Monday, May 29, 2006

Kempen TAK NAK SMS (Kembali Lagi!)

Jika deknon² menjenguk blog akak ni untuk membaca ulasan diari tengahari AF4, SuMie di RuMah mintak maaf bebanyak lah yek, kerana tahun ini SuMie takde kat rumah pada waktu tengahari lah deknon..

Sori lah deknon ek, jangan kata buat ulasan, nak nengok diari hari² tu pun belum tentu sempat. Memang akak tersangat²lah busy pada tahun ini, sebab akak & Kak Peah jiran sebelah rumah tu baru joint venture buat bisnes karipap sardin. Hik hik hik.. boleh gitu?

Lagi satu, akak malas dah nak tambah dosa kering tahun ni. Bukan apa.. bila buat ulasan AF ni, mesti ada banyak ketikanya secara sengaja atau tak sengaja akan 'ter' kutuk deknon² kat dalam akademi tu. Kesian kat diorang. Kesian jugak kat akak, jenuh pulak nak cari diorang kat Padang Mahsyar besok nak mintak ampun. Tak gitu, deknon?

Lagipun, setakat Konsert Prelude hari tu, belum ada sorang pun yang berjaya menambat hati akak sepertimana jejaka botak dari Kulai, Johor tahun lepas yang berjaya merentap sanubari akak dengan senyuman sengetnya itu.. ewaaahh.. boleh gitu?

Monday, May 15, 2006

Al-Fatihah buat Emy

Pagi ini aku dikejutkan oleh Mag dengan berita kepergian Emy. Pergi yang tidak kembali. Pergi ke pangkuan Illahi.

Dalam kepayahan, aku cuba juga menelan kenyataan kehilangan seorang sahabat AMTY yang sangat² aku kasihi. Emy adalah antara yang paling awal aku kenali di kalangan AMTY. Baru saja minggu lepas Emy telefon aku dan merancang untuk datang ke KL berjumpa kami.

"Aku book kau! Aku book kau!", masih terngiang² kata-katanya, beria-ia benar menyuruh aku memastikan diri aku terluang 17 & 18 Jun nanti.

Namun kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang berkuasa menentukan segala-galanya. Emy kembali ke rahmatullah jam 12 pagi tadi.

Meski agak sukar untuk aku menerima kenyataan bahawa Emy diserang sakit jantung pada usia begitu muda, namun siapalah aku untuk mempersoalkan ketentetuan Nya? Mungkin Allah lebih mengasihi Emy, maka dia dipanggil untuk kembali lebih awal. Dan untuk diriku sendiri yang masih bernafas di bumi Allah ini, kepergian Emy membuatkan aku semakin insaf bahawa hidup ini sebenarnya terlalu singkat.

Emy adalah seorang anak yang sangat baik, seorang kakak yang sangat penyayang terhadap adik²nya, dan seorang teman yang sangat mengambil berat tentang sahabat² yang lain. Masih terbayang kali terakhir bersama Emy, bila kami berempat, bersama Skru & Mag lepak² kat Restoran De5, makan aiskrim Moo dan chicken wings tawar. Tak pernah aku terduga itu adalah detik² terakhir bersama Emy. Aku pastinya akan merindui Emy, rindu sangat-sangat..

Buat ahli keluarga Emy, doa aku semoga kalian kuat dan tabah melalui detik ini.

Emy, ku iringi kepergianmu dengan Al-Fatihah. Kasih sayang dan doa berpanjangan semoga dikau ditempatkan bersama mereka yang beriman di syurga Illahi, di taman firdausi bersama mereka yang dikasihi Allah..