Entry ni tak ada kena mengena dengan Diari AF maupun Konsert AF. Sebenarnya dari minggu lepas aku nak
update ni, tapi tak berkesempatan.
Ahad lepas (12 Jun), AMTY bersidang lagi untuk acara 'Bot Ber-wap' & Juara Longkang. Rasanya tarikh tu memanglah sangat² bertepatan. Maklum lah sehari selepas konsert pertama AF, jadi tersangatlah banyak cerita yang hendak dikongsi. Bertimbun juga daun ketupat yang perlu dianyam, dan banyak juga kelongsong ketupat yang perlu diisi.
Acara 'Bot Ber-wap' tu bukanlah acara AMTY bermandi wap beramai² di dalam bot, malah acara itu dibuat jauh sekali dari laut maupun sungai. Bukan juga dalam bilik ber-wap ala² mandi sauna tuh. Sebenarnya kitorang pegi makan
steamboat kat Johnny's Restaurant. Kononnya
lunch lah, padahal yang datang tu semua tak sarapan pagi lagik dengan tujuan memang nak melantak sebanyak mungkin. Aku datang dengan Abang, Raha & Ounis. Masa aku sampai, Screw, Mag, Uncute, Qyrie, Watie &
family dah menunggu. Aku ingat aku dah dapat rebut takhta Ratu Lambat, lupanya aku tewas ditangan Kak Sham yang muncul selepas kami
order makanan.
Menu utama di Johnny's dah tentulah bot ber-wap (
steamboat), selain tu ada beraneka nasi goreng, nasi ayam,
noodles,
chicken wings. Jadi AMTY yang tak makan
seafood memang ada banyak pilihan lain. Aku lupa pulak nak amik gambar hidangan kitorang hari tu. Selalu kalau bab² makan nih, ada jek AMTY yang keluarkan kamera. Tapi hari tu semua dah lapar sangat kot.
Persidangan meja panjang di Johnny's memang meriah, disebabkan aku dah
book bilik tertutup, jadi memang
privacy sesangatlah. Memang tak seganlah kalau Watie nak mengilai ke, Qyrie nak jadi Nenek Tiri dalam bilik tu ke (dah naik pangkat dah, dulu Mak Tiri jek). Topik terhangat di pasaran tak lain tak bukan topik AF lah. Aku dengan Watie mestilah promo Mawi, anak ikan kitorang tu kan. Screw pulak dengan kekaguman tak sudahnya terhadap kelicinan ketiak
protegenya, Amylea tu. Qyrie pulak, dan dang dut minat kat Felix pulak. Hari tu seingat aku dia yang yo yo oo tak nak tengok Diari AF. Haa kau, baru seminggu, tersangkut jugak.
Lama jugak laa kitorang kat Johnny's tuh sampai kerusi yang aku duduk tu pun ala² tak puas hati jek kat aku.
Time aku mintak bil tu jugak lah kerusi tu nak terbalik, lagi 2 inci jek, nyaris aku nak tergolek. Kosser tau. Depan²
waiter tu lagik. Detik Keemasan gitu. Rugi tak bawak
video-cam, kalo tak, AMTY boleh hantar Detik Keemasan tu masuk
Candid Camera ke,
Malaysian Most Funniest Video ke, harus akak glemer satu Malaya. Disebabkan tu akak tak sempat nak
touch-up mekap akak yang dah cair kena wap
steamboat tuh. Bukan apa, tak nak lah duduk lama² lagi kat kerusi yang dah mendajalkan aku tuh kan.
Seterusnya dengan perut yang kenyang, kitorang bergerak pulak untuk acara Juara Longkang. Tak ramai orang kat tempat bowling tu, agaknya orang tak tau lagi tempat tu kot. Tak ramai pun bagus, takde lah segan sangat akak nak melongkangkan bola tuh kan. Kitorang pun amik 2
lane ala² nak dekat hujung sekali, kira²
lane paling
coverline la tu.
Aku sebenarnya dari awal dah konfiden dah memang aku akan 'menjuarai'
game hari tu. Belum pernah lagi sepanjang
career aku bermain
bowling aku ditewaskan dalam acara melongkang. Selama ni main ngan
family aku pun, mak aku pun kalah ngan aku. Walaupun adik-beradik aku semua pandai main, sampai ada yang ada bola sendiri, tapi aku lagi terer dari diorang bab² melongkang nih. Cakaplah, luruskan tangan ke, fokus kat jari ke, fokus kat bola ke, memang aku lah Juara Longkang tiap kali main. Nak kata tak bedung tangan, mak aku kata bedung sama jek dengan adik-beradik yang lain. Jadik aku tak tau lah kan apa '
magic' nya tangan aku nih sampai susah sangat nak kasi bola tu pegi lurus.
