Wednesday, March 30, 2005

Idola Amerika - Top 10

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar adalah hasil pencilokan dari idolonfox)

Tema minggu ini ialah The 90's. Itulah tahun² di mana aku sedang muda remaja, baru nak kenal hidup, enjoy sakan, berboifren sakan (dan berboifrenkan si 'sakai'), berlipstick kaler gelap, berbaju kurang benang, juga berberat badan kurang 20 kilo dari berat badan sekarang.

Bo - Remedy - Macam biasa, Abang Bo memang confident. Pentas tu macam dia yang punya tiap kali dia menyanyi. Kalau diberi bantal mungkin dia boleh tidur terus atas stage tuh.

Jessica - On The Side Of Angels - Memang bagus, tapi kenapa ya, aku rasa macam tak cukup ajinomoto jek?

Anwar - I Believe I Can Fly - Aku setuju dengan Randy & Simon. Cikgu Nuar memang memukau, tapi kalau kita ikuti persembahan Cikgu Nuar setiap minggu, Cikgu Nuar selalunya memukau di nota² terakhir lagu jek, tidak pada keseluruhan lagu.

Aku rasa Bo, Jessica & Anwar adalah antara yang terbaik dalam musim ni. Tapi setiap minggu, persembahan diorang ni seolah² statik di tahap yang sama, sedangkan beberapa peserta² lain semakin meningkat walaupun vokal mereka pada awalnya tak begitu menyerlah. Aku takut Bo, Jes & Anwar tenggelam kalau tak buat sesuatu yang lebih mantap pada minggu² akan datang. Err.. sesuatu yang mantap tuh maksud aku bukanlah dengan menaikkan harga nasi lemak ye Cik Jes.

Nadia - I'm The Only One - Nadia telah berjaya menebus kelemahan persembahan minggu lepas, tapi bagi aku masih belum cukup bagus untuk kelihatan menyerlah di kalangan peserta² lain. Lagi satu, Nadia ni tak consistent lah, kejap okey, kejap tidak.

Constantine - I Can't Make You Love Me - Huhuhu.. jelingan matamu itu.. sungguh lah menggoda.. Constantine tak menghampakan aku semalam. Setiap minggu aku dapat tengok peningkatan dalam setiap persembahan Constantine. Mungkin telinga aku bias disebabkan tergoda dengan senyuman senget dan jelingan tajamnya, tapi aku tak dengar sebarang kesumbangan pada nyanyian Constantine kali ni. Malah Simon pun kata Constantine mengatasi Bo semalam.

Nikko - Can We Talk - Walaupun ada sikit sumbang, tapi aku masih suka persembahan Nikko. Sekali lagi aku memang bias sebab aku memang suka lagu ni terutama masa zaman mudo² dulu, dimana aku selalu 'bersenam' bersama 'teman² seperjuangan' bila terdengar lagu ni.

Anthony - Something About The Way You Look Tonight - Walaupun dengan membuka spek matanya, Anthony kelihatan lebih mempesonakan, cute ala² ahli kumpulan Back Street Boys, namun aku masih belum terpesona dengan nyanyian Anthony. Camanapun pada pendapat aku, persembahannya minggu ini lebih baik berbanding minggu lepas.

Carrie - Independence Day - Lagu ni memang sangat sesuai dengan suara dan gaya nyanyian country Carrie. Antara persembahan terbaik dari Carrie, juga antara persembahan terbaik minggu ini.

Scott - One Last Cry - Pun ada sikit sumbang. Kalau dah nyanyi lagu Brian McKnight, kena terima hakikat, orang mesti compare dengan penyanyi asal. Aku kurang suka versi Scott. Aku lebih suka masa Camile Velasco nyanyi lagu yang sama tahun lepas.

Vonzell - I Have Nothing - Bukan saja aku suka fesyen rambut ketak²nya, aku juga rasa ini adalah persembahan terbaik Vonzell, juga antara yang terbaik minggu ini. Harap² peningkatan Vonzell tu berterusan lah. Jangan kejap okey kejap tak okey.

Secara keseluruhannya, aku rasa diorang semua hebat² belaka (ni macam ayat Paula jek). Kalau nak bagi markah, mungkin beza sikit jek. Jadi, bergantunglah pada peminat masing² yang mengundi. Pada mata dan telinga aku, persembahan terbaik ialah Carrie & Vonzell. Yang ter-kurang-baik (aku taknak guna perkataan 'terburuk' atau 'ter-tak-sedap', sebab diorang ni pun bagus juga), ialah Anthony & Scott. Korang pulak rasa siapa paling best dan siapa paling tak best?

