la! Blog aku kan.. hik hik hik.

Amende akak nak citer tadi? Haa AF5. Disebabkan akak ada high expectation towards Roslan Aziz kan, maka akak berkobar² la nak menonton Konsert Minggu Pertama. Akak tak dapat tengok malam Sabtu tuh, sebab attend wedding anak client akak. Pastu akak tengok ulangan tengahari Ahad, tapi tu pun tak sempat tengok dari awal, sebab akak keluar gi makan. Tetiba masa akak gosok baju tadi, ada lak lagi sekali ulangan, merasa la akak tengok dari awal.

Satu perkataan yang ada dalam kepala akak ialah - LONGKANG!

Teringat zaman akak rajin pi karaoke dulu dengan Abang, ngan Boss, ngan Fiebie (oops!). Akak ingat kalau kitorang buat show 4 orang jek kat News MKTV tu pun lagik happening ler dari konsert budak 16 orang tuh. Eh mana ada 16. Tolak sorang chicken-pox, sorang sakit misteri, dan sorang sakit rindu kamera.. ooops.. sakit stress katanya, tinggal le 13. Haa.. jangan kata 4 orang, akak nyanyi sengsorang pun lagik happening taww dari konsert tahap longkang nih. Hamik ko, statement kosser perasan gitu dari akak.

Anyway, tak ada logika sesangat kan, ko beratur antara ribuan peserta nak masuk AF sesangat nih. Dah nangis² drama queen segala sebab terpaksa berpisah dengan family dan kucing, tetiba baru seminggu, dah nak keluar sebab tak tahan stress gitu. Stress sesangat ler tu kan. Akak nih dari Tingkatan 1 dok asrama. Bukan setakat tak jumpa mak bapak kekadang sampai 2-3 bulan, kena gi kelas pagi petang siang malam jugak, dengan nak kejar pointer nya, dengan pop kuiz, exam memanjang. Tu belum masuk senior² yang suka me-lecture, men-toture semata² sebab akak lebih chantek dari diorang.. (muahahha, hamik ko sekali lagik statement kosser perasan gitu). Nak ikut kan akak lagik stress taww.

Cuma akak takde la penah mintak nak keluar asrama, sebab akak rasa tak ada apa² berkenaan akak yang tersebar di dunia luar masa tuh. Huhuhu.. Lagipun zaman akak takde kamera digital atau henpon berkamera gituu.

Anyway, kesian gak le kat dia kan. Disebabkan satu kesilapan masa silam, satu peluang yang ada di hadapan mata terpaksa berkubur. Mungkin dia sebenarnya sangat berbakat. Tapi tah sapa la yang dengki sangat menganiaya dia tuh, obviously memang sengaja berniat nak malukan dia la kan. Semoga dia tabah melalui hari² yang akan datang.

Balik pada ciater konsert tadi, yang akak rasa paling longkang la kan, ialah music arangement dia la, yang bunyinya macam dibuat pakai sebijik keyboard jek. Alaa kalau akak jalan² kat Masjid India tu kan, ada orang buta nyanyi² tepi jalan tuh, at least orang buta tuh selalunya couple² gitu kan, at least ada la sorang main tamborin kan. Tapi nih yang kat konsert AF5 tuh, cam pakai keyboard semata, takdek tamborin. Kalau ada pun alat muzik tambahan, ialah tepukan tangan penonton yang kekadang ikut beat lagu, dan kekadang main taram jek tuh.

Itu hasil kerja Roslan Aziz ke tuh? Adoihh.. No wonder la akak nampak kat @15 tuh bersepah² bebudak mintak kembalikan Sham Kamikaze or Ramli M.S.

Dah le yang menyanyi takde energy. Muzik pun takde energy. Mau tak malap the whole show. Yang besar energynya cuma la Ogy & Aznil. Suka taww tengok Ogy jerit² pekik² laser² gitu. Tak kisah ler Aznil 'curi lampu limau' ke, syok sendiri ke, buat macam show sendiri ke.. sebab kalau dia tak buat cenggitu, takde yang bestnya show tuh.

Satu pembaharuan yang akak suka dalam AF5 ni ialah, pelajar yang terkeluar terus dihantar balik rumah. Kejam gitu.

Elok la tu. Patutnya yang dah keluar tuh, kita buat tak reti jek.. Lepas ni, kalau nak masuk dewan tengok konsert, suh diorang beli tiket macam orang lain. Toksah nak berangan dapat kerusi special. Dan tak perlu ler jemput diorang dalam Trek Selebriti atau Muzik@Ria, sebab diorang bukan selebriti pun.

Baru la orang tak mengata yang bebudak AF nih, tak menang pun, terkeluar awal pun leh glemer. Sebabnya yang Artis Mee Segera bagi aku, bukan lah pelajar yang jadi juara & finalis. Sebab diorang tu melalui proses pembelajaran yang agak lama jugak. Tapi yang masuk seminggu, bila terkeluar, terus masuk rancangan selebriti sana sini, next konsert dapat dok kerusi special, kena interview dek wartawan sana-sini, ada fan club bagai.. haa yg tu ler Artis Mee Segera sebenarnya.

Ok lah, akak merepek setakat sini jek la. Akak takde la niat nak buat ualasan konsert ke, ulasan selari ke, apa ke. Blog lain melambak weh. Lagik best. Entry yang ni jek nak merepek jap nih.

Tapi tak tau lah kan, kot next week tetiba jatuh tahap longkang lagik besar pulak, mau akak merepek lagik.