Thursday, June 30, 2005

Diari AF3 - 30 Jun: Bhg. 1

Sorry ek, semalam aku tak update diari tengahari. Lagipun aku rasa tengahari semalam takde mende sangat yang menarik.

Diari hari ni, dalam kelas Adnan, semua yang praktis macam okay jek. Err.. tetiba aku rasa macam nak tukar nama jadik Maria lak. Huhuhu..

Masa semua pelajar tengah makan, Ziana Zain muncul dengan sebiji kek sambil menyanyi lagu Selamat Harijadi untuk Aidil. Aidil pandang Ziana macam jejaka dilamun cinta gitu. Kata Aidil, itu memang ada dalam wish list dia. Lepas tu Ziana dengan Aidil duduk berdua²an dalam bilik banyak cermin tu, Ziana bagi hadiah model kapal terbang kat Aidil. Lepas tu Ziana bagi nasihat² standard kat Aidil. Aidil cakap kat Ziana masa dia darjah 3 ke 4, dia tengok wayang cerita Sembilu. Mudanya dak Aidil nih, akak nengok citer Sembilu tu masa zaman akak bercinta dengan boifren akak yang ke-14 dulu, deknon. Anyway, Ziana nampak cantik tadi.

Sebelum Ziana balik, pelajar² lain pulak masuk, bawak hadiah sambil nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu.. aku dengar Mawi nyanyi, "Allah selamatkan Tanjung Katung..". Kekekeke..

Ada sorang jurumekap datang, aku lupa nama dia. Dia datang dengan Natasha Hudson. Diorang tunjukkan cara² nak mekap. Ya, inilah kelas favourite akak ye deknon. Kalau kelas ni ada hari², akak pasti study rajin² sampai kompem dapat gred A++.

Lepas tu, rasanya dalam sessi bebas kot, Mawi suruh bebudak pompuan pose macam model. Kedengaran beberapa kali Amy membetulkan sebutan 'model' Mawi (Mawi sebut 'model', dia punya 'E' as in 'Epal').

Lepas tu Mawi buat ala² tukang lelong orang dalam cerita 3 Abdul tu. Dia lelong bebudak pompuan tu, "30 darham! 30 darham!", Pastu suruh bebudak lelaki lain up sikit. Yang lelaki pun up la, 40 darham, 50 darham.. Felix up 100 darham untuk Marsha, lepas tu terus tarik tangan Marsha ke tepi. Lawak gila.

Lepas tu diorang suruh Mawi pose kat tengah² dikelilingi budak² perempuan tu. Sapa tah, Marsha kot, pegang² lengan baju Mawi, Mawi menggeliat-geliat sambil kata "Jangan lah pegang, jangan lah pegang!" sambil tepis² tangan² yang pegang dia. Huhuhu.. lawak.. lawak.. Lepas tu Mawi pose macam lelaki lembut pulak. Dia pulak yang lebih melentik dari budak² pompuan tu. Diari hari ni wajib ditonton oleh penchenta-penchenta Mawi.

Tuesday, June 28, 2005

Diari AF3 - 28 Jun: Bhg. 1

Memula sekali nampak Amylea makan roti sengsorang kat dapur. Pastu Tipahtipah angguk² geleng².. dia dia.. saya saya.. kiri kanan.. ikut saja.. Rupa²nya Amylea tengah nangis, dia ambik tisu kesat² mata dia. Pastu dia geleng² kat Tipahtipah, kira macam tanak bagitau apa² lah.

Kelas vokal dengan Cikgu Shahrul - takde apa² yang menarik. Hissing & bubbling macam biasa. Disebabkan dah selalu tengok, Raha pun dah terer hissing & bubbling sekarang. Satu lagi, Raha dah pandai gak nyanyi lagu.."Tomyam.. tomyam..". Alaa tiap kali commercial break mesti ada iklan Tomyam Putih Adabi tu kan.

Kelas Adnan - pelajar² dah mula praktis lagu masing². Setakat ni semua biasa jek. Baru sehari, so masing² masih lagi belum menguasai dengan melodi & lirik sepenuhnya. Mawi perlu kerja keras sikit untuk menghafal lirik dan memperbetulkan diction dia. Aku dengar tadi berterabur jek.

Dalam kelas tarian, Linda suruh pelajar² cipta sendiri pergerakan yang menggunakan kepala, bahu, pinggang dan pinggul dengan menggunaan 8 kiraan. Cam biasa, mari kita gelak beramai² bila tiba giliran Felix & Mawi.

Satu perkara yang meWAJIBkan korang menonton ulangan diari ni ialah kelas Marlia, di mana 2 pelajar kena buat satu aksi lakonan, manakala 2 pelajar lain kena buat dialog berdasarkan aksi 2 kawan mereka tu. Aidil & Amylea berlakon macam pasangan kekasih yang tengah bergaduh, Marsha & Reza pulak buat dialog. Yang kelakarnya, Reza kena jadi suara Amylea, Marsha kena jadi suara Aidil. Reza buat suara kecik cam perempuan (cam maknyah pun ada jugak), lawak gila. Sesapa yang tak suka Reza boleh jadi suka dengan dia selepas tengok scene ni. Tobat kelakar gila. This is a MUST SEE scene.

Penutup diari sekali lagi memberi kredit pada Reza bila dia datang pada Amylea (yang menangis kat dapur di awal diari tadi), dan menjadi ala² Dr. Love kepada Amylea. Tahniah Reza kerana berjaya mencuit hati aku dan adik² aku hari ni.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Monday, June 27, 2005

Diari AF3 - 27 Jun: Bhg. 1

Tadi aku nengok diari sambil menjahit, jadi aku takde la ambik apa² nota. Lagipun diari hari ni boring jek, takde apa yang menarik sangat pun. Ni aku tulis apa yang aku ingat aje lah ek.

Mula² cam biasa, kita ditunjukkan dengan wajah duka-lara muram-durja bebudak tu setelah pemergian Idayu. Masing² menceritakan detik² akhir mereka bersama Idayu. Marsha membaca kad wasiat Idayu diiringi hujan renyai² yang turun dari mata dan hidungnya. Nampak sangat yang Marsha memang rapat dengan Idayu. Lepas tu diorang bagi pendapat masing² tentang Idayu. Kesimpulan yang aku dapat ialah, Idayu seorang yang low profile, sempoi, seorang kawan yang baik juga disenangi ramai.

Lepas tu diorang buat lukisan mengenai diri diorang atau kehidupan diorang. Konon² abstrak lah tu kot, tapi aku rasa takde satu pun yang cantik. Tah lah ye, tapi kalau bab² lukisan ni, aku paling ingat lukisan Adi masa AF1 dan lukisan Kaer masa AF2. AF3 ni takde sesapa punya pulak yang lekat kat kepala aku.

Diorang buat BBQ di luar banglo waktu malam. Cikgu Adnan & Dr. Azahari siap pakai macam Chef lagik. Lengkap dengan topi Chef tu sekali. Memang sebiji macam nengok rancangan Iron Chef. Masa BBQ atau mungkin selepas makan tu, M. Nasir ada cakap yang mereka akan buat perubahan sebagai persediaan untuk pelajar² menghadapi dunia luar yang lebih kejam dari apa yang mereka hadapi di akademi. Tak tau lah perubahan macamana yang M. Nasir maksudkan tu.

Last sekali kita ditunjukkan pelajar² lelaki nyanyi lagu Without You untuk Idayu dengan iringan gitar dari Yazer yang sekali dua tersalah chord pulak. Yang perempuan pulak nyanyi lagu I Have Nothing.

