Friday, February 25, 2005

Idola Amerika - Tinggal Doploh

Nak taknak, suka ke tak suka, 4 orang ni kenalah akur dengan undian rakyat Amerika. Tegang jek urat² leher diorang ni masa Ryan umumkan kedudukan masing², macam urat leher ayam nak kena sembelih. Tapi aku perasan yang aksi terkejut Mikalah tu macam tak real jek. Elelele.. ye ke terkejut tu? Minggu depan cuba tingkatkan lagi mutu lakonan anda ye.


Melinda Lira - Memang lah masa aku dengar dia nyanyi, aku dengan riaknya berkata, "Hek eleee.. aku nyanyi lagi sedap". Tapi kan, bila Ryan Seacrest yang kijjamm tu umumkan nama dia, kesian sungguh aku nengok wajah sedih campur nak marah si Melinda tu. Mestilah dia sedih kan, sebab dia yang mula² sekali terkeluar. At the same time, aku tengok muka dia as if dia nak tikam si Ryan tu 17 kali sebab announce nama dia dengan begitu kijjam sekali. "You're out!" Gitu jek. Maybe dia ingat at least Ryan akan cakap macam ni, "Melinda, I'm sorry you're out".


Jared Yates - Serius, aku tak ingat pun persembahan si Jared nih. Patut la dia terkeluar pun. Mesti rakyat Amerika pun tak ingat performance dia, tu pasal diorang tak ingat nak undi dia. Tu la, sapa suruh nyanyi lagu yang ala² terkena sumpahan gitu. Sudahnya tersebak-sebak si Jared menyanyi part.. how could I say goodbye.. tu. Yang lain² tu ingat² lah ye, baca dulu lirik lagu sampai habis. Kalau agak² ada lirik yang melanggar pantang larang tu, seperti - please release me, please let me go, please forget me, this is the last night, I don't want to see you again, - haa yang tu semua pantang ye!


Sarah Mather - Kalau tak minggu ni, minggu depan atau minggu satu lagi Sarah mungkin terkeluar juga. Walaupun suara Sarah okay, tapi pesonaliti dia macam tak cukup kuat kalau nak dibandingkan dengan beberapa orang yang lain. Kira macam ni la, kalau orang sebut Mikalah - terus orang ingat.. haaa yang gediks tuh. Kalau sebut Vonzell - haa yang ala² model iklan ubat gigi Darlie tu. Kalau sebut Aloha - ohooo.. yang suka petik bunga kat kebun tu. Kalau sebut Sarah - haaa Sarah? Sarah Michelle Gellar masuk American Idol ek? Sapa? Auntie Sarah jiran kita kat Kampung Awah tu ke? (Err maaf ya. Yang ni lawak antara rumahtangga aje). Kiranya, pengundi² kat Amerika tu terpaksa mengambil masa 5 saat atau lebih untuk mengingat yang mana satukah gerangannya si Sarah ni. Dalam masa 5 saat, ada pulak incoming call, terus diorang terlupa nak hantar sms vote Sarah. Itulah punca kecundangnya Sarah.


Judd Harris - Haa ni yang aku tak puas hati ni. Apasal pulak diorang kata dia salah pilih lagu? Aku rasa okay jek lagu dia. Kiranya, di celah² persembahan kaum lelaki yang kebanyakannya membosankan malam tu, persembahan Judd adalah antara yang menghiburkan disamping persembahan Bo Bice (oh.. mesti kah nama Bo Bice enterframe juga?). Apa pun kan, itu Ryan memang kijjamm. Dia ingat molek sangat ke panggil 6 orang berdiri atas pentas, lepas tu bagitau setiap 2 orang yang diorang terselamat, lepas tu tiba² announce nama Judd? Sampaikan deknon² yang pompuan tu semua pun ternganga² terkejut. Lepas tu Judd kata "Harapan saya tinggi tau.." (gitu lah lebih kurang). Agaknya itu cara Ryan buat kejutan kot, tapi ohh.. sungguh kijjam kejutanmu itu. Walaupun lobang hedong Judd bukanlah pojaan hatiku, tapi aku rasa Judd masih layak untuk kekal beberapa minggu lagi.

Begitulah, ke empat² mereka gagal mengembangkan lobang hedong masing² ke peringkat seterusnya. Maka tinggal lah doploh orang aje lagi yang bakal meneruskan perjuangan merebut title Idola ke-4 Amerika.

(Gambar² adalah kepunyaan Fox Broadcasting, dari laman rasmi American Idol - pinjam ya!)

