Tuesday, November 23, 2004

SuMie Sepi Sebulan

Berikutan keputusan aku untuk berhenti kerja tempohari, maka semalam aku telahpun menghantar 'surat cerai' pada boss aku. Maka secara rasminya hari terakhir aku di pejabat ini adalah 31 December 2004.

Disebabkan itu juga, ada banyak tugas yang perlu aku bereskan sebelum aku angkat kaki. Walaupun aku boleh memilih untuk lepas tangan sahaja, tapi aku tak sampai hati meletakkan beban yang banyak di atas bahu teman² sejawat. Niat di hati, akan ku sudahkan apa yang termampu selama sebulan yang tinggal ini.

Ini juga bermakna aku akan menyepi dari 'menulis', kerana aku sangat pasti, tugas² di pejabat akan ku bawa pulang juga ke rumah dalam masa sebulan ini, bererti aku tak dapat meluangkan masa untuk update blog atau fotopages. Aku juga pohonkan kemaafan pada rakan² bloggers terutamanya AMTY kerana aku juga mungkin tak punya masa untuk mengunjungi 'rumah²' kalian sambil mengomen² entry, cat dinding mahupun langsir kalian. Macamana aku nak komen kalau aku tak baca?

Aku juga terpaksa menggantung buat sementara waktu jawatanku sebagai AJK tetap Ahli Mesyuarat Tingkap Y@Home, memandangkan aku harus menggunakan 100% 8 jam waktu pejabat yang ada bukan saja untuk menyiapkan kerja², tetapi juga untuk mengajar mereka yang bakal mengambil-alih tugasan aku. Begitulah bersemangatnya dan bulatnya tekad aku untuk sebulan yang akan datang.

Buat teman² yang selama ini setia mengunjungi blog SuMie, aku harap kalian tidak serik untuk berkunjung lagi. InsyaAllah, aku akan kembali menulis bila tahun baru menjelma nanti. Buat teman² AMTY, jangan rindukan ketiadaanku di tingkap (hehehe). Kalau ada masa, aku akan jenguk juga sekali-sekala. Kalau ada gathering ke, majlis makan free ke, jangan lah lupa, aku ada handphone tau!

Dengan itu, walaupun mungkin terlalu awal, SuMie menutup tirai 2004 dengan menyusun jari sepuluh:

Andai ada tersalah kata,
seribu kemaafan yang kupinta.
Andai ada yang ingin ku bicara
selepas sepurnama kan ku titiskan tinta...

Thursday, November 11, 2004

AMTY Menggegar Teratak Screw

Seperti yang dirancangkan, pada 6 November AMTY telah menyerbu rumah Screw di Seremban untuk berbuka puasa bersama². Mulanya, aku ingat nak bawa kurma daging special resepi turun temurun. Cuma, sepertimana yang AMTY dah tau, ianya bukan lah resepi turun temurun aku, sebaliknya resepi turun temurun makcik yang meniaga Nasi Tomato kat Seksyen 6 Kota Damansara tu. Disebabkan lauk yang bakal disajikan nanti memang banyak, maka Screw mencadangkan aku bawa apa² yang boleh dimakan ketika sessi menganyam ketupat. Jadi aku pun beli lah sebungkus dua kerepek dan coklat Cadbury. Aku buat juga sikit puding untuk menambah² juadah berbuka puasa. Aku tak tau pun apa nama puding tu sebenarnya, tapi disebabkan dia belang² macam warna kulit harimau, aku pun panggil lah Puding Rimau.

Selepas Asar, aku, Abang & Raha bersiap². Aku dah agak dah, mesti susah aku nak berkonvoi dengan AMTY yang lain sebab bukannya senang nak siapkan tuan puteri yang sorang tu.


"Maaakk.. baju ni okey ke?"


"Maaakk.. mana kasut nak pakai ni?"


"Dah nak sampai tol PD nih.. lipstick tak touch-up lagik nih"


"Okay.. dah siap!"

