Dalam minggu ni saja, entah berapa kali aku dapat email yang sama tentang Siti Nurhaliza. Sejauh mana kebenaran email yang ditulis oleh Asmah (bukan nama sebenar) tu, Tuhan saja yang tahu.
Aku percaya lebih separuh rakyat Malaysia yang ada email, yang celik IT, dah baca email tu. Ada yang kata ianya sekadar gossip untuk menjatuhkan nama baik Siti. Ada yang kata ianya bertujuan mensabotaj konsert Siti Fantasia Tour. Tak kurang juga yang percaya bulat², maklum lah sejak dulu memang dah jaki dengan insan yang di beri gelaran
diva tu. Bagi peminat² fanatik pulak, dah tentu menolak mentah² dan menganggap email itu sebagai fitnah.
Aku bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza. Aku tak pernah menyertai
fanclub Siti Nurhaliza. Aku juga belum pernah pergi mana² konsert Siti. Lagu² Siti pun aku tak hafal. Album terbaru Siti Nurhaliza pun aku belum beli. Apa yang aku nak kata, aku sekadar mengkagumi suara dan bakat Siti, bukan peminat fanatik Siti. Jadi bukan niat aku nak membela Siti Nurhaliza. Lagipun Siti tak kenal siapa aku. Kalau aku bela dia pun, aku takkan dapat walau 1% pun dari
income Siti. Namun aku sekadar ingin berkongsi pendapat dengan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi.
Kata Asmah, Siti makan telur dalam jamban, tak tau lah, aku tak pernah tengok dengan mata aku sendiri. Asmah tu mungkin pernah tengok agaknya, sebab tu dia berani tulis. Aku juga tak pernah nampak Siti bersama Ramli MS, jadi aku tak boleh lah nak percaya sepenuhnya. Asmah tu pun tak pernah tengok sebenarnya, sebab dia pun tulis 'kami dengar'. Tak tahulah pula Asmah dengar dari siapa, sebab dia tak tulis. Tentang merokok pula, kata Asmah, Nurul si
make-up artist yang beritahu orang. Diulangi, Nurul
beritahu orang, Asmah tak cakap pula yang Nurul tu sendiri beritahu dia yang Siti merokok. Katanya semua yang rapat dengan Siti tau tentang tu, tapi Asmah tak kata pula yang dia rapat dengan Siti, atau dengan mereka yang rapat dengan Siti. Begitu juga dengan cerita
botox, mandi bunga dan asap kemenyan. Mungkin Asmah kebetulan bercuti di Indonesia dan dia ternampak Kris Dayanti bawa Siti buat semua tu.
Yang aku pasti kebenarannya cumalah satu perkara - Siti taruh mata biru, hijau dan
hazel. Yang tu satu Malaysia, Brunei dan Indonesia pun tau sebab boleh nampak di TV dan majalah. Tapi tak patutlah Asmah kata Siti tu dahi senduk, muka penyek dan tak ada orang nak tengok. Mungkin wajah Asmah cantik rupawan, tapi janganlah menghina wajah orang lain kerana itu kan pemberian Tuhan. Lagipun wajah yang Asmah kata penyek dan berdahi senduk tu juga yang lebih popular dari wajah Asmah.
Kata Asmah, kawan²nya dari Astro mengikut konsert Siti, apakah ini bermakna Asmah tidak ikut? Kalau Asmah tak ikut, maknanya kesemua cerita sepanjang konsert tu bukanlah Asmah sendiri alami, sebaliknya Asmah dengar dari kawan²nya. Prihatin sungguh Asmah pada sahabat²nya sehingga sanggup meluangkan masa menulis pada Kuseman @ Siti Jarum untuk meluahkan ketidakpuasan hati kawan²nya.
Kata Asmah, Siti menghalau seseorang dari bas istimewanya kerana Siti tak mahu orang itu berada dalam bas bersamanya. Tapi Asmah tak bagitau kenapa Siti tak suka orang tu. Mungkin Asmah sendiri tak tau, sebab Asmah tak naik bas tu. Kita semua pun tak tau, mungkin orang tu ada buat sesuatu yang tidak baik pada Siti. Mungkin ada orang lain yang halau, tapi dia kata Siti yang tak suka dan Siti yang suruh halau. Mungkin.
Kata Asmah, di Johor, Siti menghampakan peminat bila dia tidak hadir untuk makan durian dengan alasan penat dan malas. Mungkin betul Siti penat. Ye lah nak buat konsert tu, bukan boleh terus naik atas pentas menyanyi. Mungkin Asmah lupa, Siti kena berlatih menyanyi dan menari. Kena duduk berjam² untuk di
make-up. Kan penat tu. Tak
make-up nanti Asmah kata muka Siti macam 'orang toreh getah penyek' pula. Orang yang bekerja 8 jam di pejabat pun kadang² terpaksa menolak pelawaan orang kerana penat dan malas. Lagipun Siti bukan ada banyak masa untuk pergi tengok wayang atau menulis email panjang² macam Asmah. Jadi mungkin bila ada kesempatan sedikit ruang masa untuk berehat, maka Siti nak berehat. Mungkin.
