Kepada semua penyokong² Mawi, mari kita ramai² nyanyi lagu ABBA ini.. walaupun lirik lagu ni sepenuhnya tak ler menggambarkan kemenangan Mawi, tapi meh le kita nyanyi jugak
part nih..
"
The winner takes it all
The winner takes it all....."
Baju diorang cantik² belaka, cuma aku kurang berkenan sikit jek dengan baju Amylea yang agak terlebih meriah. Apa pun, baju² untuk konsert akhir tahun ni, termasuklah baju Aznil, bagi aku lebih cantik dari konsert akhir tahun lepas. Tahniah pada semua pereka fesyen yang terlibat.
Baju Elliza & Idayu cam tak sesuai jek untuk lagu Menuju Puncak. Aku ingat diorang pakai cantik² sebab hujung konsert nak nyanyi sorang² macam pelajar² tersingkir AF1 & AF2. Sekali tengok Zahid & Vince lak yang buat persembahan. Walaupun persembahan Zahid okay, dan walaupun Vince baca lirik dari tapak tangan (huhuhuu..), tapi aku lebih suka kalau persembahan selingan dibuat oleh pelajar² tersingkir. Aku rasa agak tak adil dan agak mengecewakan bagi peminat² 10 pelajar yang tersingkir tu. Lagipun Zahid dah pernah muncul sebagai kejutan untuk Amylea. Vince pula pernah berkunjung ke akademi & jadi pengkritik konsert, jadi rasanya tak perlu lah mereka ni enterfrem lagi. Lagipun memalukan Vince jek sebab satu Malaysia nengok dia baca lirik kat tangan.. huhuhuuu.
Sham menerima berbakul² kritikan dari Abang malam ni. Sungguhlah kitorang tak puas hati dengan
arrangement kebanyakan lagu yang muziknya terlebih menonjol dari nyanyian pelajar². Aku tau lah Sham memang terer main gitar. Selama ni pun memang aku rasa Sham antara
guitarist terbaik kat Malaysia. Tapi apa yang aku nampak, malam ni Sham macam nak
show off jek. Bosan betul bila nengok dia bagaikan 'mencuri lampu limau' pelajar².
FelixWalaupun persembahannya untuk
Kudaku Lari begitu bertenaga, tapi nyanyiannya agak tenggelam, bagai di sabotaj oleh
arrangement muzik yang bingit.
Dan sayang sekali, untuk lagu
Warkah Berlagu Pilu pula, Felix lupa lirik dan kantoi
part tinggi tu. Sayang sekali untuk konsert terakhir, ianya adalah antara persembahan mengecewakan dari Felix. Aku tak salahkan Felix 100%. Kalau lagu ni diturunkan 1
key, aku rasa Felix mampu menyampaikan dengan baik. Nak salahkan sapa ek? Sham? Adnan? Seperkara lagi, mungkin juga Felix agak tertekan kerana dia kurang suka lagu ni, atau kerana ini adalah persembahan terakhir untuk konsert akhir.
Again, nak salahkan sapa ek? Adnan? Dr. Love?
Aku suka poster filem
Siput tu, kelakar gila. Dan aku suka kemunculan Akma di akhir persembahan Felix. Dah la baju ala² sedondon gitu. Felix siap buat pengakuan masa
rehearsal ada bayang² Akma lagik. Pelajar² AF3 ni memang berani sikit lah bab² ni berbanding pelajar² AF sebelum ni.
AmyleaSelepas dengar keseluruhan lagu, aku rasa lagu
Ku Berserah agak membosankan. Tah le, aku kena dengar banyak kali lagi kot, baru aku boleh suka. Selain dari tu, tak ada apa yang nak aku komen tentang Amylea. Mengekalkan konsistensi nya, persembahan Amylea secukup rasa. Cuma mungkin auranya tidak begitu kuat untuk mengatasi Mawi.
Aku tak suka betul rambut palsu dia masa lagu
Sweet Child Of Mine tu. Apasal lah diorang tak biar jek dia nyanyi dengan rambutnya sendiri? Okay apa rambut asal dia, bukannya tak kena dengan lagu rock pun. Persembahan Amylea untuk lagu ni memang hebat. Cuma aku bosan tul bila ada 'orang tu' nak kongsi 'lampu limau' dengan Amylea. Tapi nak buat macamana kan, memang lagu ni banyak
guitar work pun.
MarshaBila ditunjukkan paparan Marsha di belakang pentas tu, aku tak dengar pun sebenarnya apa yang diorang borakkan.
Persembahan Marsha macam takde
kick. Vokalnya kurang terkawal. Suaranya ditenggelami muzik yang bising. Lagu
Manusia tu laju semacam jek. Aku rasa, kalau
arrangement lagu tu lebih
simple, mungkin lebih mudah dibawa.
