Tuesday, May 31, 2005

Diari AF3 - 31 Mei: Bhg 1

Hari ni fesyen baju Aznil okay la sikit dari semalam tu. Tapi kaler pulak dull semacam. Apasal aku citer pasal baju Aznil lak ni? Tah le, tapi aku rasa penting jugak lah untuk Aznil kelihatan menarik dan ceria. So kalau diari bosan, takde lah bosan sangat tengok Aznil.

Bermula dengan Kelas Nada Suara, Siti Hajar tak ada, diganti oleh sorang cikgu lain bernama Shahrul. Bosan jek aku nengok Cikgu Shahrul ni mengajar. Sesekali nampak cam 'gitu²' lak. Masa Cikgu Sharul tu dok bercakap, boleh pulak Ekin ni pun bercakap² dengan Reza yang duduk di belakang dia. Nampak macam membelakangkan cikgu. Pada mata aku, nampak sangat kurang sopan lah. Tapi tak tau lah kan apa sebenarnya yang berlaku masa tu. Tapi kalau masa sekolah dulu, kalau cikgu bercakap, aku pun sibuk nak bercakap dengan kawan, maunya cikgu tu panggil aku berdiri kat depan cakap sorang².

Kelas Cikgu Adnan dimulakan dengan iklan barangan Power Nest. Ala² orang jual barang² direct selling, Adnan tunjuk satu kotak Power Nest sambil bercerita apakah kebaikan barang tersebut. Jadi untuk diari² akan datang, aku expect akan ada lebih banyak produk penaja diperkenalkan dalam kelas. Tak cukup dengan iklan masa commercial break, tambah lak iklan dalam kelas. Tahun depan Akademi Fantasia boleh tukar nama jadi Akademi Iklan. Habis iklan baru lah diorang start menyanyi Do re Mi.. lepas tu lagu Aku Cinta Padamu (Sheila Majid). Jelas kedengaran suara pelajar² perempuan lebih harmoni dan lebih sedap didengar. (Kalau Mawi ada, agaknya suara Mawi aja yang kedengaran di kalangan pelajar lelaki.. hehehe)

Dalam kelas tarian pula, Felix kelihatan agak slow nak kuasai step tarian. Pergerakan dia pun nampak kaku jek (Kalau Mawi ada, macamana agaknya Mawi menari.. hehehe). Setakat ni aku tak nampak apa² yang menarik pada kareograf untuk lagu Menuju Puncak. Lagipun diorang baru berlatih sebahagian lagu jek.

Dalam kelas Marlia Musa pula, diorang disuruh berjalan², pastu berlari². Tak pasti lak aku apa tujuannya, nak ambik mood ke, exercise ke, atau latihan penumpuan pada arahan Cikgu ke. Lepas tu diorang kena hafal pulak nama binatang yang dipadankan dengan pelajar², contohnya, Eliza kucing, Yazer paus (rasanya lah) dan yang aku rasa semacam jek.. Felix beruk. Tujuan aktiviti ni supaya pelajar² stay focus. Aku suka cara Marlia Musa bercakap. Sederhana. Tak terlalu lembut macam Cikgu Fati, dan tak terlalu garang macam Fauziah Nawi. Seterusnya Marlia bagi diorang tugasan untuk esok, dimana diorang mesti fikirkan macamana cara nak perkenalkan diri pada orang ramai. Mereka disuruh memikirkan apa yang menarik tentang diri mereka, apakah kekuatan mereka yang boleh membuatkan penonton suka pada diorang. Haaa.. masa ni lah nanti kita nak tengok diorang cakap, contoh - "Hai saya SuMie, isteri mithali dari Kota Damansara, AFUNDI SuMie okkay.. muahh!!!*sambil memuncungkan bibir berlipstick kaler stroberri, dan meletakkan jari telunjuk di dagu, sambil mengelip²kan mata menyerlahkan bulu mata lentik yang baru disapu mascara wondercurl*". Ada lah kot yang nak keluarkan trademark sendiri nanti - brott brott ke, yo yo ke, kuek kuek ke (sapa la agaknya ni ek?). Setakat yang kita dah nengok, Akma rasanya akan mengekalkan 'konnichiwa' nya tu. Amy pulak, rasanya nak pakai jeritan Whoo!whoo! nya tuh. Kita tunggu ajelah ek.

Di akhir rancangan, Aznil memeperkenalkan majalah AKSI, majalah rasmi Akademi Fantasia yang berharga RM3.90 satu.. iklan lagik!

Penutup diari menunjukkan pelajar² dalam kelas tarian, mungkin tengah bersenam sebelum memulakan kelas. Keseluruhannya, aku nengok kamera asik fokus kat muka² cun jek, Keifli, Aidil, Ekin & Elliza. Yang lain² tu sekali sekala jek. Ke aku jek yang perasan gitu? Tak ada apa yang menarik sangat untuk diari tengahari ni. Walaupun tak sebosan semalam, tapi still tak berbaloi kalau nak stay up semata² nak nengok ulangan. Baik tido jek.

Setakat tengahari ni, kedudukan teratas ialah Felix-14%, Amy-12%, Ekin-9%, manakala tangga terbawah ialah Amylea-6%. (Kalau ada Mawi, mesti Mawi 15%.. hehehe)


Katakan TAK NAK pada SMS!

Monday, May 30, 2005

Diari AF3 - 30 Mei : Bhg. 1

Aku buat review hari ni khas untuk Uncute & AMTY, atas permintaan Uncute through sms tadi. Tapi tak bermakna aku akan buat hari². So, janganlah mengharap okay.

Diari pertama hari ni tak ada apa² sangat. Aku tengok pun tak teruja. Bermula dengan pelajar² masuk ke Akademi (sambungan dari Tirai Akademi semalam) disambut oleh Pengetua dan tenaga² pengajar (kecuali Cikgu Fati & Cikgu Siti Hajar - outstation).

Diorang berkumpul kat ruang rehat yang dinamakan Bilik Aktifkan. Pengetua brief diorang dengan jadual mereka seterusnya. Macam lambat jek M. Nasir bercakap. Boring jek tunggu dia habis bagi taklimat. Diorang juga diperkenalkan dengan Kak Shina & Abang Asrul selaku 'warden asrama' (apa diorang sebut, RA ek?). Iklan: Asrul tu aku pernah jumpa masa audition Roda Impian dulu. Nampak macam okay jek orangnya. Rasanya dengan pelajar² AF tu pun ok gak kot nanti.

Lepas tu diorang ditunjukkan bilik latihan tarian, bilik latihan menyanyi yang ada piano tu, bilik pengetua dan lain². Kepada yang belum tau, AF3 ni menggunakan banglo yang sama dengan banglo AF1 dulu. Tak tau lah samada TV kat rumah mak aku ni kalernya dah tak cantik, atau memang warna interior design banglo tu yang tak cantik dalam kamera. Aku rasa masa ditunjukkan gambar dari kamera tersembunyi, macam kelam sikit. Bila ditunjukkan gambar dari kamera untuk pelajar berinteraksi tu, okay pulak gambarnya.

Kemudian kita dapat nengok pelajar² makan bersama². Kita boleh nengok Fuad baca doa. (Kalau ada Mawi mesti Mawi yang baca doa.. hehehehe). Lepas tu ada sesi bersama Dr. Azahari. Diorang diminta menyatakan perkara yang menjadi ketakutan diorang. Fuad kata, dia takut pada 3 perkara. Aku tak ingat lagi 2 tu. Tapi salah satu tu dia kata, takut pada 'kewujudan'. Bila ada kewujudan, ada kehilangan. Kata M. Nasir, Fuad berfalsafah. Aku pun rasa ayat² Fuad tu agak berat, contohnya dia mengunakan ungkapan "bila hati berbicara..". Kalau dalam Trek Selebriti & Tirai Akademi, Fuad nampak sempoi jek. Tapi aku tak rasa pulak ayat² Fuad tu fake. Mungkin dia memang macam tu - sempoi di luar, tapi berfikir dengan mendalam.

