Thursday, March 30, 2006

Sebutir bintang di taman seni, cahayanya berseri..

Artis Pilihan AMTY (Berikut adalah skrip kekwat karangan seorang teman tapi mesra):

Dengan bangganya kami AMTY mengisytiharkan bahawa kami baru saja melancarkan satu projek yang begitu VAST DA BOMB dengan menaikkan banner LEGENDA XVXX SHEILA MAJID pada setiap rumah (blog) AMTY.

Sekiranya banner dan side banner (gambar² Sheila yang cantik menawan) ini adalah pertama kali anda saksikan, kami dengan bangganya ingin mengucapkan TAHNIAH *sambil salam goncang tangan 10 x* kerana anda adalah antara yang terawal melihat foto² EXCLUSIVE ini yang hanya dapat dilihat di blog² AMTY *statement kekwat*

Projek ini adalah sekadar ingin mempromosikan LEGENDA XVXX – SHEILA MAJID satu kerjaseni yang membanggakan YANG BAKAL BERADA DI PASARAN DALAM WAKTU TERDEKAT dan juga merupakan satu projek yang dapat membuatkan AMTY bersatu hati dalam mengembeling tenaga demi SATU TUJUAN dan SATU HARAPAN.....*AMTY lain tepuk² meja nampak….. ;)*

Sila layari http://www.sheilamajid.com untuk keterangan lebih lanjut dan foto² terbaru Sheila Majid dalam rangkaian promosi Legenda ini.
LEGENDA XVXX SHEILA MAJID

Tuesday, March 21, 2006

Bersepai juga!

Aku ingat Arcopal takkan pecah.
Sebab dulu ada satu iklan, lori besar lanyak cawan.
Tipulah!

Friday, March 17, 2006

Kisah Sorbet

Kisahnya.. ada sebiji Mangga. Mangga sering merasakan dirinya tidak glemer seperti Epal atau Strawberry. Maklum lah, diorang (eh.. 'diabuah' la kan?) tu nama macam omputih, sedangkan Mangga namanya ala² gadis kampung gitu. Malah majalah yang diterbitkan menggunakan namanya pun sering saja dikutuk², tak setanding majalah URTV atau Media. Kerana merasakan dirinya tidak glemer itulah, maka Mangga dan kawan²nya merasakan mereka cuma layak melepak² di pasar malam sahaja. Kalau pun mereka lepak di supermarket, mereka cuma lepak berlonggok² aje. Tak merasalah mereka dibungkus cantik² macam geng² si Strawberry itu.

Pada suatu hari, Mangga terserempak dengan Uncle Nestle, seorang jurumekap, fashion designer dan juga merupakan seorang penerbit dan pengarah filem tersohor di negara ini. Uncle Nestle yang lebih suka dirinya dipanggil dengan gelaran Auntie Nestle itu memang sejak dari dulu, terkenal dengan jari jemari mulusnya yang mampu melakukan magic, menukar wajah berkerak menjadi berseri² ala² selebriti disuntik kolagen. Lihat saja diri Uncle Nestle itu sendiri. Jika berdiri di sebelah Angelina Jolie atau J-Lo, pastilah melolong² kedua² perempuan itu melihatkan Uncle Nestle yang jauh lebih jelita dari mereka.

Melihatkan ketrampilan Mangga yang langsung tidak vogue itu, maka Uncle Nestle pun berkata, "Apa ke buruk sangat ko nih noks.. Mari sini mak groom ko cukup² pompuaan. Ko ni bukan tak cantik. Canteeekk mak tengok haa.. bla bla bla ", biasa la kan, kalau Uncle Nestle dah mula bercakap, mana dia tau berenti. Tapi sambil dia menceceh tu, Uncle Nestle pun mulalah menggerakkan jari jemari mulus yang penuh magis itu, merubah imej Mangga.

Dan.. VA VA VOOM!!


Mangga kini tampil dengan imej yang berbeza dan jauh lebih kelesss dari dulu. Uncle Nestle yang juga seorang penerbit filem itu serta merta mendpat idea untuk menampilkan Mangga sebagai salah seorang bintang utama filem terbarunya. Bergabung dengan 2 orang (eh.. '2 buah' la kan?) lagi anak didik Uncle Nestle iaitu Oren dan Berry, Mangga kini sedang meletup² dengan filem terbaru di pasaran yang berjudul The Sorbet Story.

Filem yang mengisahkan perjalanan hidup 3 orang gadis melarikan diri dari penjara ini dikatakan sarat dengan aksi mendebarkan. Beberapa orang pengkritik menyifatkan The Sorbet Story adalah filem paling berani yang pernah dikeluarkan di negara ini. Lihat saja berikut antara aksi berani dan menggiurkan dari Mangga dalam filem ini.