Masa aku baru sampai di Sg. Besi, Qyrie, Mag, Emy & Ana (adik Emy) dah pun sampai kat Tol PD. Sudahnya, aku konvoi dengan lori ayam dan bas express aje. Walaupun peta Screw ada sikit ‘pening’ macam tuannya juga, namun disebabkan pilot aku handal orangnya, maka aku berjaya jumpa rumah Screw yang telah siap dipasang khemah di halaman. Takut juga kot lah salah rumah. Manalah tahu entah² memang hari tu ada orang buat kenduri kahwin ke, ada anak dara orang kena pinang ke. Kebetulan Uncute pun baru sampai, jadi confirmlah itu memang rumah Screw.


"Tumpang tanya incik.. betul ke ni rumah Makcik Skru Longgar? Betul ek? Ni bukan rumah orang kawin ek?"

Qyrie, Mag, Emy & Ana sedang bersantai di hadapan TV sambil meng-conquer remote control. Di dapur aku berkenalan dengan Mak Screw merangkap Chef handalan pada hari itu, Linda Leong yang rupawan, serta Ritos si gadis ayu yang selama ini kusangkakan jantan yang ganas.

Tak lama lepas tu Watie & hubby pun sampai bersama Boboy dan Mira yang berambut saling tak tumpah macam Ezlynn. Geram aku nak gunting. Selepas itu, kedatangan Xmen pula yang diintai² oleh Emy dari celah² langsir emak Screw (lariiii….). Kak Sham pula tiba bersama hubby dan 4 orang anak²nya beberapa minit sebelum berbuka puasa. Kak Eisya dan 2 orang anak daranya pula tiba semasa AMTY sedang menjamah kuih karipap, popia, tepung pelita dan puding serta sirap bandung yang dibancuh oleh Uncute.

Menu petang tu memang mengecurkan air liur kalau aku ingat²kan. Masak lemak cili api, asam pedas, ayam goreng, ikan cencaru, sambal ikan bilis dan macam² lagi. Tak lupa juga pengat pisang dan epal bermandi jus asam boi yang masih belum ku lupakan rasanya sehingga ke hari ini. Namun dengan adanya Raha, aku tak dapat lah membuat aksi gelojoh dengan membaham semua juadah sampai se’eh perut. Sebagai emak, kenalah aku menunjukkan contoh teladan yang baik kepada Raha iaitu dengan membiarkan Abang makan dahulu, kemudian baru aku makan. Kemudian Abang pula makan lagi, kemudian aku pula, begitulah seterusnya bergilir².


Epal Bermandi Jus Asam Boi

Ketika sedang makan, Badrul menelefon Kak Sham yang merupakan 'Ratu Stalkerazzi' AMTY sekaligus memberi peluang kepada AMTY yang lain menggegarkan perkarangan rumah Screw dengan jeritan² yang mengalahkan jeritan² dalam filem Mistik, sebab dapat berborak seketika dengan Sahri, Khai, Zarina, Bob, Zahid dan Dayang Nurfaizah melalui telefon Kak Sham yang dikuatkan speakernya. AMTY yang telah bersuami kebanyakannya bukan saja hampir lupa dengan status mereka sebagai isteri, tetapi juga hampir terlupa dengan anak² yang ternganga² melihat emak mereka mengilai², malah hampir terlupa juga dengan suami² yang senyum² simpul sambil menjeling manja dari meja sebelah. Tak dapat dipastikan samada senyuman dan jelingan tersebut adalah ikhlas atau mempunyai makna bahawa telinga isteri masing² akan dipiat di rumah nanti. Aku terkelu lah pulak bila dapat cakap dengan Zarina, alahai manja dan sopan santun nya lah Zarina tu, sampai tak tau aku nak tanya apa, mujur Kak Sham banyak cover. Lupa pulak aku nak jerit..”Ayomm.. ayomm” kat Zarina. Terima kasih tak terhingga buat Badrul dan Kak Sham yang memberi peluang tersebut pada AMTY. Bukan senang nak dapat peluang macam tu.

