Tuesday, January 31, 2006

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua teman pembaca beragama Islam. Marilah kita sama² berhijrah ke arah menjadi Muslimin / Muslimah yang lebih baik pada tahun baru ini.

Thursday, January 26, 2006

Dari Dapur Chef Diva SuMie: Kek Coklat Orang Dengki Takde Oven

Ya deknon² sekelian.. Chef Diva SuMie kembali lagi.. Sesapa yang rasa nak kutuk akak ni perasan or berangan diva, suka hati korang lah ya. At least akak tak berangan dengan baju ala angkasawan atau alien tau. Akak pakai apron occay..

Resepi ni sebenarnya aku dapat dari Kak Teh, dia dapat dari boifren dia, boifren dia dapat dari tah sapa, tah sapa tu pulak dapat tah dari sapa² la pulak.. Tak penting occay asal-usul resepi ni. Yang penting, resepi ni sangat sesuai untuk deknon² yang tak ada oven kat rumah, atau untuk deknon² yang dah berbulan² or bertahun² berangan nak beli oven, tapi tak jugak beli sampai sekarang. Mulai sekarang, deknon² tak perlu lagi dengki dengan Kak Bedah, Kak Limah dan Kak Esah sebelah rumah yang ada oven besar bagak tu, sebab deknon² pun dah boleh buat kek tak payah pakai oven. Pakai kukus aje deknon.

Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
½ cawan Gula halus
1 cawan Serbuk koko
1 cawan Susu manis
3 biji Telur
1 cawan Minyak jagung Mazola
(Kak Teh kasi resepi - dia tulis minyak Mozela. Haa ko, jenuh aku mencari minyak Mozela satu pasaraya. To Kak Teh - Hek aok!)
1 cawan Air panas mendidih
1 sudu teh Baking powder
1 sudu teh Soda Bikarbonat

Cara-cara:
- Pukul telur dengan gula halus. Telur tu masuk sebiji² ye, deknon² sekelian. Kalau nak rasa yang lebih manis, boleh la deknon tambah lagi lapan belas gelen gula.

- Masukkan susu. Kacau.

- Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat. Kacau. Tepung & serbuk koko tu ayak la dulu, kalau tak kang dia bergentel² ke berketul² ke, buruk ler pulak kek deknon tuh.

- Masukkan minyak & air panas. Air panas tu, air yang baru mendidih, tengah menggelegak membuak² tu occay. Air suam² kuku kakiku kaku tak main laa. Kacau sampai rata. Masa ni, sila kawal nafsu deknon² sekelian supaya tidak menyudu adunan tersebut ke mulut deknon² sekelian. Takut kalau dah sekali sudu, nanti terbelasah sampai habis pulak separuh adunan, sebab rasa dia giler sedap macam chocolate topping yang bubuh atas sundae McD tuh.



Adunan sebelum dikukus

- Taruk adunan kek tu dalam loyang, tutup dengan aluminium foil.

- Kukus selama dua jam. Sebelum masukkan dalam pengukus tu, pastikan air tu memang dah panas menggelegak. Masa kukus tu pulak toksah lah dok gatal² tangan bukak penutup kukus tu. Kalau bentat, jangan kata akak tak kasi amaran pulak ye. Masukkan la air penuh² dalam pengukus tu, supaya deknon tak perlu tambah air nanti. Tapi kalau tak sampai 2 jam air dah kering, kena la jugak tambah air kan. Tapi nak tambah pun, biar lah lepas sejam kek tu dikukus..

- Lepas 2 jam. Keluarkan la kek tu dari pengukus, takkan nak biar jek sampai pagi besok pulak kan. Kalau nak makan terus pun dah boleh dah tuh. Tapi kalau deknon terlebih rajin dan nak kek tu lagi mengancam dan mengundang kedengkian Kak Bedah, Kak Limah dan Kak Esah , boleh lah buat topping/icing dia pulak.



