Monday, October 31, 2005

Salam Aidilfitri


Indah berseri di malam raya
Deretan pelita di tengah halaman
Aidilfitri menjelang tiba
Marilah kita saling berkunjungan

Segak jejaka berbaju melayu
Aduh Salihah bertudung sopan
Andai bahasa mengguris kalbu
SuMie di Rumah pohon kemaafan



*Gambar dari Kad Hari Raya Siber di GONG®

Wednesday, October 26, 2005

'7 things'

Aku terpaksa (ewaahh terpaksa konon) buat entry '7 things' nih sebab Emy dah 'tag' aku kat blog dia.

7 Things I plan to do before I die
  1. Hantar Mak & Abah Pergi Haji dan Umrah.
  2. Aku sendiri pergi Haji dan Umrah dengan Abang & Raha dan anak² lain (kalau ada anak² lain la nanti).
  3. Khatam Quran sebanyak kali yang mungkin.
  4. Sediakan fund secukupnya untuk education Raha & anak² lain (kalau ada anak² lain la), so that diorang tak payah susah² meminjam dan bayar study loan macam mak abah diorang sekarang nih.
  5. Kumpul banyak duit untuk beli apa je yang aku nak.
  6. Melancong satu dunia
  7. Dapatkan berat badan 55 kg (huhuhu.. mimpi laah Kak Peah oii!!).

7 Things I could do
  1. Dok depan cermin, bermekap berjam-jam.
  2. Main computer game berjam-jam.
  3. Tengok VCD Friends jek sehari suntuk.
  4. Tak tidur semalaman untuk tengok Desperate Housewives dari Episod 1 sampai episod last tanpa berhenti.
  5. Dengar lagu Mawi jek 24 jam, tak pasang lagu lain langsung.
  6. Tidur, bangun makan, sambung tidur, bangun makan dan sambung tidur lagi.
  7. Shopping dari pagi sampai malam dan sambung ke hari esoknya (kalau ada duitnya laa... muahahaaaaa).

7 Things I just can't do..
  1. Tengok binatang yang mula dengan huruf U tu. Tak kira la kecik ke besar. Tengok dalam TV atau dalam gambar pun aku tak boleh. Jangan kata tengok, sebut pun tak boleh. Haa nengok, nak eja nama menatang tu kat sini pun aku rasa geli geleman (masa tulis ni aku angkat kaki naik atas kerusi.. eeiii).
  2. Makan tempoyak, petai & budu (err sebenarnya banyak lagi mende aku tak makan, tapi yang 3 tu juara carta la tuh).
  3. Makan sorang² di tempat public.
  4. Menonton rancangan yang ada Azwan Ali tanpa aku mengutuk dia.
  5. Tak pakai deodorant.. nak tido pun aku pakai deodorant.
  6. Pakai bra masa tidur.
  7. Cemolot pagi² tanpa gosok gigi.. chenta pun chenta la jugak bang, tapi chenta cemana pun, pegilah gosok gigi dulu ye. Aku tak chenta taik gigimu..

7 celebrities crushes
  1. Syed Sobrie.. boleh? Muahahaha.. ni zaman aku kecik² dulu.
  2. Anuar Zain. Pun masa kecik² dulu, zaman dia nyanyi Kain Pelikat. Dah besar nih, takde la pulak aku selak sangat kat dia.
  3. Brad Pitt.. masa aku frust dengan sorang x-boifren dulu, aku siap berangan konon² nak gi keje kat US, terberkenalan ngan Brad Pitt, pastu Brad Pitt masuk Islam, kawen ngan aku, pastu aku balik Malaysia tayang kat x-boifren aku, lihatlah doniaa.. laki ku Brad Pitt.. Muahahaa (mimpi lah Kak Peah ooi)
  4. Fendi A to Z. Pun aku selalu berangan terberkenalan dan jadi gelfren dia.
  5. Norman KRU.. pun sama, aku berangan terbekenalan dan jadik gelfren dia.
  6. Orlando Bloom.. crush masa tengah pregnantkan Raha lagik.. Boleh gitu?
  7. Fahrin Ahmad.. yeahh geget dia geget dia.. nyumm nyumm..

