Selepas
gathering pertama yang hanya dihadiri oleh 5 orang, Sabtu lalu, 4 September 2004, Siam Kitchen Midvalley menjadi saksi AMTY mengukir sejarah ke-2 pula. Hampir kesemua AMTY hadir.
Dari jauh aku dah nampak Watie, Uncute, Xmen, Qyrie, Magbox, Ardini & ‘
real Ardini’ (anak Ardini) depan pintu Dapur Siam tu. Selepas sessi perkenalan sejenak bersama Magbox & 2 Ardini tu (sebab yang lain aku dah kenal), aku terus masuk Siam Kitchen, minta meja untuk 12 orang. Sebenarnya aku masuk cepat² sebab kat dalam restoran ada
air-cond. Kat luar tu panas, tak tahan aku lama², cair mekap aku nanti.. hehehe.. Hari tu Siam Kitchen kosong, tak ramai orang, senanglah dapat meja. Aku duduk di tempat yang sama aku duduk semasa gathering pertama AMTY.
Tak lama lepas tu Kak Shamina & 2 orang anak perempuannya sampai. Sebenarnya aku dah nampak Kak Sham & anak²nya sebelum tu di depan Maybank. Masa tu aku ada juga terfikir “Entah² ni pun AMTY juga”, sebab aku teringat sebelum tu kat tingkap Y, memang ada yang cakap nak bawa anak. Masa bersalaman, Kak Sham kata “Oh ini Sumie.. patutlah…” Err, apa yang ‘patut’ tu Kak Sham?
Tengah borak², Emy & Co2 pula sampai. Mula² aku ingatkan pasangan suami isteri mana lah pula yang
join AMTY tu, sebab setau aku, cuma aku, Watie dan Ardini saja yang dah kahwin. Rupa²nya dua orang pembekal CD cetak rompak tu dah pun berjumpa sebelum mereka seiring dan sejalan ke Siam Kitchen. Terima kasih Co2 & Emy di atas bekalan CD kalian. Jangan bimbang, nama sebenar kalian tidak akan aku dedahkan di sini bagi mengelakkan sekarang tindakan oleh pihak berkuasa.
Screwloose sampai juga akhirnya. Dengan alasan mengambil emak di KL Central, Screw akhirnya berjaya memboloskan diri dari pejabat. Dan Screw yang memang dah
slim tu tak mahu makan tengahari kerana ber
diet, sebaliknya lebih selesa menjadi
camera-woman di saat orang lain menikmati sajian tengahari yang berupa nasi dan lauk-pauk seperti Green Curry Chicken, Chilly Beef, Kerabu Mangga, Kailan Ikan Masin dan Fried Crab Meat. Err.. nama² menu mungkin kurang tepat sebab aku cuma ingat rupa dan rasa lauk tu saja.
Sajian tengahari di Siam Kitchen
Sambil makan kami berborak-borak diiringi bunyi ‘ktingg’ ‘ktungg’ iaitu bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan. Disebabkan aku duduk di sebelah yang ramai lelaki, maka topik perbualan kami lebih kepada hal² kerja dan sekolah lama, tak ketinggalan juga tentang kuda Tun Mahathir. Agak jeles juga aku dengan sebelah yang satu lagi tu kerana dengan adanya Ratu Majalah disebelah sana, maka aku rasa topik perbualan mereka adalah lebih berkisar kepada gossip dunia hiburan. Seperti biasa suara Watie dihujung meja sana boleh aku dengar dari hujung meja sini, begitu juga suara aku yang duduk di meja hujung sini, pastinya sampai ke hujung meja sana. Suara Kak Sham dan Magbox jarang² sekali ke udara, bukan kerana mereka tidak bercakap, tetapi disebabkan lontaran suara yang kurang jelas, maka vokal aku dan Watie lebih kedengaran walaupun adakalanya
pitching kami agak ke parit. Emy pula nampaknya kurang
eye-contact dengan kamera. Kritikan panel juri kepada Emy: 'Apabila anda nampak lampu merah pada kamera tu menyala, pastikan anda pandang kamera ya, sila jangan sembunyikan mata anda di sebalik bahu Uncute, kerana anda mempunyai sepasang mata yang cantik'.
Memandangkan dah lama sangat duduk, maka sebelum pekerja² Siam Kitchen memberikan jelingan manja, maka kami pun beredar ke destinasi seterusnya- Secret Recipe, untuk
dessert pula. Oleh kerana Xmen dan Co2 tak dapat turut serta, maka Abang pun pergi
window-shopping untuk memberi peluang pada aku berborak panjang lagi dengan AMTY. Macam² yang kami bualkan. Dengan Classic Cheese Cake, Banana Chocolate Cake dan satu lagi kek (aku lupa nama) yang dikongsi beramai², menyedapkan lagi suasana berborak petang tu, sampai tak sedar akhirnya dah pukul 4 pm. Kesiannya tengok anak² Kak Sham dan Ardini yang tak mau berpisah. Tak apa ya adik-adik (chewaah.. bukan patutnya anak² ke?), lain kali kita buat AMTY Family Day, seperti yang Auntie Emy cadangkan tu, kita pergi berkelah ke apa ke, anak² semua boleh main dari pergi sampai petang, okay. Pertemuan dengan Kak Sham dan anak²nya tamat di situ. Screw juga terpaksa balik semula ke pejabat.
Dessert pilihan Watie yang telah menggoda anak² Kak Sham & Ardini
Sebelum tayangan Puteri Gunung Ledang bermula, aku jumpa Abang semula. Kami semua beratur beli
pop-corn.
Hubby Ardini pun turut serta. Terima kasih pada Uncute yang bersusah-payah membeli tiket sejak awal² lagi, tak payah susah² kami beratur. Berbekalkan sekotak besar
pop-corn & sebungkus M&M yang dah pun habis tak sampai suku filem, itulah kali pertama aku menonton wayang semenjak melahirkan Raha. Macamanapun tumpuan aku di 30 minit yang terakhir agak terganggu disebabkan Ice Lemon Tea Siam Kitchen, Ice Blended Mocha Secret Recipe dan Mineral Water GSC mula memainkan peranan. Aku meninggalkan AMTY sebaik saja tamat PGL dan meluru ke
toilet.
Tiket PGL
Watie dan Ardini &
family balik selepas itu. Abang pula nak pergi beli
printer baru. Aku, Emy, Qyrie, Magbox & Uncute pun menghabiskan sisa² masa yang ada di Food Court Midvalley. Selepas itu aku pula terpaksa minta diri membiarkan rakan² bujang aku tu pula menghabiskan masa sesama mereka. Setau aku bas Emy pukul 10 malam tu. Tak tau lah kalau Emy cancel tiket bas pula lepas tu ajak Uncute, Magbox & Qyrie clubbing.. Ye lah, malam masih muda, kelab² dangdut pun baru buka pintu.. hehehe.. gurau je.
Dengan cerita yang panjang lebar ini, aku harap aku berjaya men’jeles’kan Y, Red, a_ct, Eisya dan Sinchan. Semoga aku dapat berjumpa kalian pula di masa yang akan datang. Terima kasih semua atas persahabatan ini. Terima kasih AMTY.
(Buat AMTY yang tidak berpeluang hadir, aku kasi can korang mengenali mereka yang telah pun datang hari tu..
Kenali AMTY)