Monday, March 28, 2005

Ustazah Raha

Image hosted by Photobucket.com
Untuk segmen Gambar Pilihan Hari Ini, kami telah menjemput seorang model amatur untuk memperagakan tudung dari koleksi Busana Emak Raha.

Ya puan-puan, fesyen bertudung ini digayakan oleh Ustazah Raha. Ia sesuai untuk pergi belajar mengaji maupun mengajar mengaji. Juga sangat dituntut ketika keluar dari rumah untuk bershopping, pergi berkerja atau saja² nak berjalan². Walau macamanapun fesyen ini agak kurang sesuai diperagakan semasa tidur dan ketika mandi.

Image hosted by Photobucket.com

Untuk melihat lebih banyak gambar² Ustazah Raha sedang beraksi, sila klik sini.

Saturday, March 26, 2005

Idola Amerika - Babai Mikalah

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dicilok dari laman idolonfox)

Kalau berdasarkan persembahan diorang, aku setuju dengan bottom 3 semalam. Dan walaupun aku suka personaliti Mikalah, aku akui bab² menyanyi nih dia memang kureengg sikit. Kalau dia stay lama lagi pun, mesti penonton bengang. Jadi sebelum orang kutuk² dia lebih² macam Jasmine Trias kena tahun lepas, lebih baik lah Mikalah keluar sekarang.

Aku suka iklan Ford minggu ni. Aku suka juga persembahan beramai² diorang untuk lagu He Ain't Heavy He's My Brother tu. Rasanya part Mikalah sikit jek, agaknya diorang takut Mikalah terspoilkan lagu tu kot.

Keluar dah sorang peserta yang aku suka nengok. Tah bila lagilah dapat nengok Mikalah dan kegedikannya itu. Takpe lah, Mikalah pun dah popular, manalah tahu kot ada orang nak amik jadi pelakon ke pengacara ke. Good luck & babai Mikalah..

Thursday, March 24, 2005

Idola Amerika - Top 11

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dipinjam dari idolonfox)

3 perkara yang AKU RASA kan (baca betul².. AKU RASA - bukan Simon rasa, Paula rasa, Randy rasa mahupun kau rasa) tentang persembahan mereka hari ini...

Anthony (I Knew You Were Waiting For Me)
- tak okay
- tak suka
- macam meneran²

Carrie (Alone)
- sukaaaaaaaaaaaaaa persembahan dia
- sukaaa rambut dia
- sukaaa labuci kat baju dia

Scott (Against All Odds)
- ish.. sedap la pulak
- terbaik dari Scott setakat ni
- main buai atas pentas ya?

Bo (Time In A Bottle)
- ailabbiu Abang Bolicious
- ailabbiu Abang Bolicious
- ailabbiu Abang Bolicious

Nikko (Incomplete)
- suka
- tak sia² masuk balik
- dilarang membuang sampah merata² di atas pentas

Vonzell (Best Of My Love)
- suka
- terbaik dari Vonzell setakat ni
- overnya Cik Paula kat belakang tuh!

Constantine (I Think I Love You)
- sukaaaa
- terbaik dari Constantine setakat ni
- I think ailabbiuu too..

Nadia (Time After Time)
- biasa
- tak sebaik minggu lepas
- B+ untuk rambut Trojan

Mikalah (Love Will Lead You Back)
- tak okay
- tak suka
- sumbang deknon..

Anwar (Ain't Nobody)
- okay
- tak sebaik minggu² sudah
- selebet

Jessica (Total Eclipse Of The Heart)
- okay sesangat
- sukaaaaa
- apasal aku tengok Jessica aku teringat Jeslina?

Tu lah pendapat aku dalam versi malas.

Nota kaki 1:
Rimas aku nengok Cik Paula asik nak beromen jek hari nih..

Nota kaki 2:
Tadi aku baca kat idolonfox, ada kesilapan penyiaran nombor undian di skrin, jadi besok kenalah diorang nyanyi secara langsung sekali lagi untuk membolehkan undian semula dijalankan. Jadi undian sebelum ni tak kiralah. Keputusan akan diumumkan lusa. Penat jek diorang picit² telepon kan? Penat jugak deknon² tu nyanyi kan? Yang dah buat silap tu, ada can lah nak baiki mutu persembahan. Jangan pulak yang dah elok² menyanyi bagus tadi, tiba² besok tak sedap pulak. Saja nak tempah tiket balik kampung lah tu.