Itu dia... selepas keluar dari pengukus

Bahan² & cara² membuat Chocolate Icing:
1½ oz (45g) Butter
1 oz (30g) Serbuk koko (ayak la jugak, tak reti²..?)
3 sudu besar Susu sejat cair
4oz (125g) Gula icing (pun diayak jugak)

-Putar butter, masukkan serbuk koko. Lepas tu masak atas api. Angkat dari api, masukkan susu dan gula. Masuk la air sikit. Kacau. Dah siap.

Resepi icing ni sebenarnya diperturunkan oleh Chef Diva Mag melaui SMS. Disebabkan dia bagi sukatan dalam oz dan gram, dan aku pulak takde penimbang, maka aku main belasah, main agak² jek la. Jadi deknon² pun tak usah lah nak takut² main belasah jugak. InsyaAllah, mesti jadik punya. Dah jadi tu, curah le atas kek tadi.

Dan.. VA-VA VOOM!! Jadik la Kek Coklat Orang Dengki Takde Oven atau singkatannya Kek Coklat O.D.T.O. Fuhh.. glemer tu deknon, nama kek tuh. Boleh dimakan serta merta, atau disimpan dalam peti sejuk, dan dimakan besoknya, atau lusanya. Bagi aku, kek tu bila dah sejuk rasanya lebih sedap. Macam kek kedai, jangan tak caya deknon..



Letak lilin 2 batang.. jom celebrate birthday..

Lepas tu boleh la deknon berlagak dengan jiran tetangga, terutamanya Tauke Kopitiam tu kan *buat muka eksyen kat Y*, sebab tauke tuh pakai tepung kek segera jek kan. Huh.. apa punya tauke. Tipu punya olang. Busuk punya kaki. Haiyyaa.. Lu kalau berani pakai tepung gandum la tauke.. *dengan riaknya Chef Diva mencabar Tauke Kopitiam*



Keratan rentas Kek Coklat O.D.T.O.

Pesanan untuk deknon²: Kalau kukus pun deknon tak ada, haa sudahh.. tak payah buang karan baca resepi akak ni. Pegi cari resepi kek goreng aje. Tu pun kalau ada la kan..

Akhir kata, khas buat Che Lan @ Co2 - HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
Untuk Y @ Tauke Kopitiam, Selamat Tahun Baru Cina.
To Cheeka, aku rasa macam pernah nampak ko kata ko tak celebrate CNY. Tapi, kalau ko sambut, Happy Chinese New Year to you too.
Untuk teman² pembaca yang lain, Chef Diva SuMie mengucapkan selamat bercuti panjang, berhati² di jalan raya dan jangan makan banyak².. (eh tu macam pesanan untuk diri sendiri jek..)

Saturday, January 21, 2006

SMS dua insan tak bercinta

"Titt triit tiit tiit.."
Nada dering 'Aduh Saliha' menandakan SMS diterima.

"Brader ko Azwan Ali ni bila nak benti buang tebiat haa? Alien ke hapa baju tu"

"Heei tv mana ko tengok dia tu? Citer apa? Dia tu mmg dah lama buang tebiat. Mati je tak lg (statement kejam)"

"TV1 hitz 1 final"

2 jam kemudian..

"Sahh tebiat nak mampus. nasib baik tak bersepai gigi jac"

"Semak btol mata memandang! Geli getek n gediks!"

Thursday, January 19, 2006

Kereta oh kereta..

Entah bila ntah last sekali aku bawak kereta. Lama gila dah rasanya. Aku ni nama je ada lesen, tiap² tahun renew, tapi most of the time Abang jek yang drive.

Tapi sejak Abang selalu tinggalkan kereta kat rumah ni, aku rasa nak la praktis bawak kereta semula. Setakat round dekat² sini jek dah le. Kasi confident balik. Senang kalau nak gi mana² sendiri.

Kebetulan hari ni Apiq masuk kerja tengahari, aku pun berangan lah nak hantar dia pergi kerja. Huh dengan yakin lagi bergaya nya akak berlenggang, tekan kunci kereta, "tiit tiit", akak pun bukak pintu kereta macam biasa, dan letak handbag kat bawah seat.

