Friday, February 23, 2007

6 Weird Things

Pompuan GaGaGa ini telah menjadikan aku salah seorang mangsa 'tagged' nya. Mengikut peraturan, sesiapa yang kena tag, mestilah menulis satu entry yang menceritakan 6 perkara pelik mengenai dirinya sendiri.

Sesapa yang telah kena tag, tetapi tidak membuat entry berkenaan, maka dia akan berjumpa dengan Ghost Rider yang akan merenung ke dalam matanya, dan akan menyebabkan dia teringat kepada segala kekejaman dan kezaliman yang pernah dilakukan sebelum ini, hingga menyebabkan dirinya menjadi sangat takut, jiwanya sangat tersiksa lalu menderita sehingga seluruh badannya menjadi sangat panas, matanya menjadi kabur sehingga rasa macam nak terkeluar biji matanya, lalu akhirnya dia terjelepuk tak bermaya di tepi tembok.

Haaa takut tak? Takut tak? Jadiknya, sesapa yang kena tag dengan akak lepas nih, siap lah ye, sila la buat entry yang sama. (Ayat yang kaler merah tuh adalah rekaan akak semata². Akak banyak sangat tengok wayang la deknon)

So apakah 6 perkara yang pelik sangat mengenai akak nih? Ada ke? Ni yang susah nak pikir nih, sebabnya, akak rasa akak ni tersangatlah normal, anggun dan bergaya seperti wanita² lain yang berjaya dan fofular. Wanita berjaya dan fofular ada perangai pelik ke deknon?

Jap akak pikir..
Jap jap.. akak pikir lagi..
dan lagii.. dan lagi..
lagiiikk.. dan lagiik..
Aaha!!

Tak tau lah korang rasa pelik ke tak.. tapi yang ni lah yang boleh akak pikirkan setakat nih:

1) Sebenarnya akak ada 8 blog secara keseluruhannya. Yang 8 ni blog untuk menulis sahaja tau, tak masuk photopages ke photobucket ke atau apa² yang berkaitan gambar². Ni blog semata². Tapi yang korang tau dan nampak, mungkin 2 atau 3 sahaja. Jadi di manakah lagi 5 tu? Halimunan gitu. Haa pelik kan? Akak tulis, akak update, tapi akak rahsiakan. Kenapa? Biarlah rahsia.. dah namanya pun 'perkara pelik'

2) Akak timbang berat badan lebih dari 2 kali sehari. Walaupun akak tau setiap kali akak naik atas penimbang tu, takde beza pun sebenarnya. Tapi macam dah jadik habit ler, lepas makan naik penimbang, lepas 'uk uk' timbang lagik (dengan harapan leh turun sekilo ler kan), lepas exercise timbang lagik - walaupun exercise tuh 2 minit jek sebenarnya. Sebelum pakai baju timbang, dah pakai baju pun timbang, konon cam nak amik berat baju tu lah agaknya. Sebenarnya, aksi menimbang tu tak le pelik sangat pun. Yang peliknya, walaupun akak kerap turun naik penimbang, akak tak kurus² jugak. Pelik ke tak tuh?

3) Akak tersangatlah terover dose rajin, sehingga akak boleh duduk diam² dalam kereta, cari frekuensi radio, dan setkan frekuensi berlainan pada setiap nombor yang disediakan kat radio kereta tu. Kat radio tu kan ada no 1 sampai 6, dan kita boleh set sampai 3 set - F1, F2 & F3 (tak tau ler radio kereta korang macamana).
Jadiknya, kat radio tu boleh set 3 x 6 = 18 station radio lah kan. So akak dah setkan F1 - radio favourite. F2 - radio bahasa Inggeris. F3 - radio bahasa Melayu. Dan kesemua 18 memory setting tu adalah 18 station yang berlainan. Tak ada yang sama.
Bukan tu aje, akak siap taip senarai 18 station tu, mengikut susunan yang akak dah setkan kat radio kereta tu, siap dengan nama station radio tu, siap dengan frekuensi nya, dan frekuensi alternativenya (in case kalau yg akak dah set tu tak clear), dan tambah lagi senarai beberapa stesen radio lain dan frekuensi nya yang tak muat nak store dalam memory radio kereta akak, dan list tu akak buat saiz macam business card, dan akak letakkan dalam kereta, kononnya supaya senang akak nak refer bila akak nak cari station radio yang akak nak dengar.
Tapi so far, akak belum pernah refer pun list tuh. Sebab balik² akak cuma dengar Lite FM, atau akak dengar koleksi MP3 akak jek.