Lepas tu pelajar² diberi peluang memberi ucapan pada keluarga masing² melalui kamera interaksi. Kebanyakan pelajar cakap benda yang standard lah pada keluarga mereka - rindu, jaga diri, jaga keluarga, makan ubat, belajar rajin². Cuma kita boleh nengok Fuad sedikit emosi, mungkin disebabkan bapanya kurang sihat. Dia ada sebut, bapanya masuk ke hospital tapi tak beritahu dia. Macam tu juga dengan Ekin, nampak sedih. Agaknya Ekin tak pernah berpisah jauh dalam jangkamasa yang lama dengan keluarga. Selain tu, ada sedikit kelainan bila kita dapat saksikan Idayu bercakap menggunakan loghat Kelantan, dan Felix pula bercakap menggunakan loghat Sarawak (atau loghat suku kaum Dusun?) dengan keluarga masing².

Setakat ni, pada pandangan mata aku lah, diorang nampak natural. Tak ada lah yang tergedik² ke, over-acting ke. Namun belum ada juga yang aku betul² suka atau berkenan. Alaa, baru hari pertama kan.

Satu lagi, aku tak berkenan fesyen baju Aznil hari ni, cam ada bau² fesyen baju Azwan. Ish.. besok peelllisss laa tukar baju pesen lain.

Tak lupa juga, penonton dihidangkan dengan iklan² penaja, dimana pelajar² diberi beg baru. Tah hapa² jek, bagi beg bila pelajar dah masuk dalam akademi. Dan semua pelajar pun kata "Terima kasih Samsonite!". Sebenarnya ayat tu patutnya macam ni - "Terima kasih Samsonite sebab bagi beg khas untuk diusung turun pentas bila kami tersingkir nanti!" (eh betul ke nama dia cam tu - Samsonite ek?). Selain tu kita boleh nampak kotak tisu Premier di Bilik Aktifkan semasa M. Nasir sedang bercakap.

Fungsi butang R kali ni menarik sikit, sebab info yang keluar tu transparent, so takde lah tertutup sangat benda² yang ditayang kat TV. Setakat tengahari tadi, % undian tertinggi menjadi milik Felix-16%, diikuti Idayu-13% dan Ekin-11%. Seterusnya Reza, Keifli & Aidil memenuhi 6 tangga teratas (sapa laa undi Aidil tu?). Manakala yang lain²nya di 6 tangga terbawah dengan 7% atau 6% undian, dimana Amylea berada di kedudukan terakhir. (Kalau Mawi ada, mesti % Mawi tinggi sekali.. hehehe)

Sekian ulasan pertama aku, semoga Uncute & teman setingkap berpuas hati. Katakan TAK NAK pada SMS!

Friday, May 27, 2005

Idola Amerika ke-4 - Tahniah Carrie Underwood!!

Image hosted by Photobucket.com


Seperti yang telah diketahui semua, penyandang gelaran Idola Amerika musim ini ialah Carrie Underwood. Walaupun aku baca di merata² blog / website, ramai yang meramal Bo Bice akan menang.

Aku sebenarnya ada lah sikit kachiwa Abang Bo tak menang. Tapi tak lah pulak aku rasa marah dengan kemenangan Carrie. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, dua² pun sama hebat. Dua² pun aku suka, tapi aku lebih sukalah kalau Bo Bice yang menang. Tapi nak buat cemana kan, dah undian lebih banyak untuk Carrie. Uhuk uhuk.. oh Abang Bo, kempunan le aku nak dengar Abang Bo buat single lagu Inside Your Heaven tu. Sebab aku rasa Abang Bo nyanyi lagu tu lagi sedap dari Carrie. Tak pe lah. Apa² pun aku rasa Abang Bo tetap akan laku juga. Kita tengok je lah nanti.

Image hosted by Photobucket.com


Sebenarnya masa aku tengok show petang semalam, dah tak thrill sangat sebab pagi² kat Ch15 tu aku ternampak ada malaun dah announce sapa yang menang. Hampeh betul spoiler tuh. Aku macam berharap lah jugak berita tu berita palsu saja nak acah² peminat Bo Bice.. tapi bila Ryan dah umumkan bebetul sapa pemenangnya, maka aku berhenti berharap.. (nyanyi dengan syahdunya ala² SO7). Walaupun kachiwa, aku seronok jugak la dapat tengok semula Constantine, Mikalah Gedik dengan imej barunya, dan aku paling suka lawak 'Rahsia Simon' tu. Kelakar tul Randy tu berlakon.

Aku pun tak tau apa lagi nak tulis pasal semalam. Aku pun takde mood sebenarnya nih sebab sakit kepala, sakit pinggang. Tapi aku buat jugak la entry terakhir ni bagi sebagai penutup Idola Amerika musim ni. (Hmm.. lepas ni aku nak tulis pasal apa pulak ek?)

Tahniah buat Carrie Underwood yang berjaya menyandang gelaran Idola Amerika ke-4. Walaupun Abang BO tak menang, lobang hedong mu tetap ,menjadi pojaan hatiku

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


(Gambar² dicilok dari idolonfox, Sir Links A Lot:Bo Bice dan Foxes On Idol)

Thursday, May 26, 2005

Idola Amerika - Final 2

Image hosted by Photobucket.com

Aku rasa dah masuk minggu terakhir ni, tak kisah lah lagu apa diorang nyanyi, macamana diorang nyanyi, takkan mengubah undian penyokong² Bo & Carrie. Rasanya boleh dibilang dengan jari je bilangan mereka yang mengundi berdasarkan persembahan manakala rata² kebanyakannya dah ada pilihan masing² yang ingin mereka lihat sebagai juara.

Bagi aku Bo & Carrie malam ini bukanlah bertanding untuk merebut gelaran Idola, sebaliknya bertanding untuk memberi persembahan terbaik, supaya jika mereka menang, maka penonton akan mengatakan mereka sememangnya layak menang. Dan sekiranya mereka kalah pula, setidak²nya mereka tewas dengan bermaruah.

Bo & Carrie, kedua²nya adalah peserta favourite aku (selain Constantine & Mikalah) sejak dari awal, sejak entry pertama aku pasal American Idol ni lagi. Jadi bila kedua² mereka berdiri sebagai 2 orang yang terakhir, aku rasa tersangatlah eksyen nya sebab tak salah pilih. Dan aku tak rasa ada peserta lain yang lebih layak untuk 2 tangga teratas tu selain dari mereka berdua.

Image hosted by Photobucket.com

Pusingan Pertama
Bo - Long Long Road - Walaupun steady jek menyanyi tapi persembahan Bo biasa jek. Tak ada impak maksima - Kru dari Bo. Lagu tu pun agak membosankan bagi aku.
Carrie - Inside Your Heaven - Suara Carrie kedengaran macam orang nervous. Apa pun aku memberi kelebihan 1 markah untuk Carrie bagi pusingan pertama ni sebab lagu ni lebih sedap di dengar dari lagu Bo.