Wednesday, February 23, 2005

Idola Amerika

Aku ni bukan nak buat recaps pasal American Idol. Tak kuasa aku. Cuma aku suka la ikuti rancangan tu. Buat masa ni, lobang hedong mereka berempat nih menjadi pojaan hati ku.

(Gambar² adalah hak milik terpelihara Fox Broadcasting, dari laman rasmi American Idol - ampunkan aku atas penyeludupan ini)


Bo Bice - Muka hensem, suara sedap. Tak cukup lagi ke 2 faktor tu untuk dia diminati ramai? Persembahan Bo minggu pertama ni agak menyerlah kalau nak dibandingkan dengan mamat² lainnya tu. Dah diorang tuh gi pilih lagu² mengundang bosan tu apasal? Patutnya masa ni la nak tarik perhatian penonton. Ni tidak, semua dok play safe. Tak pe lah, minggu pertama kan, boleh ampun lah. Apa² pun, Go Bo Bice!


Constantine Maroulis - Buat masa ni suara Constantine tak lah sepower beberapa orang peserta lain. Pedulik hapa aku. Walaupun Constantine nyanyi dengan sumbangnya pada minggu pertama ni, namun lobang hedong mu tetap menjadi pojaan hatiku. Jangan salahkan aku kalau aku minat dia semata-mata sebab muka hensem dan imej rock dia tu. Go Constantine!


Carrie Underwood - Lepas dengar dia nyanyi tadi, aku terus jatuh minat. Kalau dengar dia nyanyi sambil pejam mata, ala² artis dah ada album sendiri gitu. Dengan imej dara pingitan tu, dan kalau rakyat Amerika tak buta seni, ada can dia ni jadik Idola musim ni. Go Carrie!


Mikalah Gordon - Memula aku nengok dia, aku suka sebab dia gediks. Kali kedua aku nengok dia, aku menyampah sebab dia gediks. Kali ketiga aku nengok dia, aku suka dia sebab dia gediks. Maka jelaslah bahawa Mikalah pastinya mencetus kontroversi dalam forum American Idol dengan kegedikannya itu. Buat masa ni aku masih suka kegedikan ala² The Nanny nya tu. Sesekali aku nengok ada gak macam Janice, x-gelfren Chandler dalam sitcom Friends. Mikalah nyanyi tak berapa best pun, judges tetap puji jugak sebab aura gedik nya tuh telah menutup gegendang telinga mereka. Go gediks! Eh.. Go Mikalah!

Tuesday, February 22, 2005

Rombongan Cik Raha ke Port Dickson


"Jom! Sapa nak ikut pegi PD!!"



"Meh kita teropong dulu, mana tau kot ada ombak tinggi bergulung² datang dari jauh"



Senja di Port Dickson



"Aiseh.. dah maghrib lah.. pagi besok jek lah kita mandi!"



Raha: Mak dah pagi dah ni, boleh gi mandi tak?
Mak Raha: Hmm.. boleh, tapi puting tuh cabut dulu lah!



Raha: Cepatlah Mak! Cepatlah! Cepatlah! Nak mandi!!
Mak Raha: Err.. kejap ek, mak nak touch-up dulu..



Raha: Lambatlah Mak tu. Abah, jom..
Abah Raha: Kejap, Abah nak nengok kat mana ada awek seksi tengah mandi



Abah Raha: Fuiyyo.. nengok awek tu pakai sleeveless lagik!
Raha: Alaa.. sibuk lah Abah ni, mak ayah dia tak kisah pun..



Abah Raha: Alamak.. ada ombak besar nak datang.. jaga!
Raha: Camni, kita mandi kat dalam besen jek la..


Rombongan Cik Raha ke Port Dickson sempena cuti Tahun Baru Cina hari tu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tak diingini. Alhamdulillah.

Cik Raha terjerit-jerit excited berendam air masin for the first time. Abah Raha juga excited mandi laut walaupun tak terjerit-jerit. Cuma Mak Raha aje yg macam liat jek nak berendam sebab takut mekap cair, kulit muka mengelupas dan sebagainya.. huhuhu...

Camnapun, air laut PD kureenggg bersih menyebabkan sesapa yang mandi pakai t-shirt putih di PD akan berasa menyesal selepas keluar dari laut, disebabkan t-shirt putih itu telahpun bertukar kepada kaler kuning atau coklat cair yang hodoh rupanya.. Abih nak wat cemana, dah itu jek pantai yg dekat ngan KL.