"Eh! Biar betul.." tiba² Apiq bersuara dari belakang, sambil tergelak².

Baru aku perasan, yang aku bukak tu sebenarnya pintu penumpang sebelah kiri driver tu..

Gitulah jadiknya kalau dah biasa sangat dok belah kiri kan..

Tak habis lagi gelakkan diri sendiri, aku pun dengan yakinnya lagi start enjin pulak. Tekan clutch, masuk gear reverse lepas handbrake, lepas brek kaki.. Kereta tu gerak ke depan. (Kereta tu parking kat tepi bukit, depan tu ada kereta lain pulak).

Aku: "Eh apasal dia ke depan ek?"

Aku brek. Lepas brek lagi, dia ke depan lagi.

Aku: "Eh apasal ek?"

Aku brek lagi. Lepas lagi. Dia ke depan lagi.

Aku: "Eh apasal dia tak reverse ek?"

Apiq: "Nak reverse tekan minyak lah!"

Eh ye tak ye ek.. huhuhu. Benak la sungguh otak ku pada saat itu. Apiq yang tak de lesen tu pun tau. Kalau takde Apiq tadi, gerenti aku dah cium kereta depan tu. Tu lah deknon, nasihat akak, kalau ada lesen tu, tak usah lah peram dalam purse ek.

Baru je aku gerak dalam 3 meter, Abang pulak sampai. Sebelum aku terus buat lawak ke-3 pulak untuk hari ni, aku suruh Abang je la yang drive. Besok jek la pulak aku sambung praktis lagi.

Wednesday, January 18, 2006

Marah le nih!

Tengahari tadi Kak Peah tu angin je satu badan.

Maka panjang lebarlah Kak Peah membebel, " Heeiii geram betul Kak Peah dengan Abang Leman ko tuh. Bukan Kak Peah tak nak tolong kumpulkan dokumen yang dia mintak tu, tapi kalau benda yang dia boleh buat sendiri, takkan nak harap Kak Peah jugak? Lagipun memang dia yang check peti surat tu hari². Kalau dokumen tu dah sampai, dia lah yang tau dulu, buat aje lah sendiri. Kenapa nak tunggu Kak Peah jugak yang buat? Padahal bukan dia busy sangat pun. Bukan Kak Peah tak nampak dia dok main game kat komputer tu 2-3 hari ni. Download lagu rock pun sempat. Dari dia buang masa ngadap benda² tu, kan bagus dia buat sendiri kerja² berkaitan dokumen tu. Ni tidak, nak jugak suruh Kak Peah buat."

"Mentang² la Kak Peah ni dok kat rumah, dia ingat Kak Peah ni goyang kaki aje agaknya. Dia lupa agaknya, tu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, nasi dengan lauk pauk tu, ingat Kak Peah ni macam dalam cerita I Dream of Jeannie tu, main kelip mata aje boleh terhidang atas meja ke? Tu periuk belanga lepas memasak, pinggan mangkuk lepas makan tu, macam lah boleh pegi mandi sendiri. Habuk² dalam rumah ni bukannya boleh berlari sendiri masuk tong sampah. Mop tu bukannya ada kaki boleh jalan sendiri atas lantai. Tu kain baju yang dia pakai tu, ingat boleh merangkak sendiri masuk dalam mesin basuh, lepas tu memanjat masuk almari terlipat cantik² berbau wangi? Tu permainan si Senah yang bersepah² atas lantai tu, bukannya ada David Copperfield yang buat magic masukkan semula mainan² tu dalam bakul. Kalau bukan Kak Peah yang buat semua tu, sapa lagi yang buat? Bukannya dia ada gajikan bibik untuk buat semua kerja tu."