Image hosted by Photobucket.com

Pusingan Kedua
Bo - Vehicle - Walaupun semua juri memberi pujian, tapi aku rasa persembahan Bo yang dulu (untuk lagu yang sama) lebih baik dari yang malam ni. Bukan la yang malam ni tak best, tapi yang dulu tu lagi best lah pada aku. Geram pulak aku tengok penonton² yang sibuk dok hulur tangan nak salam dengan Bo tu. Dia masih lagi sedang bertanding okke.. bukannya tengah buat pertunjukan amal, tak reti²? Kaco jek konsentrasi Abang Bo nak menyanyi. Kalau tak kena kaco tu mungkin dia dah perform lebih baik tadi.
Carrie - Independence Day - Untuk lagu kedua ni, dah hilang dah kot nervous dia. Aku suka persembahan Carrie untuk lagu ni. Memang suara dia sesuai untuk lagu² macam ni. Tapi aku setuju juga dengan Simon, lagu Crying minggu lepas tu lebih menarik untuk dijadikan pilihan. Macamanapun, untuk pusingan kedua ni, aku rasa Bo lebih menyerlah dan lebih menghiburkan. Extra 1 markah untuk Bo.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Pusingan Ketiga
Bo - Inside Your Heaven - Aku dapat rasakan Bo agak tertekan ketika persembahan terakhir dia (chewah.. macam lah aku ada kuasa telepati ke apa, boleh rasa² pulak). Ini kali pertama aku dengar nyanyian Bo ada sikit goyang. Tapi persembahan last tu lah yang paling aku suka antara ketiga² persembahan Bo malam ni. Kalau dibandingkan dengan nyanyian Carrie untuk lagu yang sama di pusingan pertama, aku lebih suka nyanyian Bo lagi.
Carrie - Angels Brought Me Here - Persembahan terakhir Carrie juga hebat. Kat hujung² lagu tu rasanya dia emosional kot, tapi keseluruhannya, tetap best jugak. Cuma bila dibandingkan dengan Bo untuk pusingan ni, aku rasa Bo mengatasi Carrie. Kira extra 1 mata lagi lah.

So kalau ikut aku lah kan, BO BICE lah kucanangkan sebagai Idola Amerika. Tapi aku tak nafikan persaingan antara kedua²nya memang sengit. Tak macam tahun lepas, Fantasia vs Diana, nampak sangat Fantasia mendominasi keseluruhan rancangan. Tapi kali ni, Bo & Carrie mempunyai peluang hampir sama rata untuk bergelar Idola Amerika.

Bagi aku kalau Carrie menang pun aku tak heran, sebab Carrie pun tak kurang hebatnya. Cuma kalau dilihat secara keseluruhan dari awal hingga ke akhir musim ini, aku rasa Bo lah lebih menyerlah. Tak tau la aku rasa macam tu sebab aku perempuan kan. Kot la lelaki nampak Carrie yang lebih terserlah. Tapi kalau aku, aku harap BO BICE lah akan menjadi Idola Amerika ke-4.

(Gambar² dari idolonfox)

Wednesday, May 25, 2005

AF3 dan 'Fenomena MAWI'

Kat India, kalau hero atau heroin mati di akhir sesebuah filem, ada yang tak puas hati sampai bakar panggung. Tapi kat Malaysia lain, tirai belum bukak pun, tokey panggung pun baru je nak bukak lampu, tapi penonton² dah mula bakar kerusi sebab watak pelakon pembantu lelaki disepak keluar panggung. Gitulah ibaratnya 'Fenomena MAWI' di Ch15.

'Fenomena MAWI' tercetus bila Mawi gagal dalam ujibakat terakhir AF3. Ramai yang tak puas hati kerana Mawi tidak tersenarai sebagai 12 peserta akhir. Tamat saja Konsert Prelude AF3, bertubi² SMS tak puas hati lantas mewujudkan fenomena yang serupa ketika penyingkiran Rosma dalam AF1 dan Zarina dalam AF2. Cuma bezanya, Rosma dan Zarina tersingkir setelah melalui beberapa minggu kehidupan di akademi, setelah aksi mereka ditonton ramai dalam diari AF, setelah nyanyian dan persembahan mereka disaksikan selama beberapa minggu. Tapi 'Fenomena MAWI' tercetus ketika tirai akademi belum pun di buka! Sebelum aksi Mawi ditonton dalam diari. Hanya dengan SATU persembahan saja, Mawi berjaya menarik ribuan SMS ke Ch15. Pendekkan cerita, tokey SMS sudah boleh kira untung woo..

Sebenarnya aku heran jugak kenapa Mawi tak terpilih. Macam tu juga dengan Azlif (walaupun aku tak berkenan sungguh dengan aksi main mata sambil catwalknya tu). Sebab kalau dari segi nyanyian, aku rasa nyanyian diorang jauh lebih baik dari Aidil yang menari ala² tahun 80an jek tu. Kata salah sorang juri tu, mereka dipilih berdasarkan pekej sebagai penghibur? Menghibur macamana tu? Menyanyi sambil buat lawak? Agaknya lah kot, sebab tu diorang pilih Aidil. Sukati diorang lah kan. Diorang yang keluarkan kontrak, sukatilah nak pilih sapa kan. Tapi kalau diorang dah tau calon yang macamana diorang nak pilih untuk jadi 12 pelajar, buat apa wujudkan Final 20 dan promosikan mereka? Buat apa adakan Konsert Prelude? Nak ikutkan diorang boleh suruh aje mereka tu menyanyi depan juri. Lagipun minus one tu budak² tu bawa sendiri kan, jadi apa perlunya Konsert Prelude? Jawapan aku, salah satu keperluannya, itulah - nak wujudkan benda² macam 'Fenomena Mawi' tu lah. Final 20 dan Konsert Prelude tu pelaburan je. 'Fenomena Mawi' tu antara pulangannya. Bukan saja 'Fenomena Mawi' mengundang banyak SMS, tetapi juga menambah suhu pada AF3 yang sebelumnya suam² kuku-kaki-kakakku-kok-kaku-kaku-kek jek.

Tapi ada baiknya Mawi tak terpilih. Kalau ikut apa yang aku dengar kat Muzik di Ria tadi, dia nak pergi kursus bilal. Emaknya pulak pada awalnya tak berapa setuju Mawi masuk AF. Eloklah dia tak dapat masuk. Takut nanti hanyut dek glamour bintang sementara, terluka pulak hati emak kiranya anak teruna yang diharapkan menjadi bilal itu berubah pula akhlaknya. Malah aku berdoa, kalau boleh janganlah dia diserapkan pula sebagai pelajar, kononnya sebagai kejutan di pertengahan musim nanti pulak. Maklumlah kalau berdasarkan populariti, Mawi & Marsha lah yang paling popular antara 8 orang yang tak terpilih tu. Cara Mawi cakap dalam Muzik di Ria tadi macam ada je kemungkinan antara mereka (atau kesemua mereka?) diserapkan juga menjadi pelajar.

Entah lah ek? Kita pun tak tau apa kertas yang diorang dah tandatangan dengan pihak berkenaan tu. Tapi kalau ada pilihan, aku harap Mawi tak payah teruskan. Ustaz Asri pun nampak macam berkenan aje tadi. Kalau Ustaz Asri melamar Mawi berdakwah bersama Rabbani tu, rasanya itu lebih baik. Emak Mawi pun rasanya tak susah hati kalau Mawi bersama Rabbani. Nak menyanyi boleh menyanyi, akhlak pun terjaga. Eh eh.. memandai jek aku. Alaa, aku berharap jek. Bukan apa, kalau betul Mawi nak berseni, biarlah betul salurannya. Aku tak lah kata AF tu saluran tak betul. Tapi kalau suara Mawi tu sesuai dengan irama nasyid, dan kalau orang seperti Mawi mampu menarik lebih ramai remaja mendengar lagu nasyid, lebih baik Mawi dibimbing oleh mereka yang sememangnya di bidang nasyid. Dengan cara tu, aku rasa Mawi mampu bertahan lama dan pergi lebih jauh dalam industri hiburan.

Lagipun, tengok aje lah graduan² AF yang lepas. Rosma, Sahri, Nija, Kaer, Bob, Linda, Zarina (sekadar beberapa nama), bukannya diorang tak ada bakat. Tapi sampai sekarang, harap satu dua lagu je. Ada tu, aku tak tau pun macamana lagu diorang sebab tak pernah dengar pun kat radio. Azizi yang ada album tu pun macam ada takde jek. Padahal masa AF1 dan AF2 dulu mencanak² SMS peminat hantar untuk diorang. Rasa²nya ada lagi ke peminat diorang 4 - 5 tahun akan datang kalau setakat dengan satu dua lagu yang diorang ada sekarang? Takkan laratnya pihak pengurusan diorang tu nak buatkan album satu sorang, menguruskan kerjaya seni diorang dan melayan semua fanclub diorang. Tambah pulak setiap tahun muncul 12 (atau 20?) muka baru. Mestilah beri keutamaan pada yang baru kan? Tak mustahil kalau 5 tahun dari sekarang kita akan dengar Azizi kembali menyanyi di pub di Kuantan, Nija kembali makan bersuap di JB, Liza kembali menari di Perak, dan Kaer pula kembali bekerja dengan ayahnya. Sebab itulah aku berharap, seandainya Mawi ditawarkan pilihan selain AF, maka janganlah disia²kan.

