Wednesday, December 20, 2006

Comelnya! Sedapnya!

Last week akak dah berpakat dengan Ana untuk celebrate birthday Raha, Abang akak dan Abah akak serentak, sebab diorang punya birthday semua jatuh dalam bulan December. Ye deknon² sekelian, itulah yang dinamakan 'parti budget' atau 'ekonomi handalan' okay. Jangan korang nak mengutuk akak pulak.. sudah! Pegi main jauh²..

Okay, berbalik kepada parti ekonomi handalan yang kitorang adakan pada pukul 3.30 pagi itu. Bukan sahaja parti itu diadakan kerana sengaja tak mahu menjemput jiran tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara, kerana tak ada bihun goreng, sandwic dan air sirap, tetapi juga disebabkan kek² yang comel yang akak bawak balik hari tu, tersangatlah menggoda, dan rasanya tak mungkin kitorang boleh tido tanpa memakan kek² itu dulu. Lagipun, kalau kitorang ajak jiran tetangga segala, mesti tak cukup kek tu untuk kitorang. Lihatlah deknon.. chomell bukann??



Untuk Raha..


Untuk Abah Raha..
(akak paling berkenan kat design yang nih la..)


Untuk Embah Raha


Untuk mereka lagi..


Kesemua nombor² di atas telah dimakan oleh Raha seorang. Yang heart shape tu pun dia jugak yang makan. Camni dia mintak:
"Mak.. mak.. Raha nak my heart.."
Abih laa anak aku banyak sangat nengok filem Indon.

Birthday girl meniup lilin.. make a wish sayang..
Semoga anak Mak berbahagia dalam hidup, di dunia dan di akhirat..

Wajah² Abah Raha dan Embah Raha tidak dapat ditonjolkan sebab terlampau 'cute' ketika meniup lilin tuh. Dibimbangi keterlebihan kekiutan mereka akan menenggelamkan kecomelan Raha, maka adalah lebih baik disimpan sahaja gambar² tersebut. Hik hik hik.

Sedap sangat tau kek² ni, secantik rupanya. Puas hati sangat. Akak gerenti akan order lagik nanti. Korang kalau nak tengok lebih banyak lagi design² kek yang meletops gitu, boleh klik kat Happy Cakes Blog. Boleh email tuan punya blog untuk order. (Haa Jojoe, free promotion lagik nih taww.. next time akak order, kasik free lapan ketul okkeh.. kwang kwang kwang)

Monday, December 11, 2006

Aku chenta dia! Aku chenta dia!

Hari ni sebenarnya hari jadi Abang akak. Happy birthday Abang! Kita chenta Abang! Kita chenta Abang! Hik hik hik.

Tapi kan, walaupun hari ni hari jadi dia, akak takde bagi dia hadiah pun, sebab bulan ni akak kopak, kena bayar deposit bilik ofis baru akak. Tapinya kan, akak pulak yang dapat hadiah. Camno tuh? Hik hik hik. Ya betul.. sempena hari jadi Abang akak, dia telah menghadiahkan akak sebijik Nokia 9300 Communicator. Hik hik hik. Tu pasal la akak chenta dia, akak chenta dia! Korang ada husband yang kasi korang hadiah sempena harijadi dia? Haa.. akak ada tau! Hik hik hik.

Sebenarnya Abang akak nak beli handphone untuk dia sendiri, tapi bila mengenangkan handphone akak lebih nazak dari handphone dia. Dan mengenangkan yang semenjak akak pakai handphone tu, dia dah 3 kali tukar handphone, maka dengan penuh rasa simpati, dia merasakan akak lebih layak tukar handphone dulu. Dan dengan penuh rasa simpati jugak, akak mintak lah Communicator aje. Sebab kalau akak kurang simpati, akak dah mintak Dopod atau O2. Baikkan akak..? Hik hik hik.

Maka, tiada lagilah handphone berwajah Mawi akak tu. Akak trade-in handphone lama tu dengan harga RM150. Setengah jam lepas tu, akak lalu balik depan kaunter tu, dia sudah bungkus handphone lama akak dalam plastik, dan letak harga RM 270. Mak aihh.. tu kalau diskaun pun, dia still boleh untung RM100!

