Saturday, October 14, 2006

Pesta makan disiang hari di bulan Ramadhan?

Ngantuk gila. Baru balik dari selatan. Pertama kali aku tinggalkan Raha lama² sikit. Tapi dia macam tak kisah pun. Macam tak rindu jek kat aku. Ooohh.. nak kena makin selalu ditinggalkanlah maknanya tu. Tapi, lagi baguslah dia tak kisah, ye tak? Daripada dia nangis tergolek² nak ikut aku, aku jugak yang susah nak buat kerja nanti.

Banyak benda baru aku belajar. Especially dari Azliene. Rasanya ada good chemistry between us. Boleh lah aku keluar dengan dia lagi. Walaupun tak capai target yang kitorang set sebelum pergi, but at least, untuk rekod aku sendiri, 2 minggu lepas lah paling banyak kes aku close.

Tak apa, I believe in rules of sewing and ripping. Kalau tak hari ini, bila turun lagi lain kali, mesti akan dapat juga. Kalau tak melalui jalan ini, pasti datang juga melalui jalan lain. Janji kita dah usaha sedaya upaya. Allah tak zalim pada hambaNya. Kita aje yang kadang² mungkin tak sedar, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk.

Eh, tapi sebenarnya aku bukan nak tulis pasal kerja. Aku sebenarnya nak kongsi pasal satu 'pemandangan' yang mengejutkan aku dan kawan² aku semasa kitorang kat JB hari tu.

Suatu hari tu, kitorang bukak kaunter kat satu kilang ni. Nama kilang tu, bak kata CT Nurhaliza, biarlah rahsia.. Kilang tu rata² pekerjanya orang Melayu lah. Dan kalau dah Melayu tu, aku assumed diorang beragama Islam lah kan. Admin bagi kitorang bukak kaunter promosi kat kantin kilang. Mula² tu, aku terfikir lah juga, "Alahai.. bulan² posa ni, manalah ada orang datang kantin".

Tapi aku silap rupanya. Lebih kurang pukul 10 pagi, kira waktu break lah tu, sikit punya ramai yang datang kat kantin tu. Dengan selamba makan roti lah, makan mee lah, minum kopi, minum teh. Aku dengan kawan² aku cam tak percaya pulak sikit punya ramai perempuan uzur dalam kilang tu. Tak lama lepas tu, datang pulak yang lelaki. Aikk.. lelaki pun uzur jugak ke?

Ternganga² mulut kawan² aku kehairanan tengok budaya makan dengan selambanya hari tu. Tapi kitorang belum bercakap apa² lagi. Setakat berpandangan sesama sendiri aje. Aku perhatikan jugak muka setiap orang yang tengah makan dengan tak malunya tu. Kot la diorang pekerja kontrak dari Myanmar ke, Nepal ke kan. Tapi aku rasa tak. Sebab muka memang Melayu habis. Yang perempuan pun, bukan main ramai yang bertudung.

Tu cerita pukul 10 pagi. Menjelang pukul 12 - 1 tengahari, diorang keluar rehat lagi. Kali ni, lagi dasat! Penuh satu kantin tuh. Gila betul! Ada lebih kurang 20 meja panjang dalam kantin tu. Aku rasa, satu meja tu boleh muat dekat 20 orang. Dan semua meja dalam kantin tu hampir penuh! Penuh dengan pekerja kilang dok dengan selambanya makan nasi, lauk ayam, lauk ikan, lauk sayur, air sirap, air oren! Bukan sikit² punya nasi, penuh setimbun dalam pinggan, macam orang tak makan 3 hari! Gila.. macam orang tengah kenduri! Tengah pesta makan! Sikit pun diorang tak rasa malu pada kitorang, orang luar ni. Kitorang pulak yang malu tengok diorang makan beramai².

Kali ni aku dengan kawan² aku dah tak boleh nak control perasaan lagi dah. Bontot aku dah panas, tak senang duduk. Rasa macam nak pergi interview setiap sorang pekerja tu, samada diorang period ke tidak hari tu? Termasuk lah yang lelaki² tu sekali. Agaknya diorang pun period jugak kot.

Nak marah betul aku rasa. Rasa macam nak buat ceramah agama depan kantin tu pun ada jugak. Aya datang kat aku, bergenang² air mata dia sambil peluk aku, "Kak Sumie, ya Allah apa dah jadi ni Kak Sumie.. dunia dah nak kiamat ke?"

Sha pulak cakap, "Biar betul.. diorang ni lupa ke ni bulan Ramadhan? Aku rasa macam dunia dalam kilang ni terpisah dengan dunia luar"

Sham lagik lah laser.. "Ni kalau tsunami melanda nih, satu kilang ni karam, termasuk lah kita² sekali!"

Azliene lak kata "Dah lah miskin dunia, kat akhirat pun miskin jugak!". Betul la jugak kan, kalau setakat kerja kilang, dah tentulah bukan orang kaya, ye tak. Miskin dunia lah tu. Lepas tu ibadat wajib pun tak tertunai, miskin akhirat lah tu!