Friday, March 18, 2005

Gambar Pilihan Hari Ini - Papa Is The Best!

Image hosted by Photobucket.com

Aku menyambut seruan Y yang mencadangkan AMTY membuat entry Gambar Pilihan Hari Ini, Minggu Ini atau Bulan Ini (bagi yang dah ter-over malas tu lah kan).

Ni gambar pacifier favourite Raha suatu ketika dulu. Favourite Mak & Abah Raha juga. Bukanlah maknanya kitorang pun suka nak menyonyot mende tuh, tapi aku suka lah sebab pacifier tu nampak cute. Abah Raha suka sebab kat situ ada tulis Papa Is The Best!. Pacifier ni sebenarnya pair dengan holder dia (tak tau apa orang panggil exactly) yang juga sama warna dan pattern, tapi ada tulis I Love Mama. Kira adil lah kan. Pada yang tak tau, holder tu macam klip/penyepit yang boleh sepit kat baju baby, so pacifier tu tak akan jatuh bila kita bawa anak jalan².

Tapi pacifier dalam gambar ni dah hilang pun sebab masa tu kitorang lupa nak klipkan kat baju Raha. Aku malaslah nak beli pacifier yang sama sebagai ganti. Bukan saja sebab dia mahal sikit dari pacifier biasa, tapi juga sebab Raha memang ada berderet koleksi pacifiers lain. Lagipun aku memang nak berhentikan dia dari ketagih pacifier nih.

Idola Amerika - Babai Lindsey

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dipinjam dari laman idolonfox)

Keputusan yang memang telah diduga dan langsung tak mengejutkan.
3 anak tangga terkebawah dengan 'bangganya' dikuasai oleh peserta wanita dan jika ketiga² mereka duduk bersusun di atas anak tangga tersebut, maka mereka akan kelihatan seperti Orked, Mak Orked dan Kak Yam dalam filem Sepet. Dan jika Ryan datang duduk di depan mereka, scene itu akan berubah menjadi scene dimana Bapa Orked datang membawa sikat dan menyuruh Orked menyikat kepalanya yang botak.

Eh.. kita citer apa tadi?

Wednesday, March 16, 2005

Idola Amerika – Top 12

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar ditaja oleh idolonfox)

American Idol berpindah ke pentas yang baru, dengan band yg lebih besar dan penonton yang lebih ramai. Cuma pengacaranya masih yang sama, juri yang sama dan semestinya minuman yang sama juga.

Apasal aku nengok AI tadi rasa macam nengok drama alihsuara je? Sound yang keluar macam lambat sikit dari gerak bibir. Kurang feel jadinya.

Jesicca Sierra nyanyi 'Shop Around'. Yeah.. pegi shop around lah. Buruk baju tu. Biasa jek persembahan Jesicca.

Anwar Robinson nyanyi 'A House Is Not A Home'. Kenapa cikgu? Do you wanna go home? Kalau tak disebabkan terpesona dengan baju ala² Drakula cikgu tu, saya dah tertidur tadi, cikgu.

Mikalah Gordon nyanyi 'Son Of A Preacher Man'. Mekap dia macam anak patung jahat. Ala kira kalau ada anak patung macam ni, kita boleh imagine anak patung tu bangun malam² dan cakap.. "Wanna playyy..?", walaupun dalam perut anak patung tu takde bateri sebenarnya. Err.. aaa.. ooo, pasal dia nyanyi ek? Macamana dia nyanyi tadi ek? Aiseh, tak perasan pulak. Aku cuma perasan bra dia sama kaler dengan kasut dia - pink.

Constantine Maroulis nyanyi 'You've Made Me So Very Happy'. Betul lah, you've made me so very happy sebab hari ni you nyanyi kurang sumbang dari minggu² lepas. Takdelah segan sangat I minat kat you. Next week you make me so very happy again okay..

Lindsey Cardinale nyanyi 'Knock On Wood'. Rasa macam nak knock on Lindsey wood. Macam tak ada perasaan jek. Dah berminggu² dah.. bila lah nak confidentnya cik kayu oii.