Handphone baru akak belum ada gambar Mawi, tapi ada lagu Mawi. Hik hik hik.. Tapi akak rasa tak nak letak gambar Mawi lah kali ni. Disebabkan Abang akak yang belikan handphone ni, akak nak letak gambar Abang akak la pulak jadik wallpaper. Abang akak pun macam Mawi apa.. tak caya tanya la diorang yang pernah jumpa. Sama taww! Hik hik hik. Aku chenta dia! Aku chenta dia! HAPPY BIRTHDAY ABANG!

Monday, December 04, 2006

Aku, Pierre, dan CINTA..

Kosser sangat tajuk entry kan? Muahaha.. sukati akak la kan, blog akak kan. Sukati la kan nak kasi tajuk apa. Tajuk ala² berangan chentan chenton dengan lelaki terhangat di pasaran gituu. Eh, tetiba Mawi dah tak jadik lelaki terhangat di pasaran ke? Eh apasal Mawi enterframe nih, ni entry berkenaan akak, Pierre dan chenta okay..

Sebenarnya hari Sabtu tu akak, Abang akak, Raha, Kak Teh and family abang ipar akak pegi tengok Happy Feet. Cuti sekolah kan, saja lah layan bebudak tengok kartun. On the way tu, masa dalam keter akak dah plan lah, esoknya nak gi tengok filem CINTA. And, as expected, Abang akak memang tak nak tengok. Kekadang susah betul la orang laki nih, mentang² lah tajuk filem tu CINTA, maka agaknya diorang rasa kurang macho bila gi tengok filem² gitu. Bukan Abang akak sorang jek. Best friend akak sorang tu, husband dia pun tanak tengok. Biras akak pun dok komplen yang abang ipar akak tu tanak tengok filem² Melayu. Agaknya diorang dah stereotype-kan, asal kata filem Melayu jek, mesti standard Sembilu or Gerak Khas gitu. Puas dah akak yakinkan, CINTA nih bukan filem Yusof Haslam atau Prof. Razak tuh, tapi Abang akak taknak pegi jugak.

Disebabkan Abang akak takmo tengok, so akak dah pakat dengan Kak Teh nak gi tengok CINTA hari esoknya. Kebetulan lak, masa nak tengok Happy Feet, terserempak dengan Pierre Andre dalam lif. Mak aihhh.. maka akak pun mengukir senyuman ter-paling-amat manis dan lebarnya kat dia. Dia pun membalas dengan senyuman ter-paling-amat manis nya jugak kat akak. Tetiba akak terlupa lah pulak kan Abang akak pun ada dalam lif tu, dan akak pun tak terperasan lah pulakkan samada Abang akak sedang mengukir senyuman ter-paling-amat manis jugak atau tidak. Kosser jek akak kan..

Maka tercetuslah babak chenta antara akak dan Pierre..

Akak: Hai..
Pierre: Hai..
Akak: Nice meeting you
Pierre: Nice meeting you too.. (dengan senyuman ter-paling-amat manisnya)
Akak: (dalam hati) - I'm so gonna watch CINTA!
Pierre: Outing with family?
Akak: Haah..

Pierre: (senyum - sambil hold button pintu lif untuk akak)
Akak: You know what, you look as gorgeous as you are on the screen! Would you like to be my anak ikan?
Pierre: Owhh.. that's so overwhelming! I'm so flattered! Why not? I'd really love to!


Sila abaikan dialog terakhir antara akak dan Pierre itu, ianya hanyalah imaginasi sewel akak semata². Kosser tau! Nak kena pelempang?

Lepas tu, akak pun pi beli popcorn. Lepas tu biras akak pun sampai depan TGV, dalam keadaan begitu teruja gitu. Rupanya dia pun baru lepas jumpa Pierre, dan dengan sangatlah excitednya bertanya akak kalau akak nak gi ambik gambar dengan Pierre Andre. Eiih.. kosser tau. Akak teruja dalam hati jek, tapi akak tetap maintain kesopanan dan kesusilaan akak, tak mo lah ambik gambar segala kan, cam selak sangat gitu.

Maka setakat itu sahaja, berakhirlah episod chenta akak dengan Pierre. Episod chenta ke? Kosser jek. Gasak la kan berangan sengsorang.

