Monday, March 14, 2011

Dunia ‘Threadbanging’

Dalam setahun kebelakangan ni akak telah terjebak dalam aktiviti sewing & craft secara aktif. Ianya aktiviti yang sangat menyeronokkan, memberi kepuasan, mengasah kreativiti, serta sangat feminine gituhh.. heheh..

Aktiviti yang pada awalnya tu sekadar suka2 jek, tetiba telah menjadi additional income dan salah satu produk company akak pulak . Syukur alhamdulillah..

Yang sebenarnya, aktiviti menjahit ni memang dah mula sejak akak sekolah rendah lagik. Memandangkan mak akak selalunya jahit sendiri baju kurung anak2 dan baju Melayu abah akak, maka biasa la kan, akak sesekali dapat la tender jahit sembat ke, jahit silang pangkah ke, jahit ubi ke, tak pun jahit jelujur jek ke.

Pastu masa masuk MRSM, walaupun takde sains rumahtangga, akak ada gak join kursus jahitan. Tapi standard la kan kat sekolah mana ada mesin jahit, maka kursus2 jahitan pun 100% pakai jahit tangan, haa hamik ko, nak siapkan 1 baju baby sampai makan 1 semester uols. Tu masa form 1. Masa form 4 pulak, akak buat baju kurung pulak, tapi tak belajar cara buat polar, main tekap jek baju kurung yang dah siap. Itu pun 1 baju makan 1 semester gak rasanya. Huhuhu..

Lepas SPM aktiviti threadbanging akak terhad kepada memperbaiki baju2 yg berlubang, butang2 yg tercabut dan yang seangkatan dengannya. Ye la, sungguh tak munasabah mahupun munasarawak la kan kalau butang tercabut pun nak pi hantar kedai jahit untuk betulkan.

Masa tu tak terfikir pun nak amik kursus jahit ke, kursus fesyen ke. Keegoan dan ke-kerek-an selaku pelajar sains mungkin telah menyebabkan akak rasa, “Alaa.. apa kelas amik kursus jahit”. Tapi sekarang akak selalu jek terfikir, kalau lah akak terus amik kursus jahit lepas SPM dulu, mesti sekarang akak dah buat fashion show sepentas dengan Datuk Jimmy Choo uols.. Hahaha.. takde maknanya.. Sukalah diingatkan, janganlah kita ber’kalau-kalau’ ya kawan2, kerana ‘kalau’ itu membuka pintu amalan syaitan. Sepertimana dalam hadis:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Sambung citer – bila dah kahwin, masa tu dah bosan kerja agaknya, standard la kan jiwa feminin kian menyerlah, rasa nak masak la, nak buat kek la, dan sebagainya kan, termasuk la rasa nak buat pelbagai projek menjahit. Antara yang akak pernah buat ialah selimut patchwork untuk Raha, beadings dan alter baju maxi jadik blouse. Semua tu 100% jahit tangan. Nanti bebila, insyaAllah akak buat entry untuk projek2 lama tuh ok. Huhu.. (veranganss)

Pastu tah cemana last year (or the year before), akak terjumpa video buat beg dari recycled jeans, maka akak pun cuba. Alhamdulillah menjadi ler pulak. Sampai sekarang pun akak masih pakai handbag tuh. Sungguh tahan lasak okkeh.
Sejak tu la akak makin teruja menjahit. Selain dari mencuba projek2 hasil kerjasama incik Google, akak pergi belajar jahit baju kurung sebelum Ramadhan tahun lepas. Terus akak beli mesin jahit masa tu jugak. Sebelum tu ada gak mesin jahit, tapi mesin jahit mini yang akak pun dah hampir lupa akak pernah beli. Hik hik.

Alhamdulillah merasa la akak pakai baju kurung buatan sendiri time raya. Merasa juga buatkan Raha 2 pasang baju kurung untuk raya tahun tu. Terasa sangat jimat. Dan walaupun secara jujurnya akak memang ada rasa kembang hidung, sukalah akak mengingatkan diri akak sendiri serta adik kakak semua, bahawa sikap bangga diri atau perasaan takjub dengan usaha sendiri itu adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Ia boleh membawa kita kepada kesombongan pada Allah, serta menghilangkan tawakkal dan pergantungan kita kepada Allah. Naudzubillahiminzalik..

Kita hendaklah sentiasa ingat kalimah ini - "La hawla wa la quwwata illa billah"
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

Sesungguhnya kita manusia ni tak mampu lakukan sesuatu apa pun melainkan dengan izin-Nya, kita tak ada sebarang keupayaan pun melainkan dengan keupayaan yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan kata nak menjahit, nak angkat satu jari saja pun kita perlukan kekuatan dari Allah. Tak caya, gi la kat orang yang lumpuh, suruh dia angkat satu jari. Kalau Allah tak izinkan dan tak beri dia kekuatan, takkan dia mampu mengangkatnya. Maka kita kenalah sentiasa sedar, bila2 masa pun Allah boleh tarik keupayaan kita, maka kepada Allah lah kita patut bersyukur, dan kepada Allah saja lah patut kita berikan segala pujian atas segala kerja yang berjaya kita laksanakan.

"Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku keupayaan untuk menjahit. Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku keseronokan dalam menjahit. Terima kasih Ya Allah kerana menambahkan ilmu aku dalam menjahit."

Dan sudah pastilah Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2. Apa yang dianugerahkan kepada kita, adalah untuk kita manfaatkan sebaiknya. Jadi, insyaAllah, selepas ni akak akan kongsikan projek2 jahitan & kraf yang akak buat ek (wahh verangans lagikk..), mudah2an memberi idea untuk adik2 dan kakak2 sekelian yang mungkin berkongsi minat yang sama dengan akak. Dan kalau ada kelapangan akak akan cuba kongsikan tutorial jugak (wahh verangans kuasa lapan.. hapdet pun setahun sekali..ce citer? ce citer?), jadi boleh lah sesama kita buat, pastu sesamalah kita bahagia dan membahagiakan orang lain. InsyaAllah.

Cintai Allah. Kasihi Rasulullah. Sayangi sesama manusia.

Tuesday, September 28, 2010

Cinta LRT

Dalam kesibukan beraya dan menghadiri open house, ramai yang tak lupa mengambil kesempatan menambah pahala dengan mengerjakan puasa enam hari di bulan Syawal. Alhamdulillah..
Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim). Jadi, beruntunglah sesiapa yang mengerjakannya dengan ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Tapi akak bukan nak cerita pasal posa enam pun. Cuma setiap kali musim posa enam, akak mesti teringat satu kisah yang berlaku pada bulan Syawal tahun 2000, masa tu akak tengah posa enam la kan. Suatu hari tu akak dengan 2 orang kawan lelaki akak nak gi dinner kat KL la kononnya. Akak tak ramai kawan perempuan nak outing sesama masa tu sebab kawan² akak kebanyakannya dah kawin. (Hayyohh.. lambat sangat ke akak kawin ek?)

Balik pada citer, akak naik LRT jek sebab akak takde keter masa tuh, dan diorang pun takde keter, dan akak tak kuasa naik motor kapcai dengan diorang okkeh.
Pastu, tak sempat sampai KL, dah masuk waktu maghrib. Akak selongkar le handbag akak kot ada simpan gula2 ke coklat ke kuaci ke untuk berbuka posa, tapinya takde apa² pun. Maka akak pun saja la nak bagitau ler kat member² akak, akak tak berbuka lagik.

Dalam LRT tu ramai orang, ye la time balik kerja kan. Akak tak dapat tempat duduk, akak sandar kat dinding belah sini, sorang member akak tu lak sandar kat dinding belah sana. Member sorang lagik tah kat mana. Anyway ramai ler orang lain tak dikenali berdiri antara kitorang kan.. So takkan ler akak nak borak jerit² dengan dia, sungguh tak ayu gituh kan.. So akak ala² bagi signal jek la kat member akak, dengan harapan dia dapat baca gerak bibir akak, akak cakap "Tak buka posa lagi.."

Kira dia faham la, sebab dia tanya akak balik "Nak buka?", pun tanpa suara la ni.
Akak angguk.
Pastu dengan selambanya dia letak jari kelingking dia kat idung, buat aksi ala² korek idung.
Keji tak?! Dia suruh akak korek idung untuk buka posa, sebab tak elok melambat²kan buka posa katanya.. Akak pun apa lagik, terus la terbahak kat situ.. Maka orang kiri kanan akak pandang² le kat kat akak dengan muka heran, ala² akak perempuan bingai tengah tergelak sorang². Kosser sangat kan?

Namun pada detik itu lah akak jatuh chenta kat dia, huhuhuu.. dan sekarang, dia dah selamat pun menjadi suami akak. 7 September baru ni, kitorang baru jek celebrate anniversary kitorang yang ke-8. Alhamdulillah wa syukurillah.. Terima kasih Ya Allah, Pemilik Segala Cinta yang telah meyatukan hati kami dan memanjangkan jodoh kami hingga ke hari ini. Alhamdulillah syukur..

Pendek citer, setiap kali posa, tak kira lah posa Ramadhan ke posa enam di bulan Syawal ke, kalau kitorang stuck dalam keter ke, atau kat memana je la time berbuka, maka sudah pasti la akak akan suruh dia korek idung.. huhuhu..
Ailabbiuu Abang! HAPPY 8th ANNIVERSARY!! Ailabbiiuuu so much!!