Selepas itu AMTY berpindah ke dalam rumah pula sambil menikmati pelbagai pencuci mulut yang dibawa oleh Kak Sham, Kak Eisya, Qyrie dan Mag. Sampai hari ini, aku masih lagi menyesal kerana tidak membalun cukup² puding dan kek yang sedap tu. Bukanlah aku control ayu ataupun menjaga gigi seperti Screw, tapi tumpuan aku terpaksa di bahagi dua, antara kuih-muih dan Raha. Kalau lah Raha tidur lebih awal, dah tentu langsai semua puding dan kek² tu masuk dalam perut aku. Pada masa tu juga aku nampak Screw dan emaknya sibuk mengadakan party tupperware di dapur, membungkus bekalan bersahur untuk AMTY. Segan pulak aku dengan tuan rumah.


Cheese cake tajaan Qyrie & Puding tajaan Kak eisya

Giliran AMTY Jr. pula menyusul selepas itu. Kami kembali ke halaman rumah bersama bekalan bunga api dan mercun yang di taja oleh Watie. Pelakon² utama dalam adegan “Mengasapkan Rumah Pak Hamid’ pada malam itu pastinya anak² Watie, anak² Kak Sham dan anak Kak Eisya, diiringi oleh pelakon² tambahan seperti Qyrie, Mag dan Uncute. Dalam pada bergembira tu, si rambut Ezlynn tu pula tersilap langkah, lalu mengalir le darah di lutut, mengalir le air di mata. Kesian Mira, jatuh pulak dia. Mujurlah nangis sekejap aje.


Qyrie: "Bebudak semua tepi.. aku gila kuasa nih"
Uncute: Hah.. jangan bagi muka kat diorang tu Qyrie, meh kita belasah semua mercun tu!"


Baby: "Kita mesti buat sesuatu.. kita mesti gulingkan mereka. Nah ko ambik mercun ni, pegi bakar kereta diorang tu!"


"Ish dah 18 kali cucuh tak hidup jugak nih. Mcamana aku nak bakar keter diorang nih.."


"Hah... hidup pun, siap lah keter korang.."


"Yeaahh!! Sekarang aku boleh main puas²"


"Banyak juga barang rampasan kita ek?"


Sebahagian barang rampasan..

Pada masa melayan bunga api tu juga, Screw dan emaknya telah membuka ‘Bazar Ramadhan’ di luar rumah. Semua hidangan yang siap di bungkus dalam plastik untuk setiap seorang AMTY disusun rapi di atas meja bersama² kuih semperit yang telah kami tempah dari Screw sejak awal Ramadhan.


Tapau.. tapau..


Semperit.. cair di mulut tidak di tangan

Aku mohon maaf kerana tak dapat menjalankan tugas sebagai Camerawoman pada hari tu, juga kurang berjaya menjaga status selaku Ratu Touch-up kerana mempunyai tugasan lain iaitu menjaga Raha. Terima kasih kepada Abang selaku Cameraman import yang mendapatkan gambar² yang ada di sini. (Klik SINI untuk gambar² penuh)

Entah pukul berapa baru kami beransur pulang. Walaupun sebenarnya belum puas berborak dan makan, tapi takkan nak mintak tilam dengan bantal pulak kan? Apa² pun, aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga pada Screw dan keluarga kerana bersusah payah menjamu kami. Aku tau, pasti penat badan menyediakan kesemua juadah, siap bagi kami tapau lagi, kemudian nak mencuci pinggan dan mengemas pula. Tuhan saja yang mampu membalas. Semoga kalian sekeluarga dimurahkan rezeki.

Buat semua AMTY juga, aku menyusun jari dua puluh (termasuk jari kaki), memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa, terover gurau senda sepanjang perkenalan dan persahabatan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian sekeluarga, semoga selamat dalam perjalanan di musim perayaan ini, semoga dilindungi Allah sepanjang masa, semoga kita berjumpa kembali selepas cuti panjang nanti!