Tapi akak tetap menten.. walaupun akak Juara Longkang selama 14 kali berturut², dengan penuh semangat kesukanan akak tetap turun padang sebab akak belum pernah lagi
bowling ngan AMTY. Lagipun akak dah tanam azam sejak 2-3 bulan lepas lagi yang akak akan merampas takhta Ratu Longkang yang Mag sandang di Kuching dulu. Mentang² akak tak pegi Kuching jek masa tu, kalau tak, takkan merasanya Mag pakai tiara dan selempang ratu tu.
Abang, Ounis,
hubby Watie, Screw & Kak Sham main satu
lane memandangkan diorang pemain professional yang memang tak ada harapan menjadi Juara Longkang. Aku, Mag, Uncute, Watie & Qyrie berentap kat 1
lane lagi bagi merebut gelaran Ratu Longkang. Kanak² pula bermain di
lane kanak² yang sungguh tak aci tuh. Tak aci tau, diorang punya
lane ada pagar kat tepi tuh, kompem tak masuk longkang punya.
Next time main, aku nak main kat lorong tu okey!
Selepas tamat
game pertama, kompem tiara Ratu Longkang milik aku. Walaupun Ounis selaku Pemain Import berjaya mengutip lebih 200
points, ternyata aura Ratu aku lebih
steady dan lebih
world gitu.. Mag dengan sayunya melepaskan tiara yang hanya sempat dijunjungnya beberapa bulan jek tu. Sudahlah Mag, buat apa ko menangis di sini, pergi ko menangis di sana! *sambil menggayakan tiara lip lap seberat 1½ kilo dengan sombongnya*
Game ke dua menyaksikan persaingan sengit antara aku & Mag. Malangnya
game tak sempat habis, dengan kelebihan 2 mata sahaja, aku gagal merampas selempang Ratu Longkang dari Mag. Cheiss!! Camanapun, kalau dicampur semua markah, aku masih lagi yang paling layak menjunjung tiara lip lap Ratu Longkang tu. Oh.. lihat lah doniaa..!
Game ke dua tu juga menyaksikan aku memecahkan rekod ku sendiri, membuatkan aku berazam untuk bertanding di Sukan Asia, seterusnya ke Sukan Olimpik di musim akan datang.. Shalin, ko tunggu aje lah cabaran akak ye.. huhuhu. Dan
game ke dua itu juga menyaksikan satu lagi Detik Keemasan bila bola
bowling aku terlepas ke belakang, Huhuhu.. secara tak langsung memberikan aku 1 lagi gelaran ratu, iaitu Ratu Detik Keemasan. Aduh, tak larat nih junjung tiara banyak²..
Cukup²lah aku merapu tuh. Tak terer ngaku jek lah tak terer ye dak? Lagi nak
cover², Ratu Longkang lah, tiara lah, selempang lah..
Anyway, tak terer pun, aku join gak korang main kan? Setengah orang, kalau dia rasa tak terer, dia tak nak main pun. Alasannya, segan. Bagi aku, tak ada apa nak segannya. Setakat main suka² apa salahnya. Kalau nak ikutkan segan, sampai sudah lah tak merasa. Lainlah kalau orang suruh masuk
tournament. Memang sah² aku
volunteer.. err tapi
volunteer bancuhkan air sirap la.
Aku kalau bab² sukan, tak kira la
indoor ke
outdoor ke, memang sejak sekolah lagik
hopeless. Masa sekolah dulu rasa rendah diri jugak lah, terutama bila tiba minggu sukan sekolah. Baik lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi, baling membaling, semua pun
fail. Tapi aku tak suka lah duduk jek tepi pondok rumah (
time sukan kan selalu diorang buat pondok) tunggu air glukos. Dan aku juga tak suka jadi tukang bawak sepanduk rumah untuk kawat walaupun aku rasa aku nih ada la jugak kriteria gadis pembawak sepanduk kan (huhuhu..). Jadi aku akan tetap cari jalan untuk
contribute. Aku masuk lah
volleyball ke,
netball ke, walaupun selalunya aku jadi pemain simpanan jek dan kebanyakan masanya aku tak main pun, tengok & sorak jek. Dan selalunya aku mesti
join kawat lah. Iye laa, orang tak terer sukan mesti diorang suh masuk kawat kan? Tak kisahlah, janji aku ambik bahagian, tak ketinggalan.
Point aku sebenarnya, tak kiralah AMTY nak buat aktiviti apa pun, asalkan bukan aktiviti melanggar undang², selagi masa dan keadaan mengizinkan, aku tetap akan join. Tak kiralah samada aku terer ke tak. Yang penting, aku ambil bahagian dalam mengeratkan persahabatan AMTY. To AMTY, korang semua memang best! Walaupun dah setahun berlalu sejak kita mula² meningkap, korang masih tetap Terhangat Di Pasaran!
Lepas ni apa pulak ek.. Raja/Ratu Mikrofon? *aku cop lagu Intifada! Huhuhu..*