Tu jek la kot. Cam aku cakap tadi, aku takde buat apa² nota, so mungkin ada perkara yang aku tertinggal.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

AF3 - Konsert Minggu Ke-4

Masa memula pelajar² perkenalkan diri tu, perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah, Amylea & Akma nampak begitu cantik sekali. Mungkin Tukang Baju & Tukang Rambut tak suka berada dalam carta AFUWEK, maka minggu ni diorang buat kerja dengan penuh keinsafan agaknya. Apapun, walaupun cantik, fesyen baju tu mestilah diberi perhatian juga dari segi kesesuaian. Diorang patutnya tahu, bebudak tu kena menari lagu Menuju Puncak di akhir konsert. Janganlah bagi budak² tu baju yang rabak sakan sampai bila berpusing hampir nampak segala yang dipakai kat dalam. Takkanlah takde baju lain yang lebih sesuai. Kalau budak tu duduk barisan belakang boleh cover lagik. Tapi kalau duduk barisan depan, satu Malaya tengok! Kesian kat mak bapak diorang yang sesama tengok konsert tu.

Amy - Bilang Saja
Ada kemajuan dari segi persembahan, tapi nyanyian dia terutamanya untuk nada rendah tak sedap langsung aku dengar. Masa Amy nyanyi aku nampak backup singers berbaris kat tepi tu, mulut diorang jek terkumat-kamit, tapi suara diorang tak dengar langsung. Haloo haloo.. abang mikrofon tido ke?

Yazer - Nyanyian Serambi
Memula tu cam ok. Dah separuh lagu, cam bosan pulak. Dalam hati aku dok kata, panjangnyaaaa lagu ni.. bila laa nak abis.

Akma - L.O.V.E
Bagi aku, seksi Akma menjadi. Aku suka nengok aksi berani dia menggesel kat tepi tangga tu. Patutnya Akma terus turun jek, pegi kat Adlin tu kibas² sikit muka dia dengan bulu ayam tu. Dari segi nyanyian, takde mende aku nak kata sebab kat telinga aku dengar sedap jek.

Kefli - Seksa
SEKSA!!

Selepas 4 lagu, aku rasa konsert malam tu macam bosan nak mampus. Mungkin kerana pemilihan lagu yang ditugaskan kepada pelajar² terdiri dari koleksi lagu² dodoi, atau mungkin kerana volume muzik slow. AFUWEK Tukang Pilih Lagu dan AFUWEK Tukang Jaga Volume.

Satu lagi, iklan download tone tuh bebetul menyemak kat atas skrin TV aku. Tolooonggg laaa.. kat @15 tu kan dah bersepah² iklan, pastu kan dah ada slot iklan selang beberapa minit show tu, tak cukup² lagi ke? Benci betul aku nengok tiap kali keluar iklan kaler kuning tuh. Memang aku rasa nak carut habis Astro nih. !@#$$%^&*(). AFUWEK Iklan Download Tone. AFUWEK ASS-TERUK!

Marsha - Tunggu Sekejap
Akhirnyaa.. ada pun persembahan yang memecah kebosanan malam tu. Aku suka keseluruhan persembahan Marsha.

Felix - Aku Semut Merah
Bagi la lagu apa pun, aku rasa semua dia boleh nyanyi. Dengan baju dan geleknya tu, memang ada gaya penyanyi kelab dangdut lah. Sakit perut jugak aku dibuatnya, pengkritik buat lawak, Felix punya respond kat pengkritik pun kelakar selamba jek.

Reza - Senandung Semalam
Satu lagi persembahan yang membosankan. Bila Adlin cakap dia macam 'bedah', aku terus teringat kat sorang kawan aku, nama dia Bedah jugak, rambut dia sebijik cam rambut Reza tu la.

Ekin - Antara Dua
Nyanyian semput semacam. Pergerakan pun tak cukup lincah. Ekin patut fikirkan sedalam²nya maksud disebalik komen Syafinaz bila dia kata, dia cuma nampak kasut Ekin jek yang cantik. Dalam ayat yang lebih kejam, komen Syafinaz mungkin berbunyi begini - "Kalau awak bukak boot awak tu, letak kat tepi pentas dan awak terus menyanyi macam tadi, saya akan pandang boot awak tu aje"

Idayu - Tiada Lagi Tangisan
Masa mula² dia bukak mulut tu, memang terasa energy nya, tapi bila dah separuh lagu, dah hilang pulak.

Amylea - Don't Know Why
Amylea punyai kekuatan dan keunikan sendiri samada dari segi vokal maupun persembahan. Aku tak pernah suka lagu ni, bagi aku membosankan, sesuai untuk tido jek. Tapi Amylea berjaya buat aku rasa nak tengok dia dari awal sampai habis.

Aidil - Suratan Atau Kebetulan
Mendatar. Bosan.

Mawi - Nour El Ain
Cheiss!! Berani penari kertu itu mencuit pipi dan meraba² Mawi.. cheiss.. akan ku cari ko sampai dapat dan akan ku kerat jari-jemari ko itu. Kalau aku jadi penari yang dapat pusing² ngan Mawi tu, harus longgar lutut, tumit dan ibu jari aku dek kerana pandangan mata Mawi tu. Tak kira la, kata la aku bias ke fanatik ke, lupa diri ke, apa ke, tapi bagi aku persembahan Mawi lah paling best malam tu. Mungkin kerana lagu tu memang sesuai dengan Mawi. Lagipun aku pun tak faham dan tak hafal liriknya, manalah aku tau pun kalau dia ada buat salah.

Secara keseluruhannya, selain Mawi, aku suka persembahan Amylea dan Marsha. Pada awalnya, pilihan aku untuk Final 6 ialah Mawi, Felix, Yazer, Idayu, Amylea & Akma. Tapi aku dah agak sekurang²nya 2 orang dari pilihan aku tu akan menjadi mangsa 'lupa undi'. Dan aku memang dah agak Idayu tak akan selamat melangkah ke pusingan akhir, cuma aku tak sangka pulak dia terkeluar seawal ini. Dengan tersingkirnya Idayu, aku meletakkan Marsha sebagai ganti untuk ke final nanti.

Friday, June 24, 2005

Diari AF3 - 24 Jun: Bhg. 1

Kad wasiat:
Keifli nak Reza selaku pelajar paling tua membaca kad wasiatnya.
Felix suruh Mawi baca sebab Mawi roomate dia.
Mawi nak Felix baca sebab Mawi rasa Felix akan bertahan lama.
Idayu pula amanahkan kad wasiatnya pada Marsha.

What I like about you..:
Puan Fati suruh diorang berdiri mengadap kawan masing² dan cakap "Hi, I'm ****, what I like about you is that..". Dialog diorang lebih kurang macam ni lah:

Marsha to Amy: "You are beautiful inside and outside"
Amy to Marsha: "You're cute, cheeky in a good way and get along easily with other people"

Aidil to Yazer: "You are sincere with your feeling and a straight forward person" Yazer to Aidil: "You have good personality.."