Monday, November 08, 2004

Sampul Duit Raya

Hari tu, aku dengan Abang pergilah shopping barang² keperluan rumah. Selalunya aku membeli-belah di Tesco, sebab dekat dengan rumah aku, atau di Jusco sebab aku suka kumpul Jusco points. Kadang² aku pergi juga Carrefour atau Giant. Tapi, pada hari yang kunamakan ‘Hari Tebal’ tu, aku bershopping di Tesco Mutiara Damansara.

Macam biasalah, barang² dalam shopping list aku mestilah Pampers, susu Snow dan sedikit barang² dapur. Dah penuh trolly tu, mestilah sorong ke cashier dulu kan, takkan lah nak sorong terus ke kereta. Sementara mamat cashier tu scan harga barang², Abang pun masukkan lah barang² dalam trolly. Aku pulak sorong ‘sport car’ Raha pergi belek² CD kat kedai kaset berdepan dengan cashier tu. Tak lama lepas tu, aku pergi balik kat Abang, aku nengok semua barang dah masuk dalam trolly. Abang pulak dah settle semua harga barang, dah masukkan semula purse dalam poket belakang, tapi dia masih berdiri depan kaunter bayaran tu. Dan mamat cashier tu tak ada pulak kat situ.
“Kenapa?” aku tanya Abang.
“Tunggu dia pergi ambik sampul duit raya” jawab Abang.
“Ooohh..”
Baru aku perasan kat depan kaunter tu, diorang ada gantung² sampul duit raya warna hijau dan coklat. Mamat tu balik semula, sambil berlari² anak. Tercungap² dia hulur sampul raya kat Abang. Aku nengok sampul tu warna hijau. Dengan penuh keyakinan dan jiwa yang kental, aku pun berkata, “Alaa dik, tak cantik lah warna hijau. Warna coklat tak de ke?”

Mamat tu tengok aku terkebil². Apasal pulak? Salah ke aku mintak kaler lain? Dengan nafas yang masih mencungap, mamat tu jawab,
“Err.. yang coklat tu sampul Deepavali, kak”

Dengan muka yang kurasakan tebal 5 inci, di tambah dengan ketebalan mekap Kak Nam Doblas sebanyak setengah inci, mejadikan muka aku setebal 5 setengah inci secara keseluruhannya, aku terus sorong sport car Raha tanpa menoleh ke belakang lagi. Kat belakang aku, Abang sorong trolly Tesco sambil mengekek ketawakan aku..
Ish! Macamanalah aku boleh tak perasan tadi.

Thursday, November 04, 2004

Aku Harimau Biru

Dah lama aku tak update blog. Bukan tak ada cerita, tapi tak sempat nak menulis. Hari ni Sinchan bagi link 'Color Checking' ni kat tingkap AMTY. Seronok juga, tapi untuk suka² aje lah. Jangan lah percaya bulat². Ni jawapan yang aku dapat.



You are Blue Tiger, who is cheerful and straight forward person, but you also possess pure and clean atmosphere.
You are very active, and don't flirt with men and are not cautious towards them.
You are open-minded person with big warm heart.
You can make decent decisions and have observing eyes.
You are also intelligent and self confident.
Nevertheless you are not very good at quick decision makings, and tend not to act before you are convinced thoroughly.
But once convinced, you will go the whole way.
You are very popular, because of the way in which you don't show favoritism and you can make decisions on reason.
Unlike your cheerfulness, you tend to be very sensitive and tend to worry needlessly.
You seem like a romantic type, but you are very realistic and don't go following your dreams forever.
You are actually thinking a lot about your future.
Although you seem like a big-sister type, you can be conservative towards men.
You have good sense, but your interests are rather old fashioned.
When you are in a difficulty, there will always be someone to help you.
Those who received lots of help from the others tend to become warm hearted, and take care of the other people well.
You tend to link love and marriage.
And you wish for the two to become one.
Even if you get married, you tend to find activity outside home, so it will be good for you to keep a distance.