Anthony Fedorov nyanyi 'Breaking Up Is Hard To Do'. You're right, breaking up with Ryan, Randy, Paula & Simon is hard to do. Tapi kalau dok menyanyi macam gitu² jugak, tak susah, next week pun boleh break-up.

Nadia Turner nyanyi 'You Don't Have To Say You Love Me'. Tapi aku nak jugak cakap, I love you Nadia (isk.. cam les lah pulak kan..). Sebenarnya aku suka sesangat, bukan saja sebab lagu tu lagu favourite aku, tapi sebab Nadia nyanyi memang A++. Hebat. Feeling habis. Hah apa lagi aku nak kata ni, macam tak cukup ayat dah aku nak puji Nadia.

Bo Bice nyanyi 'Spinning Wheel'. Abang Bo yang hensem dan macho memang dah spin telinga dan mata aku dengan gayanya yang selamba. Oh lembutnya rambut Abang Bo berbuai-buai. Randy kata kat Bo, "I love you". I pun sama lah Abang Bo.. ailabbiu tuu..

Vonzell Solomon nyanyi 'Anyone Who Had A Heart'. Sebenarnya tajuk lagu tu panjang lagi, tapi telah dipendekkan sebab tak muat nak tayang kat skrin TV. Tajuk penuh lagu tu sebenarnya ialah Anyone Who Had A Heart Please Vote For Me, Anyone Who Had Two Ears, Please Save Your Money..

Scott Savol nyanyi 'Ain't Too Proud To Beg'. Sama juga macam lagu Vonzell, lagu ni pun sebenarnya ada sambungan lagi di hujung tajuknya iaitu - For Votes. Apalah Scott ni, Abang Bo turun pentas, dia pun nak turun pentas. Tapi Abang Bo turun pentas dan naik semula meja belakang juri tu tau. Mesti Scott tak larat nak naik atas meja belakang tu kan, maka terpaksalah dia nyanyi² sambil tayang baju cantik dia kat depan Randy.

Carrie Underwood nyanyi 'When Will I Be Loved?'. My answer would be - when you stop singing 'lagu selamat'.

Nikko Smith nyanyi 'I Want You Back'. Iya Nikko, memang I want you back.. tapi persembahan Nikko biasa² jek. Jangan jadi I want you back home dah lah ye.

Kalau ikut kata aku.. ni ikut kata aku tau, Lindsey paling tak best. Nadia paling best.

Tuesday, March 15, 2005

Idola Amerika - Mario keluar, Nikko masuk

Image hosted by Photobucket.com
Mario Vasquez

Mario dikatakan telah menarik diri dari American Idol atas sebab² peribadi. Maka Nikko yang mendapat undian ke-2 terendah minggu lepas telah diserapkan sebagai Top 12 menggantikan Mario. Tak tahulah kenapa Mario tiba² tarik diri. Sesapa yang tahu cerita, bagitau lah aku. Rugi pulak rasanya, sebab Mario tu macam ada can bertahan hingga ke Top 4. Tapi aku suka juga sebab Nikko dapat masuk semula. Nasib baik Nikko, bukannya Travis. Kalau tak, semakin teballah taik telinga dan taik mata aku minggu depan. Harapnya Nikko dapat kekal lama sikit dalam Top12. Good luck Nikko!

Image hosted by Photobucket.com
Nikko Smith

(Gambar² dipinjam dari laman idolonfox)

Monday, March 14, 2005

10 perkara Mengenai AMTY Menyepet

1. Boy Kak Sham telah menarik minat Abang Bangla di Asian Flavours.

2. Qyrie cuba merampas takhta Ratu Touch-Up dengan mengeluarkan sikat selepas lunch. Tak kuasa kan? Nasib baik dia tak keluarkan hair-dryer sekali, kalau tak, aku dah kasi gelaran Ratu Sanggul.

3. Aku & Watie berangan bujang beberapa jam.

4. Tiada persetujuan antara AMTY tentang siapakah yang menjawab henpon Jason (sampai hari ni pun aku masih tak puas hati dengan Sepet).

5. Pisang goreng beraiskrim Madam Kwan bukan sahaja kelihatan 'semacam' di dalam gambar, tetapi memang betul² 'semacam' di alam nyata.. atau adakah mataku juga perlu dicuci dengan clorox?