Apa² pun aku tengok yang 8 orang tu, walaupun tak terpilih, dah terkenal kemain. Kalau tak silap aku dengar tadi, ada tour la, join Konsert Misi Suara Hati la. Amboi, tak jadi pelajar AF pun dah ala² bintang. Mawi pun siap dah ada Mawi FC lagi. Cam tu lagi bagus tak payah masuk akademi kan? Tak lepas masuk AF pun dah popular habis dah. Diana & Shiha pulak macam le dah jadi artis gayanya. Bila chatting di Ch15 pun siap cakap "terima kasih pada peminat²". Amboi.. ramai ke peminat tu? Sabar dulu ya adik², pandai² lah control perkataan dan kelakuan, jangan over-acting. Karang, elok² orang suka, jadi menyampah. Elok² orang tak rasa apa², jadi meluat. Nak jadi popular memang kejap aje, tapi kalau nak kekal popular kenalah pandai bawa diri. Siti Nurhaliza tu menang Bintang Popular bertahun² berturut² tu bukan dengan menyanyi satu lagu pakai minus one aje. Dengan imej lemah lembut, sopan santun dan cakap berlapik tu pun, dia di kutuk ramai. Itu dia yang dah memang sah² BERBAKAT BESAR (bukan dia yang mengaku, orang yang iktiraf), inikan pula adik² yang masih ibarat buah cempedak di luar pagar. Buah cempedak tu, kalau ada orang nak ambik, buat goreng, laku lah dia. Tu pun kalau bancuhan tepungnya sesedap rasa. Tapi kalau buah cempedak kat luar pagar tu takde orang pandang, takde orang sudi nak pegang, sebab buruk bebenor di pandangan mata, sampai sudah lah busuk deknon..

Image hosted by Photobucket.com
Katakan TAK NAK pada SMS!

Friday, May 20, 2005

Kempen TAK NAK SMS


Image hosted by Photobucket.com


AF3 akan bermula sabtu ini. Bermula dengan Konsert Prelude, kita akan melihat 20 orang bakal pelajar baru memperlihatkan persembahan masing² untuk merebut 12 kekosongan kerusi pelajar AF3. Mesti ramai yang dah tengok wajah² baru ni di kaca TV. Di Ch.15, wajah² mereka ni sentiasa terpampang di 'karpet biru' yang menjadi hamparan chatters yang kaya raya menghabiskan duit mereka atau duit mak bapak mereka.

Maka, sempena dengan bermulanya AF3 ini, aku pun dengan bersemangatnya nak memulakan juga kempen TAK NAK SMS. SMS yang aku maksudkan disini, ialah sebarang sms yang bersangkut paut dengan AF lah, AFUNDI ke, AFMASUK ke, AFCHAT ke. Malah kalau tahun ni diorang bercadang nak tambah AFKELUAR, AFTERAJANG, AFJUARA, AFCOROT, AFAJAIB, AFGEDIK, AFHENSEM, AFPOPULAR atau sebarang AF lagi, ia juga termasuk dalam kempen TAK NAK SMS ini.

Idea kempen ni sebenarnya aku dapat dari blog Ilham tak lama dulu, dalam tulisannya bertajuk Kriteria pelajar AF3..dari pandangan Ilham....

Ilham menyarankan - "bloggers especially establish bloggers yang berkaitan dengan AF memulakan kempen "TAK NAK SMS" sekiranya harga sms tidak diturunkan sekurang kurangnya 50% dari harga sekarang....tanpa sms, tiadalah AF menjadi fenomena....."

Aku bukan lah one of established AF bloggers, sebab aku rasa tak ada orang baca blog aku sebab nak baca pasal AF. Dan aku juga tak melancarkan kempen ni dengan tujuan supaya harga SMS diturunkan mahupun dengan tujuan menghalang AF menjadi satu fenomena. Dan sama sekali aku tak bertujuan nak boikot Astro atau krew penerbitan AF. Malah aku masih lagi suka nak menonton Diari dan Konsert Mingguan AF.

Cuma kempen ini sengaja aku lancarkan kepada diri aku sendiri, sebagai satu langkah berjimat-cermat, dengan perkara² berikut menjadi garis panduan kempen ini:

- 1 SMS = RM 0.50 (belum termasuk cas oleh syarikat telekomunikasi). Jadi, setiap kali aku rasa nak SMS, lebih baik aku bagi sekeping syiling 50 sen kat Raha, sebab dia memang suka sangat masukkan syiling dalam tabung Wardina dia tu (tabung tu ada gambar Wardina dengan anak dia, aku dapat free beli Pureen Baby Wipes dulu). Bukan saja aku dapat menjimatkan 50 sen, aku juga dapat membuatkan Raha berasa seronok disamping melatih dia menabung sejak kecik.

- Daripada taip AFUNDI DOLAH dan hantar ke 32999, lebih baik aku taip "Hai apa khabar?" dan hantar pada kawan² yang dah lama aku tak contact. Setidak²nya aku dapat mengeratkan silaturrahim yang dah lama renggang. Dapat jugak pahala. Kalaupun aku SMS untuk pelajar² AF tu, belum tentu aku dapat mengeratkan silaturrahim dengan pelajar AF tu. Kalau setakat aku hantar 1 atau 2 sms untuk undi dia, dia peduli ke nak kenal sapa aku bila dia dah popular besok?

- Daripada taip AFUNDI GAYAH dan hantar ke 32999 bagi mengayakan Astro & syarikat telekomunikasi yang memang dah kaya, lebih baik aku taip "Ello, takde projek printing untuk aku ke?" dan hantar pada kenalan² yang berpotensi mengayakan aku yang belum kaya ni. Manalah tahu kot memang diorang tengah ada projek. Dari membazir 50 sen untuk AF, mana tau kot aku dapat job RM 50 ribu ke, RM 5 ribu ke, RM 500 ke, malah kalau dapat masuk poket 50 hengget aje sekalipun dah cukup baik dari keluar poket 50 sen.

-Daripada sms untuk adik² AF yang aku tak pernah kenal, dan mungkin tak akan kenal tu, lebih baik aku sms kat adik² aku yang berderet² tu, sambil buat lawak² nostalgia zaman kanak² kitorang dulu. Paling tak pun, merapatkan lagi hubungan kami adik-beradik. Lagipun kalau sms untuk adik² AF tu, paling rapat pun aku dapat bersalam dan amik gambar jek dengan diorang. Tu pun mungkin setelah bayar RM50 untuk hadiri jamuam makan petang sempena harijadi atau perasmian fan club diorang.

-Daripada aku memanjangkan bil telefon aku dengan deretan sms AFUNDI, adalah lebih mulia jika aku memanjangkan bil telefon aku dengan deretan sms MISI. Yang pastinya anak² malang dalam Misi Suara Hati tu lebih memerlukan duit aku dari mereka yang dah tentu popular dan berduit bila tamat AF3 nanti.

Maka selepas hari ini, hinggalah tamat konsert akhir AF nanti, korang akan dapat tengok banner TAK NAK SMS ni kat sidebar blog aku ni. Begitulah bersungguh²nya azam aku nak menjayakan kempen ini. Buat ahli keluarga aku, rakan² AMTY dan sahabat² yang mengunjungi blog aku ni, aku mengalu² kan sesangat kalau korang nak join aku untuk sama² katakan TAK NAK pada SMS. Jika korang setuju untuk bersama² aku, sila angkat tangan tinggi², dan mari kita sama² arak sepanduk TAK NAK SMS ini di blog kita.