So, semalam akak pun pegilah tengok CINTA.
Eii.. akak benci sangat tau! Benci sesangat!

Benci sangat sebab akak tak puas tengok sekali. Akak nak tengok lagi 18 kali.

Benci sangat sebab akak terpaksa control nangis. Akak nak nangis meraung², tapi akak segan la dengan orang lain, sebab diorang nangis teresak² jek, jadik akak pun setakat teresak² aje dan terpaksa control raungan akak sampai akak pening kepala tau.

Benci sangat sebab akak tak leh nak terus keluar panggung lepas habis cerita tu, sebab hidung akak merah macam badut. Nanti ada pulak budak² mintak belon kat akak sebab diorang ingat akak badut. Benci sangat tau!

Benci sangat sebab akak kena basuh pachmina akak, sebab Kak Teh tak bawak tisu, maka dia tumpang lap air mata dia kat pachmina akak. Benci sangat tau!

Benci sangat sebab lepas nangis untuk satu scene/dialog sedih, akak ingat dah tamat dah, tetiba keluar lagik satu scene sedih, lepas tu ingat dah abis dah jugak scene tuh, tetiba keluar lagik scene sedih. Eiissh.. cam tak nak habis² lak scene menyayat hati tau.

Benci sangat tau, sebab bila akak tak expect ada jokes, tetiba ada scene/dialog kelakar. Terpaksa lah akak gelak tau!

Benci sangat tau sebab akak tak tau nak puji pelakon mana satu, tak tau nak kasi award kat sapa, sebab hampir semuanya best. Sorang jek tak best - nama dia Khalif. Dia memang tak best.

Benci sangat, sebab hati akak dah berbelah bagi, tak tau nak minat sapa dah sekarang, sebab pelakon lelaki semua hensem². Ada sorang jek yang tak hensem - nama dia Khalif. Dia memang tak hensem.

Benci sangat tau, sebab lepas habis tengok CINTA, akak dah tak teruja nak tengok filem lain. Walaupun sebelum tu akak dah plan dengan Kak Teh nak marathon tengok 2 movies. Tapi akak tak jadi beli tiket untuk 2nd movie sebab akak rasa macam dah tak perlu dah tengok cerita lain lagi, sebab akak rasa macam dah tengok 5 cerita gitu kan. Lagipun rasa tak sanggup nak tukarkan mood CINTA akak masa tu kepada mood Deja-Vu atau mood apa² yang lain, sebab mood CINTA tu indah sesangat. Eeii benci tau, tetiba akak jadi jiwang karat gituh.

Benci sangat tau, sebab lepas tengok cerita tu, akak tak berhenti² bercerita kat orang, sms kat orang, dok promosi suruh tengok cerita tu. Habis air liur dan duit akak tau, benci sangat.. bukan akak dapat komisyen pun.. benci sangat tau.

Benci sangat tau sebab sampai sekarang akak tak leh lupakan cerita tu, dan masih terbayang² babak² dan dialog² cerita tu.

Benci sangat tau sebab akak nak sangat bercerita tentang filem ni, tapi akak tahan² daripada bercerita, sebab akak nak orang pergi tengok sendiri cerita tu, dan akak tak sanggup spoil keterujaan orang lain yang belum tengok, dan akak tak sanggup jadik penyebab anti-klimaks kepada orang yang belum menonton filem ni.

Benci sangat tau sebab lepas ni mesti akak akan tercari² sound-track filem ni sebab lagu² dia best² belaka.

Benci sangat tau sebab besok akak akan spend duit lagik untuk beli tiket CINTA lagi sebab akak nak tengok dengan Ima pulak.

Benci sangat tau sebab nanti biras akak nak pegi tengok jugak seminggu dua lagi, akak dah awal² cakap, akak pun nak join jugak.

Benci sangat tau, sebab kalau nanti ada lagi orang lain ajak akak gi tengok, mesti akak akan nak pegi jugak lagik. Habislah duit akak. Benci sangat tau.

Benci sangat tau sebab akak tau sampai bila² pun akak takkan dapat menonton filem ni bersama² Pierre Andre. Ehh.. benci sangat tau.

Eh over sangat akak suka filem ni tau.. benci sangat dengan ke-ter-over-an ini tau!!