4) Akak suka berada dalam keter akak. Kalau akak takde appointment, akak akan pikir jek apa² jek la nak buat yang memerlukan akak keluar gi mana² naik keter. Saja nak isi minyak ke, nak pos surat ke, nak beli surat khabar ke. Bukan lah akak suka sangat memandu pun, tapi akak suka berada dalam keter akak tu, sambil berangan akak seorang pompuan kayo sedang drive BMW 525i atau M5 akak.. huhuhu. Tak pun akak saja duduk je dalam kereta lama² untuk dengar radio. Kadang² akak dah sampai rumah atau dah sampai sesuatu tempat/destinasi tu, tapi akak tak keluar kereta, akak duduk jek lagik lama² dalam kereta dengar radio. Berfikir? Tak lah. Takde pikir apa pun, saja dok dengar radio jek lah. Macam mengosongkan fikiran gitu..

5) Akak sangat suka dengar lagu² orang tua. Bukan sebab akak dah tua okay, akak tersangatlah muda okay.. huhuhu ('tersangatlah muda' taww!). Okay, takde lah muda sangat, tapi kiranya muzik yang akak minat dengar tu adalah lagu² yang sepatutnya jadik kegemaran Abah dan Mak akak, atau Atuk & Nenek akak. Memang dari kecik, telinga akak lebih selesa dengar lagu² oldies. Mungkin sebab kecik² dulu biasa dengar Abah akak main lagu² P.Ramlee, R.Azmi, Lobo, Abba, The Beatles dan lain². Contohnya lagu yang akak letak kat blog akak sekarang ni, walaupun lagu ni dah dinyanyikan semula dengan nafas baru, akak still prefer yang lama jugak. Sebab tu akak suka dengar Lite FM. Dan balik kampung baru ni akak baru dengar Nasional FM, dah akak sangkut kat situ pulak. Haa hamik ko, ada sesetangah lagu tu, akak belum lahir lagik, penyanyi dia dah meninggal pun deknon.

6) Akak jarang sangat keluar jumpa orang tanpa bermekap. Paling korok pun mesti pakai bedak, lipstick & eye brow definer. Jadik, akak memang biasa sangat ler bermekap dalam kenderaan yang bergerak atau di khalayak ramai dengan selambanya. Contohnya, akak boleh bermekap sambil memandu - yg lite² la, yang boleh pakai sebelah tangan jek, macam pakai bedak, blusher, eye shadow, lipstick, eyebrow definer. Biasanya bila jalan jammed and dekat traffic light ler kan. Ko nak mampus bermekap sambil bawak kereta 120km/j?!
Anyway kalau orang lain yang memandu, akak boleh bermekap dengan jayanya tanpa mengira apa kelajuan kenderaan. Dan walaupun kereta tu bergerak, akak masih boleh pakai eyeliner dam mascara dengan jayanya tanpa comot.. muahaha. Kekwat akak deknon. Dan akak juga boleh dengan selambanya bermekap, tanpa segan silu di khalayak ramai sambil berdiri atau berjalan atau berlari² anak, misalnya di shopping complex, di dalam dewan seminar, dalam kelas, dalam lif, semasa sedang menunggu LRT atau bas. Selalunya bila keadaan terdesak dan nak cepat, dan tak sempat pegi bilik air la kan. Kalau sempat, lebih baik la akak pi mekap dalam bilik air jek kan.

Dan itu la 6 perkara yang mungkin pelik, tapi bila akak baca balik takde la pelik sangat sebenarnya pun.

Okay.. sekarang sapa pulak akak nak jadikan mangsa ek..

Akak tag Hanim, UC, Diana, Ounis, Skru and Jojoe.

