Sepetang bersama 'M'
Saja la tajuk tu gitu kan. Sekali baca, konon nampak la macam sepetang bersama Mawi. Huhuhu.. berangan laa Kak Peah..
Tapi memang bila M nak datang hari tu, aku mengemas rumah ala-ala aku ni pemenang sms Astro tu yang nak sambut Mawi datang beraya. M mana lak yang aku citer ni? Mahathir? Micheal Jackson? Alaa M mana lagi, Mag si cek mek molek AMTY tu la yang datang beraya hari Rabu baru ni. Disebabkan Mag la orang pertama datang beraya kat rumah aku tahun ni, maka dengan rasa bangganya aku buat special entry untuk Mag kat blog aku nih.
Sebenarnya bila Mag bagitau dia nak datang, dengan serta-merta peratusan kadar 'vitamin M' dalam darah aku turun mendadak. Bayangkan la, sejak balik raya hari tu, aku basuh baju, aku tak lipat pun. Berlonggok jek depan TV. Konon berangan nak lipat sambil tengok TV. Takdenya gitu. Aku tengok TV, kain baju tengok aku ada laa. Tapi bila Mag nak datang, boleh pulak aku lipat kain baju tu semua sekaligus. Lama jugak la aku ambik masa nak menyudahkan melipat. Nasib baik Mag bagi notis awal 2 hari. Kalau Mag bagi notis 2 jam, gamaknya Mag beraya dengan kain baju aku jek la hari tu.
Aku kononnya berangan nak masak kari kepala ikan untuk Mag hari tu. Kepala ikan bawal jek lah.. boleh gitu? Tapi Raha demam la pulak. Dari pagi asyik nak berdepek jek. Sampai ke tengahari dok nak landing atas paha empuk mak dia ni jek. Bila dia dah okay sikit, barulah aku boleh hantar dia kat Cik Ika. Masa tu dah tengahari pun. Setakat sempat nak mengemas, menyapu, mop lantai & cuci bilik air jek. Maklum lah bilik air tu last sekali berberus pun masa bulan puasa hari tu. Karang kalau Mag jatuh dalam bilik air aku kang naya jek. Bilik air aku bukannya ada 3rd party insurance.
Sebenarnya dalam pada mengemas tu pun sempat jugak aku meningkap, tu pun antara sebab lah kenapa kari aku tinggal angan-angan jek. Bila Mag sampai, aku tak sempat nak mandi lagik. Kekekekee.. Kena la Mag layan diri sengsorang kejap sementara aku mewangikan diri. Tah drama cina apa tah aku kasi Mag nengok agaknya. Best ke Mag citer tu?
Memandangkan kari kepala ikan aku masih lagi dalam bentuk bawang, serbuk kari dan ikan yang belum disiang, maka aku belasah jek la masak apa yang segera untuk menjamu Mag hari tu. Tapi aku rasa yang sedap dimakan hari tu ialah kek coklat yang Mag sendiri bawak.. boleh gitu? Haa kengkawan, itu lah contoh tetamu yang baik ya. Dia datang bawak kuih sendiri, sedap pulak tu. Tuan rumah makan ala-ala habis separuh nyari-nyaris terlupa nak simpan untuk anak & suami.
Terima kasih lah ye Mag sebab sudi datang ke rumah aku yang tak seberapa ni. Terima kasih lah sebab kedatangan ko tu, 'vitamin R' aku masih kekal sampai ke hari ni. Kalau ada yang kurang, simpan jek la dalam hati.. muahahahaaa.. boleh gitu? Takde la, kalau ada yang kurang, aku mintak maaf lah ya. Lain kali janganlah serik datang lagi.
Kedatangan Mag hari tu juga telah menjawab misteri nusantara Sepasang Kurung Biru. Huhuhuu..
Kepada deknon-deknon yang masih beum menjumpai formula untuk menyusutkan kadar 'vitamin M' dalam badan tu, maka pesan dari akak, jemput lah kawan-kawan datang ke rumah korang ya. Bukan kawan-kawan yang dah selalu sangat datang tu tau. Sebab kawan-kawan yang dah selalu datang, tak jemput pun dia datang, nanti kita pun dah tak kisah samada kain baju dah berlipat ke belum. Jemput la yang tak pernah datang tu ye deknon, gerenti landai gunung kain baju tak berlipat tuh!