Sayang sekali Marsha tak pandai
cover bila dia lupa lirik lagu
Untuk Kali Terakhir tu. Lagu tu lagu baru, jadi kalau Marsha nyanyi lirik apa sekalipun, orang tak perasan. Macam Vince dulu, ada orang kata dia salah lirik, tapi aku tak perasan pun tang mana dia salah. Walaupun nyanyian Marsha kali ni lebih baik dari persembahan pertama, tapi aku rasa nyanyiannya masa lagu Tunggu Sekejap, Bossanova dan Destiny dulu lebih sedap lagi.
Masa nak dekat sampai giliran Mawi, ada pulak bunyi kompang bawah rumah aku. Siap ada pasang mercun lagik. Cam saja nak sabotaj aku. Huhuhu.. Rupanya ada kenduri. Ada jugak orang buat majlis bersanding malam final AF ni yek. Aku ingat takde orang berani buat.
MawiNyanyian Mawi untuk lagu
Seroja sangat menusuk jiwa. Mawi sebenarnya beruntung diberikan lagu ni, sebab kelantangan suara Mawi memang terserlah. Antara semua pelajar, aku rasa cuma suara Mawi yang mampu mengatasi kebisingan muzik Sham tu. Boleh dikatakan ini adalah persembahan terbaik Mawi, juga persembahan terbaik untuk pusingan pertama. Mawi juga beruntung kerana lagu ini adalah persembahan pertama Mawi. Dengan persembahan hebat macam tu, Mawi pastinya telah mengundang AFUNDI dari mereka yang mengundi berdasarkan persembahan.
Sebaik saja Mawi tamat menyanyi, aku nak
reply SMS kawan² pun susah, terpaksa
retry banyak kali. Mesti banyak orang tengah mengundi masa tu.
Permulaan
Aduh Salihah, nada rendah tu suara Mawi agak tenggelam. Tapi bila nada biasa dan nada tinggi, Mawi mampu kuasai dengan baik. Lagu tu sendiri memang sedap, sehingga mampu menyerlahkan Mawi. Dan sekali lagi, suara Mawi yang memang
power tu mampu mengatasi kebisingan muzik. Antara semua lagu baru pelajar², aku rasa lagu Mawi je yang paling kena dengan imej, suara, gaya dan lenggok suara Mawi. Tahniah M. Nasir atas ciptaan lagu menarik yang pastinya akan menjadi nyanyian aku ketika memasak, melipat kain dan mengemas rumah. Cuma mungkin nama Salihah aku tukar jadik Fareeha (nama Raha) bila aku nyanyi.
Paparan ketika Mawi diujibakat tu kelakar gila. Dan usaha untuk mengajak belia jauhi dadah dengan meminta Mawi melaungkan slogan
Belia Benci Dadah harus aku puji. Sememangnya Mawi telahpun menjadi idola sebahagian besar masyarakat Malaysia dari segenap lapisan umur. Kalau tak dapat semua pun, berkesan di hati segelintir belia pun sudah cukup bermakna.
Lepas tamat persembahan Mawi, aku rasa lega selega²nya. Masa tu aku dah tak kisah sapa pun bakal diumumkan Juara kerana bagi aku, Mawi telahpun menjuarai konsert akhir tu dengan persembahannya yang merupakan persembahan paling baik antara semua pelajar. Baru aku sedar, debaran yang aku rasa sebenarnya adalah disebabkan aku nak tengok Mawi memberi persembahan terbaik, dan bukanlah kerana aku risau Mawi tak akan jadi juara. Aku rasa bangga kerana Mawi telah tidak mengecewakan aku. Dan aku yakin, kebanggaan ini dirasa oleh semua penyokong² Mawi. Apa yang aku fikir masa tu, kalau Mawi tak menang sekalipun, persembahan Mawi malam ni dah pun menjadikan dia seorang juara, dan kalau dia menang, dia menang penuh bermaruah. Mawi tidak menang kerana simpati. Mawi tidak jadi juara hanya kerana penyokong fanatik.
Bila Aznil mengumumkan Mawi sebagai pemenang AFVOKAL, diikuti sebagai pemenang AFBAIK, aku bagaikan tak percaya (cam Mawi lah jugak). Kemunculan AFVOKAL & AFBAIK yang seakan satu cubaan untuk memecahkan undian ternyata berpihak kepada Mawi juga. Tahniah kepada pengundi² Mawi yang begitu
committed mengundi. Memang aku tabik giler dengan kesungguhan kalian mengiktiraf bakat Mawi. Di sini juga aku ingin merakamkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat
Ilham atas tulisannya bertajuk
AFVOKAL !!! Ilham's Guidelines....., yang juga telah di sebarkan oleh seorang pembaca kepada MawiFC. Aku harus akui, kupasan Ilham dalam tulisan tersebut telah membuka mata dan minda ramai pembaca khususnya peminat² Mawi yang sebelum ini ragu² untuk mengundi Mawi bagi AFVOKAL.