Kepada yang rabun dan nak nengok gambar kecik² tu dgn lebih jelas dan besar, sila klik pada gambar tu supaya anda dapat melihat gambar yang lebih eye-friendly gitu. Sapa nak nengok lebih banyak lagi gambar² semasa Cik Raha di PD, klik sini, okey. Enjoy the pictures. Hargailah keindahan alam yang diciptakan Tuhan buat hambaNya mengecap kedamaian.

Wednesday, February 16, 2005

Saat Dugaan Menimpa

Seorang sahabat ku kini mungkin sedang mengharungi detik ujian dalam hidupnya. Besar atau kecil gelombang ujian itu, ia masih tetap suatu perjuangan melayari hidup. Aku yakin, setiap manusia di dunia ini, tua atau muda, miskin atau kaya, hitam mahupun putih, tidak boleh tidak, pasti akan ditimpa seribu satu masalah dan rintangan. Ada yang di duga sekali-sekala. Ada pula yang diuji sepanjang masa. Ujian yang datang dalam pelbagai rupa – keluarga, cinta, hutang, zuriat, kerja, tekanan jiwa, malah seguris luka di jari juga adalah sekelumit ujian dariNya. Dan setiap insan pasti punyai pelbagai cara sendiri bagi menepis dugaan dan menempuh saat getir hidup masing-masing.

Perit hatinya yang merasa, bahu yang pernah memikul juga tahu beratnya. Aku sendiri seperti keturunan Adam yang lainnya, tidak terlepas dari melalui detik-detik ujian. Adakalanya aku rasakan diri lumpuh hingga tidak mampu bangun lagi. Ada ketikanya aku hampir yakin melihat sinar dihujung kegelapan, namun aku tidak pasti apakah kudrat aku mampu membawa kaki melangkah menuju terang. Sering jua aku terpaksa menghulur tangan meminta agar ada yang sudi menyambut jemariku sebelum aku tenggelam, tewas dihanyutkan arus dugaan.

Pernah juga aku mengambil langkah singkat menyelesaikan masalah, lantas menjerut leher sendiri dengan dosa dan kebodohan. Namun aku tetap pelajari sesuatu. Setidak-tidaknya aku tahu ianya satu kesilapan. Berkali-kali juga aku mengulangi kesilapan demi kesilapan sehingga ada kalanya aku merasakan aku hanya wujud di dunia ini untuk berbuat silap. Namun aku tetap juga pelajari sesuatu dari setiap kesilapan itu.

Pada detik yang lain pula, aku kadang-kadang memilih untuk melarikan diri. Menjauhi teman-teman, menyepi dari keluarga. Membawa diri ke satu sudut bumi ciptaan Illahi, berkongsi air mata dengan sang unggas, mungkin menambah titisan ait laut, atau membiarkan matahari mengeringkan sebak di dada. Cara itu memang tidak pernah menyelesaikan masalah, namun ia pastinya memberikan sejenak ketenangan buatku, memberikan sedikit ruang dan masa untuk aku mengumpul kekuatan, bangkit semula dan meneruskan perjalanan hidup.

Namun tiada yang lebih indah dari mendekatkan diri padaNya. Aku tidak pernah hampa. Ujian datang dariNya, padaNya juga kita hamba layak mengadu. Setiap inci tubuh ini adalah kurniaNya, maka dariNya juga hadir segala kekuatan - jasmani mahupun rohani, maka di mana lagi harus aku melutut meminta belas, melepaskan diri dari belenggu derita? Sungguh. Aku tidak pernah hampa. Meski bukan semua yang aku inginkan menjadi realiti, namun aku tahu, yang aku idamkan mungkin bukan yang terbaik buatku. Dia lah Yang Maha Mengetahui, apa yang TERBAIK, lantas yang terbaik itulah telah Dia kurniakan padaku.

Lalu aku cuba untuk mengerti, setiap dugaan itu juga pastilah yang terbaik untuk aku, agar aku menjadi lebih dewasa, lebih bersedia untuk terus menerima nikmatNya, agar aku tidak lupa bersujud disaat hidup tidak diulit hiba.