Ekin to Kefli: "You are cute & caring person"

Mawi: "Hi, I'm Mawi"
Felix: "I know" *diorang gelak*
Mawi: "What I like about you.." *slang terlebih² dan gelak²*
Puan Fati suruh serius. Puan Fati tanya samada Mawi nervous, maka dia pun buat lawak nak cover perasaan nervous dia tu? Mawi kata, tak.
*sambung*
Mawi: "What I like about you is, your face like Wahid Satay" *gelak*
Felix: "What I like about you is, your head is very..."
Felix (tanya cikgu): "Cikgu 'bulat' apa?"
Cikgu: "Round"
Felix (back to Mawi): "Your head is very round.." *ramai² gelak*
Felix: ".. and your body..." *gelak, tak habiskan ayat dia. Mawi gelak. Ramai² gelak*
Aku langsung tak gelak. Rasa macam nak taji jek si Mawi dengan Felix ni. Lawak tu lawak la jugak. Bukan tak boleh buat lawak. Sekali dua tengok, orang gelak lah. Tapi bila lawak dah jadi macam main² dalam kelas, dah tak lawak dah di mata aku. Mungkin peminat² lain suka dan terhibur. Tapi aku tidak. Aku sebenarnya nak tengok Mawi tunjukkan kesungguhan dan guna peluang dalam kelas Bahasa Inggeris tu sebaik mungkin. Sikap sambil lewa macam tu tak boleh bawa dia ke mana².

Entah lah, tapi berdasarkan 1 jam diari yang aku tengok setiap hari dalam minggu ni, aku nampak ada beberapa pelajar yang kelihatan bersungguh² berlatih untuk persembahan mereka. Contohnya, semasa kamera sedang fokus pelajar lain sedang buat persembahan depan cikgu, kelihatan Amylea, Yazer dan Reza sedang praktis sendiri depan cermin atau sedang menari sorang². Yang lain (termasuklah Mawi) duduk saja di sofa tengok pelajar yang tengah menyanyi depan cikgu tu. Tak tau lah, mungkin sambil duduk tu, mereka sedang menghafal lirik ke apa, tapi aku tak perasan pulak ada kertas lirik lagu di tangan. Tapi ni apa yang aku nampak dari siaran seciput kat TV tu aje lah. Kalau dalam diari xtra mungkin berbeza.

Balik semula ke diari tengahari tadi..

Kelas Adnan:
Yazer, Marsha, Akma, Reza & Idayu - nampaknya semua okay.

Kad Wasiat - Part 2:
Amy mahu Akma yang suka tayang gigi membaca wasiatnya.
Marsha menamakan Idayu sebagai pembaca.
Reza mengamanahkan wasiatnya kepada Kefli prapp.
Akma pula meminta Amy the currypuff girl membacanya.

Kelas Tarian:
Mawi masih lagi kelihatan keras kejung. Ada satu part tu, Linda suruh Mawi buat apa² jenis menari yang dia reti, macam² la Mawi buat, tapi semua Linda tak berkenan. Last² Linda suruh dia bersilat. Ish ish ish.. cam tak kenaaa jek aku rasa bunga silat pukul pelaga tu untuk lagu Arab tuh.
Akma kena menari dengan bulu².. err.. bulu² burung ke bulu² ayam yang lilit kat leher tu laa.

Kad Wasiat - Part 3:
Aidil nak Akma bacakan kad dia.
Amylea serahkan wasiatnya pada Marsha.
Yazer kata kad dia ada muka Idayu (muahahaa..). Dia masih mahu Ekin yang membaca kad wasiatnya, sebagai kursus komunikasi untuk Ekin katanya.
Ekin pula suruh Kefli yang baca.

Ramli Sarip:
Kehadiran Ramli Sarip ke akademi diiringi oleh M. Nasir, menunjukkan betapa istimewanya Papa Rock itu sehingga pengetua sendiri pun ikut sama. *Enterprem sat* Masa sambut Ramli Sarip kat pintu, nampak Mawi pakai cap, hehehe.. *sambung balik* Ramli Sarip kata dia ada juga membaca dan mengikuti AF yang katanya dah jadi satu fenomena. Nasihat² Ramli Sarip pada pelajar² bagi aku sangat bermakna. Antaranya, menyanyi bukan untuk suka², untuk jadikan nyanyian sebagai satu career, mereka perlu serius, perlu hormat kepada nyanyian/muzik. Ramai yang boleh menyanyi, tapi tak ramai yang boleh membuatkan orang yang mendengarnya menangis, gembira, termenung dan sebagainya. Banyak lagilah, aku concentrate dengar tadi jadi aku tak amik apa² nota masa dia tengah bagi nasihat tu. Sebelum balik, Ramli Sarip sain autograph kat gitar Yazer.

Yazer cakap kat Tipahtipah, dia macam tak percaya dapat jumpa Ramli Sarip.

Penutup diari, Ramli Sarip main gitar & menyanyi dengan Yazer. Merah padam muka Yazer bila M. Nasir panggil dia duduk sebelah Ramli Sarip nyanyi sama². Aidil nampak khusyuk sungguh memerhatikan Ramli Sarip. M. Nasir duduk di lantai di belakang pelajar², macam seronok je tengok Yazer dengan Ramli Sarip.

Memandangkan ni diari tengahari yang last untuk minggu ni, aku nak mintak maaf awal² ni kalau minggu depan aku tak dapat update hari². Cam aku dah cakap sebelum ni, aku kena balik kampung seminggu dua. Patutnya semalam dah balik dah, tapi sebab ada kerja belum settle, aku tangguhkan sampai besok. Jangan lupa baca ulasan kat Y.com, okay.. Meriah tau, siap ngan gambar lagik!

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Thursday, June 23, 2005

Diari AF3 - 23 Jun: Bhg. 1

Sebelum mula diari tengahari tadi, ada lah iklan afundi pelajar tu, baru aku perasan yang selama ni aku dok eja K.E.I.F.L.I, sepatutnya K.E.F.L.I. Terlebih satu 'I' lak aku. Huhuhuhu.. dah lebih 3 minggu pun aku boleh tak perasan, padahal dok ngadap @15 tu pagi petang siang malam. Tu laa, punya la tak bother nak mengundi kan.

Diari hari ni, pelajar² masih lagi dok meneka nama² untuk kamera. Macam² nama lah keluar - Kastam, Kastom, Sabri, Sabrina, Baby, Sherry. Last² bebudak tu sebut huruf pertama untuk nama kamera tu, dan suruh kamera tu angguk kalau betul. ..P, Q, R, S, T.. *kamera angguk*. Diorang pun sebut segala nama yang mula dengan huruf 'T'. Someone sebut 'Tipah' *kamera angguk*. Punya lah seronok bebudak tu. Pastu tak perasan lak macamana diorang tau yang kamera tu nak '2 x Tipah' = Tipahtipah. Lepas tu diorang bukak nama yang tertutup yang dilekatkan kat benda warna pink kat kamera tu. Memang ada tertulis kat situ 'Tipahtipah'. Ooo.. baru aku tau, rupanya memang kamera tu dah ada nama, tinggal tunggu diorang teka jek.

Kemudian diorang teka nama untuk kamera jantan kat tingkat atas tu pulak. Kamera tu pun sama, mula dengan huruf 'T'. Macam² nama diorang teka = Tajul, Tuman, Tumin, Tapir (Tapir pun ada?! Huhuhu..). Bila semua nama tak kena, diorang teka huruf kedua pulak. ..A, E, I, O, U.. *kamera angguk*. Diorang teka nama yang mula dengan 'TU'. Actually, bukan semua yang teka. Yang kelihatan bersungguh² meneka depan kamera tu ialah Amy, Felix, Reza, Akma, Idayu & Amylea. Sampai siap dok bersila depan kamera tu meneka nama yang betul. Reza finally dapat teka 'Tuan' & disebabkan nama kamera tu mesti 2 perkataan, Reza again sebut 'Tuan Besar' (glad to see Reza dah habis period.. muahahaha). Lepas tu diorang ramai² kasi salute kat Tuan Besar itu.