Dan aksi ini pula seolah² telah menjanjikan anugerah Pelakon Wanita Terbaik buat Mangga dalam Festival Filem yang akan datang.


Jika anda belum menonton The Sorbet Story, segeralah mendapatkan tiket² yang dijual dengan harga RM 3.00 untuk kanak² (saiz kecik) dan RM 6.49 untuk dewasa (saiz besar). Jika anda membeli di pasaraya Giant, anda akan dapat diskaun RM 1 untuk saiz besar, sekiranya jumlah belian keseluruhan anda melebihi RM 50.

Khabarnya Mangga kini tidak lagi duduk berlonggok di pasar malam yang sesak dan panas, sebaliknya dia sentiasa diberi layanan istimewa seseuai dengan statusnya kini sebagai seorang ('sebuah' la kan?) selebriti popular. Tempatnya kini sentiasa di ruang berhawa dingin bersama teman² barunya Oren & Berry...

Apa yang ko merepek ni Kak Peah..?

Sunday, March 12, 2006

Meroyan bersama ikan

Ahad lepas, aku ngan Abang berangan nak bawa Raha pergi Zoo. Sekali ana punya biras, bukan beras, bagitau, Zoo mungkin ditutup kot, pasal area tu tengah dilanda selsema burung. Teruk jugak lah burung² kat situ selsema, sampai harga ayam turun jadik 40 sen sekilo. Haa kau, sesapa dok area situ, makan ayam jek la 3 minggu.

Disebabkan tak jadi pegi Zoo, kitorang pun pegi la Aquaria KLCC. Huh bersemangat akak nih deknon nak nengok ikan² berenang². Pagi² lagi akak dah bangun bersiap dan mengemas sebab kononnya nak jadik orang pertama masuk Aquaria tu sebaik saja pak guard bukak pintu masuk.

Sebelum tu, akak nak cerita, malam sebelum pegi Aquaria tu, akak tido mengigau kan si dot dot. Heei, suwey jek tau. Lepas tu pagi tu masa nak gerak, air-cond kereta lak buat pasal. Dia tak sejuk deknon, tapi dia keluar udara panas, jadik heater gitu. Hah apa ke jadahnya kereta ada heater dalam negara Khatulistiwa nih kan. Abang bawak la pergi workshop kejap, nak isi gas air-cond ke apa yang patut. Sekali mekanik situ cakap, "Isi gas pun tak guna woo, itu valve apa kejadahnya tuh sudah bocor kena ganti.. bla bla.. lu kena tunggu 3-4 jam baru siap maa..". Kalau tunggu 3-4 jam, tak dapat la kitorang jadik orang pertama bagi salam dan ucap Selamat Pagi kat ikan² tuh kan. Jadik kitorang belasah ajek la naik kereta panas tuh. Bukak tingkap, kita pakai angin semulajadi gitu. Heei.. suwey no. 2 tau. (Sori lah ek Fera, mesti awak berpeluh² ketiak dok belakang tuh kan?)

Sampai kat KLCC, kitorang lepak kat food court tu, tunggu ana punya biras, bukan beras itu sampai. Sambil lepak² tu Abang pergi pusing² nengok², pastu dia datang balik bagitau "Eh ada Reptilian Encounter lah!". Jeng.. jeng.. jeng.. *sila mainkan lagu suspen filem² Melayu disini*. Dengan mata terbeliak dan hati bergetar.. tar.. tar.. jantung berdebar.. *sila mainkan lagu Rohana Jalil disini*, baru akak ternampak poster pasal Reptilian Encounter tuh. Patutlah malam sebelum tu akak bermimpikan dot dot. Rupa²nya kita bakal bertentangan mata pada hari tu.

Untuk 10 minit seterusnya akak ala² bertafakur membuat persediaan mental sebelum masuk Aquaria tu. Dalam hati, "Alaa takpe, mesti dia letak dot dot tuh semua dalam satu bilik/ruang lain, so aku skip aje lah bilik tu nanti". Gitu la akak fikir. Lagipun ada sekor dua jek kot nanti.

Maka setelah merasakan mental akak bersedia, dengan langkah perwira akak pun masuk bersama² Abang, Raha, Fera, abang ipar, ana punya biras bukan beras, dan 2 anak² sedara ku. Dan.. HAMIK KAU! Masuk² jek, di lorong yang sempit tuh, kiri kanan ada si dot dot menanti. Memang tak boleh nak skip deknon. Untuk 20 saat akak meroyan tak tau nak pegi mana. Panjang pulak tuh barisan sangkar dot dot kat lorong tuh. Disebabkan ana punya biras bukan beras tu yang paling dekat dengan akak masa tu, maka lengannya yang semantap lengan akak tu lah yang menjadi tempat akak berpaut. Akak pejam mata ala² orang buta jual tisu kat gerai² makan Uptown tuh, sambil ana punya biras bukan beras tu memimpin tangan akak tolong tunjukkan jalan ke depan. Rasanya akak sorang jek yang meroyan kat situ kot sebab dalam pejam mata tu, akak sempat gak kebil² mengintai sat, dan macam terperasan semua orang kat situ dok pandang kat akak.