Dan jika korang ada perkara² lain selain dari yang aku senaraikan di atas, yang sesuai dijadikan garis panduan untuk kempen ini, jangan segan² luahkan di ruangan komen. Semoga dapat kita kongsi bersama-sama.. Jom semua! Katakan TAK NAK pada SMS!

Thursday, May 19, 2005

Idola Amerika - Babai Vonzell

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dikebas dari idolonfox)

Bila sesuatu berlaku tidak seperti kemahuan kita, rasa macam nak bakar jek TV. Tapi bila sesuatu berlaku sepertimana yang kita nak, bosan la pulak ek. Hehehe..

Macam hari ni, bila Vonzell yang keluar, aku tak ada lah rasa seronok ke apa ke. Rasa biasa je. Cuba kalau Bo yang terkeluar, mesti panjang lebar entry aku hari ni.

Bo & Carrie memang dari awal lagi antara yang paling menyerlah di antara semua peserta. Diorang juga yang paling konsisten dalam setiap persembahan, tak ada menyumbang mambang dari saat ujibakat hinggalah ke hari ini. Jadi aku rasa memang diorang layak sesangat sebagai Final 2.

Idola Amerika - Top 3

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dicilok dari idolonfox)

Minggu ni diorang kena nyanyi 3 lagu. Pusingan pertama, lagu yang dipilih oleh Clive Davis (tak ingat exactly sapa dia ni, tapi orang besar kat BMG lah). Pusingan kedua, diorang nyanyi lagu pilihan sendiri dan pusingan ketiga lagu yang dipilih oleh juri.

Vonzell Solomon
1. I'll Never Love This Way Again
2. Chain Of Fools
3. On The Radio
-Lagu pertama kedengaran sumbang pada aku. Lagu kedua pula merupakan persembahan terbaik dari Vonzell setakat ini. Untuk lagu ketiga pula, aku rasa persembahan dia biasa² jek.

Bo Bice
1. Don't Let The Sun Go Down On Me
2. In A Dream
3. (I Can't Get No) Satisfaction
-Untuk ketiga² pusingan, persembahan Bo adalah terbaik antara ketiga² peserta. Lagu pertama tu tersangat popular tapi macam biasa, Abang Bo tetap dengan cara tersendiri, langsung tak terikut² penyanyi asal. Lagu kedua pula dinyanyikan tanpa iringan band. Jadi keseluruhan lagu tu bergantung kepada kekuatan vokal Bo semata-mata. Aku sebenarnya tak tau pun lagu tu, tapi dengar suara Bo je dah cukup membuatkan aku dan Ana ternganga depan TV. Untuk lagu ketiga pula, you rock, BO! Ini malam bukan Ahmad Albab yang punya. Ini malam Abang Bo yang punya!!

Carrie Underwood
1. Crying
2. Making Love Out Of Nothing At All
3. Man I Feel Like A Woman
-Aku suka persembahan Carrie terutamanya untuk pusingan pertama dan kedua. Pusingan ketiga tu pun best jugak, cuma aku lebih suka yang lagi 2 tu lah. Walaupun tak sebaik persembahan Abang Bo, tapi tetap lebih bagus jika dibandingkan dengan Vonzell.

Secara keseluruhannya, berdasarkan persembahan malam ni, aku meletakkan Vonzell di tangga terbawah. Dan kalau berdasarkan kedudukannya minggu² lepas yang kerap masuk bottom 3, ada kemungkinan Vonzell akan tersingkir minggu ni. Tapi entah lah, dalam hati aku rasa macam Carrie jek yang terkeluar. Tak kisah lah sapa² pun asalkan bukan Abang Bo!

Monday, May 16, 2005

Selamat Hari Guru

Entah bila kali terakhir aku mengucapkan Selamat Hari Guru pada seseorang. Dah lama sangat agaknya, sebab itulah aku tak ingat.

Oleh itu aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan mengalungkan jutaan terima kasih kepada semua insan yang pernah bergelar guru, cikgu, pensyarah atau apa² saja yang seerti dengannya dalam hidup aku. Mungkin tak ada seorang pun dari cikgu² aku yang membaca ucapan ini, tapi tak apalah. Setidak²nya, mungkin untuk satu entry ini, aku dapat mengenang kembali insan² yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk hidup aku hari ini.

Selamat Hari Guru buat dua insan yang merupakan guruku yang pertama, dan masih lagi guruku sehingga hari ini, yang mengajar aku tersenyum, ketawa, bercakap, merangkak, bertatih dan berlari. Yang mengajar aku seribu satu pengajaran yang tidak mampu aku coretkan di sini. Selamat Hari Guru buat Emak dan Abah, yang begitu sabar mendidik aku dengan segala ilmu untuk aku menempuh pahit maung, dugaan dan godaan hidup ini.

Selamat Hari Guru buat ustazah yang mula² mengajar aku Alif, Ba, Ta. Sungguh aku tak ingat apa namanya. Masa tu aku kecik lagi, baru 4 tahun kot. Tapi aku ingat selalu pergi mengaji dekat rumah dia dengan Abang Long. Masa tu kami sekeluarga masih duduk di Kg. Jawa, Kota Tinggi.

Selamat Hari Guru kepada Cikgu Sam dan Cikgu Ani di sekolah tadika Kg. Awah. Cikgu Sam dulu selalu ajar menyanyi. Ingat lagi, ada satu lagu tu, liriknya "Samba gelek-gelek.. samba gelek-gelek.. pusing belakang". Tapi aku suka tukar jadi "Cikgu Sam-ba gelek-gelek.. cikgu Sam-ba gelek-gelek..". Tapi aku tak nyanyi depan dia lah. Aku nyanyi depan mak aje.

Selamat Hari Guru juga buat Cikgu Amnah guru kelas yang garang sewaktu aku darjah 1. Tapi kerana kegarangannya juga tu lah menjadikan aku cepat tangkap segala ilmu yang diajar. Aku takut betul kalau kena pukul dengan pembaris kayu yang besar tu. Ucapan yang sama juga buat semua cikgu² di Sekolah Kebangsaan Felda Kg. Awah yang pernah mengajar aku, Cikgu Zainiah yang sentiasa ceria, Cikgu Chong guru tarian yang suka sangat menocang rambut aku dengan segala bentuk tocang, Cikgu Zainal dan Cikgu Adnan guru muzik, Cikgu Tarmiyah, Cikgu Fatimah, Ustazah Habsah, Cikgu Mokhtar, Cikgu Zakaria, Cikgu Marhana, Cikgu Sahazudin yang hensem yang membuatkan bebudak perempuan baru nak naik semua tergedik². Miss Khoo Ah Kwan guru Bahasa Inggeris favourite aku. Miss Khoo ni boleh tahan juga garangnya. Kalau marah dia mesti sebut - stupid dumb dumb, atau stupid dumb bell. Belakang dia, aku dengan adik-beradik aku gelarkan dia Miss Khoo tonggek. Jahat ek kitorang?Tapi kitorang suka dia sebenarnya. Dia ajar English memang best, memang senang je masuk kepala.

Selamat Hari Guru juga buat cikgu² yang mengajarku di MRSM Kuantan, MRSM Kerteh dan MRSM Terendak. Cikgu Salihah, Cikgu Hamdan, Ustaz Zawawi, Ustazah Rokiah, Cikgu Zul, Cikgu Hamidah, Cikgu Ahmad, Cikgu Roslan, Cikgu Ruhilah, Cikgu Norlela, Cikgu Zalilah, Cikgu Zaliah, Ustaz Wahab, Cikgu Jamaludin, Cikgu Abdullah, Ustaz Abdullah. Banyak nama yang aku dah lupa disebabkan batch aku banyak sangat pindah² MRSM, jadi banyak sangat cikgu² yang mengajar aku di MRSM.

