Monday, March 14, 2011

Dunia ‘Threadbanging’

Dalam setahun kebelakangan ni akak telah terjebak dalam aktiviti sewing & craft secara aktif. Ianya aktiviti yang sangat menyeronokkan, memberi kepuasan, mengasah kreativiti, serta sangat feminine gituhh.. heheh..

Aktiviti yang pada awalnya tu sekadar suka2 jek, tetiba telah menjadi additional income dan salah satu produk company akak pulak . Syukur alhamdulillah..

Yang sebenarnya, aktiviti menjahit ni memang dah mula sejak akak sekolah rendah lagik. Memandangkan mak akak selalunya jahit sendiri baju kurung anak2 dan baju Melayu abah akak, maka biasa la kan, akak sesekali dapat la tender jahit sembat ke, jahit silang pangkah ke, jahit ubi ke, tak pun jahit jelujur jek ke.

Pastu masa masuk MRSM, walaupun takde sains rumahtangga, akak ada gak join kursus jahitan. Tapi standard la kan kat sekolah mana ada mesin jahit, maka kursus2 jahitan pun 100% pakai jahit tangan, haa hamik ko, nak siapkan 1 baju baby sampai makan 1 semester uols. Tu masa form 1. Masa form 4 pulak, akak buat baju kurung pulak, tapi tak belajar cara buat polar, main tekap jek baju kurung yang dah siap. Itu pun 1 baju makan 1 semester gak rasanya. Huhuhu..

Lepas SPM aktiviti threadbanging akak terhad kepada memperbaiki baju2 yg berlubang, butang2 yg tercabut dan yang seangkatan dengannya. Ye la, sungguh tak munasabah mahupun munasarawak la kan kalau butang tercabut pun nak pi hantar kedai jahit untuk betulkan.

Masa tu tak terfikir pun nak amik kursus jahit ke, kursus fesyen ke. Keegoan dan ke-kerek-an selaku pelajar sains mungkin telah menyebabkan akak rasa, “Alaa.. apa kelas amik kursus jahit”. Tapi sekarang akak selalu jek terfikir, kalau lah akak terus amik kursus jahit lepas SPM dulu, mesti sekarang akak dah buat fashion show sepentas dengan Datuk Jimmy Choo uols.. Hahaha.. takde maknanya.. Sukalah diingatkan, janganlah kita ber’kalau-kalau’ ya kawan2, kerana ‘kalau’ itu membuka pintu amalan syaitan. Sepertimana dalam hadis:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Sambung citer – bila dah kahwin, masa tu dah bosan kerja agaknya, standard la kan jiwa feminin kian menyerlah, rasa nak masak la, nak buat kek la, dan sebagainya kan, termasuk la rasa nak buat pelbagai projek menjahit. Antara yang akak pernah buat ialah selimut patchwork untuk Raha, beadings dan alter baju maxi jadik blouse. Semua tu 100% jahit tangan. Nanti bebila, insyaAllah akak buat entry untuk projek2 lama tuh ok. Huhu.. (veranganss)

Pastu tah cemana last year (or the year before), akak terjumpa video buat beg dari recycled jeans, maka akak pun cuba. Alhamdulillah menjadi ler pulak. Sampai sekarang pun akak masih pakai handbag tuh. Sungguh tahan lasak okkeh.
Sejak tu la akak makin teruja menjahit. Selain dari mencuba projek2 hasil kerjasama incik Google, akak pergi belajar jahit baju kurung sebelum Ramadhan tahun lepas. Terus akak beli mesin jahit masa tu jugak. Sebelum tu ada gak mesin jahit, tapi mesin jahit mini yang akak pun dah hampir lupa akak pernah beli. Hik hik.

Alhamdulillah merasa la akak pakai baju kurung buatan sendiri time raya. Merasa juga buatkan Raha 2 pasang baju kurung untuk raya tahun tu. Terasa sangat jimat. Dan walaupun secara jujurnya akak memang ada rasa kembang hidung, sukalah akak mengingatkan diri akak sendiri serta adik kakak semua, bahawa sikap bangga diri atau perasaan takjub dengan usaha sendiri itu adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Ia boleh membawa kita kepada kesombongan pada Allah, serta menghilangkan tawakkal dan pergantungan kita kepada Allah. Naudzubillahiminzalik..

Kita hendaklah sentiasa ingat kalimah ini - "La hawla wa la quwwata illa billah"
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

Sesungguhnya kita manusia ni tak mampu lakukan sesuatu apa pun melainkan dengan izin-Nya, kita tak ada sebarang keupayaan pun melainkan dengan keupayaan yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan kata nak menjahit, nak angkat satu jari saja pun kita perlukan kekuatan dari Allah. Tak caya, gi la kat orang yang lumpuh, suruh dia angkat satu jari. Kalau Allah tak izinkan dan tak beri dia kekuatan, takkan dia mampu mengangkatnya. Maka kita kenalah sentiasa sedar, bila2 masa pun Allah boleh tarik keupayaan kita, maka kepada Allah lah kita patut bersyukur, dan kepada Allah saja lah patut kita berikan segala pujian atas segala kerja yang berjaya kita laksanakan.

"Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku keupayaan untuk menjahit. Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku keseronokan dalam menjahit. Terima kasih Ya Allah kerana menambahkan ilmu aku dalam menjahit."

Dan sudah pastilah Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2. Apa yang dianugerahkan kepada kita, adalah untuk kita manfaatkan sebaiknya. Jadi, insyaAllah, selepas ni akak akan kongsikan projek2 jahitan & kraf yang akak buat ek (wahh verangans lagikk..), mudah2an memberi idea untuk adik2 dan kakak2 sekelian yang mungkin berkongsi minat yang sama dengan akak. Dan kalau ada kelapangan akak akan cuba kongsikan tutorial jugak (wahh verangans kuasa lapan.. hapdet pun setahun sekali..ce citer? ce citer?), jadi boleh lah sesama kita buat, pastu sesamalah kita bahagia dan membahagiakan orang lain. InsyaAllah.

Cintai Allah. Kasihi Rasulullah. Sayangi sesama manusia.