Bila sampai hujung lorong, bila ana punya biras bukan beras tu pusing ke kiri, akak pun rasa legalah sikit sebab ingat dah habis lah deretan dot dot tuh kan. Sekali akak bukak mata.. OPOCOT! HAMIK KAU! Sebesar² dot dot melingkar depan mata akak. Diameter dia jek lebih besar dari paha akak ni haa. Apa lagi, darjah ke-meroyan-an akak serta merta meningkat menjadikan akak spesis paling menarik perhatian di situ. Nasib baik ada ana punya biras bukan beras tu yang setia memimpin akak ke ruangan seterusnya yang menjadi ruang untuk akak melalui tempoh bertenang.

Dalam pada akak dok meroyan tuh, Abang tak dapat membantu mententeramkan jiwa akak sebab dia terpaksa mententeramkan jiwa Raha yang turut sama meroyan bila nengok mak dia meroyan. Huhuhu.. Raha meroyan lagik best, sebab dia menjerit "Tak takut! Tak takut! Tak nak! Tak nak! Tak takut!". Sebenarnya dia takut, tapi apasal dia sebut 'tak takut', tak dapat lah akak pastikan. Sib baik jugak lah dia pun meroyan sama, jadik orang ramai tak ada lah tumpu perhatian kat akak sorang aje kan.

Sesungguhnya itulah 10 saat atau 20 saat (tah le.. rasa macam 20 minit), yang paling menegangkan dalam hidup akak. Walaupun ada aircond dalam Aquaria tuh, tapi akak berpeluh² macam baru lepas buat aerobik 40 minit gitu deknon. Malah kat ruang seterusnya tuh, walaupun darjah ke-meroyan-an akak dah turun sikit, tapi bulu roma akak yang berdiri tadi masih lagi belum baring semula sepenuhnya. Degupan jantung akak pun masih belum kembali ke beat normal.

Tapi dengan tangan yang masih menggelatar, sempat jugak lah akak amik gambar spesis² nih. (Amaran kepada Mak Udo: Ada antara gambar² berikut tidak sesuai untuk tatapan aok. Haa kang kalau jadik apa², aok jangan salahkan koi pulok..)


Pelik gila katak nih. Ada tanduk, macam alien lak. Besar lak tuh!



Sudah lah besar, gemuk pulak tuh!
Eh apasal Kak Peah, ko terasa ke? Aku cakap pasal labah² ni lah..



Dia ni tak bergerak². Dari mula aku tengok, sampai le sudah, dok bergayut kat situ jek.



Lion Fish katanya.. Agaknya rambu ramba @ ropol² disekeliling muka dia tu macam singa, maka begitulah dia mendapat namanya. Apasal diorang tak panggil Tiger Fish ek? Kan ke badan dia belang² macam harimau tu?



Boleh disentuh, dipegang, dibelai dan diramas sambil menyanyi lagu Elyana - "Bagaikan diriku Tapak Sulaiman..".. tapi jangan bawak keluar dari air. Kena hampuk dengan pak guard nanti.


Masa kat area Lion Fish & Tapak Sulaiman nih, ada lagik deretan sangkar dot dot tuh, kali ni spesis² berbisa pulak. Sekali lagik meroyan akak datang semula. Tapi disebabkan kali ni sangkar dia jauh sikit, dan bukannya di kiri kanan jalan, jadi akak masih mampu lagu control ratu. Lepas tengok Tapak Sulaiman tu, kena turun bawah sikit, di mana ada satu aquarium besar dengan pelbagai jenis ikan. Masa nak turun ni, nun di satu korner, pengunjung² boleh memegang dan bergambar dengan seekor dot dot albino yang tidak berada di dalam sangkar. Aduiishh.. sekali lagik darjah ke-meroyan-an akak meningkat. Cepat² akak menyorok di sebalik satu tiang besar untuk bertafakur dan melalui tempoh bertenang lagi sekali, sementara menunggu rombongan akak yang lain bermanja² dan bergambar dengan dot dot tuh.