  8. Eh 7 aje ke? Banyak lagi nih..

7 most over-used words..
  1. Hek elee..
  2. Kosser jek!
  3. Hek aok!
  4. Tu la pasal.
  5. Elehh..
  6. Boleh gitu?
  7. Jangan! (yang ni dah over-used kat Raha lah nih)

7 traits I look for in the opposite sex.
  1. Mesti lah yang beriman.
  2. Hensem.
  3. Kaya raya.
  4. Body jenis boleh geget-geget.. nyumm nyumm..
  5. Bagussss di atas katil, di bawah katil, di tepi katil, di atas sofa, di atas meja, di atas dapur atau dimana saja anda berada (huhuhuuu).
  6. Setia kat aku sorang jek.
  7. Disebabkan tak wujud kot lelaki yang ada semua sifat di atas, maka yang macam Abang pun dah cukup sempurna,, syukur Alhamdulillah..

7 peoples to tag
  1. Che Lan
  2. Y
  3. Mag
  4. Kak Sham
  5. Kak Eisya
  6. Hanim.
  7. MAWI.. boleh? Kalau tak boleh, tak kisah la sesapa pun nak buat..

Thursday, October 20, 2005

Air Tangan Mak

Hujung minggu lepas aku balik kampung. Sempatlah berbuka 2 hari berturut² dengan Mak & Abah. Ounis & Kak Teh ikut aku balik. Ana pun balik. Abang Long dengan Apiq je takde. Rugi lah diorang sebab Mak masak sedap gila. Aku rasa Sabtu & Ahad lepas tu, berbuka puasa paling sedap dalam sejarah bulan puasa tahun ni. Semua jenis lauk ada atas meja tu. Asam Pedas Ikan Sembilang, Udang Goreng, Sotong Rempah, Ayam Golek, Kangkung Goreng Belacan, Sirap Bandung, Tembikai, Langsat, Kole Kacang, Tepung Pelita & Kuih Jenifer Lopez (Kuih Lopis). Patutlah masa aku sampai rumah Mak kata dia penat semacam, rupanya dia masak dari pagi. Macam tu lah kasih seorang mak. Bila tau anak² nak balik, kalau boleh dia nak masak lauk kegemaran setiap anak².

Hari Ahad tu pulak Mak buat masak Lemak Ikan Merah, Pecal, Ikan Terubuk & Cencaru Bakar, Cekodok Pisang, Magele (err ni nama yang aku panggil la, nama sebenar aku tak tau), Keria, Pulut Panggang, dan Sirap bandung lagi dan Tembikai lagi. Ada lagi lauk lain rasanya, tapi aku dah lupa pulak. Saja jek aku tulis semua lauk-pauk nih, dengan harapan Abang Long atau Apiq akan baca dan melelehkan air liur diorang. Tu laa.. sapa suruh tak balik? Huhuhuu..

Mak & Abah siap pergi pasar borong cari lauk. Seronok agaknya anak² balik ramai². Memang best pun berbuka sekeluarga ramai² macam tu. Itu pun tak cukup korum. Bukan senang nak dapat himpun satu keluarga. Lagi best sebab lauk-pauknya sedaaaappp la sesangat. Kenapa ek, masakan Mak kita selalu yang paling best pada kita? Kalau aku kata Mak aku masak lagi best dari mak korang masak, mesti korang tak setuju kan? Bukan sebab nak ambik hati Mak atau nak mempertahankan Mak sendiri ke apa. Tapi memang kebanyakan orang rasa masakan Mak diorang paling sedap di dunia. Kenapa ek?