Kenapa diorang? Sebab diorang tu jek la yang akak rasa ada potensi baca blog akak dan ada potensi nak update blog diorang. Tu pun kalau diorang baca entry akak yang nih. Kalau diorang jenguk blog akak ni tahun depan jek, dah terkebelakang ler entry ni kan. Malas lak nak pi tag diorang kat blog diorang.

Kalau diorang tak nak pun, kalau ada deknon² yang terbaca nih, rasa nak tag diri sendiri, silakan jek lah ya. Takde sapa nak larang pun..

Wednesday, February 21, 2007

"BOSS..!"

Kepala otak akak sedang diserabutkan oleh cabaran dan dugaan yang berada di luar kawalan akak.

Tu dia, mak aihh.. cam serabut sungguh bunyinya!

Tapi memang la ada serabut sikit sekarang. Tapi akak taknak fokus pada keserabutan itu dengan menceritakannya disini, kerana ianya hanya akan menambah lagik keserabutan pada otak akak. Lagipun hidup akak cuma berkenaan yang best² jek okkay. So, mari kita hilangkan keserabutan itu dengan memfokuskan kepala otak kita kepada perkara² yang best saja okay. (Huh membaca begitu banyak perkataan 'serabut' jek dah manambahkan keserabutan!)

So apa yang best?

Semalam Abang akak bawak pegi makan pizza kat Pizza Hut baru kat Kota Damansara nih. Haa best lah tu kan!

Kitorang order tah Combo pekebende tah untuk kitorang, dan untuk Raha yang baru 3 tahun lebih sikit jek tuh, kitorang orderlah Kid's Meal. Salah satu hidangan dalam Kid's Meal tu ialah ais krim yg diletakkan 3 ketul coklat M&M diatasnya, dan dihiasi 2 keping biskut di tepinya, menjadikan aiskrim di dalam mangkuk tu kelihatan seperti tikus, walaupun sebenarnya ais krim tuh rasanya sama jek dengan aiskrim Wall's ke Nestle ke yang kita beli dalam mangkuk biru tuh.

So, kitorang pesan sama adik yang amik order tu, supaya bawak ais krim kemudian sekali. Kitorang cakap kat Raha, dia mesti habiskan spaghetti dia dulu, baru boleh makan aiskrim. Tapinya, selepas makan sehelai jek spaghetti tu, dia dah tak nak dah. Disebabkan dia dah habis makan semangkuk sup sebelum tu, so akak rasa dia dah kenyang lah kan. Lepas tu dia minum pulak air milo dia sampai habis.

So bila dah habis semua, apa lagi? Mesti lah dia tuntut ais krim dia lah kan.

"Abah nak ais krim", Raha cakap kat Abah dia.

So Abang akak pusing la kepala, tercari² kat mana water/waitress untuk order ais krim tuh, sambil angkat tangan ke atas sikit. Alaa korang boleh imagine la kan, cemana gayanya kalau nak panggil waiter/waitress kan.

Dan tetiba dengan selambanya Raha bersuara,
"BOSS.., AIS KRIM SATU!"

MUAHAHAA!! Hamik ko! Hampir nak tergolek akak dengan Abang akak tergelak. Tah dari mana la dia belajar cara nak order ais krim camtuh kan?

Okay.. tetiba akak rasa kepala akak dah tak serabut lagi.
See? Easy kan?

Moral of the story, bukan lah akak suruh deknon² semua pegi makan pizza atau ais krim. Tapi, nak bagitau, bila kita berasa dukacita tentang satu perkara, atau terasa seperti kena dush! dush! dush! di sana dan di sini, maka janganlah kita fokuskan kepada perkara yang mendatangkan dukacita atau dush dush dush itu.

Sebaliknya, fokuslah kepada perkara² yang menggembirakan hati kita, maka kita akan kembali ceria. Sebagai contoh, fokuslah kepada anak² anda..

Apa? Takde anak? Tak mengapa deknon. Fokuslah kepada pizza atau aiskrim..

Ceria selalu ya deknon!

Thursday, February 15, 2007

Twinkle² Million Stars!