Selamat Hari Guru juga kepada pensyarah² yang menurunkan ilmu di MLA Cheras, MCC Kuantan, IKIP Kuantan dan FTMS KL. Mr. Hari Ramulu pensyarah akaun kegemaran aku, walaupun adakalanya Mr. Hari suka buat lawak miang. Mr. Tang yang tersangatlah friendly, yang akhirnya terjatuh chenta pulak dengan best friend aku, dan kini telahpun memeluk Islam, dah anak sorang pun diorang. Puan Azizah yang sentiasa percaya kepada kebolehan aku. Dan ramai lagi yang tak mampu aku ingat nama kesemuanya.

Juga Selamat Hari Guru buat guru² tak langsung yang lainnya seperti Pok Leh cikgu gitar, Kim cikgu DJ, Lynn cikgu menyanyi, instructor Taekwon-Do yang aku dah lupa namanya, dan Lena, seorang kakak yang aku tak pernah ada, yang banyak mengajar aku tentang pelbagai perkara dalam hidup ini.

Selamat Hari Guru juga buat mak dan abah mertua ku yang sememangnya bekas guru.

Buat guru² ku yang telah kembali ke Rahmatullah, Pak Kassim yang mengajarku Al-Quran dan Ustazah Anisah bekas wardenku di MRSM Kerteh, semoga Allah menempatkan kalian dalam golongan mereka yang beriman. Jasamu mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.

Kalau nak diikutkan tak terbilang ramainya guru yang kita jumpa sepanjang hidup ini. Lebih tak terbilang lagi jasa dan ilmu yang mereka turunkan. Buat semua insan yang merupakan guru² dalam hidup aku, maafkan aku kalau aku telah lupa nama² kalian, namun aku tidak pernah lupa jasa kalian dan aku tidak pernah lupa menyebut kalian di dalam setiap doaku selepas solat. Semoga Allah merahmati kehidupanmu di dunia dan di akhirat, dan memberkati segala ilmu yang telah kau curahkan.

Buat semua guru² ku dan guru² lainnya di luar sana, aku ucapkan Selamat Hari Guru.

Sunday, May 15, 2005

Aku dan selsema

Rasanya baru je lagi aku tulis pasal aku kena selsema hari tu. Ni dah kena selsema lagi. Aku dan selsema dah macam kawan baik pulak. Kalau Raha selsema, aku pun selsema. Kalau Abang selsema, aku pun selsema. Kalau jiran sebelah rumah selsema, aku pun selsema. Kalau mamak kat Khalifah atau Naina tu selsema pun, aku selsema jugak agaknya. Mungkin pakar bahasa boleh tambah satu lagi perumpamaan dalam kamus simpulan bahasa. Selain dari 'bagai isi dengan kuku' atau 'bagaikan belangkas', boleh juga digunakan 'bagai SuMie dengan selsema'.

Contoh ayat : Dimana ada Makcik Saodah, disitulah ada Pakcik Seman. Mereka bagaikan SuMie dengan selsema.

Boleh gitu?

Thursday, May 12, 2005

Idola Amerika - Babai Anthony

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar pinjam dari rickey.org)

Minggu² sebelum ni aku memang nak sangat Anthony keluar. Tapi kenapa ek, bila dia dah betul² keluar, aku rasa cam tak best jek? Mungkin sebab semalam dia nyanyi lebih baik berbanding Carrie & Vonzell? Atau sebab aku pun tumpang sedih nengok Carrie yo poyo nangis untuk Anthony sambil cakap 'I love you'?

Apa² pun, Anthony boleh melangkah keluar dengan bangga sebab persembahan semalam memang yang terbaik darinya. Lagipun perangai dia pun okay, tak de lah eksyen tak tentu hala macam yang sorang tu kan.. (eh sempat jugak aku kutuk orang tu).

Wednesday, May 11, 2005

Idola Amerika - Top 4

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dari idolonfox)

Carrie Underwood
Sin Wagon - Lagu tu sesuailah kot dengan vokal Carrie. Tapi bagi aku cam biasa jugak lah. Minggu² sudah pun Carrie nyanyi lebih kurang macam tu je. If You Don't Know Me By Now - Agak membosankan.

Bo Bice
It's A Great Day To Be Alive - Walaupun agak membosankan, namum macam biasa persembahan Bo tak ada cacat celanya.
For The Love Of Money - Untuk The Apprentice musim akan datang, Donald Trump jemput Abang Bo aje lah untuk acara selingan, sebab Bo nyanyi lebih sedap dari kumpulan yang menyanyi masa episod Kelly diumumkan pemenang tu.

Vonzell Solomon
How Do I Live - Macam tak bermaya jek. Aku memang tak berapa minat suara Vonzell. Untuk lagu ni pun, suara dia macam terketar². Bukan terketar² sedap, terketar² macam orang nervous. Part tersedak tu pulak tak sepatutnya berlaku. Randy puji Vonzell sebab selalu nyanyi lagu² mencabar. Bagi aku baik nyanyi lagu simple tapi menguasai persembahan dari nota pertama ke nota terakhir, daripada nyanyi lagu mencabar kononnya untuk buktikan keupayaan kita, tapi bila buat persembahan nampak sangat macam tertekan, macam dipaksa² keluarkan suara.
Don't Leave Me This Way - Persembahan kedua Vonzell okay lah. Dapat lah tutup balik kelemahan persembahan pertama tadi.

Anthony Fedorov
I'm Already There - Aku rasa persembahan Anthony kali ni ada banyak peningkatan. Boleh dikatakan kedua² persembahannya bagus. Malah aku rasa Anthony lebih bagus dari Carrie dan Vonzell minggu ni.
If You Don't Know Me By Now - Memang AI ni tak ada syarat yang peserta tak boleh menyanyi lagu yang sama untuk 1 malam ek? Rasa macam janggal pulak dengar Anthony & Carrie nyanyi lagu yang serupa. Tapi aku rasa persembahan Anthony lebih baik dari Carrie.

Hmm.. sapa ek keluar besok. Mungkin Anthony, sebab dah beberapa minggu dia asyik masuk bottom 3 / bottom 2. Kalau berdasarkan persembahan mungkin Vonzell atau Carrie. Vonzell pun pernah masuk bottom 3 jugak. Kalau Carrie yang keluar, satu kejutan jugaklah. Bo? Mungkin tidak..

Tuesday, May 10, 2005

AMTY Menuju Puncak

7 Mei 2005 - seperti yang dirancang, ekspidisi Menuju Puncak Genting Highland terlaksana akhirnya. Disertai oleh Mag, Uncute, Emy, Qyrie, Watie sekeluarga, serta aku sekeluarga.

Lebih kurang pukul 9 pagi, semua berkumpul di stesen LRT KL Sentral. Aku sarapan kat Cafe Shidah. Kat situlah, ada sorang waitress tu garang semacam je aku tengok. Nak mintak pinggan pun takut. Tak tau lah aku dia tu waitress ke atau dia tu lah Shidah nya. Kepada Shidah atau waitress itu, sekiranya anda membaca, terimalah ucapan ikhlas dari ku, "Senyum lah sikit dik.."

Bas ke Genting yang sepatutnya bertolak jam 10 pagi terlewat beberapa minit disebabkan menunggu Emy yang agaknya pegi set sanggul dulu kat saloon. (:-p Emy)

Lebih kurang pukul 11.30 pagi kot, kitorang sampai kat stesen bas Genting, kitorang naik cable car pulak menuju ke puncak. Rasanya ni lah pertama kali aku naik cable car. Tak ingat pulak kalau kecik² dulu pernah naik. Berderau jugak lah darah aku mula² naik tu. Kalau adik aku Ana naik, gerenti sepanjang perjalanan ke atas tu dia tekup muka kat bahu aku sambil terkeluar air liur sebab gayat. Melihat pemandangan di bawah pula, aku terpikir, mesti si Screw saja je kata dia busy, sebenarnya dia taknak naik cable car tu.. huhuhu.