"Dah lah semenjak adik² Kak Peah si Dolah dengan Awang tu duduk sini, Kak Peah ni dah makin banyak kain baju nak dicuci, nak dilipat sekarang ni. Si Senah tu pulak dah semakin nakal, semakin mintak lebih perhatian. Kalau tak dilayan, mengamuk baling² barang. Kak Peah nak ngadap komputer pun sekarang ni kena tunggu malam hari. Tu pun kalau si Senah tu tidur cepat. Kalau dia tak tidur, Kak Peah jugak nak kena melayan dan tidurkan dia."

"Bukan Kak Peah nak mengungkit, tapi Kak Peah geram la bila cara dia suruh Kak Peah kumpulkan dokumen² tu, macam lah Kak Peah ni takde kerja lain yang lebih penting, macam lah dia tu busy bebenor ngalahkan Menteri Besar Selangor. Kalau dia memang tak boleh buat tu Kak Peah tak kisah lah, tapi Kak Peah tau dia memang boleh buat sendiri sebab 2-3 hari ni Kak Peah nengok dia memang tak busy pun. Saja la tu kan, bagi betis nak paha. Bagi paha, nak yang lagi atas pulak! Sekali kalau Kak Peah ni mogok seminggu tak buat kerja rumah, baru dia tau macamana tunggang langgangnya rumah nih. Haa ni Kak Peah geram lah nih."

"Kak Peah ni kalau boleh memang tak nak marah² macam ni, sebab Kak Peah ni kalau dah marah, memang buruk jadinya. Muka Kak Peah pun jadi buruk, perkataan² yang keluar dari mulut Kak Peah pun buruk jugak bunyinya."

Huh! Gitulah panjang lebarnya Kak Peah meluahkan perasaannya. Err.. aku tukang dengar aje ya! Huhuhuu..

Monday, January 16, 2006

Seorang pompuan gemuk di dalam bas

Jumaat lepas aku balik kampung, ada hal kat Kuantan. Lepas tu ada kenduri. Masa kat Kuantan, aku timbang berat aku, dah terlebih 4 kg. Aku ingat penimbang tu salah. Kat rumah Mak, aku timbang sekali lagi. Sama jugak beratnya macam penimbang kat Kuantan tu. Cheh! Maknanya penimbang kat rumah aku la yang salah selama ni. Patutlah seluar yang muat masa lepas pantang tu, sekarang ni dah tak muat pulak. Padahal aku tengok berat sama jek. Rupanya masa lepas pantang tu, aku tengok penimbang kat rumah Mak. Bila dah kat KL, penimbang aku sebenarnya dah terkurang 4 kilo. Kiranya masa aku balik KL lepas pantang dulu² tu, aku perasan yang aku dah turun lagi 4 kilo la tuh. Cheh cheh cheh! Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu..!

Balik semula ke KL semalam, aku adjust lah penimbang aku tu, lepas tu aku timbang balik berat aku, dah terlebih 2 kilo lah pulak dari penimbang Mak aku & penimbang kat Kuantan tu. Sah lah dah ter-over makan 2 hari sudah. Mana taknya, gi kenduri tu, nasi Raha tak habis, aku yang belasah. Pas tu sebelum balik KL, Mak masak asam pedas, aku tambah 2 kali. Ke 3 kali? Sudahnya masa nak balik KL tu, jeans aku tak muat. Muat la, tapi tak selesa la tang pinggang tuh. Kena la aku pakai seluar aku yang kainnya stretchable gitu.. huhuhuu..

Yang tak laratnya, seluar tu warna coklat, t-shirt aku warna biru, tudung aku pulak warna hitam. Punya la huru-hara warna. Tak match langsung! Tapi sebab tu aje baju yang tinggal kat dalam beg, kena la jugak pakai. Kalau tak gitu, tertinggal bas lak aku. Lepas tu, disebabkan aku dah terlambat, tak sempat aku nak pakai lipstick ke, celak ke. Sempat bedak jek.