Apa yang aku nampak, masa mula² masuk ke akademi, pelajar² menganggap kamera seperti sebuah kamera lah. Itu yang menyebabkan diorang fake, control ayu atau maintain macho. Tapi bila dah lama², terutama bila dah diberi nama, kamera tu dah jadi macam satu 'benda hidup' pulak, dah jadi macam member diorang dalam akademi. Mula dari tu lah kita boleh nampak diri diorang sebenar bila bercakap dengan kamera tu.

Kelas Adnan hari ni dibuat dalam kelas tarian yang banyak cermin tu.
Mawi - tak berapa dengar suara Mawi sebab muzik kuat sangat. Tapi nampak macam Mawi dah hafal lirik. At least dah hafal lah part yang ditunjukkan dalam diari tu tadi.
Aidil - okay.
Yazer - macam aku dah kata sebelum ni, kurang lenggok lagu melayu, tapi aku tak kisah pun mende tu. Persembahan Yazer diiringi tarian dan pantomen oleh pelajar² lain. Nak jugak enterperem.. kelihatan Mawi menari sambil kendong bantal. Tak tau lah dia saja ke atau masa persembahan tu nanti memang dia kena kendong something.
Ekin - belum ingat lirik sepenuhnya. Baru aku perasan awek angkat baru Ilham ni nyanyi lagu awek angkat lama dia.
Amy - ada terkucil sana sini, sebab dia banyak bergerak kot.
Marsha - masih boleh dimantapkan lagi.
Akma - dia menyanyi dengan gaya seksi, tapi entah la, aku rasa macam ada something wrong pulak. Tak tau apa, tapi aku rasa macam tak kena jek la. Hari tu aku gak yang nak tengok dia buat seksi², tapi hari ni bila dia dah buat, aku macam.. tah le, tak tau nak describe. Mungkin pergerakan dia seksi, tapi muka tak seksi kot. Tah la..
Felix - okay. Mawi gelak² masa nengok Felix nyanyi.. *suka aku la kan nak enterprem jugak*
Kefli (kali ni aku eja betul ok) - okay, cuma aku memang tak berapa suka lagu² macam ni. Aku pun heran macamana lah aku boleh pernah terbeli kaset Ukays dulu? Eeei..
Idayu - aku tak tau lagu ni. Tak pernah dengar pun. Tapi aku dengar Idayu nyanyi okay lah.

Kelas Siti Hajar - sebenarnya paparan kelas yang sama masa ada M. Nasir semalam. Ekin macam ada masalah nak nyanyi lagu dia. Siti Hajar main piano, Ekin nyanyi, masuk jek dah salah. Start la Siti Hajar & M. Nasir menegur.
M. Nasir: "Awak berlatih pun tak serius"
M. Nasir: "Awak serius ke tak serius?"
Ekin: "Mestilah serius"
M. Nasir: "Jangan sandar kat piano tu. Awak belum cukup professional nak sandar"
*Ekin tegakkan badan, muka macam nak nangis*

Selepas tu, kat Ruang Aktifkan kot, Ekin menangis, dipujuk oleh Aidil. Agaknya Ekin ada kata nak balik kot.
Aidil: "Dah 3 minggu, kalau balik sekarang, nanti menyesal"
Aidil: "Jangan lah ambil hati teguran tu, blablabla.."
Ekin: "Aku boleh terima teguran cikgu tu, tapi tak tau, aku salahkan diri sendiri"
Lepas tu Idayu pulak datang pujuk.
Then Amylea datang dan peluk Ekin.
Lepas tu Yazer pulak pujuk, siap bagi tisu.
Yazer: "Aku nyanyi pun bukan perfect. Aku ada masalah. Pekak sebelah telinga aku"
(Oooohh... kisahnyaa..)
Amylea datang offer coklat kat Ekin. Ekin tak nak.
Ekin pergi salam M. Nasir dan balik semula ke sofa.
Yazer datang pujuk lagi dan suruh Ekin pergi basuh muka.

Kat meja makan, Mawi cakap dia Jawa murtad (eh, sama lah kita... huhuhuhu..). Lepas tu dia cakap Jawa tah hapa tah maknanya, sumpah aku tak paham, tapi memang kelakar la gaya dia. Semua orang gelak. Tipahtipah pun terangguk², gelak jugak lah tu kot.

Yazer berdiri depan kamera.
Mula² macam nak peluk.
Lepas tu cium.
Lepas tu dia buat mata juling.
Lepas tu dia kembang-kempis kan hidung.
Muahahaaa.. lawak jugak Yazer nih.

Zainal Alam Kadir datang ke akademi, konon²nya nak interview pelajar² tu untuk majalah / akhbar tempat dia kerja. Sempat lah interview Aidil & Reza, lepas tu dia kata give up nak berlakon. Rasanya kehadiran dia tu untuk bagitau pelajar² tentang cara² berdepan dengan wartawan. Kefli tanya, kalau jawab soalan tu, wartawan expect diorang jawab cepat ke atau macamana. Zainal cakap, tak ada lah sampai wartawan tu tengok jam tangan dan kira berapa lama masa yang diorang ambil untuk jawab soalan. Huhuhu.. Mawi pulak bagi tips, katanya berbaik² jek dengan wartawan (chewaaahh mementang dia dah penah kena interview kan). Tapi cara Mawi cakap tu biasa aje ok.. tak de la macam lupa diri ke, perasan ke apa.

Paparan dari kemera asrama lelaki (babak ini harus ditonton oleh Emy & Cik Odah) - Felix sedang menyanyi lagu dangdutnya. Yazer pula dengan T-shirt & tuala jek, bergelek depan kamera. Ya Emy & Cik Odah, beliakkan mata korang besar² sebab bila Yazer dah jadi artis besok, mahal nak nengok aksi gelek punggung berisi dia tuh. Mawi dan kain pelekatnya sempat enterprem sekejap. Kelihatan Yazer bukak dan tutup tualanya (membetulkan tuala dia lah), tapi membelakangkan kamera lah, kalau mengadap kamera, dah tentu Emy & Cik Odah pengsan tak bangun². Huhuhu..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, June 22, 2005

Diari AF3 - 22 Jun: Bhg. 1

Cam biasa, hari Rabu aku memang tengok ulangan Konsert & Imbasan, tu pasal lah lambat sikt keluar diari tengahari tadi. Ni pun aku cilok² tulis masa iklan.

Diari tengahari tadi bermula dengan kelas Marlia. Dia suruh pelajar² supaya jangan asyik lepak² kat Ruang Aktifkan tu bila ada masa rehat, sebaliknya banyakkan berlatih di bilik yang banyak cermin tu supaya diorang boleh tengok sendiri gaya persembahan diorang.

Diorang kena baca lirik masing². Baca tau.. tanpa melodi lagu, macam baca berita tu, tapi dengan penghayatan lah. Mawi nampaknya macam ada masalah dengan lirik. Walaupun Mawi pandai mengaji tapi tak bermakna dia faham Bahasa Arab. Mawi mungkin tak ada masalah untuk menyanyikan lenggok lagu Arab dan menyebut patah² perkataan dalam lagu ni, tetapi untuk menghafal dan menghayati makna lagu ini, mungkin agak sukar sikit.

Lepas tu bersama Puan Fati, pelajar² berbincang tentang persembahan. Kelihatan Amylea berbincang dengan Puan Fati dalam Bahasa Inggeris. Kemudian Aidil & Ekin pulak dok praktis aksi berdukung² tuh.