6. Pisang goreng beraiskrim Madam Kwan yang 'semacam' tu juga menjadi rebutan ramai (nasib baik aku duduk hujung meja, susah diorang nak capai.. muahahhahaaa) .

7. Aku tak perasan pun ada paha ayam seksi dalam pinggan, sedar² aje dah langsai.

8. AMTY akhirnya sedar bahawa taste Emy ialah lelaki yang bulat, putih dan botak.

9. Ada banyak handphone baru, sampai aku confused siapa sebenarnya tuan henpon yang aku pegang.

10. Tiap kali lepas jumpa AMTY, jarum penimbang aku akan bergerak ke kanan dengan penambahan sebanyak 2 julat..

Friday, March 11, 2005

Idola Amerika - Tinggal Doblas

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar ihsan dari idolonfox)

Travis, Nikko, Janay & Amanda gagal mara ke peringkat seterusnya. Walaupun aku lebih suka Nikko masuk Top 12 berbanding Scott, tapi tak kisah lah, janji Janay & Travis dah keluar. Lega sikit biji mata aku dan gegendang telinga aku minggu depan. Travis boleh kembali menari di kelab 80annya. Janay pula boleh lah berlatih menyanyi lagi dengan ayahnya yang tahu serba-serbi tu. Amanda & Nikko, err.. suka hatilah nak balik mana². Kalaupun diorang masuk Top 12, harapan tersangatlah tipis nak jadi Idola Amerika. Apa sangat le diorang tuh kan, kalau nak banding dengan Abang Bo & Cikgu Nuar. Apa pun, semua yang aku suka masuk Top12.. yey!

So, minggu depan kita nengok yang doblas orang tu pulak berentap ek. Nyanyi bagus² ya deknon² semua..

Wednesday, March 09, 2005

Idola Amerika - Bhg. 3 (Pompuan lak)

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar diseludup dari idolonfox)

Amanda Avila - biasa jek. Takde lah tak sedap, tapi dia takde umphh. Dia patut minum lebih banyak teh.. err teh apa yg ada umpph tu, Boh ke Lipton?

Janay Castine - huk alaahh.. sumbang di merata² tempat, di atas pentas, bawah pentas, tepi pentas, depan pentas, belakang pentas, sumbang dari awal ke hujung lagu. Heran jugak aku macamana dia boleh terlepas masuk Top 24. Nak aje aku suruh dia jadik volunteer keluar minggu ni.

Tak banyak yang nak dikomen tentang Carrie Underwood dan Vonzell Solomon. Suara yang bagus tapi bak kata Paula, kurang sparks. Mungkin dengan menggosok gigi menggunakan ubat gigi Sparkle akan membantu mereka mendapatkan semula sparks yang telah hilang.

Lihat saja gigi Nadia Turner yang bersinar², yang menyebabkan dirinya begitu menyerlah dengan gaya tersendiri. Walaupun lagu tu agak membosankan pada awalnya, tapi Nadia dan giginya berjaya menghidupkan lagu tersebut.

Minggu ni merupakan persembahan terbaik dari Lindsey Cardinale, walaupun suara Lindsey masih lagi macam tak nak keluar habis. Camana pun, aku tetap terhibur dengan nyanyian Lindsey sepertimana aku terhibur dengan adegan Ryan menyimbah Simon. Moralnya di sini, Coke bukan saja boleh digunakan untuk mencuci mangkuk tandas, tetapi juga boleh digunakan untuk menyimbah seseorang sekiranya orang itu memberi komen negatif mengenai anda.

Mikalah Gordon merupakan 'penyumbang' kedua selepas Janay. Macamana pun aku masih suka Mikalah. Kat hujung² lagu tu rasanya menjadi lah juga. Tapi tak sukalah Mikalah pakai serba hitam macam tu, macam berkabung jek. Jangan berkabung awal² untuk penyingkiran diri sendiri, dah la ye?

Persembahan Jessica Sierra boleh dikatakan meletup jika dibandingkan dengan persembahan peserta² lain. Dah pastinya Jessica lah yang paling menyerlah, sepertimana menyerlahnya 'celah bedah' nya hari ini.

Siapa akan tersingkir minggu ini? Aku tak tau.
Siapa yang aku NAK SANGAT tersingkir minggu ni? Janay, Janay, Janay dan Janay dan Janay lagik...