Aku rasa la kan, resepi dan cara memasak Mak² kita tu sebenarnya sama jek. Tapi masa memasak tu, Mak aku memasak dengan penuh kasih sayang sambil dalam hati dia cakap "Haa.. lauk ni Yati suka, yang ni pulak untuk Ana, pecal ni mesti Ounis dah lama tak makan, hari tu Erma kata nak makan asam pedas..". Jadi kalau yang makan tu si Bedah atau si Jali anak Makcik Markonah, biasa aje lah kot diorang rasa. Kalau Makcik Markonah lak yang masak, dia masak penuh kasih sayang untuk Bedah & Jali.. maka kalau aku yang makan, aku rasa biasa jek la kot. Kalau sedap pun, bukan paling sedap dalam dunia lah. Atau mungkin sebab dari kecik kita dah biasa makan makanan air tangan mak kita, maka tekak kita pun dah sebati dengan rasa tu.

Entah la ek, kadang² aku terpikir, besok kalau Raha dah besar, agak² dia rasa tak masakan aku paling sedap kat dunia? Aku ni dah la tak pandai sangat memasak pun. Nanti kalau dia kata Mak Udo masak paling best, mesti aku kecik ati.. uwaaa..!!

* Al-Fatihah buat Allayarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi ini. Takziah buat Perdana Menteri - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keluarga, semoga diberi ketabahan menempuhi detik kehilangan ini. Telah dijanjikan sejak azali, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga Pak Lah juga cekal mengumpul kekuatan untuk terus memimpin tanahair biarpun tanpa sokongan isteri tercinta..

Saturday, October 15, 2005

Uniknya Ramadhan Bersama AMTY

Alhamdulillah, Khamis - 13 Oktober baru² ni, AMTY berpeluang berbuka puasa bersama-sama untuk tahun yang ke-2. Dah masuk tahun ke-2 rupanya. Rasa macam baru jek berbuka puasa kat rumah Skru dulu. Aku pernah terbaca, kalau waktu terasa terlalu cepat berlalu, tu maknanya hari kiamat semakin hampir. Wallahualam..

Masa aku sampai kat Tupai², Skru, Mag, Qyrie, Uncute & Xmen dah sampai. Kak Eisya & family sampai bila dah nak dekat² waktu berbuka, masa aku tengah sibuk² ambik makanan. Rugi lah sapa tak pegi, terlepas peluang berkenalan dengan hubby Kak Eisya yang hensem tu. Hensem woo, betullah seperti yang diwar²kan oleh AMTY di tingkap, memang ada iras Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun tak cukup korum, suasana tetap meriah sebab seperti yang telah Mag maklumkan, dia akan makan untuk mereka yang tak datang, dan aku pula tolong borakkan untuk mereka yang tak ada. Jadi, lebih kurang macam semua orang ada jugak lah. Seperti biasa, topik² terhangat di pasaran tidak dilupakan. Walaubagaimanapun, anyaman ketupat hanya dilakukan selepas berbuka, memandangkan AMTY tak mahu mengurangkan pahala puasa dengan menganyam sebelum berbuka.

Makanan memang sedap dan ada banyak pilihan. Yang aku heran, punyalah banyak makanan kat situ, diorang bukak juga Skru punya kerepek ubi kayu berperisa jagung tu. Heran jugak camana kerepek ubi kayu tu boleh ada perisa jagung. Malangnya, tuan punya kerepek sendiri menghadapi kesukaran untuk menikmati 'rasa jagung' tersebut. Masih tak dapat dipastikan sehingga ke hari ini samada Skru dah berjaya atau belum dalam misinya - Mencari Rasa Jagung.

Turut diadakan ialah acara penyampaian DVD Bini² Terdesak. Acara pengedaran Kuih Samperit pula terpaksa ditangguhkan kerana supplier belum cukup stok samperit untuk diedarkan. Hujan lebat memanjangkan lagi majlis Uniknya Ramadhan bersama AMTY. Nak dekat pukul 10 kot baru kitorang balik.

Bila dah masuk dalam kereta, aku terperasan kamera dalam handbag, baru aku sedar, hek elee.. lupa nak amik gambar!

Kepada AMTY yang tiada pada hari tersebut, ketiadaan kalian tetap dirasai. Semoga ada rezeki untuk berbuka bersama di tahun² akan datang pulak.