Kelas Adnan:
Akma - okay. Kalau dia buat getik² sikit masa konsert nanti, mesti best persembahan dia.
Yazer - okay. Mungkin kurang lenggok asli, tapi tak kisah lah, dia kan penyanyi rock.
Keifli - setakat ni aku dengar cam biasa jek.
Aidil - macam belum sure dengan melodi. Mungkin dia nak buat improvisasi pada lagu, sebab tu masih teragak² dengan melodi.
Mawi - sedapnya.. sedapnya.. sedapnya!!
Reza - okay
Felix - I like! I like!
Yang lain² tak ditunjukkan pulak. Minggu ni, kalau berdasarkan tugasan yanng diberikan, aku sebenarnya tak sabar nak tengok persembahan Felix, Marsha, Akma dan semestinya Mawi laa..

Dalam kelas Linda, Mawi kena berlatih menari untuk lagu dia diiringi 4 orang pelajar perempuan. Huwaaa... cemana la rupanya nanti tu. Step dia nampak macam simple jek, tapi serius.. nampak buruk bebeno aku tengok Mawi menari. Aku ngan Kak Teh (adik aku) asyik gelak jek. Kesian woo kitorang tengok dia joget. Kekadang macam robot. kekadang cam orang bersilat, kekadang keluar muka gatal pulak.

Kamera dari banglo penginapan pelajar lelaki menunjukkan Aidil bercakap dalam kamera dengan keadaan separuh bogel. Ya Kak Eisya, buka mata anda besar² malam karang ek. Antaranya Aidil cakap pasal dia dan gelaran Mat Belia nya tu, pasal mak dia, pasal dia nak mandi & nak solat.

Kemudian dalam kelas Sham, tak ingat pulak apa dia cakap mula² tu. Sham ajar diorang nyanyi lagu Menuju Puncak dengan tersangatlah harmoni dan sedapnya di dengar. Aku harap diorang akan nyanyi macam tu masa konsert nanti.

Akhir sekali, ada babak dari kamera banglo penginapan pelajar perempuan. Mula² tu macam tak jelas sangat apa yang diorang cakap. Kelihatan Idayu mengayuh basikal kat belakang. Lepas tu aku rasa macam diorang mengumpat pasal Reza. Haaa.. tu laa buat lagik perangai macam bagus, kan dah kena umpat.

Bila aku tengok semula ulangan Konsert tadi, aku perasan, masa Mawi tengah menyanyi dan tengah buat sketsa dengan kawan² dia tu, kat belakang, kita boleh nampak Yazer ketawa, Idayu tersenyum dan Marsha pulak tepuk tangan. Tapi Reza pulak muka masam jek, macam takde apa yang berlaku depan mata dia. Tak supportive langsung. Lalu aku membuat kesimpulan yang dia memang dah period sejak masa konsert tu lagi lah.

Lagi satu, bila dalam ulangan Imbasan tadi Fuad kata yang dia pun heran dengan statement Reza (semua lelaki tak suka Amylea) tu, aku pun tertanya² jugak, apa motif Reza cakap macam tu? Diari hari ni aku tak perasan sangat Reza. Tapi diari siang semalam kita nengok dia mengadu dengan Asrul, diari malam pula dia mengadu dengan Puan Fati, lepas tu mengadu dengan Siti Hajar. Okay, yang dengan Puan Fati tu, maybe lah sebab dia ditanya, but still cara dia bercakap tu tak ada ciri² seorang 'abang' pun. Nampak macam nak menjatuhkan orang ada lah. Jawapan Fuad dalam ulangan Imbasan tu tadi pulak membuatkan aku tak hairan pun kalau pelajar² perempuan kat asrama dok mengutuk Reza.

Okaylah, hari ni aku rasa macam kehabisan kata jek nak tulis apa. Samada diari hari ni memang boring (kecuali masa Mawi menari), atau mood aku nak menulis pasal diari dah hilang sebab dah lambat dah kan, dah campur mood tengok ulangan Konsert & Imbasan pulak.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, June 21, 2005

Diari AF3 - 21 Jun: Bhg. 1

"Kalau kau tak nak, jangan ganggu orang lain yang nak belajar. Karang kalau aku cakap, keluar TV pulak.." macam tu lah lebih kurang Reza kata kat Asrul. Tak tau dia tengah cakap pasal sapa. Nampak macam dia tengah bengang kat pelajar yang mungkin main² dalam kelas. Tah le, Reza ni dari apa yang aku tengok sejak minggu² sudah, cakap jek berdegung-degang. Macam kes Elliza dulu lah, dia gelak², tak semestinya dia main². Tapi Reza punya sound, macam lah Elliza tu dok bawak anak patung Barbie main salin² baju Barbie tu dalam kelas. Masa dia sound Idayu pun sama jugak, macam lah Idayu kat atas kerusi tu tengah dok bergossip sambil cari kutu. Kali ni, tah Reza cakap pasal siapa pulak.

Hari ni Shahrul ambil alih kelas vokal.
"Sssssssssssssss...". Nampak Ekin tak buat pun.
"Brrrrrr... Brrrrrr...". Dah 3 tahun aku praktis bubbling nih, dah boleh buat album nih.
"Mahahahuuu...". Shahrul suruh pelajar buat sorang demi sorang. Masa giliran Mawi, Shahrul siap cakap, "Bukan 'ha', tapi 'ha simpul'". Keifli disuruh tunduk membongkok untuk dapatkan teknik yang betul. Mawi dipanggil ke depan, Shahrul suruh pilih nak pandang sapa. Mawi kata nak pandang dinding, taknak pandang sapa² sebab nanti diorang buat muka kelakar kat dia. Kembali di tempat duduknya, Mawi masih macam ada masalah nak buat "Mahahahuuu" tu. Masa Mawi tengah buat, Felix kat sebelah dia dok gelakkan Mawi. Rasanya dia gelak sebab nengok muka Mawi kelakar kot. Masa tu Reza toleh belakang, macam menjeling semacam kat Felix. Muka Reza macam boring jek. Agaknya dia boring nengok Felix gelak² tu. Tak pun dia boring dengan kelas vokal tu, tak pun boring dengan member² dia, tak pun boring sebab Fuad tak ada, tak pun boring sebab jeles dengan Felix & Mawi yang selalu gelak² tu tapi dapat kedudukan tertinggi dalam carta, sedangkan dia selaku pelajar paling tua yang cukup rajin sound adik², cuma dapat kedudukan tertinggi dalam carta AFUWEK jek. Rilek laa Reza. Tak payahlah buat muka macam pompuan datang bulan. Aku pun tak nampak yang ko tu bersungguh² sangat dalam setiap kelas.

Dalam kelas nada suara, Adnan ajar tentang improvisasi. Kita dapat dengar sorang dua pelajar menyanyikan sikit lagu tugasan masing².
Keifli - boleh tahan jugak. Aku rasa lagu ni sepesen jek dengan lagu Slam hari tu. Loya lagik laa Prsiden Kelab Anti-Slam, Spin, Spoon, Ukays (dan yang sepesen dengannya) kat rumah ni nanti.
Mawi - okay. Ramai menganggap lagu ni sesuai dengan suara dan imej Mawi dan Mawi sepatutnya tak ada masalah menyanyikan lagu ni.
Akma - okay. Dia boleh cuba buat² seksi dengan lagu ni.
Amylea - sedap di dengar. Rasanya Amylea dah biasa dengan lagu ni.
Marsha - kedengaran lagu ni sesuai dengan suara Marsha. Cuma sebutan 'T' Marsha tu tak ada bunyi Melayu. Aku suka sangat lagu ni. Kalau Marsha mampu nyanyikan lagu ni dengan baik, aku mungkin akan suka terus kat Marsha.