Tuesday, March 08, 2005

Idola Amerika - Bhg. 3 (Lelaki)

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar telah diseludup dari idolonfox)

Mereka berentap lagi minggu ini. Masing² semakin pakar mengembangkan lobang hedong masing² untuk meraih undian rakyat Amerika. Rata², persembahan peserta lelaki minggu ni semakin bermutu.

Selama 2 minggu lepas aku menjuihkan bibir bila saja Scott Savol naik ke pentas. Tapi minggu ni Scott berjaya membuatkan aku mengangguk² kepala, kira aku terhibur la tu maknanya. Tapi lagu Sugar Pie Honey Bun tu rasanya lagu diorang nyanyi masa audition ramai² tu kan? Tak aci lah cam tu Scott, kira dah ada latihan extra untuk lagu tu.

Bo Bice tak secemerlang minggu² yang lepas, tapi tetap tak mengecewakan, dan masih lagi antara persembahan yang terbaik minggu ni. Mungkin lagu tu sendiri memang dari kategori memenguapkan mulut. Huarghh...

Aku rasa persembahan Anthony Fedorov biasa² jek walaupun judges puji² habis. Tapi tu aku je la yang rasa, orang lain rasa apa aku tak tau.

Sejak minggu pertama lagi aku rasa Nikko Smith nyanyi memang best. Tapi ramai pulak kawan² kata Nikko tak best. Agaknya dia tak menyerlah dengan personaliti ala² Boyz II Men dia tuh. Tak pun orang dah boring dengan gaya nyanyian R&B. Judges pun jarang bagi komen yang bagus kat Nikko. Cuma minggu ni aje baru aku dengar diorang komen bagus sikit. Aku rasa Nikko layak masuk Top 12. Tapi kalau aku je yang rasa, rakyat Amerika tak rasa gitu, nasib tak baik jugalah gamaknya. Cuma komen² yang bagus untuk Nikko dari ketiga² juri tu mungkin akan membantu Nikko untuk terselamat minggu ni.

Huk alah boringnya.. itulah yang boleh aku kata bila tiba giliran Travis Tucker. Dari dapur, sambil potong bawang pun aku boleh dengar dengan jelas nada sumbangsih Travis. Pastu bila jenguk kat TV, nampak pulak gerak tari poyonya tu. Ish.. nasib baik tak terpotong jari aku dek geli-geleman nengok bebudak pompuan dalam studio tu bersorak sakan untuk Travis.

Mario Vasquez pun boleh tahan hebatnya. Aku sebenarnya tak ada lah suka sangat suara macam Mario, tapi dia memang boleh menyanyi dan layak masuk Top 12. Kalau Mario tu masuk AF kat Malaysia, bebudak pompuan Tingkatan 1 & 2 mesti berhabisan kredit henpon vote untuk Mario. Tak cukup kredit, mesti henpon mak abah pulak diorang balun. Tapi tu kalau kat Malaysia lah. Tak tau lah aku taste bebudak pompuan kat Amerika macamana pulak.

Kata para juri, minggu ni adalah persembahan terbaik Constantine Maroulis. Sebenarnya aku rasa agak membosankan dan tak bertenaga (oh sedihnya sebab aku terpaksa gak mengakuinya). Kalau pun Constantine terselamat, dah tentulah disebabkan personaliti, kehenseman dan ketinggiannya yang berjaya menjadikan Ryan kelihatan katek. Ahh.. tak kiralah apa pun sebabnya, aku harap rakyat Amerika undi Constantine banyak² supaya dia masuk Top 12, boleh lah aku nengok dia lama lagi kat TV.

Dan.. persembahan terbaik minggu ini jatuh kepada...*bunyi dram saspen* ANWAR ROBINSON!! Vah vah vah... *sambil menggeleng² kepala dengan mulut yang terlopong*. Cikgu Nuar bukan sahaja telah menawan hati ramai penonton dengan kemerduan suranya, tetapi juga dengan giginya yang terusun putih bersih tu. Ya.. selain dari lobang hedong, kini gigi juga perlu diberi perhatian. Mau ada yang sakit jantung kalau tiba² Cikgu Nuar tersingkir minggu ni. Kalau tak sakit jantung pun, mesti sakit hati

Entah lah ye, siapa agaknya akan terkeluar minggu ni. Kalau ikut persembahan masing², aku rasa Travis & Constantine paling tak best. Tapi kalau ikut suka² aku aje pulak, kalau boleh aku malas dah nengok lobang hedong Travis & Scott/Anthony. Tapi sapa pula yang rakyat Amerika tak berkenan? Kenalah tunggu hari Khamis.

