Wednesday, January 28, 2009

Akak insaf!

Akak insaf deknon!!

Huhuhu.. akak insaf melihat entry akak tahun lepas! Dengan jayanya akak cuma update 2 entry saja. Busy sangat le kononnya kan. Tapi akak rasa la kan, bukan la faktor busy sangat yang menyebabkan akak tak update blog nih. Tapi ada banyak faktor² lain yang menyebabkan blog akak menjadi tempat spiderman mengawan. Antaranya ialah:

1) Tajuk blog akak SuMie di RuMah dah tak relevan gituhhh. Dulu masa akak letak tajuk tuh, memang ler akak hapdet dari rumah jek. Tapi sekarang nih, akak dah maju.. akak dah ada MacBook (muahaha.. kosser!! Promosi lagikk..) so, akak leh online di merata² tempat.. ala² Sumie situ sana sini gituhh. Kalau ada di RuMah pun, gerenti untuk tido, kemas rumah, lipat baju, tengok TV, layan Raha, layan Abang, atau melakukan aktiviti² lain yang tidak sopan untuk di-blog-kan.. huhuhu. Akak ingat nak tukar tajuk blog jadik SuMie SiTu SaNa SiNi lah.. ok ke? Tapi cam dah ada jek orang lain buat tajuk tu kan?

2) Kewujudan Facebook patut dipersalahkan di atas kekurangan akak blogging. Huhuhu. Sebabnya Facebook buat game Elven Blood lah, Scramble lah, Battle of the Band lah.. itu semua telah mengambil masa yang sepatutnya akak gunakan untuk blogging. So Faceboook lah yang bersalah dalam hal ini. Bukan akak.. Huhuhu..

3) Selain aktiviti wajib selaku Penasihat Kekayaan (haa jangan tak tau, nak kaya pun ada penasihat taww.. kalau rasa nak kaya, meh la mintak nasihat akak.. huhuhu), aktiviti² sampingan akak sebagai trainer dan leader di agency akak jugak merampas agak banyak masa untuk akak blogging. Aktiviti² itulah yang bersalah. Bukan akak.. Huhuhu

4) Beberapa blog halimunan akak yang akak dok hapdet tapi takde sapa baca tuh pun menyebabkan akak kurang hapdet blog nih. Muehehe.. jadiknya blog² itu lah yang bersalah. Bukan akak.. Huhuhu.

Tapi memandangkan semenjak akak jadik Penasihat Kekayaan, akak sentiasa mengamalkan prinsip 'Anything happen is my fault', so adalah bercanggah dengan prinsip akak sekiranya akak menyalahkan tajuk blog, facebook dan lain²nya tuh. Maka dengan penuh keinsafan, akak berazam untuk lebih gigih dan bertanggungjawab terhadap blog akak nih.

Persoalannya, adakah keinsafan akak ini akan berpanjangan?? Huhuhu.. sama² lah kita saksikan...