Thursday, June 22, 2006

Patah tumbuh hilang berganti?

Hari ini, genap sudah 40 hari Sri Syarmelee binti Mohamad kembali ke rahmatullah. Rasa macam baru je kelmarin aku dikejutan dengan berita itu. SMS yang aku terima dari Skru 15 Mei yang lalu masih ada lagi, belum aku padamkan. Entah lah sampai bila aku akan simpan. Jangan kata sms tu, nombor arwah Emy pun masih tersimpan dalam handphone aku.

Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Mungkin secara kebetulan, atau mungkin telah suratan, setelah kehilangan Emy, baru² ini AMTY dengan berbesar hati menerima kehadiran KT yang akhirnya me-muncul-kan diri. KT bukanlah orang baru sebenarnya. Sejak mula meningkap, nama KT memang dah selalu turut bersidai, tolong kipas lipas guna kipas kebas bersama ahli mesyuarat tingkap yang lain. Cuma sebelum ini, KT belum pernah berkesempatan menayangkan wajah hensemnya yang laksana Mawi versi terlebih makan ayam tu.. (muhahahaha.. ampunkan aku KT! Larii!!!).

Lebih meriah lagi, KT siap bawak isteri dan anak² sekali memeriahkan gathering AMTY Ahad lepas. Memanglah yang ganti itu tidak sama dengan yang pergi. Namun sekurang²nya kehadiran KT dan keluarga menambah ceria, dan menambah bilangan ahli keluarga AMTY yang berkurangan. Kurang ke? Entah lah. Menatap gambar² arwah Emy, aku rasakan dia masih ada bersama. Semangat persahabatannya tetap utuh. Malah sebelum ni, arwah lah yang selalu mengatur gathering. Dialah sexytary AMTY, walaupun dialah yang tinggal paling jauh. Jadi, bila AMTY buat gathering lagi, bagi aku, seakan meneruskan usaha memanjangkan silaturrahim yang sering arwah Emy lakukan dahulu.

Yang tumbuh mana kan mungkin sama dengan yang patah. Namun kedua²nya pasti ada keistimewaan tersendiri. Yang baru bersua, kami raikan dengan taburan bunga rampai, bunga manggar, kompang dan karpet merah.. Selamat datang ke dalam kemeriahan dan kegilaan keluarga AMTY. Yang telah pergi, kita iringi dengan doa dan Al-Fatihah. Semoga pahala memanjangkan silaturrahim ini juga menjadi sedikit bekalan buatnya di sana.

Buat keluarga arwah Emy - Pakcik, Makcik, Angah, Ayeng dan Nurul, mungkin apa yang aku rasa tidak sama dengan apa yang kalian rasa, memang tidak sama berat hiba yang aku galas berbanding perit derita yang menyentap jiwa kalian saban hari, namun aku tetap berdoa semoga kalian diberi kekuatan dan ketabahan meneruskan langkah meniti hari² yang mendatang.

Al-Fatihah buat sahabatku Emy @ Sri Syarmelee binti Mohamad

Wednesday, June 07, 2006

Raha & Single pertamanya


"Bangun pagi..
Goshok gigi..
Cuci muka..
Yang mandi..

Pakek baju..
Minum shushu..
Badan shihat..
Shelalu.."

Sekian, terima kasih. Itulah dia lagu penuh pertama nyanyian Raha