Hari ni baru aku tau, ramai rupanya peserta yang berbintang sama dengan aku - Taurus - termasuklah Cikgu Nuar. Maka terbukti lah orang berbintang Taurus memang berdarah putih, eh berdarah seni dan merdu suranya.. muahahaaa... syoknya dapat angkat bakul.

Friday, March 04, 2005

Idola Amerika - Tinggal Namblas

America has voted… (ewahh.. pinjam dialog Ryan kejap ye) dan memutuskan bahawa lobang hedong mereka berempat ini tidak menjadi pojaan hati kebanyakan rakyat Amerika. Tapi aku heran lah, kenapa minggu ni mereka yang terkeluar tak disuruh nyanyi dulu sebelum balik? Aku nak lah juga nengok diorang berempat ni menyanyi buat kali yang terakhir.


Sejak awal lagi Celena Rae memang tak berapa menyerlah pun. Muka dia aje yang aku rasa comel dan ada lah sikit ala² artis. Tapi vokal dan konsonennya.. eh, vokal dan personalitinya tak seberapa nak dibandingkan dengan yang lain². Setelah ber’o-som’ dengan Lindsey dan Amanda, Celena tersilap langkah dengan membuat bentuk batu, manakala Lindsey dan Amanda membuat bentuk air, maka terpaksalah Celena angkat beg dulu minggu ni.

Aloha Mischeaux pula adalah antara yang paling menyerlah minggu lepas walaupun ada bau² Beyonce. Agaknya rakyat Amerika tak suka Aloha pakai perfume Beyonce sikit kot. Bagi aku Aloha lebih layak kekal berbanding beberapa orang yang lain (sebenarnya aku tak puas hati apasal lah si Janay tu tak keluar² jugak). Lagi satu faktor yang aku rasa telah menyebabkan Aloha tersingkir ialah sifat cintakan alam yang ada pada rakyat Amerika. Yaaa… aku rasa diorang tak suka Aloha petik² bunga sesuka hati letak kat kepala. Macam tahun lepas, sapa minah Hawaii tu? Lupa pulak aku nama dia. Minah tu kan tiap² minggu letak bunga kat kepala lah, kat bajulah. Sampai penghujung rancangan, habis bunga² sekitar Hollywood dipetiknya. Aku rasa rakyat Amerika tak mahu tragedi tahun lepas berulang kembali tahun ni. Kesian Aloha.


Walaupun aku mengharapkan orang lain yang keluar, tapi aku tak lah pelik pun dengan penyingkiran Joseph Murena dan David Brown. Joseph pun lebih kurang macam Celena jugalah, vokal dan personalitinya tak sehebat peserta² lelaki yang lain. Kalau nak dibandingkan dengan Bo Bice, tiada ciri² seorang Idola pada diri Joseph (sekali lagi nama Bo Bice enterframe di sini). Kalau tak minggu ni, minggu depan Joseph mungkin akan terkeluar juga. Lagipun statement Simon yang asyik kata Joseph macam penyanyi kabaret lah, penyanyi kat lobi hotel lah, pastinya telah mempengaruhi undian.

David pula sebenarnya agak menonjol sepanjang tempoh audition. Aku siap ingat dia akan masuk final 12. Tapi David nampaknya telah melalui hari² rambut buruk (bad hair days). Disebabkan selama 2 minggu ni, David tidak mengubah fesyen rambutnya, maka kebanyakan rakyat Amerika tak mahu mengundi dia. Peserta² lain mungkin patut jadikan ini satu pengajaran - fesyen rambut juga memainkan peranan penting untuk meraih undi.

Kini tinggal enam belas orang yang akan ke pusingan seterusnya. Ada lagi 2 tiket untuk lelaki dan 2 tiket untuk perempuan balik ke rumah masing² sebelum yang lain²nya mara ke pentas yang lebih besar. Harapan aku tiket² tersebut tidak akan jatuh ke tangan Bo Bice, Constantine, Cikgu Nuar, Carrie, Mikalah dan Jessica. Yang lain² tu.. I don't care..