Dalam kelas tarian, EE tukar sikit step untuk lagu Menuju Puncak. Kelihatan Mawi & Keifli buat somersault berputar Moero Attack ( korang penah nengok tak citer Moero Attack tu?).

Kat asrama lelaki, Yazer bercakap dengan kamera tentang kepergian Fuad.

Dalam kelas Marlia, kita tengok aktiviti yang pernah dibuat sebelum ni. Pelajar² jalan berselerak, konon² nak pegi bank. Mula² perlahan, lepas tu laju sebab bank dah nak tutup. Bila berhenti, Marlia jerit "Mawi & Felix, jangan duduk dekat²!". Pelajar² disuruh berlakon macamana nak merayu masuk bank kalau bank tu dah tutup, kononnya bank cuti seminggu lepas tu.
Yazer cakap adik² dia kat rumah lapar nak makan. Lepas tu ala² gangster siap nak belasah pak guard.
Amy - buat ala² menggoda, siap simpul² hujung rambut, kononnya nak beli beg Guess keluaran terbaru.
Marsha - buat² sedih & nangis sebab perlukan duit nak beli tiket kapal terbang balik kampung sebab ada kematian.
Felix - "Open up! Open up! Macam tak kenaaaalll jek" (lawak.. lawak..)

Dalam kelas Marlia ni, sekali lagi aku nampak Reza macam tak enjoy jek. Marlia pilih Idayu & Reza untuk assignment hari esok yang kononnya Hari Sopan Santun. Diorang kena senyum sepanjang hari, kena buat baik dengan semua orang, kena lembah lembut dan kalau buat silap, kena mintak maaf. Memang sesuai pun assignment tu untuk diorang berdua, terutamanya untuk Reza lah. Jangan ingat kerana ko lebih tua, ko betul jek memanjang.

Last sekali Felix & Yazer jamming lagu Search - Kejoraku Bersatu (aku tak ingat tajuk dia, ni pun aku tanya Ana), sambil diperhatikan oleh Idayu.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Monday, June 20, 2005

Diari AF3 - 20 Jun: Bhg. 1

Disebabkan hari ni aku ada banyak kerja opis nak disudahkan, aku akan cuba tulis seringkas yang mungkin. Biasa la, aku ni kerja sendiri, kalau aku tak buat kerja, aku gak yang takde gaji. Asyik ngadap blog jek, keje pun tak siap, kang ujung bulan kena makan ikan bilis la pulak. Kena makan ikan bilis okey lagik, kalau kena potong Astro sebab tak bayar bil, lagi merana akak deknon sebab tak dapat nengok Mawi.. huhuhuhu.

Memula sekali kad wasiat Fuad dibaca oleh Yazer. Antara kandungan awal kad wasiat Fuad ialah "Aku dah bebas.. aku dah boleh men-dunhill-kan diri..". Macam² ucapan untuk semua pelajar² yang tinggal, termasuk untuk Asrul & Shina.

Kemudian semua pelajar memberi pendapat masing² tentang Fuad. Tak larat aku nak tulis semua sekali, cuma aku bagi kesimpulan yang aku dapat berdasarkan ucapan² pelajar² tu lah. Fuad seorang yang berfalsafah, manja dan kebudak²an. Masa sessi luahan rasa antara pelajar² hari tu, rasanya Felix & Mawi ada tegur sesuatu tentang Fuad. Fuad jenis tak ambik hati dan menerima teguran dengan terbuka. Selepas ditegur, memang nampak Fuad cuba memperbaiki kesilapan dia. Yang ni best - FUAD BANYAK SURF INTERNET. Hehehehe... So Fuad, kot la ko terbaca komen dan kritikan kami nih, terimalah dengan hati yang terbuka ye. Nak jadi artis memang banyak kena kritik. Jangan nangis pulak nengok banner kempen AFUWEK tuh ye.

Melalui kamera, Felix pesan kat Fuad - "Rahsia tetap rahsia..". Tak tau lah rahsia apa pasal si Felix tu yang Fuad simpan. Idayu, Marsha dan Akma pula kata, "Dah tak ada orang nak kacau budak² perempuan, dan dah tak ada sapa nak buat adlib untuk lagu Menuju Puncak".

Dr. Azahari cakap pada pelajar² bahawa NAMA yang mereka bawa adalah satu 'brand'. Amylea & Yazer disuruh berdiri di depan, pusing tepi, pusing belakang, untuk menunjukkan pada pelajar² bahawa fizikal mereka adalah 'packaging' bagi 'brand' tersebut. Dari segi luaran, penonton melihat bakat mereka, tetapi penonton juga nak melihat dalaman mereka iaitu ketrampilan, perasaan, budi bahasa, sikap dan pemikiran mereka..blablablablablahh...

Pelajar² bersama Puan Fati tengah menonton video sorang pompuan mat salleh, tetiba pompuan cantik tu menjelma di akademi. Marion something nama dia.. serius aku tak ingat, dan aku tak tau pun sapa minah salleh nih. Diorang borak², tanya soalan kat dia, lepas tu Marion main gitar & menyanyi satu lagu. Amboii.. kemain melopong mulut Mawi nengok pompuan nih nyanyi. Sedap gak suara & lagu pompuan nih. Sapa tau sapa pompuan ni, tolong lah bagitau aku. Teringin gak aku nak cari CD dia ke MP3 lagu dia ke apa..

Kemudian kita dipaparkan dengan aksi² Fuad sepanjang dia di akademi berlatar-belakangkan lagu Gerimis Di Lautan yang dinyanyikan semasa hari Jumaat depan Pengetua tu kot. Antara bait² terakhir lagu tu "Tinggallah.. ku kan pergi" cam tau² jek tu lagu terakhir Fuad di akademi.

Penutup diari, pelajar² perempuan menyanyi lagu 'My Heart Bergoncang' (yang Marsha nyanyi kat Felix tu) untuk Fuad. Pelajar² lelaki pulak nyanyi lagu 'Maafkan Kami. Lepas tu diorang ramai² nyanyi lagu hip hop, best gak, tapi aku tak dapat tangkap lirik lagu tu.

Sorry lah ye kawan² kalau ulasan aku tengahari ni tak cukup garam dan ajinomoto. Aku kena siapkan banyak kerja opis nih sebab 2-3 hari lagi aku nak balik kampung jadi sebelum balik kenalah aku kira hutang, pi kutip hutang, mintak hutang dan bayar hutang. Lama jugak aku kat kampung nanti sebab Tea Lady kempen AFUWEK tu nak mendirikan masjid. Aku kenalah balik awal sikit sebab nak tolong bancuh simen, susun batu-bata, bentang karpet, dan macam² lagik lah kerja aku nak buat.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Sunday, June 19, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-3

Weekend baru nih aku balik kampung Abang sebab bapak mertua aku masuk hospital. Jadi aku tonton Konsert AF pun kat rumah mertua lah. Tak dapatlah aku melanguk jek depan TV tak kelip mata macam menonton di rumah sendiri. Jap mak mertua aku suh makan nasi, jap dia suh minum air, jap dia tanya soalan cepu emas, jap dia tanya soalan cepu gangsa. Kena lah aku jawab gak kan. Jadi tak concentrate sangat nengok konsert malam tadi. Tambah pulak ngan anak² buah aku dok terpekik terlolong, kekadang aku tak dengar apa lawak Aznil. Takkan aku nak bukak volume besar² ikut suka ati aku jek kan. So, apa yang akan aku tulis kat bawah ni nanti hanyalah berdasarkan tontonan aku yang tak sepenuh jiwa raga tuh. Kalau dapat nengok ulangan nanti, kalau ada yang aku rasa tertinggal, aku tulis lah kemudian.