Aku juga percaya kejayaan Mawi malam ini juga adalah atas doa orang ramai untuk Mawi. Orang macam aku memanglah tak mengundi, namun janganlah pula memperkecilkan usaha kami yang sentiasa berdoa untuk kebaikan Mawi. Sesungguhnya bakat Mawi adalah kurniaan Allah. Kemampuan Mawi untuk memberi persembahan terbaik pada malam ini juga adalah atas keizinan Allah. Dengan izin Allah juga persembahan Mawi begitu nyata telah mengatasi persembahan pelajar² lain yang sememangnya berbakat besar. Dengan rezeki dari Allah juga, pengundi² Mawi mempunyai cukup kredit untuk mengundi Mawi. Dengan takdir Allah juga, lagu Seroja menjadi persembahan pertama Mawi yang mungkin telah menyebabkan ramai pengundi² atas pagar mengundi Mawi sekaligus menyumbang kepada kejuaraannya. Siapa tahu, perkara² di atas terjadi kerana Allah perkenankan doa salah seorang dari kami yang tak mampu mengundi ni?
Aku tak pernah lihat Mawi menangis bila ada teman yang tersingkir dari akademi (mesti lah Mawi tak nangis, kerana apa sangatlah kehilangan kawan sementara, berbanding 'kehilangan besar' untuk selama²nya yang pernah dia dan keluarganya alami sebelum ini), namun malam ini air mata Mawi tumpah jua, pastinya terharu atas kejuaraannya. Aku pun terharu tengok dia keluar air mata, air hidung segala. Cuma aku sedikit terkilan, Mawi tidak menyebut ibu bapanya dalam ucapan terima kasih beliau. Namun aku yakin itu bukanlah bermakna Mawi lupa keluarga. Mungkin kerana terlalu terharu, Mawi secara tak sengaja kehilangan kata².
Buat semua penyokong² Mawi, aku pinta agar tidak akhiri sokongan dan doa kalian untuk Mawi setakat ini sahaja. Cabaran sebenar menanti Mawi di luar sana. Bukan setakat cabaran dari segi kemampuannya mengembangkan bakat dan mengekalkan populariti, tetapi juga cabaran untuk Mawi mempertahankan keimanan dan imej sederhananya. Andai Mawi buat album, belilah yang original. Jika Mawi berkelakuan melampaui batas, andai mampu menegur secara peribadi, pergilah tegur. Kalau tak berpeluang bersemuka, selalulah berdoalah agar dia sentiasa mampu menjaga akhlaknya. Andai dia sakit, berdoalah agar dia sihat. Andai dia terlalu sibuk, pohonlah pada Allah agar dia diberi kelapangan untuk sering menjenguk orang tuanya.
Huh.. sedih lak aku tulis ni sebab aku tau selepas ni aku tak dapat lagi tengok Mawi sepertimana yang aku tengok dalam diari. Aku tidak dapat lagi melihat Mawi, anak peneroka yang mengejar angan² menjadi seorang bintang, kerana kini dia telahpun menjadi bintang. Semoga Mawi benar² menjadi umpama bintang yang bersinar seterang²nya, menyuluh hidup mereka yang gelap, bagai bintang di langit yang menjadi petunjuk pada pelayar yang sesat.
Akhir sekali, izinkan aku gelak puas². MUAHAHAHAHAHA!!!! MUAHAHAHAA!!!! MUAHAHAHAHAAA!!! (Gelak raja jahat makan ayam golek 8 dulang). Tapi gelak kejam aku ni cuma ditujukan kepada mereka yang suka sangat kutuk Mawi selama ni terutamanya ZahidinMK, Kayu8 dan pengikut²nya di @15. Lepas ni gerenti insaf, tak pun tukar
nick lain. Tak pun mencari pelbagai alasan menolak kemenangan Mawi dengan mengatakan bahawa Mawi menang kerana penyokong² Mawi fanatik (padahal mereka yang fanatik sampai tak leh terima kemenangan orang lain). Punya lah berkoyan² mereka kutuk Mawi, akhirnya Mawi sapu bersih semua hadiah.
The winner takes it all - the title of Juara, the best vocal, the best performance, the car, the house, the money, the gold Mr. Bola², the bags, the tickets and.. THE PRIDE!
Kepada semua yang setia dengen Kempen
TAK NAK AFUNDI hingga ke akhir konsert, tak kiralah pelajar mana yang anda sokong, anda juga adalah '
pemenang'. Tahniah kerana telah berjaya menyelamatkan duit anda, namun masih mampu turut sama berhibur seperti mereka yang mengundi. Dengan tamatnya AF3 juga, maka aku dengan rasminya menurunkan semua sepanduk berkaitan AF dari blog ini. Mungkin aku akan naikkan sepanduk
BELIA BENCI DADAH pulak lepas ni. Huhuhu..