(Gambar² telah dicilok dengan jayanya dari idolonfox)

Thursday, March 03, 2005

Idola Amerika - Bhg. 2


(Gambar dipinjam dari idolonfox)

Untuk minggu ke dua ni, bagi yang lelaki, tak dapat disangkal lagi, memang persembahan Bo Bice lah yang paling best. Sapa tak puas hati dengan statement aku ni, nak gaduh jom lah.. aku tunggu kat parking lot Gugusan Siantan. Muahahaaa..

Selain dari tu, aku pun suka jugak dengan persembahan Anwar Robinson. Yang lain²nya pula, walau tak sehebat Bo Bice dan Cikgu Nuar, namun aku rasa mereka telah menunjukkan persembahan yang mampu memberi saingan sengit. Constantine tetap mendapat tepukan gemuruh dari penonton walaupun aku rasa tepukan tu mungkin sebenarnya diberikan untuk aksi melompat², membaling tiang mikrofon dan menjerit² "Huaarghhh...!! Huarghhh!!" sebanyak beberapa kali. Aku tak rasa mereka tu tepuk untuk nyanyian Constantine, sebab aku pun tak berapa pasti samada dia sebenarnya menyanyi atau bercakap. Takkan dia rap pulak kan.. dia tu kan Mat Rock.

Kalau aku boleh pilih sapa yang aku tak nak tengok minggu depan, maka aku akan keluarkan Scott Savol dan Travis Tucker. Boringnya aku tengok muka Scott. Masa menyanyi tu langsung tak ada nak senyum. Serius jek. Dia tau tak, dia tu dah le tak berapa hensem, jadi bila dia buat muka masam gitu, lagilah tak menawan tau. Aku sebenarnya memang tak berapa suka Scott sejak masa audition hari tu lagi. Masa yang diorang kena nyanyi berkumpulan tu, kawan² dia sibuk berlatih, dia hilang tah ke mana. Lagipun pada pendengaran telinga aku, Scott menyanyi minggu ni pun banyak sumbang sana sini. Sama lah macam Travis Tucker, pun sumbangsih sekali. Tariannya pun sumbang. Eeeii tolong laa, macam mat poyo jek dia menari macam tu.

Yang perempuan pula, aku rasa persembahan Jessica Sierra adalah yang terbaik malam tadi. Dan waaahhh... Mikalah telah membuktikan dia bukan saja boleh menggedik dengan berjaya, dia juga boleh menyanyi dengan jayanya. Malah kalau nak bagi nombor macam yang selalu kita dapat dalam buku rekod masa sekolah rendah dulu, aku akan bagi Mikalah Nombor 2 untuk minggu ni. Carrie, walaupun judges kata dia tak sebagus minggu lepas, aku masih rasa Carrie juga antara yang terbaik semalam.

Yang lain² masih belum berjaya membuatkan aku memuja lobang hedong mereka. Kalau ada kenderaan disediakan untuk pulang ke kampung halaman masing², maka aku sudi bukakan pintu kereta luas² untuk Janay Castine. Ya, balik rumah nyanyi depan ayah dia aje lah. Aku tak berkenan sangat dengan Janay ni, bukan aje sebab nyanyian dia yang sumbang sana sini, suara dia tu kadang² sounds like suara nenek² jek. Dan lagi, aku rasa dia ni lagi gedik dari Mikalah. Gedik Mikalah tu nampak kelakar, gedik Janay nih.. gedik gedik lah! Antara Amanda Avila, Celena Rae atau Lindsey Cardinale pula, diorang ni boleh 'o-som' aje lah ye, sapa nak balik dulu minggu ni.

Secara keseluruhannya, baik yang lelaki maupun yang perempuan, hatta para hakim dan pengacara sekali pun, kebanyakannya semakin bagus berbanding minggu lepas. Secara keseluruhannya juga, aku perasan yang Randy mesti minum air dari gelas Coke tu setiap kali lepas dia komen seseorang, Paula pula burung kakaktua yang akan mengulang semula idea Randy, dan Simon pula takde modal lain, asyik² dengan penyanyi kaberet, hotel dan bar. Takde idea dah ke Simon? Banyak lagi tau jenis² penyanyi. Minggu depan Simon boleh lah pinjam dari list nih ye - penyanyi karaoke, penyanyi bilik air, penyanyi funfair, penyanyi kelab dangdut, penyanyi kenduri-kendara, penyanyi kumpulan nasyid, penyanyi buta di kaki lima, dan penyanyi celik di tepi gerai makan kat Bangsar yang menadah topi mintak singgit tuh.