Pengkritik minggu ni cam tak best jek. Bukan kritikan diorang yang tak best, diorang tu sendiri yang macam membosankan. Sapa pengkritik ke-2 tu? Sori laa nama dia pun aku tak ingat. Afdlin pulak aku expect dia banyak buat lawak, tapi dia nampak cam serius jek pulak. Tak tau lah kot tiap kali dia buat lawak, aku tengah tak tengok TV. Mungkin jugak sessi mengkritik nampak bosan sebab tak ada chemistry antara diorang. Cam pengkritik ke-2 tu kan (again, sapa nama dia?), cara dia bercakap memanglah tersusun rapi, proper jek, tapi sikit lagik aku terasa macam tengah tengok berita.

Marsha - Lelaki Idaman
Suara dia macam tak dengar sangat. Mic slow kot. Mungkin kat stadium tu diorang dengar lain dari yang aku dengar kat TV sebab aku tak rasa ada apa² yang istimewa pun dengan suara Marsha. Atau mungkin aku yang tak dengar sangat sebab tak dapat bukak volume kuat².

Aidil - Nak Dara Rindu
Walaupun vokal Aidil tak power, tapi aku rasa Aidil dah nyanyikan lagu tu dengan baik. Aku rasa dia dah berusaha bersungguh² untuk lagu tu. Sekarang aku dah lupakan kemenyampahan aku pada joget kuda kepangnya dulu. Lagu yang dinyanyikan dan kejutan hitam putih tu berjaya membuatkan aku suka kat Aidil. Mujurlah dia tak kena usung beg buruk dan kayuh basikal balik rumah di akhir konsert. Seperkara lagi, rambut skema nya itu menyebabkan dia kelihatan seperti budak baik yang boleh dibuat menantu (huhuhhu.. statement ini ditujukan khas buat Kak Eisya).

Amy - Asmaradana
Banyak sangat lari pitching. Dari segi nyanyian, aku rasa ni lah nyanyian Amy yang terburuk sejak 3 minggu lepas. Tapi aku setuju juga dengan Afdlin, ada banyak sangat benda lain yang Amy nak buat atas pentas tu. Seriously, aku rasa tenaga pengajar patut agak² laa koreograf pelajar² tu, jangan sampai menjejaskan mutu nyanyian diorang. Menari tu kan sampingan jek. Kalau menari cam nak runtuh pentas tapi nyanyian hampeh nak buat apa. Ekspressi muka tu pulak membuatkan aku konpius kekadang, lagu tu dari filem Puteri Gunung Ledang ke dari filem Pontianak Harum Sundal Malam? Dan baju dia tu.. err actually, kain dia tu.. sapa yang bagi dia kain tuh.. tolooonglah. Penat tau budak tu belajar menari, sepak kiri, sepak kanan, loncat kiri, loncat kanan, tapi disebabkan kain kembang ngalahkan heroin filem Titanic tu, sia² jek tak nampak pun pergerakan kaki dia. Kesian aku nengok Amy nak² masa part hujung yang dia 2-3 kali nak bangun tak boleh disebabkan kain dia tersangkut.

Reza - Mungkin Nanti
Aku dengar okay jek. Okay lah dari 2 minggu sudah. Tapi aku setuju sangat dengan komen Afdlin tentang cara persembahan Reza tu. Muka seposen nak tak nak layan penonton tu cuma sesuai kalau ada band kat belakang.

Yazer - Suatu Masa
Aku dengar suara dia macam tenggelam timbul. Tapi mungkin juga aku dengar macam tu sebab aku menonton kat umah mertua dan banyak gangguan lain masa tu. Aku rasa persembahan Yazer agak membosankan tapi penghayatan boleh tahan lah. Aku suka masa mula² tu, nampak spotlight kat tengah² pentas fokus kat Yazer jek. Tapi kalaulah nyanyian Yazer lebih power, mesti kesan spotlight tu lebih efektif.

Kefli - Keindahan Pantai
Sucks. Off key. Kemeriahan kawan² dia kat atas pentas tu jek yang menyelamatkan persembahan dia.

Amylea - Anggapanmu
Bapak Amylea sporting gila. Lawak betul masa dia buat ala² nak pegi belasah budak laki tu.. (patut pakcik naik jek atas tu, belasah jek betul² budak yang jahat mulut tuh, pakcik.. mesti ahli kempen AFUWEK gumbiraa). Aku suka nyanyian Amylea. Aku tak berapa setuju dengan komen Afdlin sebab bagi aku tak ada macam Ziana Zain at all.

Fuad - Gerimis Di Lautan
Sebenarnya aku tak suka nak puji, tapi aku harus akui dengan jujur, nyanyian Fuad okay. Memek muka dia pun pun tak menyebabkan aku mencari baldi.

Akma - Lagu Rindu
Tak suka fesyen rambut dia. Tah hapa². Macam tahun 80-an pun ada. Nyanyian Akma okay tapi kurang lenggok. Towards the end tu kedengaran macam dia dah penat. Aku mungkin tak faham sangat maksud lirik Lagu Rindu nih, tapi aku rasa macam kemunculan Abang Api tu tak relevan je. Aku setuju dengan komen Afdlin, Akma bagaikan kekurangan sesuatu. Akma tak ada 'yang itu' (Aznil tafsirkan sebagai faktor X).

Felix - Memori Bahagia
Persembahan Felix bagaikan dah dapat diduga. Dia menyanyi dengan baik. Cuma aku prefer versi Sahri.

Ekin - Mimpi Sedih
Cantik. Masa part dia bercakap di awal lagu tu, tak dengar sangat. Ada kemajuan dengan vokal Ekin, tapi nak menyampaikan ke hujung lagu tu aku mengantuk betul. Dah lah lagu pun pasal mimpi.

Mawi - Gadis Melayu
Yaahoooo... WORLD!! WORLD!! WORLD!! Okay.. secara jujurnya, persembahan Mawi bukanlah di tahap cemerlang, tapi persembahan Mawi adalah antara yang paling menghiburkan semalam. Dan cukup kalau aku katakan Mawi telah mengembalikan maruahnya, telah mengembalikan kepercayaan peminat² dia, dan telah membuktikan dia layak berada di akademi. Kepada pengutuk² Mawi yang berharap sangat Mawi lupa lirik, lupa melodi dan lupa diri, izinkan aku gelak penjahat filem Hindustan.. MUAHAHAHAHHAHAAHHAAAAA!!!!! Nehii!! Nehii!! *sambil petik lighter nyalakan curut*.
Aku perasan Aznil friendly sungguh dengan Mawi malam tadi. Coverline ke 'kak'? Tak apa lah, akak faham.. kang kalau peminat² Mawi boikot rancangan MMA ko tuh, berpindah ke rancangan 'Amboi amboi amboi' tuh, makan hati pulak ko yek. Don't worry Aznil, akak masih suka nengok show ko dari show jari kelingking berkait tuh. Tapi ko tolong pesan kat Mawi, akak ni bertudung, akak ni juga seorang yang memahami.. dan akak besok jugak akan pegi register masuk kelas mengurut. Kalau akak tak pass kelas mengurut tuh, nanti akak beli aje kerusi urut OSIM tuh.. huhuhuu.. (Eh! Akak dah kawin ke? Dah ek? Dah ke? Aiseh akak lupa laa)

Idayu - Curiga
SAANGAAAATTT BAGUSS!! Cuma Idayu perlu tonjolkan sesuatu pada dirinya yang menjadikan dia berlainan dari artis² yang dah ada dalam pasaran sekarang.

