Diari AF3 - 31 Mei: Bhg 1
Bermula dengan Kelas Nada Suara, Siti Hajar tak ada, diganti oleh sorang cikgu lain bernama Shahrul. Bosan jek aku nengok Cikgu Shahrul ni mengajar. Sesekali nampak cam 'gitu²' lak. Masa Cikgu Sharul tu dok bercakap, boleh pulak Ekin ni pun bercakap² dengan Reza yang duduk di belakang dia. Nampak macam membelakangkan cikgu. Pada mata aku, nampak sangat kurang sopan lah. Tapi tak tau lah kan apa sebenarnya yang berlaku masa tu. Tapi kalau masa sekolah dulu, kalau cikgu bercakap, aku pun sibuk nak bercakap dengan kawan, maunya cikgu tu panggil aku berdiri kat depan cakap sorang².
Kelas Cikgu Adnan dimulakan dengan iklan barangan Power Nest. Ala² orang jual barang² direct selling, Adnan tunjuk satu kotak Power Nest sambil bercerita apakah kebaikan barang tersebut. Jadi untuk diari² akan datang, aku expect akan ada lebih banyak produk penaja diperkenalkan dalam kelas. Tak cukup dengan iklan masa commercial break, tambah lak iklan dalam kelas. Tahun depan Akademi Fantasia boleh tukar nama jadi Akademi Iklan. Habis iklan baru lah diorang start menyanyi Do re Mi.. lepas tu lagu Aku Cinta Padamu (Sheila Majid). Jelas kedengaran suara pelajar² perempuan lebih harmoni dan lebih sedap didengar. (Kalau Mawi ada, agaknya suara Mawi aja yang kedengaran di kalangan pelajar lelaki.. hehehe)
Dalam kelas tarian pula, Felix kelihatan agak slow nak kuasai step tarian. Pergerakan dia pun nampak kaku jek (Kalau Mawi ada, macamana agaknya Mawi menari.. hehehe). Setakat ni aku tak nampak apa² yang menarik pada kareograf untuk lagu Menuju Puncak. Lagipun diorang baru berlatih sebahagian lagu jek.
Dalam kelas Marlia Musa pula, diorang disuruh berjalan², pastu berlari². Tak pasti lak aku apa tujuannya, nak ambik mood ke, exercise ke, atau latihan penumpuan pada arahan Cikgu ke. Lepas tu diorang kena hafal pulak nama binatang yang dipadankan dengan pelajar², contohnya, Eliza kucing, Yazer paus (rasanya lah) dan yang aku rasa semacam jek.. Felix beruk. Tujuan aktiviti ni supaya pelajar² stay focus. Aku suka cara Marlia Musa bercakap. Sederhana. Tak terlalu lembut macam Cikgu Fati, dan tak terlalu garang macam Fauziah Nawi. Seterusnya Marlia bagi diorang tugasan untuk esok, dimana diorang mesti fikirkan macamana cara nak perkenalkan diri pada orang ramai. Mereka disuruh memikirkan apa yang menarik tentang diri mereka, apakah kekuatan mereka yang boleh membuatkan penonton suka pada diorang. Haaa.. masa ni lah nanti kita nak tengok diorang cakap, contoh - "Hai saya SuMie, isteri mithali dari Kota Damansara, AFUNDI SuMie okkay.. muahh!!!*sambil memuncungkan bibir berlipstick kaler stroberri, dan meletakkan jari telunjuk di dagu, sambil mengelip²kan mata menyerlahkan bulu mata lentik yang baru disapu mascara wondercurl*". Ada lah kot yang nak keluarkan trademark sendiri nanti - brott brott ke, yo yo ke, kuek kuek ke (sapa la agaknya ni ek?). Setakat yang kita dah nengok, Akma rasanya akan mengekalkan 'konnichiwa' nya tu. Amy pulak, rasanya nak pakai jeritan Whoo!whoo! nya tuh. Kita tunggu ajelah ek.
Di akhir rancangan, Aznil memeperkenalkan majalah AKSI, majalah rasmi Akademi Fantasia yang berharga RM3.90 satu.. iklan lagik!
Penutup diari menunjukkan pelajar² dalam kelas tarian, mungkin tengah bersenam sebelum memulakan kelas. Keseluruhannya, aku nengok kamera asik fokus kat muka² cun jek, Keifli, Aidil, Ekin & Elliza. Yang lain² tu sekali sekala jek. Ke aku jek yang perasan gitu? Tak ada apa yang menarik sangat untuk diari tengahari ni. Walaupun tak sebosan semalam, tapi still tak berbaloi kalau nak stay up semata² nak nengok ulangan. Baik tido jek.
Setakat tengahari ni, kedudukan teratas ialah Felix-14%, Amy-12%, Ekin-9%, manakala tangga terbawah ialah Amylea-6%. (Kalau ada Mawi, mesti Mawi 15%.. hehehe)
Katakan TAK NAK pada SMS!