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan dari dalam cable car ketika baru mula bergerak.

Image hosted by Photobucket.com
Itu dia cable car yang dinaiki oleh Mag, Uncute, Qyrie, Emy & Watie sekeluarga.

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan bukit-bukau dari dalam cable car.

Image hosted by Photobucket.com
"Apasal aku rasa tinggi jek ni?" agaknya tu lah kata Raha yang baru bangun tidur.

Sepanjang 3.4 km perjalanan ke puncak yang aku rasa macam lama betul tu, ada bermacam artifak yang boleh kita tengok. Bagus juga diorang letak artifak² tu kat situ. Ada jugak lah mende lain nak ditengok selain dari pokok² jek.

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Gajah

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Harimau

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Orang Utan

Image hosted by Photobucket.com
Artifak Orang Asli

Sampai kat stesen Skyway kat atas tu, kitorang menapak pulak, melalui indoor park, kemudian terus ke outdoor park. Dah lah nak menapak tu jek dah habis separuh hari, berlaku pula 'krisis wristband' yang membuang lagi masa aku.

Aku baru nak nak masuk satu bot besar tu, adik yang jaga tu kata wristband aku tu untuk indoor park. Ya, ada staff bodo kat atas sana dah bagi aku wristband untuk indoor park sedangkan tiket kitorang untuk outdoor park. Manalah aku tau bezanya kan, aku bukan kerja kat situ. Dah aku kena menapak balik ke indoor park tu untuk tukar wristband aku. Staff yang bangang tu tak reti pulak nak mintak maaf. Dia buat muka cekodok basi jek. Apa lagi, 18 tangki lah kena sembur ngan air lur aku. Buat spoil mood aku je. Aku balik semula ke outdoor park, hari hujan lah pulak. Langsung tak boleh main apa². Sepertinya Genting tak merestui kedatangan aku pulak.

Dalam marah² tu Mag hulur handphone, katanya 'orang jauh' nak cakap. Aku ingatkan Screw, aku pun kata lah kat orang dalam telepon tu, yang aku tengah marah, lengkali jek la cakap kan, kasi can aku lepas marah dulu. Lepas tu baru aku tau rupa²nya Cheeka yang call tu. Laa.. kan Mag dah kata 'orang jauh'. Aiseh.. sorilah Cheeka. Aku memang tak terpikir langsung, ko yang call tu.

Disebabkan hari hujan, semua orang masuk semula ke indoor park. Aku, Abang & Raha teruskan masuk bot besar yang tak jadi naik tadinya tu. Tak ingat pulak aku apa nama bot besar tu. Tak ada apa sangat lah dalam tu. Tak masuk pun tak apa. Tapi lama jugaklah aku lepak² kat atas tu ambik gambar.

Image hosted by Photobucket.com
Raha & Abah atas bot.

Image hosted by Photobucket.com
Sebahagian pemandangan di Outdoor Park.

Lepas tu aku join diorang semua lunch kat Pizza Hut. Lepas lunch, semua orang nak pergi Snow World. Aku tak dapat join sekali sebab budak umur bawah 3 tahun tak boleh masuk. Jadi aku & Abang masuk Ripley's Believe It Or Not. Mula² tu macam boring, tapi makin lama, makin menarik mende² yang dipamerkan kat dalam tu. Lama jugak lah aku ambik masa baca satu², ambik gambar. Nanti bila² aku buat entry lain untuk gambar² yang aku ambik kat Ripley's tu.

Habis round muzium Ripley's tu, aku pergi balik ke outdoor park, tapi tak boleh nak main apa² jugak sebab Raha dok tidur lena. Sedap kot tidur sejuk² gitu.

Image hosted by Photobucket.com
Walaupun tidur, tetap posing sebelah tin Coke.

Walaupun tak sempat main apa², aku tetap seronok sebab keluar ramai² dengan AMTY. Rasanya pergi dan balik hari yang sama memang tak cukup nak main semua yang ada kat atas tu. Tambah pulak kalau ada 'krisis wristband' dan hari hujan. Mungkin lain kali aku pergi overnight kat sana. Yang penting, Raha mesti lah dah berumur lebih 3 tahun, baru seronok. So pada kawan² yang ada anak kecik tu, kalau rasa nak pegi Genting, sabar dulu ya, tunggu sampai anak dah 3 tahun. Bukan apa, nak tukar diaper pun susah. Toilet dia tak baby friendly macam toilet Jusco.

Lebih kurang pukul 6.30 kitorang menapak kembali ke stesen Skyway. Lepak² sekejap di cafe, seperti biasa menganyam ketupat sementara menunggu bas. Dalam bas, Raha & Mera anak Watie semakin kamcing sambil berkongsi satu tupperware kismis sampai habis. Sampai di KL Sentral, kitorang dinner pulak di Kenny Rogers kecuali Watie yang terpaksa balik sebab ada kenduri, dan Uncute yang dah tak larat. Memang penat gila!! Makan pun licin..

Sampai di rumah, lepas mandi aku terus letak kaki kat i-Squeeze tuh. Fuhh.. syoknya dapat urut kaki yang terdera seharian di puncak.

Monday, May 09, 2005

Dah baik dah..

Image hosted by Photobucket.com
"Sedapnyaa..!!"

Selepas seminggu tak makan apa², disebabkan ulcer dalam mulut hari tu, lihatlah Cik Raha bila dah boleh mengunyah semula. Wajah² 'kemaruk makan' ini merupakan hadiah paling bernilai sempena hari jadi aku Jumaat lalu.

Image hosted by Photobucket.com
"Nyumm nyumm.. nyumm"

Image hosted by Photobucket.com
"Geget.. geget..!!"

Saturday, May 07, 2005

Happy Birthday Mak Teh Raha


Image hosted by Photobucket.com

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Kak Teh
Happy birthday to you...

Happy 19th Birthday To My Beloved Sister - ERMA SYAFINAZ.

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, May 05, 2005

Idola Amerika - Babai laa Scott

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dari idolonfox)

Gendang gendut tali kecapi
keluar Scott PUAS HATI !

Wednesday, May 04, 2005

Idola Amerika - Top 5

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar dari idolonfox)

Anthony - sumbang mambang
Scott - uwekkkk *muntah dalam baldi Fear Factor*
Vonzell - okay
Carrie - best
Bo - paling best!!

Tersangatlah jelasnya bahawa persembahan Bo & Carrie jauh lebih hebat dari yang lain². Tapi diorang takde lah berlagak macam mamat sorang tu. Menyampah sungguh aku nengok. Dah la nyanyi tak sedap, attitude pulak macam bagus jek. Kalau pun dia perasan nak mampus yang dia tu akan kekal lagi minggu depan, tak payah lah nak eksyen sangat. Uwekkkk !!! *muntah lagi dalam baldi Fear Factor*

Tuesday, May 03, 2005

Dari Dapur Chef Diva SuMie - Ayam Masak Lomak Cili Api

Image hosted by Photobucket.com

Tengok la tajuk aku kat atas tu, diva konon.. chewah! Macam la pandai masak. Padahal, sejak kerja sendiri ni jek la baru aku reti nak masak hari². Kalau tak, gerai Kak Nor belakang pasar TTDI tu jugak la yang aku bedal. Lantak la kan. Kat mana lagi aku nak jadik Diva kalau tak kat blog aku sendiri.

Sebenarnya aku pun tak tau le betul ke tak resepi aku ni, sebab aku bukan orang Nogori 9. Kalau tak betul, Chef Diva Skru tolonglah betulkan ye. Tapi kalau tak betul pun, janji rasanya sedap dimakan, ok lah kan. Jadi untuk Diva² sekalian yang tak tau nak masak apa hari ni, apa kata kita buat Ayam Masak Lomak Cili Api.