Abang tak ikut balik kampung sekali sebab banyak kerja nak siapkan. Aku balik kampung dengan Ounis jek hari tu, naik kereta Abah yang Ounis nak pulangkan. Patutnya Abang balik jugak malam Sabtu tu untuk ambik kitorang balik KL. Tapi Mak suggest aku cuba ajar Raha balik KL naik bas aje. Since Ounis pun ada sekali, so aku rasa, why not?

Dah lama jugak dah aku tak naik bas. Last sekali masa gi Genting dengan AMTY dulu. Tapi tu pun dekat jek. Agaknya Raha pun dah tak ingat. Masa mula² nak naik bas tu, Raha macam tak nak. Abah aku yang dukung dia bawak naik. Bila Abah nak turun dari bas, dia dah nangis² nak ikut Embah dia tu pulak. Dah la kitorang yang last sekali naik. Masa tu dah lambat kot, driver bas pun macam dah tak sabar² nak jalan. Orang lain pun dok nengok² jek kat kitorang. Nasib baik Raha nangis kejap jek. Lepas pujuk², kasi air, dia pun diam. Lepas tu tak sampai 5 minit terus tertidur sampai lah bas sampai kat KL baru dia bangun. Tu pun sebab aku yang kejutkan.

Tapi kan, masa awal² tu, agaknya 38 orang penumpang bas ke KL semalam tu mesti cakap dalam hati, "Ish pompuan gemuk nih, dah la lambat.. dengan baju yang tak matching nya macam nak gi pasar malam jek, dengan anak melalak nya, muka pun cam tak siap touch-up jek." Huhuhu.. Buat muka selamba badak jek la Kak Peah..

Sunday, January 08, 2006

Bebas Blogging?

Adakah kita bebas blogging?

Pernah tak korang rasa macam nak luahkan sesuatu, lepas tu korang pun tulis panjang lebar dalam blog. Bila dah siap, korang baca semula, tiba² korang rasa yang korang tak patut publish entry tu. Atau mungkin korang belum tulis, ada niat nak tulis, tapi tak jadi tulis. Ada banyak sebab, mungkin ini antara yang pernah bermain dalam fikiran korang sebelum korang tulis atau publish sesuatu:
- Kalau nanti kawan² baca, apa pulak yang diorang fikir?
- Nanti kalau jumpa diorang, malu pulak aku.
- Nanti aku tulis lain, diorang faham lain pulak.
- Nanti kalau si A baca, mesti dia tau aku tulis pasal dia, nanti dia kecik hati, gaduh pulak kang.
- Aku tak kisah kalau kawan² baca cerita ni, tapi segan pulak kalau adik² aku baca.
- Ni aku sebut agama xyz, nanti member yang beragama xyz terasa pulak.
- Ni aku sebut bangsa xyz, nanti member yang bebangsa xyz terasa pulak.
- Ni isu sensitif ni, karang kena tangkap masuk ISA pulak.
- Kalau aku sebut nama rancangan / artis / menteri ni, boleh kena saman tak agaknya?

.. dan mungkin banyak lagi sebab² lain yang menyebabkan banyak posting korang terpaksa ditapis dulu, dan akhirnya korang pilih jalan selamat, maka korang pun delete jek apa yang korang dah tulis tu, atau kalau belum ditulis, korang simpan aje dalam hati.

Perkara ni banyak kali terjadi kat aku. Kadang² aku dah tulis berjela² meluahkan isi hati atau isi kepala hotak aku ni, tiba² ada antara perkara yang aku senaraikan di atas muncul dalam kepala aku. Jadi aku pun edit mana yang patut. Buang mana yang tak perlu. End up aku spend masa 2 kali ganda lagik untuk edit entry tu. Lepas tu bila baca balik, aku rasa entry tu dah tak menyampaikan isi hati aku sewajarnya lah pulak. Lepas tu aku rasa dah malas nak sambung lagi, dan aku terus delete aje posting tu sepenuhnya. Betul² buang masa jek kan?