I'm not perfect.. but YOU complete me..

*(Entry ini sebenarnya diedit dari nota yang ditulis dalam Facebook akak pada hari Rabu, September 10, 2008 at 9:30pm. Dah lama dah nak copy paste ke sini tapi asyik bertangguh.. Walaupun dah lama, tetapi kisah ini masih tetap relevan hingga kini.. huhu..)

Saturday, May 16, 2009

Sahabat

"Terima kasih kerana masih berkawan dengan aku. Walaupun macam² orang fitnah aku, tapi kau masih kawan dengan aku"

Begitu katanya ketika kami bersalaman dan berpelukan. Airmata menitis di pipi.

sahabatku,
biar apa mereka kata tentangmu
biar apa mereka fikir tentangmu
tidak penting bagi aku
kerana engkau kenal siapa dirimu

usah dibelenggu
usah membelenggu

wahai engkau seorang hamba
tidak mereka menjadi tuan kerana lebihnya harta
tidak juga kita suci kerana tiada berada
engkau, aku dan mereka
bukankah kita semua 
berpijak di bumi milik-Nya ?
berteduh di bawah langit milik-Nya ?
menjamah rezeki ihsan dari-Nya?
hidup dan mati dengan izin-Nya?
mereka, kau aku 
hanya sebutir debu
tidak ada lebih aku dari mu
tidak ada kurang engkau dariku
tidak juga lebih kotor mereka darimu atau dariku

sesungguhnya anak Adam itu sentiasa berdosa
siapakah kita untuk menghukum antara sesama?

senyumlah sahabat
telah kau serahkan jiwamu pada Yang Maha Besar
maka dunia ini terlalu kecil untuk melukakan kita
dunia ini terlalu kecil untuk memberikan kita duka
kita tidak jadi keji kerana dihina
kita juga tidak jadi mulia kerana menghina
malah manusia terlalu hina untuk menghina

hanya Allah berkuasa memberi kemuliaan
hanya Allah berkuasa memberi kehinaan
bukankah engkau berzikir
memanggil-Nya yaa Mu'izz.. yaa Muzil

hanya Allah yang berkuasa menjatuhkan
hanya Allah yang berkuasa mengangkat
darjat seseorang hambaNya
bukankah telah engkau akui
Dialah Al-Khaafidh, Dialah Ar-Raafi'

airmata terlalu mahal untuk ditumpahkan kerana manusia
airmata terlalu berharga untuk ditumpahkan pada dunia
biarlah ia menitis
hanya untuk Dia
hanya kerana CINTA pada ALLAH Yang Esa

Friday, April 24, 2009

CINTA


Allah S.W.T merencanakan setiap sesuatu itu dengan sungguh teratur. Subhanallah..

Isnin. 24 Rabiul Akhir 1430. Tarikh lahir ku ke-35 mengikut Tahun Hijrah. Itulah juga hari pertamaku selepas aku benar² mengenal siapa diriku, dari mana aku datang dan kemana aku akan pergi. Hari pertama aku lalui setelah mengenal erti sebenar CINTA.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman)

Bagaikan suatu petanda dari-Nya untuk aku mengerti, di saat terbitnya CINTA ini di hati, detik itulah hijrahku harus bermula. Semoga Allah memberikan aku kekuatan di fasa ini. Setiap CINTA itu harus diuji. Bersediakah aku dengan dugaan² Nya nanti? Aku tahu ia tidak mudah. Aku tahu ia satu perjuangan. Tidaklah sebesar perjuangan Nabi Ibrahim A.S meruntuhkan berhala² Namrud. Jauh sekali dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W menentang kejahilan dan menegakkan kalimah Allah S.W.T (selawat ke atas mu ya Rasululluah. Terima kasih atas pengorbananmu wahai kekasih Allah..), namun perjuanganku meruntuhkan dinding² belenggu yang mengotori jiwa suci kurniaan Al-Quddus, perjuangan merobohkan 'berhala² dunia' yang selama ini menguasai 35 tahun hidupku. Perjuangan mengotakan kesaksianku terhadap jiwaku yang telah aku berikan pada Al-Khaliq ketika aku diciptakan. Perjuangan untuk menjunjung tinggi kalimah "LAAILAHAILALLAH.. MUHAMMADURRASULULLAH - Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah"

Semoga aku mampu kekal dalam orbit ini di sepanjang sisa² hidupku ini. Semoga kalimah syahadah itu menjadi mudah di bibirku, di mindaku, di jiwaku saat aku menghembuskan nafas terakhir kurniaan-Nya.

Bumi hamparan sejadahku.. cinta ini tasbihku. Amiin.