Buat sahabat ku itu (juga sahabat-sahabat ku yang lain), andainya engkau membaca, aku tahu yang engkau pun amat memahami, bahawa selagi hidup ini belum bertemu noktahnya, ujian yang datang juga tiada bertitik. Malah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir sekalipun, kita keturunan Adam masih tetap diuji. Diuji kekuatan iman, diuji ketebalan amal. Tiada pertolongan yang lebih besar yang mampu aku hulurkan selain dari mendoakan agar engkau segera bertemu kekuatan untuk kembali bangun, merangkak, berdiri, bertatih seterusnya kembali berlari menentang dugaan. Kiranya tidak kau temui kekuatan itu, andai lengan ini masih kuat, biarlah kami memimpinmu, andai bahu ini masih terlarat, biarlah kami memapahmu. Andai jiwa ini masih kental, izinkanlah kami menjadi perisaimu.

Thursday, February 03, 2005

Cerita Pakcik Makcik Raha

Aku baru je tambah heading baru kat side link - Cerita Pakcik Makcik Raha. Kalau korang sudi, klik² lah kat blog adik² aku tu.

Ayah Chik tu adalah adik lelaki aku yang sedang belajar di Jepun. Dah lama juga dia kat sana. Tapi kerap jugalah dia balik Malaysia. ‘Ayah Chik’ tu sebenarnya nama panggilan Raha untuk dia nantilah (dia belum penah jumpa Raha lagi). Aku dan keluarga yang lain panggil dia Ounis. Ramai yang kata nama dia pelik. Pelik ke? Itu memang nama sebenar dia sepertimana yang tertulis dalam surat beranak dan kad pengenalan. Bukan kes pendaftar tersalah tulis atau tak pandai mengeja, tapi memang itulah nama yang Mak Abah berikan pada Ounis masa dia lahir dulu. Memang Mak & Abah mahukan nama adik-beradik aku semuanya bermula dengan huruf² vokal. Sebabnya, huruf vokal lebih mahal dari huruf konsonan. Tak percaya, korang tengok Roda Impian, huruf konsonan boleh ‘mintak’ je, tapi huruf vokal kena beli. Huhuhu…

Blog Ounis ditulis dengan bahasa campur², Melayu, Inggeris dan Jepun. Dalam setiap posting, Ounis ada letak ‘kamus Jepun’ tak rasmi dibawahnya. Jadi, kalau korang rasa nak tambah perbendaharaan kata bahasa Jepun tu, boleh lah belajar di blog Ounis. Ada juga gambar² pemandangan di Jepun untuk mereka yang tak pernah menjejakkan kaki di bumi matahari terbit tu. Aku paling suka gambar² masa musim bunga, sebab bunga² tu tak ada di Malaysia. Dan aku paling ‘jeles’ dengan gambar Silvia dia, sebab di rumah aku tak ada Silvia. Huhuhu…

Mak Teh pula ialah adik perempuan aku yang sekarang ni sedang belajar di UIA. Aku panggil dia Kak Teh. Walaupun dia memang putih, tapi itu bukan lah sebabnya kenapa aku panggil dia Kak Teh. Aku rasa dia memang telah ditakdirkan untuk lahir sebagai pembuat teh yang sedap, sebab setiap kali balik kampung, dia lah yang akan disuruh buat teh untuk semua orang. Err, sebenarnya bukan air teh aje, tapi air kopi, sirap, oren, ribena dan air laici pun dia yang kena buat.

Kak Teh tak guna blogspot atau blogdrive ataupun apa² yang ‘sebunyi’ dengannya seperti goblog mahupun goblok. Kak Teh guna ‘myspace’. Aku rasa ‘myspace’ ni tujuannya bukanlah untuk blogging semata² tetapi lebih kepada ruang untuk menghimpun profile kawan² dan ruang untuk sahabat² yang jauh mahupun sahabat bilik sebelah meninggalkan pesanan, kutukan atau bodekan. Juga amat sesuai dijadikan ruangan mengorat dan mencari jodoh. Ada juga ruang untuk blogging, tapi yang lecehnya kalau nak mengomen kat ‘myspace’ ni, seseorang tu mestilah register dengan 'myspace' dulu. Lepas tu, kalau orang tu dah add nama kita sebagai kawan dia, barulah kita boleh letak komen kat 'space' dia. Kronisme sungguh, kan? Bagi aku, ‘myspace’ ni lebih sesuai untuk golongan remaja. Tapi disebabkan aku nak juga mengomen di space Kak Teh tu, maka aku sign-up jugalah dengan 'myspace' walaupun aku sebenarnya dah tergolong dalam golongan belia (muahahaa).

Aku harap lepas ni aku boleh tambah Pak Long, Mak Udo dan Pak Usu pula dalam senarai Cerita Pakcik Makcik Raha.