Saturday, October 08, 2005

Khutbah Khamis Kak Peah

Alkisah di suatu hari Khamis, Abang Leman asyik la citer kat isterinya, Kak Peah, tentang nak tukar kereta baru. Kak Peah yang tengah melipat kain tu naik boring mendengarnya, maka mulalah Kak Peah berkhutbah Khamis;
"Kita manusia ni memang tak pernahnya rasa cukup. Kita ingat, pakai Proton Iswara tak cukup bergaya, tengok orang lain pakai Rexton nampak macam happy jek, kita pikir agaknya kalau kita pakai BMW-X5, mesti kita happy jugak.

Tapi sebenarnya bila lagi besar kereta kita pakai, lagi besar pulak hutang kita. Walaupun income makin bertambah, tapi surplus / deficit tetap tak berubah sebab hutang pun makin bertambah. Kita sebenarnya akan happy bila kita capai 'financial freedom'. Tapi macamana nak financially free, kalau dok kerja keras menimbun duit, at the same time menimbun hutang jugak dengan bertukar² kereta. Happy ke kalau hutang keliling pinggang?

Cubalah toleh ke belakang sesekali. Dulu masa bercinta, kulu-kilir kita naik LRT jek. Boleh jalan kaki lagik dari Asrama Felda Keramat tu ke Masjid Setiawangsa. Tak happy ke kita masa tu? Haa cuba bagitau saya, tak happy ke masa tu?"

"Happy.." jawab Abang Leman mengangguk² sambil tersengih². Terkenang zaman bercinta lah tu. Nyampah jek Kak Peah menengoknya. Maka Kak Peah pun sambunglah khutbah Khamis nya;
"Haaa.. tau pun, happy jugakkan.."

"Besok bila pakai kereta besar, belanja minyak & maintenance pun besar. Mulalah sakit kepala pikir mana nak cekau duit. Masa tu kita akan toleh belakang dan tanya diri kita, tak happy ke aku masa pakai Proton Iswara dulu? Jadi, cuba lah tak payah tunggu pakai kereta besar, tanya diri kita sekarang, tak happy ke kita sekarang? Kalau rasa tak happy dengan Iswara tu, percayalah, tukar kereta besar besok pun belum tentu rasa happy. Nanti bila ada duit lebih lagi, mula rasa nak pakai kereta lagi besar, dah lagi besar kereta pun tak happy jugak, rasa nak pakai helikopter pulak, dah ada helikopter pun tak happy, mula rasa nak pakai private jet. Sudahnya sampai lagi sejengkal nak jumpa ajal pun tak reti² jugak nak happy.

Kesimpulannya, kalau tak reti nak rasa cukup, tak reti nak rasa happy dengan apa yang ada hari ni, sampai bila² pun kita tak akan rasa happy. Jadi tak yah tunggu ada kereta besar, tak payah tunggu dapat bini cantik macam Catherine Zeta Jones, tak payah tunggu income 2 juta sebulan untuk rasa happy. Tengok sekeliling, dan bandingkan diri kita dengan orang miskin dalam rancangan Bersamamu TV3 yang dok makan nasi dengan air garam tu, yang menapak dengan kasut buruk jek untuk ke sana ke mari tu, pastu tanya diri kita, betul ke kita tak happy?"

"Bukan pasal tak happy" Abang Leman mencelah.
"Sajalah nak upgrade diri sikit.. dah makin meningkat umur ni, biarlah orang tengok kita ada pencapaian lebih sikit" chewah.. dengan cool dan confidentnya Abang Leman cuba mematikan khutbah Kak Peah.

"Haah.. ya lah tu. Depan mata orang nak tunjuk upgrade. Dah meningkat umur ni, kereta mesti makin besar lah ya? Habis tu, ada awak upgrade diri awak depan Tuhan? Ada awak tambah solat² sunat selain solat lima waktu tu? Yang lima tu pun rompong. Ada awak puasa sunat selain puasa Ramadhan? Tu Al-Quran awak tu, bila kali terakhir awak bukak? Agaknya akhir sekali awak pegang masa kita bertukar Quran masa buat hantaran kahwin dulu aje agaknya. Kalau saya ni tak mengemas, tak lap habuk² atas Quran tu, agaknya dah 8 inci habuk atas Quran awak tu. Yang tu semua tak pulak awak fikir nak upgrade?