Kekadang aku segan dengan orang lain bila result is not showing.

Tapi aku yakin, great things are coming, great things are happening to me.

Bukan aku tak bersyukur. Syukur sangat². Syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada. Tapi, bagi aku, bersyukur bukan bererti kita perlu berhenti berusaha dan kekal di takuk itu sahaja. Kita pun disuruh beribadat seolah² kita akan mati esok hari, dan berkerja seolah² kita akan hidup seribu tahun lagi!

Dan dari segi career & business, benchmark aku pastinya lah orang² yang lebih berjaya dari aku.

Aku tengah cuba la ni. Cuba mencapai tahap kawan² aku yang lain tu. Dan kalau boleh, lebih bagus lagi! Aku tau, aku boleh. Cuma aku tak tau, kot celah mana nak capai tuh. Tapi aku tau, aku yakin, aku akan gapai twinkle twinkle million stars tuh!

Twinkle twinkle million stars
How I wonder where you are
Up above the world so high
There's my diamonds in the sky
Twinkle twinkle million stars
How I wonder where you are..


Jadiknya, disebabkan akak tau dan akak yakin, akak buat jek lah deknon!

Thursday, February 08, 2007

Goals, Plan & Commitment

Tu dia tajuukkk.. Kak Peah cakap omputeh kau. Apa ko ingat Kak Peah tak reti speaking? Masa SPM dulu, Bahasa Inggeris Kak Peah A1 tau.

Eh kekwat la Kak Peah nih.. sibuk enterframe!

Eh dah lebih sebulan akak tak update ek? Berangan jek hari tu nak update hari² kononn. Tu la kan deknon kan, hari tu masa akak berangan nak update hari² tu, masa tu akak ingat akak dah kayo, jadik akak ingat akak boleh lah lepak rumah jek hari² goyang kaki and goyang jari, update blog jek kan. Rupanya akak belum kayo lagik la deknon. Akak still kena kerja keras, keluar Subuh balik Subuh besoknya pulak. Tu pasal la akak tak sempat update blog.

Over jek alasan kan, ko percaya ke deknon akak keluar Subuh balik Subuh besoknya? Keji taww, apa ko ingat akak kerja kat Seroja Dangdut ke?

Tapi akak memang busy tau. Semenjak pergi Goal Setting seminar hari tu, akak dah set goal akak untuk tahun ni, and akak dah tuned kepala hotak akak nih supaya committed kepada plan yang akak dah buat demi untuk mencapai segala goals yang akak dah set tu. Maka dengan penuh komitment, akak menjalankan plan akak dari pagi hingga ke petang, dari Isnin hingga ke Ahad dan begitulah seterusnya.. Dan dalam plan akak tu, update blog bukanlah salah satu darinya. Tu pasal lah akak lembab jek nak update blog.

Ececehh.. macam la tahun lepas akak tak ada goals kan. Tahun lepas ada jugak. Tahun lepas pun akak ada buat plan gak. Cuma akak tak kasi 100% commitment pada apa yang telah akak plan. Jadik, result yang akak dapat pun tak ada lah dapat 100%.

Tahun lepas akak berangan nak close 5 million sales. Tapi akak close tak sampai 500k pun. Hik hik hik.. keji taww. Itu la jadiknya kalau set goals, buat plan, tapi tak work the plan. Jadi deknon sekelian, tips untuk berjaya ialah:
1) Set your goals
2) Have a plan
3) COMMITTED TO YOUR GOALS AND YOUR PLAN!


Cam pakar motivasi tak akak? Gila deknon, tiap² pagi akak memotivasikan diri tau. Kekadang atas katil, kekadang depan cermin, dalam jamban pun akak memotivasikan diri. Sikit lagik akak dah nak kalahkan Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dah. Sampai Raha pun akak motivasikan, sebab dia liat jek nak bangun pagi gi sekolah, jadik akak selalu celikkan mata dia, dan suruh dia cakap "Raha happy! Raha happy! Raha happy!", banyak² kali. Kiranya, kalau dia rasa happy, dia takde lah merengek² bila disuruh gosok gigi dan mandi kan. Tapi kadang² dia cakap camni, "Raha happy! Raha happy! Raha nak tido...". Hah boleh gitu? Bukan senang tau nak bangunkan anak pegi sekolah. Ni baru sekolah tadika nih.