(sumber gambar: Al-Insan)

Thursday, April 02, 2009

Ujian Kasut


Kita hidup di bumi milik Allah ni tak akan lari dari diuji. Samada kita nak ke taknak, kita pasti akan melaluinya. Ujian pulak datang dalam pelbagai bentuk. Dan semalam ujian datang kepada akak dalam bentuk kasut.. Iyer.. kasut.

Akak parking kereta. Akak tukar dari sandal ke kasut. Bukan kasut mahal, bukan LV, bukan Aigner, bukan Salvatore Ferragamo. Bukan. Bukan juga kasut murah. Bukan cap Seng Heng atau Hup Seng. Bukan kasut baru pun. Kasut dah lama gak beli, hari² dok pakai kasut tu lah. Sebelum ni kasut tu ok jek. Sebab tu akak kata 'ujian kasut'.

Akak jalan pegi kat lif. Kasut rasa lain macam. Macam longgar. Keluar lif, akak jalan dari The Gardens gi Mid Valley. Sepanjang jalan hujung seluar akak bahagian belakang termasuk dalam kasut. Kaki akak sudah mengecilkah? Kasut sudah membesar? Sungguh tak selesa.

Akak hantar jam tangan pegi kedai. Kena tunggu 20 minit. Akak lepak kat satu bangku. Sumbat tisu dalam kasut. Habis semua tisu dalam handbag. Test kasut. Okey, macam dah ketat. Akak jalan balik. Baru 2-3 langkah dah rasa longgar balik. Akak tarik hujung stokin, kasi banyak lebih kat hujung, biar penuh hujung kasut. Akak jalan semula. Sama jugak. Malas dah nak buat apa. Jalan jek lah, lagipun bukan plan nak lama pun kat situ. Nak cari barang sikit² jek.

Setengah jam berjalan dengan kasut asyik nak tercabut dan hujung seluar asyik masuk dalam kasut. Masuk balik kereta, hujung jari semua sakit. Kaki lenguh sebab berjalan pun tak betul.

Hidup ni penuh dengan pilihan. Akak yang memilih untuk pakai kasut. Kenapa? Kenapa tak pakai je sandal tu? Sebab pakai kasut lebih bergaya kan? Akak yang pilih untuk kelihatan bergaya kan? Untuk apa? Untuk siapa? Siapa yang nak tengok? Kalau orang tengok pakai sandal pun kenapa? Kalau orang tengok akak tak bergaya pun kenapa? Akan berkurang satu sen kah harta akak? Berkurang satu ilmu kah? Hinakah? Hidup ini penuh dengan pilihan. Cuma kita sering memilih untuk dibelenggu persepsi mata memandang.

Iyer akak juga boleh memilih untuk menyumpah seranah kasut tu dan melontarnya ke luar tingkap kereta. Tapi itu bermakna akak mungkin kena denda sebab buang sampah merata². Itu juga bermakna akak kena beli kasut baru, juga bermakna akak membazir sebab kasut tu elok lagi. Membazir itu sahabat syaitan. Ish! Tanak la! Sapa nak kawan dia?!

Lalu akak terfikir banyak perkara.. antaranya..
1) Akak seharusnya bersyukur sebab akak mampu beli kasut. Bermakna Allah murahkan rezeki akak untuk memiliki kasut. Ramai insan diluar sana hanya berselipar atau terpaksa berkaki ayam, kerana mereka tidak mampu. Memiliki kasut bukanlah pilihan utama buat mereka.

2) Akak patut bersyukur kerana memakai kasut bermakna akak ada kaki. Lengkap sepasang kaki. Ada insan diluar sana tidak berkaki.. mungkin kecacatan sejak lahir, mungkin terpaksa dipotong kerana accident atau penyakit. Memakai kasut bukan satu pilihan pun buat mereka.

3) Akak patut bersyukur bila sakit kaki, bermakna kaki akak masih mempunyai deria rasa. Ada insan diluar sana yang mempunyai kaki tapi tidak mampu merasa sakit, gatal mahupun sentuhan. Mungkin kerana lumpuh. Merasa sakit kaki juga bukan satu pilihan buat mereka.

4)"Apabila orang mukmin redha dengan kesakitan sakit itu menjadi pembersih dosa-dosanya."(H. R Bukhari)
Akak patut bersyukur jika kesakitan sedikit itu dapat membersihkan dosa² kaki akak yang pernah menjejak ke tempat² maksiat. Mungkin itu akan mengurangkan sedikit hukuman di akhirat besok? Wallahualam. Dia Al-Ghaffar. Dia Maha Pengampun. Dia Al-Hakam. Dia Maha Memutuskan Hukum.

Disebalik setiap ujian samada yang kecil (sekecil 'ujian kasut') mahupun yang besar, terlalu banyak hikmah dan nikmatNya.. jika kita mampu melihatnya, jika kita mampu menggunakan akal kurniaanNya untuk berfikir. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.