Bukan saya tak suka awak nak tukar kereta. Kalau nak tukar pun, biarlah bila income tu lebih dari cukup untuk bayar hutang bulan², untuk cover maintenance. Tapi patut²nya kalau ada rezeki lebih, hulur²kan kat orang susah ke, kat anak yatim ke, sedekah kat surau ke, tunaikan tanggungjawab pada masyarakat. Ada jugak 'harta' nak bawak ke akhirat. Ni tidak, ada duit sikit, dok pikir nak timbun harta dunia jek.. Besok liang lahat tu pun muat² untuk kita sorang jek, bukan boleh sumbat kereta besar, lori atau helikopter pun.."

Kak Peah berlalu membawa kain yang sudah berlipat ke bilik, meninggalkan Abang Leman terkebil². Lama jugak Abang Leman bermenung. Nak aje Kak Peah pergi pujuk sambil nyanyi lagu Seroja nyanyian Mawi "Mengapa kau bermenung.. oh Abang berhati bingung..". Tapi Kak Peah nyanyi dalam hati aje lah. Biarlah Abang Leman fikirkan dulu sedalam²nya kata² Kak Peah tadi..

Tuesday, October 04, 2005

Salam Ramadhan (pesanan ikhlas buat Kak Peah)

"Puasa ni aku mesti turun 5 kilo! Nanti bila jalan² beraya, adalah orang tegur - Eh dah slim ko ek Peah.."

Sudah² la berangan tu Kak Peah. Dari tahun lepas lagi saya dengar azam Kak Peah tu. Tahun sebelum tahun lepas pun Kak Peah cakap benda yang sama. Tahun sebelum² tu pun sama jugak azam Kak Peah menjelang Ramadhan. Saya bukan nak kecik²kan cita² murni Kak Peah tu. Tapi kalau dah masa berbuka Kak Peah mentekedarah mengalahkan Kak Peah makan masa bulan tak puasa, macamana nak slim Kak Peah oii? Dah tu, kalau pergi Pasar Ramadhan tu, saya tengok Kak Peah membeli-belah.. wah wah wah.. macam stok makan 3 hari. Selagi boleh jinjit, sebelah tangan Kak Peah tu mau 7-8 kilo juadah berbuka puasa jek. Tu mujur ada 2 belah tangan je. Kalau Kak Peah ada 8 tangan, habis agaknya Kak Peah borong segala jenis makanan yang terjual kat Pasar Ramadhan tu.

Kalau betul Kak Peah nak slimkan badan, saya nasihatkan Kak Peah, kalau pegi Pasar Ramadhan tu, jangan bawak beg duit. Kak Peah bawak 2 ringgit jek dalam tangan. Haa habis kuat pun Kak Peah boleh beli 2 jenis kuih jek. Karipap singgit. Puding jagung singgit. Cukup lah tu. Lagipun Kak Peah kan memasak kat rumah. 2 ringgit tu pun dah dapat 6 ketul kuih dah tu. Kak Peah makan 2, Abang Leman makan 2, anak Kak Peah si Senah tu makan 2. Ok lah tu. Tu pun kalau kuih tak naik harga lah. Manalah tahu kot disebabkan harga minyak naik, harga kuih pun naik jugak. Tapi kalau harga kuih naik sampai 50 sen seketul pun takpe jugak Kak Peah. Lagi bagus. Lagi sikit Kak Peah dapat, lagi sikit lah Kak Peah makan, lagi senang la angan² Kak Peah tu jadi kenyataan.