Citer balik pasal goal tadi, tahun lepas, rasanya goal terbesar yang kitorang capai ialah mendapatkan Zozo dan Vai. Syukur Alhamdulillah. Zozo dan Vai itu bukanlah kucing atau arnab atau hamster atau ikan peliharaan akak, tetapi tu nama manja kereta akak dan kereta Abang akak. Akak pun tatau kenapa keter kitorang mesti ada nama timangan gitu. Tapi macam dah jadik habit lak kasik nama kat keter nih. Dulu keter lama kitorang, namanya Kitt, disebabkan kitorang berangan keter tu macam keter dalam citer Knight Rider tuh, walaupun keter kitorang tu sebenarnya Iswara jek.

Dan dalam family akak, masing² yang ada keter, semua ada nama timangan untuk keter masing². Keter Ounis - Cik Sil, jantina: pompuan. Keter Abang Long - Nadia, jantina: pompuan. Tu keter dulu la. Keter yang sekarang namanya Botak pulak, jantina: lelaki la kot. Paling pelik, keter Ana la - Taufik namanya. Boleh gitu? Taufik taww.. tak paham akak.

Di sebalik setiap nama tu, memang ada ceritanya kenapa namanya cenggitu. Bukan di rancang² nak letak nama gitu. Dia macam spontan jek, naik jek keter tu, atau tengok jek keter tu for the first time, atau tengok jek sesuatu yang ada pada keter tu, terus secara spontan terdatang ilham dalam kepala, bahawa nama keter tu adalah sekian sekian sekian. Dan memang tak leh nak tukar² dah. Susahlah nak explain cemana, tapi akak rasa, sesapa yang ada nama special untuk keter dia, paham la kot apa yang akak citer nih.

Citer pasal keter, akak teringat, dalam setahun dua yang lepas kot, akak tak berapa sokong bila Abang sebut pasal nak tukar kereta. Tapi pandangan akak berubah sejak akak join bisnes akak sekarang nih. Baru akak paham konsep kereta sebagai asset, atau selling tools, bukan liabiliti. Malas la nak explain panjang lebar. Kalau deknon paham, bagus lah. Kalau tak paham, abaikan je la.

Semakin lama, akak sebenarnya semakin sedar banyak perkara. Syukur Alhamdulillah. Kiranya sebelum ni banyak la benda yang akak cam tak sedar. Tapi tak nak la cerita menda² yang akak tak sedar dulu, tapi dah sedar sekarang kan. Nanti nampak cam akak tak best jek. Mana boleh citer akak tak best. Akak mesti nak cerita yang best² jek pasal akak. Muahaha.. lantaklah ayat.

Dan apakah motif entry akak nih sebenarnya? Tah la deknon. Akak tadi konon nak explain kenapa akak dah sebulan tak update blog. Pastu akak nak kekwat konon akak busy, konon akak rajin ya amat ler berkerja pada tahun nih. Dan kemudian akak terus feeling² pakar motivasi kan, pastu akak terus sambung terkekwat pasal keter. Jadiknya akak pun tak pastilah motif entry akak nih hapa. Tapinya kan, macam la ada orang kisah pun entry akak ada motif ke tidak kan.

Dan sekarang akak nak tido dah. Sebab besok pagi akak nak teman Ima gi appointment dengan sorang Tuan Haji yang ala² dah hint² bahawasanya dia kul 7.30 pagi dah ada kat opis. Tuh nak suruh kitorang jumpa dia pagi² la agaknya tuh kan. Tak pun dia hint la tu kan, tak reti² lepas solat Subuh tuh terus keluar kerja, jangan nak bergolek² lagik dalam gebar..

..dan tak reti² ke Kak Peah.. kalau nak capai goals, kena committed dengan plan, dan salah satu yang tertulis dalam plan Kak Peah ialah.. bangun pagi² dan keluar pagi²!