Memang aku terkejut sangat² hari tu. Tak sangka betul ada golongan yang terlalu lemah imannya, sampai tak ada rasa segan silu langsung makan di siang hari dalam bulan Ramadhan. Beramai² pulak tu!!

Aku cepat² ajak Azliene blah dari situ. Tak sanggup aku duduk situ lama². Tak sanggup aku terima kenyataan betapa ramainya orang Islam yang hanya Islam pada IC dan pakaian. Bertudung litup, sopan habis, tapi rukun Islam pun tak tertunai.

Sementara tunggu Azliene ambik kereta, sempat aku tanya Pak Guard yang ada kat situ.

Aku: Puasa hari ni Encik Wan? (ada nametag kat baju dia)

Dia: Eheh.. saya tak.. (sambil tersengih² macam kerang busuk.. memang busuk lah!)

Aku: Kat sini memang ramai tak puasa ye Encik Wan?

Dia: Haah.. diorang ni memang biasa..

Aku: Kenapa diorang tak puasa Encik Wan? Kan wajib puasa bulan Ramadhan ni?

Dia: Entahlah diorang tu.. bla bla bla (tak jelas amende dia cakap)

Aku: Encik Wan kenapa tak puasa? (dengan nada menyindir habis nih)

Dia: Eh saya puasa.. (hek eleh... dan dan dut ngaku puasa la pulak!)

Aku: Oooh.. iye ke? baguslah kalau encik Wan puasa. Kalau kilang ni ditimpa bala, sekurang²nya Encik Wan ada can terselamat..

Tak senang berdiri Pak Guard tu, ke kiri ke kanan dia tak tau mana nak pegi. Aku tunggu je dia nak jawab apa, tapi dia langsung tak angkat muka nengok muka aku. Kebetulan Azliene pun sampai, aku pun blah pergi naik kereta. Rasa puas hati jek dapat bagi pakcik tu sebijik. Dah tua bangka, dah nak dekat masuk kubur pun, dengan bangganya boleh ngaku tak puasa!

Petang tu, dekat² waktu berbuka puasa, aku datang balik kilang tu, nak ambik kawan² yang tunggu kaunter. Sempat la kitorang berbuka kat situ. Tapi kitorang minum air jek. Tu pun air kotak atau air tin je. Rasa macam geli pulak nak minum air atau makan makanan yang disediakan oleh orang yang menyediakan makanan untuk golongan tak berpuasa! Pengusaha kantin tu pun tak senonoh. Duit punya pasal, tak kiralah dosa ke tak dosa, jual jek. Patut² dia pun boleh sound orang² yang dok datang makan kat kantin dia tu.

Masa berbuka tu, ada gak la pekerja kilang yang tengah makan. Tapi, ada lah dalam 20 orang jek kot. Heran betul! Dari beratus pekerja kilang tu, cuma 20 orang aje yang tak uzur ek. Tu pun sikit punya sedih aku tengok juadah berbuka puasa diorang. Setakat nasi / mee lebih² dari tengahari tadi jek. Lauk pun tinggal kuah jek. Terdengar gak sorang akak tu merungut, "Dah tak ada apa dah nak makan.."
Camana nak adanya kak.. dah satu kilang dok belasah tengahari tadi!

Syukur alhamdulillah, ada jugak la lagi segolongan umat Islam dalam klang tu yang masih mempertahankan iman. Kiotrang tanya jugak kat HR, kenapa staff kat situ sampai jadi macam tu. Officer tu kata, diorang dah tak larat nak nasihat. Tak boleh buat apa² dah. Dilarang pun, diorang makan jugak sorok². Kilang tu pun orang Jepun yang punya, jadi tak boleh lah nak kuatkuasakan undang² Islam.

Huh! Aku tak leh terima langsung alasan tu. Larang aje lah! Biarlah kalau diorang nak makan sorok², daripada diorang makan dengan selamba badaknya macam tu. Kitorang rasa macam nak report aje kat Pejabat Agama Johor, biar satu kilang tu kena angkut dengan van jenazah, usung keliling negeri. Tapi aku rasa, kalau di kumpulkan van jenazah satu negeri Johor tu pun tak cukup untuk mengangkut kesemua yang dok buat kenduri tengahari tu.

Sampai sekarang pun aku masih heran, kenapa sampai macam tu sekali budaya dalam kilang tu? Sejahat² aku, kalau tak posa pun, takde la aku nak makan depan khalayak ramai macam tu. Nak kata kerja berat, setau aku bukan pekerja kilang tu buat kerja macam buruh kasar angkat batu-bata pun. Setakat kilang letrik tu, rasanya duduk dalam kilang, pasang parts aje, takkan macam tu pun tak mampu puasa? Kitorang yang sedang dalam musafir, buat kerja, berjalan tengah panas buta cari pelanggan pun, masih tetap teruskan puasa, takkan diorang duduk dalam aircond tak leh tahan lak?

Sampai sekarang, aku masih rasa berdosa sebab tak berbuat apa² untuk membetulkan budaya makan dengan bangganya tu. Semoga Allah ampunkan aku yang masih lemah iman ni, dan semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada pekerja² kilang tu. Amiin..