Tapi kan Kak Peah, daripada Kak Peah simpan azam menguruskan badan, lebih baik lah Kak Peah simpan azam untuk memperbaiki ibadah dalam bulan Ramadhan ni. Kan bagus Kak Peah berazam untuk khatam Quran, solat tarawikh hari², kurangkan bergossip, kurangkan hiburan, dan mempertingkatkan lagi ibadah² Kak Peah yang lainnya tu. Lupakan soal slimkan badan. Kalau Kak Peah betul² menjalani ibadah puasa ni sepertimana yang dituntut, saya rasa Kak Peah akan slim jugak dengan sendirinya. Dan kalau Kak Peah dapat turun 2-3 kilo, bersyukurlah, Kak Peah anggaplah itu satu bonus. Tapi kalau tak slim, janganlah pulak Kak Peah frust, pastu bila tiba raya kak Peah balun ketupat rendang cukup². Biarlah bersederhana Kak Peah ya. Apa pun, yang paling penting, betulkan nawaitu tu dan tanamkan azam untuk memperbaiki ibadah sepanjang Ramadhan ni, ya Kak Peah ya.

*Nota kaki (i):
Kak Peah hanyalah gantinama kepada seseorang yang tak mahu menulis namanya sendiri di sini.. huhuhuuuu...

*Nota kaki (ii)
Buat semua ahli keluarga, AMTY dan sekelian sahabat² yang masih berkunjung ke sini, SuMie di RuMaH nak ucapkan - selamat berpuasa, selamat menjalani ibadah Ramadhan. Semoga ibadah kita pada tahun ini lebih sempurna dari tahun² sebelumnya.

Monday, October 03, 2005

Mesti Beli! - Best of Mawi World MTV Karaoke

Entry ni aku tujukan khas buat kawan² yang minat kat Mawi aje yek. Kepada deknon² yang tak minat Mawi, atau dah boring baca apa² tentang Mawi tu, akak tak akan bertanggungjawab atas segala sakit mata atau loya tekak yang mungkin deknon² hadapi dengan terus membaca entry akak ni okay..

Mungkin ada antara deknon² sekelian (yang minat Mawi lah) yang rasa teragak², samada nak beli atau tidak VCD Karaoke Mawi ni, terutama bagi deknon² yang kecewa dengan album Best of Mawi World dulu kerana ada yang mengharapkan album tersebut adalah rakaman semula lagu² nyanyian Mawi sepanjang konsert mingguan AF3. Jadi, mungkin kerana tak mau kecewa lagi, maka ada agaknya yang masih rasa 50-50 samada nak beli atau tidak VCD Best of Mawi World MTV Karaoke ni. Oleh itu sukalah akak nak memberitahu deknon² semua bahawa, dengan harga cuma RM 19.90, VCD ini tersangatlah berbaloi untuk dimiliki.

Sememangnya VCD ni masih mengekalkan nyanyian asal Mawi dari setiap konsert mingguan, tapi apa yang buat aku rasa VCD ni termasuk dalam kategori MESTI BELI (oleh penyokong² Mawi lah), ialah, sebab selain dari video klip persembahan² mingguan Mawi, kita juga berpeluang tengok Mawi sendiri bercerita tentang pengalamannya dari mula dia pergi Ujibakat AF3, tersingkir dari Konsert Prelude, diserapkan semula pada Konsert Pertama dan cerita²nya berkaitan lagu² yang dia nyanyikan. Kira macam nengok satu program Mawi - In Person gitu. Rakaman tu dibuat kat satu studio, dengan background 3 skrin komputer & TV yang mempamerkan gambar² Mawi semasa menyanyikan lagu² yang sedang dia ceritakan tu. Aku gerenti lah korang takkan dapat nengok rakaman tu disiarkan kat Beat TV, Muzik@Ria maupun Melodi. Selain dari tu, semasa Mawi bercerita tu, diselitkan juga sedutan² dari Diari AF3 yang menunjukkan Mawi sedang berlatih lagu² tu. Bagi diri aku sendiri, memang puas betul lah tengok VCD ni, memang fokus kat Mawi jek. Mawi masa kat akademi, Mawi semasa konsert dan Mawi bercerita tentang pengalamannya untuk setiap lagu. Pendekata, all in one lah!