Kata Asmah, Siti tak menyanyi FREE, Siti dibayar. Asmah keliru agaknya. Yang dimaksudkan FREE ialah, kalau Asmah nak pergi tengok Siti menyanyi, Asmah tak payah bayar tiket, Asmah boleh tengok FREE! Memanglah Siti menyanyi tu dibayar. Kalau Asmah sendiri pun kena ke hulu ke hilir menyanyi di 15 konsert, takkan Asmah nak pergi FREE saja. Siapa pula nak bayar duit sewa bas, petrol,
make-up artist,
back-up dancer, makan minum semua tu?
Kata Asmah, mereka yang bertungkus-lumus bekerja tu, Siti tak pernah jemput minum walau segelas air tawar. Sekali lagi Asmah terlupa agaknya, Siti juga turut bertungkus-lumus menjayakan konsert tersebut, bukan Asmah dan kawan²nya saja. Ayi abang Siti pun takkan lah duduk goyang kaki saja. Masing² pastilah ada tugasan sendiri. Mungkin Siti pun tak tau kat mana air tawar tu, dia nak minum pun kena mintak kat orang, macamana nak jemput orang minum? Kalau dia sibuk² suruh orang ambilkan air untuk krew, nanti tukang
handle air pula yang marah. Kalau Asmah tukang buat air, mungkin email Asmah berbunyi begini pula, "Eh Siti nih, aku tau lah keje aku, dia lak nak mengarah² aku buat air. Kerja kau menyanyi, menyanyi aje lah. Tu nak tunjuk baik tak bertempat lah tu". Mungkin begitulah.
Asmah kata Siti cemburu dengan Misha. Hairan juga, kalau betul Siti cemburu dengan Misha sekalipun, takkan Siti nak beritahu Asmah. Jadi, dari mana Asmah tahu?
Asmah kata Siti dan keluarganya kena belajar PR, kena belajar berbudi-bahasa. Tapi Asmah sendiri bagaikan kurang bahasa dalam emailnya. Macam² Asmah labelkan Siti dan keluarganya - bangsat dari Lipis, puaka jelmaan bela hantu, muka penyek, dahi jendul, anak raja dari Brunei, Binatang dari Ulu Lipis, kaduk naik junjung, lapar duit, mata duitan yang tak ada kelas, bertuhankan duit, senduk penyek berlagak nak jadi puteri, dan macam-macam lagi perkataan yang biasanya tidak digunakan oleh orang cukup bahasa. Mungkin Asmah terlebih bahasa, sebab tu Asmah pandai cipta banyak jenis perumpamaan.
Tapi Asmah juga kata Siti juga punya perasaan macam orang lain juga. Maknanya Asmah pun akui Siti punya perasaan seperti Asmah, seperti aku juga. Macamana agaknya perasaan Asmah kalau orang tulis email menyebarkan tentang keburukan Asmah dan dibaca pula oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Mungkin Asmah tak kisah kerana orang tak kenal Asmah. Lagipun Asmah tak pakai nama sebenar. Asmah tau, orang lain takkan tau apa keburukan Asmah, tak dapat lah orang membuka pekung di dada Asmah.
Banyak lagi yang Asmah kata. Tak larat aku nak ulas semua. Lagipun aku bukan bertujuan membela Siti. Cuma aku hairan dengan Asmah. Kalau Asmah rasa dia menceritakan kebenaran, kenapa Asmah tak guna sahaja nama sebenar? Mungkin Asmah takut kehilangan kerja di Astro kerana Asmah mungkin tidak semewah Siti. Walau macamanapun, Asmah sekarang dah popular. Walaupun tak sepopular Siti Nurhaliza, Asmah mungkin sudah sepopular Siti Jarum dalam masa tak sampai pun seminggu. Mula-mula aku nak ucapkan tahniah pada Asmah sebab dah popular, tapi tak jadi pula. Sebaliknya aku simpati pada Asmah, kerana semakin berkembang email Asmah, semakin berkembang dosa Asmah. Kalau tidak dosa memfitnah, dosa mengumpat, membuka keaiban orang atau dosa menghasut.
Kan bagus kalau kebolehan menulis tu Asmah gunakan untuk menulis perkara² yang baik. Aku sendiri pun mungkin berkongsi dosa kerana menulis tentang email Asmah. Namun aku harap tulisan aku tidak mengundang perkara negatif pada yang membaca. Cuma suatu masa dulu aku pernah ditegur oleh seorang teman apabila aku mem
forwardkan email² sebegini di internet. Sampai sekarang aku masih ingat teguran itu (terima kasih Intan). Kini aku ingin berkongsi nasihat Intan disini.
Lebih kurang begini kata Intan, dosa dengan Tuhan boleh kita bertaubat dan minta ampun, tapi dosa sesama manusia? Yang berbuat dosa tu, dah tentu dosanya dengan Tuhan, jika dia minta ampun dan bertaubat, lalu Tuhan ampunkan dosanya, maka terhapuslah dosanya, lepas lah dia dari segala dosa dan hukuman. Apa pula ceritanya dengan kita yang menyebarkan email ni? Bukan kah sama dosanya dengan menyebarkan keaiban orang lain? Bukankah dalam agama kita seharusnya menutup aib orang lain? Dan andainya yang empunya diri tidak memaafkan kita, mampukah kita mencarinya di Mahsyar kelak untuk meminta ampun?
Aku bukanlah orang yang layak untuk bersyarah tentang dosa dan pahala. Cuma, yang mana baik dan boleh diterima, terimalah dengan hati dan fikiran terbuka. Yang mana tersilap dan melukakan hati, aku pohon kemaafan.