Ada ketikanya aku rasa perkara yang aku tulis terlalu peribadi. Rasa tak wajar langsung cerita dalam kain atau cerita atas katil jadi bahan bacaan orang² yang kenal aku. Tapi kadang² rasa nak juga luahkan, cuma ada sesetengah perkara yang aku rasa lebih selesa kalau diluahkan pada orang yang langsung tak kenal aku, atau diluahkan aje di mana aku rasa tak ada orang pun akan baca. At least aku rasa lega sebab dapat juga luahkan.

Ada masanya pulak aku rasa nak maki hamun sesorang tahap dirasuk iblis. Misalnya aku nak kata "Jahanam punya betina, celakalah kau lapan belas keturunan", tapi aku tak boleh tulis macam tu kat blog ni, sebab pada masa yang sama aku terfikir yang kawan² aku yang membaca mungkin akan menggeleng²kan kepala melihatkan bahasa kesat aku. Walaupun bahasa kesat tu mungkin keluar dari benak aku sekali tu saja, tapi dengan entry tu aku risau yang aku mungkin dah memberi gambaran pada kawan² aku yang itu memang bahasa harian aku. Disebabkan tu, maka aku mungkin akan tukar ayat kepada "Aku bengang gila kat perempuan tu". See, aku dah jadi kurang jujur dalam penulisan aku. Sebab apa yang aku tulis tu bukan apa yang ada dalam hati aku masa tu.

Tapi mungkin dalam keadaan tu, separuh jujur tu lebih baik, kerana aku jadi lebih bertanggungjawab dengan apa yang aku tulis. Sememangnya kebebasan bersuara bukan bermaksud kebebasan mengutuk sesiapa sesuka hati. Kita kena lah bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Tapi tu kalau kita tulis perkara² yang lebih umum, macam topik politik ke, sukan ke, atau hal ehwal semasa ke.

Tapi bagi kebanyakan kita yang menulis tentang diri kita sendiri, tentang apa yang kita lalui dan apa yang kita rasa, dalam banyak keadaan, separuh jujur tu bagaikan menyekat kita dari meluahkan banyak benda yang terpendam. Bila kita tahu tulisan kita dibaca oleh orang² yang mengenali kita, seboleh²nya kita akan menapis cerita yang memalukan diri kita sendiri, sedangkan kadangkala kita sendiri rasa nak luahkan perkara yang mengaibkan tu.

Bila kita tahu tulisan kita dibaca oleh orang² yang kita sayang dan yang menyayangi kita, nak tak nak kita akan seboleh²nya cuba menulis tanpa melukakan hati mereka, sedangkan banyak juga ketikanya, apa yang hendak kita tulis tu ialah mengenai mereka atau perkara² yang melibatkan mereka juga.

Masa aku mula² blogging dulu, aku memang bertujuan untuk jadikan blog ni tempat aku suratkan apa saja yang tersirat dalam benak aku. Tapi masa tu aku tak kenal sapa² pun dalam dunia blogging ni. Tapi sekarang dah ramai yang jadi member pun. Malah adik-beradik, kawan² lama atau kawan² satu sekolah pun ada juga yang sesekali menyinggah kat blog ni. Eh, bukan lah aku tak suka. Aku sukaaaa... Cuma macam aku kata tadi la, bila dah ada yang kenal, aku jadi segan pulak nak tulis perkara² terlalu peribadi, atau perkara² berat yang mendatangkan persoalan² yang aku senaraikan kat atas tu tadi.

Selalu jugak la aku tanya diri aku sendiri, adakah aku bebas blogging? Korang rasa korang bebas blogging?

Sunday, January 01, 2006

Selamat Tahun Baru!


Kak Melah: Apa azam ko tahun baru ni Peah?

Kak Peah: Aku nak kuruskan badan.

Kak Melah: Aik.. tu bukan azam tahun lepas ke?

Kak Peah: Tak lah! Tu azam 10 tahun lepas..

Selamat tinggal 2005. Selamat datang 2006.
Selamat Tahun Baru buat semua teman pembaca SuMie di RuMaH. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih sempurna dengan bertambahnya bilangan tahun yang telah kita lewati.