Sebenarnya aku pun tak perasan sejak bila VCD ni dah dipasarkan, jadi aku tak adalah tercari² pun. Kebetulan, masa nak shopping kat Jusco One Utama semalam, aku pergi lah belek² CD kejap dekat kedai Speedy tu. Ternampak pulak VCD ni. Memang dari dulu aku dah fikir nak beli VCD Karaoke ni bila Maestro keluarkan. Walaupun aku dah download setiap persembahan Mawi masa AF3 dulu, tapi kualiti VCD mestilah bagus sikit dari fail yang aku download tu. Dan kalau tetiba PC aku jatuh sakit, dengan danya VCD ni, takdelah aku hilang koleksi persembahan Mawi. Masa beli tu, aku dah nampak label "MENGANDUNGI INTRO & DIALOG MAWI UNTUK SETIAP LAGU" kat cover VCD tu. Masa tu, yang terpikir kat kepala aku ialah intro & dialog Mawi dengan Aznil setiap kali sebelum dia menyanyi tu lah. Tapi rupanya apa yang terkandung di dalamnya adalah lebih dari apa yang aku sangkakan.

Kalau nak diikutkan, CD Best of Mawi World dulu, harganya RM 21.00. VCD Best of Mawi World MTV Karaoke ni pulak, baru RM 19.90. Jadi kalau dibandingkan isi kandungan kedua²nya, memang berbaloi sangatlah beli VCD ni. Kalau deknon² memang minat sakan dan rindu kat Mawi yang dah jarang keluar kat TV tu, maka memang lah tak rugi deknon² berkejar ke kedai VCD sekarang juga untuk mendapatkan VCD ni.

Camanapun, ada jugak lah kekurangan VCD ni di mata aku. Antaranya;
  • Tak ada soal-jawab Aznil & Mawi sebelum setiap persembahan & komen² pengkritik selepas setiap persembahan. Hehehe.. lebih² la pulak. Tapi bagi orang lain mungkin tak jadi hal pun, dan mungkin lebih bagus pun tak ada celoteh Aznil & komen pengkritik tu.

  • Masa klip lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih, tak ada lirik lagu kat bawah tu. Tapi ada mesej dari Pengurusan Maestro Records ".. kami tidak dapat menyediakan karaoke lagu ini atas sebab² tertentu..". Agaknya sebab Mawi nyanyi salah melodi & salah lirik tu la kot, maka tak dapat disediakan versi karaoke nya. Tapi lagu tu adalah, cuma lirik lagu kat bawah tu je yang takde.

  • Lagu Nour-El-Ein pulak macam pelik sikit aku dengar. Muzik dia macam ada echo, dengar macam ada lapisan ke-2 yang lagging. Tak tau lah samada tak disengajakan atau ianya memang tak dapat dielakkan.
Namun walaupun ada sedikit kekurangan² di atas, VCD ni masih tetap berbaloi dibeli.

Bagi peminat² Felix, Amylea & Marsha pula, aku rasa mungkin lepas ni VCD Karaoke diorang pun akan dikeluarkan juga dengan format yang sama macam VCD Mawi ni, jadi sabarlah menanti ya. Dan aku rasa kalau Maestro keluarkan VCD Karaoke untuk setiap bekas pelajar pun okay kot. Boleh lah diorang kongsi pengalaman diorang menyanyikan lagu tugasan masing² dengan peminat² diorang jugak. Mana² pelajar yang tersingkir awal tu, bolehlah digabungkan 3-4 orang dalam satu VCD.

Kalau ada lah Maestro keluarkan VCD Karaoke pelajar² lain tu nanti, dan kalau formatnya serupa dengan VCD Mawi ni, akak rasa tak rugilah kalau deknon² nak beli. Kepada 'sahabat-sahabat Mawi' yang belum memiliki Best of Mawi World MTV Karaoke ini, jangan lupa jenguk² kedai VCD bila deknon keluar pegi shopping lepas ni okay!

Perhatian: Sukalah aku nak mengingatkan bahawasanya aku bukanlah salah seorang pekerja maupun tauke Maestro Records, Zezz Entertainment maupun Life Record. Jadi segala apa yang aku tulis di atas tidaklah mendatangkan duit walau sesen pun kat aku.