Kata Is, anak sedara akak yang kuat menyergah tuh, "Dot dot tu okay laa Mak Uda.. lembut jekk. Sejuuuk jek..". Eei.. tak sanggup akak nak mendengar penerangan panjang lebarnya tuh. Beria-ia dia suruh aku tengok gambar dia dengan dot dot tuh, ishh takpe la deknon, akak lebih rela tengok muka pak guard Myanmar yang tak reti cakap Melayu dan tak reti juga cakap omputih tuh. Err.. mana akak tau dia Myanmar? Akak agak aje lah deknon daripada paras rupanya tuh. Abis, cemana pulak akak tau dia tak reti cakap Melayu? Sebab akak tanya dia kat dalam tu ada tempat jual bateri kamera tak? Lepas tu dia jawab "I no speak. English?". Lepas tu bila akak tanya dia "Where can I get batteries for my camera?". Dia pun jawab "Err.. warggh blarrgh.. left, then warghh barghh varghh right", sambil melentok riuk kan tangan dia ke kiri dan ke kanan, ke atas ke bawah. Melihatkan mulut akak yang ternganga mendengar explaination dia tu, maka dia pun kata. "Wait", sambil bawak akak kat sorang adik hensem nih. Err hensem deknon, mesti akak tak perasan dia tadi sebab akak tengah meroyan di sebalik tiang besar tuh. Nasib baik akak ni jenis ibu mithali, ibu sejati, bukan jenis simpan anak ikan. Kalau tak, akak dah mintak no henpon dia tu. Huhuhu..

Okay kat bawah ni antara gambar ikan yang ada dalam aquarium besar tuh. Sebenarnya banyak lagik gambar, tapi banyak yang blur. Ada tu akak ambik dalam bentuk video, pastu tak reti macamana nak jadikan dia gambar statik. Lama jugak lah akak dok dalam aquarium besar tu. 4-5 round jugak la masuk sebab tak puas tengok ikan² besar tuh. Masa kat dalam tu lah baru akak betul² bertenang dan barulah bebetul hilang gila meroyan dan gangguan jiwa akibat dari dot dot tuh.


Geget dia.. geget dia..



Punya lah besar kerapu nih, kalau bawak balik rumah ni, stok lauk sebulan nih belum tentu habis tau. Tah muat ke tak peti ais tuh.


Dalam banyak² tuh, akak paling suka aquarium nih. Walaupun aquarium nih kecik aje, dan ikan² nya pun kecik² aje, tapi cantik² belaka. Lama jugak la akak dok depan aquarium ni. Sibuk nak amik gambar lagik. Susah tau nak amik gambar Nemo & Dory yang berenang tersangat pantas itu. Bila terasa cam orang² kat tepi dan belakang akak ala² memberi jelingan sakit hati gitu, barulah akak blah. Tapi lepas tu akak datang balik dan amik gambar lagi. Lepas tu kena jeling lagik, blah lagik, dan datang lagik. Macam tu laa seterusnya sampai la akak puas amik gambar.


Cantiiikk deknon.. sejuk mata memandang.



Wah.. ramai² ni, ada parti buih ke?



Comel kan?



Oh tidak tidaak.. akak tak gunakan photoshop untuk merubah kalernya, deknon. Ikan ni memang begitu kalernya


So kalau deknon² semua ada masa free, ada kawan (sebab kalau takde kawan, takde lengan lak deknon nak berpaut andaikata tetiba rasa nak meroyan), dan yang pentingnya ada duit (takde duit dok luar pintu jek deknon), boleh lah pergi ke Aquaria KLCC tuh. The Reptilian Encounter tu pulak berlangsung dari 1st - 31st March 2006. Jadik kalau nak merasa sangat nengok dot dot tuh, haa pegilah cepat² yek. Tiket masuk ialah RM38 untuk dewasa, RM26 untuk kanak² 3 tahun ke atas. Bawah 3 tahun, free jek deknon. Kalau ada MyKad @ MyKid, dapat discount RM10. Akak tak pasti sangat harga tiket nih sebenarnya, almaklum la bukan akak yang bayar tiket. Lagipun akak kena buat persediaan mental masa tuh, jadik tak patut la kalau akak jugak yang kena beratur beli tiket kan. Huhuhu.. Eh, akak tolong promote nih, Aquaria KLCC takde ke nak kasik pingat ke, t-shirt ke, tiket free ke? Tak de ke haa?

Thursday, March 02, 2006

Itu kereta Asmawi Ani yang punya..

/

Eh! Henpon sapa ni haa? Sapa ada hilang henpon, sila datang ke kaunter perkhidmatan pelanggan sekarang juga!

Sekalung mutiara Rafflesia.. ehh silap.. Sekalung tahniah buat MAWI - Bintang Paling Popular 2005. Makin banyak orang buang duit kat @15 tu mengutuk dia, makin bertambah harta budak botak bertuah nih.

Budak-budak bermain kotak
Bermain kotak jauh di rantau
Botak bukan sebarang botak
Botak ada 4 biji kereta tau!