Bahan-bahan:
½ ekor ayam
2 biji kentang
20 biji cili api (kalau suka pedas, tambah lah 10 biji lagi ke, 20 ke, 100 pun boleh)
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
1 kotak santan M&S low fat (promosi lagik)

Cara memasak:
Cili api, kunyit hidup, bawang putih & bawang merah ditumbuk sampai lumat.
Gaulkan ayam dengan bahan tumbuk & serai dalam periuk sampai ayam tu kecut & kering airnya.
Masukkan santan dan kacau supaya tak terbit minyak.
Masukkan kentang.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan ajinomoto kalau suka
Tunggu sampai kuah menggelegak, tutup api, masuk dalam mangkuk, ambik nasi dan makan..

Image hosted by Photobucket.com

Masak lomak ni makin sedap jika sambil memasak Chef Diva menyanyikan lagu Apo Nak Dikato dengan pitching yang betul dan lontaran suara yang jelas. Pastikan gerak tari anda tidak melampaui batas kerana dikhuatiri terlanggar periuk.

Kalau pakai santan asli tu, agak² sendiri la ye. Aku memang pakai santan kotak sebab senang simpan. Kalau aku beli santan asli tu, aku tatau berapa lama boleh tahan dalam peti sejuk. Lagipun aku masak lauk bersantan ni ikut mood jek.

Selamat memasak ya Diva² semua!

Monday, May 02, 2005

Kesiannya dia..

Image hosted by Photobucket.com

Tengok lah si bucuk mak ni taknak makan, taknak minum. Risau dibuatnya.

Petang Jumaat
Raha asyik merengek jek. Aku pun tak tau apasal. Malamnya dia demam sekejap. Tidur pun tak lena. Selalu kalau terjaga, aku suap puting dia senyaplah. Tapi malam tu dicampak²nya pulak sentil favourite dia tu.

Sabtu
Bila bangun pagi, demam dia dah hilang, tapi asyik menangis. Siap guling², bergulung² segala. Bagi puting, campak. Bagi susu, buang. Bagi mainan, tolak. Kena lah aku dukung sepanjang masa. Adusshh.. bayangkan mengelek guni beras 10 kilo tu berjam². Ada masa aku sampai dah tak larat, aku letak, aku biar je dia menangis golek² atas lantai. Sampai nak terkeluar anak tekak dia melalak. Kesian pulak aku tengok. Rasa macam kejam la pulak. Aku gagahkan jugak lengan yang dah nak separuh lebam ni dukung dia.

Aku ingat dia sakit gusi nak tumbuh gigi ke. Petang tu kitorang bawak gi klinik. Doktor kata ada 2-3 biji ulcer dalam mulut dia. Uwaa.. sedihnya aku dengar. Patutlah dia taknak makan, taknak minum, taknak puting. Lepas tu tengok kat kaki dia ada gatal² macam chicken pox kecik². Doktor kata, mungkin coxaki. Uwaa.. lagilah sedih aku dengar. Walaupun bukan peringkat merbahaya, tapi bayangkan la, yang dah tua bangka pun, kalau ada sebiji ulcer dalam mulut dah sengsara, ni kan pulak 2-3 biji!

Macamana Raha boleh kena, tak tau lah. Doktor kata sekarang memang musim, mungkin sebab panas, mungkin berjangkit dari budak lain. Raha ni pun memang pe'el dia suka cium², gigit² tiang lah, dinding, lantai lah. Tak tau lah kot terkena jangkitan masa main² kat taman ke kat shopping complex ke.

Balik dari klinik, Cik Ika babysitter Raha tu terus ambik nak jaga dia. Aku biarkan je lah. Mana tau kot dengan Cik Ika dia nak makan pulak. Akak tu terer sikit bab pujuk-memujuk ni. Lagipun dapatlah aku melegakan sengal² lengan sekejap. Sempat jugak lah aku concentrate nengok AIM separuh masa yang pertama. Lepas tu aku pegi ambik Raha, Cik Ika kata dia still taknak minum jugak.

Masa tu makin menjadi² Raha meraung. Jenuh jugak nak menenangkan dia. Aku & Abang terpaksa gilir² dukung Raha bawak jalan² luar rumah. Mesti dia dah lapar & haus sangat, akhirnya dia nak juga minum sikit tapi pakai straw lah. Bila dah mengantuk sangat, dia tertidur jugak. Tapi tak sampai sejam dah terbangun, nangis lagi. Kenalah aku dukung bawak jalan² lagi. Baru dia tidur semula. Lepas tu terbangun lagi. Pujuk lagi. Tidur semula. Bangun lagi.. dan seterusnya hampir setiap jam sampailah ke pagi.

Ahad
Bangun pagi tak ada tanda² Raha semakin sihat. Masih kejap merengek, kejap meraung. Kali ni bagi minum pakai straw pun tak nak jugak. Nak bagi ubat pun satu masalah juga dengan keadaan dia yang asyik berguling 360° tu. Kira aku bernasib baik lah sebab Cik Ika tu memang caring habis. Dia sendiri offer nak bawak Raha jalan², siap bawak pegi Tesco. Dapatlah aku buat kerja rumah sekejap.

Bila Raha balik, dia cuma minum sebotol Vitagen jek. Gatal² kat kaki dia pulak dah makin bertambah hari ni. Dia asyik pegang² kaki dia macam nak menggaru. Susahnya lah hati aku.

Mak mana lah tak susah hati kalau anak asyik menangis, tak nak makan, tak nak minum, tak nak tidur. Aku risau sakit lain pulak yang datang disebabkan dia langsung taknak minum susu tu. Pikir punya pikir, dah nak masuk petang baru aku dapat idea. Aku rasa tak ada cara lain, aku kena juga paksa Raha minum susu macam aku paksa dia makan ubat selama ni. Kebetulan aku memang ada simpan satu picagari besar. Mulalah aku & Abang pegang kaki & tangan dia untuk suap susu tu. Mula² dia ingat kitorang nak bagi ubat kot, dia meronta² sakan jugak. Lepas tu bila dah masuk mulut, dengan rela hatinya dia bukak mulut besar². Tu mesti dah lapar sesangat lah tu. Maka sampailah ke malam, setiap setengah jam aku & Abang suap susu kat Raha dengan syringe tu.

Bila dah dapat susu tu, Raha dah kurang menangis. Aku rasa dia pun dah penat. Suara dia pun dah serak. Malam ni pun dia tidur lena sikit berbanding semalam. Tapi lena tak lena pun, aku rasa dah 8 kali jugak lah dia bangun sepanjang aku tulis entry ni. Cuma dia bangun takde lah meraung² macam semalam. Setakat bangun, turun dari katil, merengek², jalan² tak tau cari apa, lepas tu landing kat mana² yang dia rasa selesa seperti bawah katil, depan pintu bilik, bawah meja, bawah kerusi, tepi TV, tengah² ruang tamu atau celah ketiak abah dia.

Hopefully 2-3 hari ni dia sembuhlah. Sejak Raha lahir, dia memang bukan jenis yang kuat meragam dan memang jarang sangat menangis. Kalau menangis pun, senang sangat dipujuk. Jadi aku rasa bila dia sakit kali ni lah yang paling mencabar kesabaran aku & Abang. Bila Q cakap, kawan office dia ada 2 orang anak sekali kena coxaki (aku rasa serentak lah), aku tak dapat bayangkan macamana payahnya mak abah dia tu nak menguruskan. Dan bayangkan pula ibubapa yang punyai anak yang menghidap sakit kronik, betapa aku tabik ketabahan & kesabaran mereka.

Aku ni baru Raha sorang, dah lebam mata. Belum 2-3 orang lagi. Terkenang mak & abah, betapa lah susah payahnya terpaksa mak abah lalui dalam membesarkan kami 6 beradik ni yang dah tentu²nya macam² pe'el dan penyakit dari kecik. Uwaa.. mak.. abah.. ailabbiu..