Masa lagu Menuju Puncak, aku tengok Mawi menari dah ok dah. Sukanya hati aku.. suka hati sebab pengutuk² Mawi dah semakin kurang modal nak mengutuk. Terpaksalah diorang pakai modal cukup makan seperti mengatakan Mawi dapat lagu senang, Mawi tak pandai sebut perkataan 'world' . Abih kuat pun diorang bermodalkan kritikan Afdlin Shauki je (yang mengatakan nyanyian Mawi biasa² saja).

Setelah keputusan penyingkiran diumumkan, berikut adalah SMS yang diterima dari ahli kempen AFUWEK:
Presiden: Misi tercapai! Afuwek Fuad! World!
Sexytary: Kempen berjaya nampaknya.
Kontraktor rumah Presiden: Yeah. Hi5.
Calon Tea Lady: Koi baru nak daftar jadk tea lady.. cemana ni?
Ahli - SH: Yes!
Ahli - Q: Yahoo! kempen berjaya
Ahli - X: Tahniah kempen berjaya

SMS Naib Presiden kepada semua: Yey! Mission accomplished! One out. 1 more to go.

Walaupun kitorang cukup sedar kempen ni tak ada pengaruh pun atas keputusan penyingkiran sebab kitorang tak mengundi pun, tapi sajalah kitorang nak syok beramai² dan berpesta meraikan kegembiraan ini. Yeah! Yam seng! Yam seng! (betul ke aku eja?) Tambah lagi air tuh! Bottoms up! Minum semua.. mari minum sampai lupa diri! *sambil tuang air sirap dalam gelas semua ahli kempen*

IMBASAN
Aku tak dapat tengok Imbasan sebab abang ipar aku nengok channel sports lepas tamat konsert (AFUWEK abang ipar ku.. hihihihi). Tapi aku diberitahu oleh ahli² kempen yang Fuad nangis rebeh² masa tu. Elliza minggu lepas pun tak gitu. Adoih laa... Aku rasa Fuad sebenarnya leh kekal lama sikit kat akademi kalau dia dapat kawal aksi Ratu Airmata dia tuh. Tak dapat tulis panjang² pasal Imbasan sebab tak nengok (Terima kasih pada Ounis, Ana & Screw yang membawakan berita terkini dari Imbasan dan @15 selepas konsert semalam).

**Perhatian: Macam yang aku dah bagitau awal² tadi, apa yang aku tulis kat atas berdasarkan tontonan aku yang disulami banyak gangguan. Jadi kemungkinan besar pendapat aku berubah bila dah tengok ulangan nanti.

Saturday, June 18, 2005

'Bot ber-wap' & Juara Longkang

Entry ni tak ada kena mengena dengan Diari AF maupun Konsert AF. Sebenarnya dari minggu lepas aku nak update ni, tapi tak berkesempatan.

Ahad lepas (12 Jun), AMTY bersidang lagi untuk acara 'Bot Ber-wap' & Juara Longkang. Rasanya tarikh tu memanglah sangat² bertepatan. Maklum lah sehari selepas konsert pertama AF, jadi tersangatlah banyak cerita yang hendak dikongsi. Bertimbun juga daun ketupat yang perlu dianyam, dan banyak juga kelongsong ketupat yang perlu diisi.

Acara 'Bot Ber-wap' tu bukanlah acara AMTY bermandi wap beramai² di dalam bot, malah acara itu dibuat jauh sekali dari laut maupun sungai. Bukan juga dalam bilik ber-wap ala² mandi sauna tuh. Sebenarnya kitorang pegi makan steamboat kat Johnny's Restaurant. Kononnya lunch lah, padahal yang datang tu semua tak sarapan pagi lagik dengan tujuan memang nak melantak sebanyak mungkin. Aku datang dengan Abang, Raha & Ounis. Masa aku sampai, Screw, Mag, Uncute, Qyrie, Watie & family dah menunggu. Aku ingat aku dah dapat rebut takhta Ratu Lambat, lupanya aku tewas ditangan Kak Sham yang muncul selepas kami order makanan.

Menu utama di Johnny's dah tentulah bot ber-wap (steamboat), selain tu ada beraneka nasi goreng, nasi ayam, noodles, chicken wings. Jadi AMTY yang tak makan seafood memang ada banyak pilihan lain. Aku lupa pulak nak amik gambar hidangan kitorang hari tu. Selalu kalau bab² makan nih, ada jek AMTY yang keluarkan kamera. Tapi hari tu semua dah lapar sangat kot.

Persidangan meja panjang di Johnny's memang meriah, disebabkan aku dah book bilik tertutup, jadi memang privacy sesangatlah. Memang tak seganlah kalau Watie nak mengilai ke, Qyrie nak jadi Nenek Tiri dalam bilik tu ke (dah naik pangkat dah, dulu Mak Tiri jek). Topik terhangat di pasaran tak lain tak bukan topik AF lah. Aku dengan Watie mestilah promo Mawi, anak ikan kitorang tu kan. Screw pulak dengan kekaguman tak sudahnya terhadap kelicinan ketiak protegenya, Amylea tu. Qyrie pulak, dan dang dut minat kat Felix pulak. Hari tu seingat aku dia yang yo yo oo tak nak tengok Diari AF. Haa kau, baru seminggu, tersangkut jugak.

Lama jugak laa kitorang kat Johnny's tuh sampai kerusi yang aku duduk tu pun ala² tak puas hati jek kat aku. Time aku mintak bil tu jugak lah kerusi tu nak terbalik, lagi 2 inci jek, nyaris aku nak tergolek. Kosser tau. Depan² waiter tu lagik. Detik Keemasan gitu. Rugi tak bawak video-cam, kalo tak, AMTY boleh hantar Detik Keemasan tu masuk Candid Camera ke, Malaysian Most Funniest Video ke, harus akak glemer satu Malaya. Disebabkan tu akak tak sempat nak touch-up mekap akak yang dah cair kena wap steamboat tuh. Bukan apa, tak nak lah duduk lama² lagi kat kerusi yang dah mendajalkan aku tuh kan.

Seterusnya dengan perut yang kenyang, kitorang bergerak pulak untuk acara Juara Longkang. Tak ramai orang kat tempat bowling tu, agaknya orang tak tau lagi tempat tu kot. Tak ramai pun bagus, takde lah segan sangat akak nak melongkangkan bola tuh kan. Kitorang pun amik 2 lane ala² nak dekat hujung sekali, kira² lane paling coverline la tu.

Aku sebenarnya dari awal dah konfiden dah memang aku akan 'menjuarai' game hari tu. Belum pernah lagi sepanjang career aku bermain bowling aku ditewaskan dalam acara melongkang. Selama ni main ngan family aku pun, mak aku pun kalah ngan aku. Walaupun adik-beradik aku semua pandai main, sampai ada yang ada bola sendiri, tapi aku lagi terer dari diorang bab² melongkang nih. Cakaplah, luruskan tangan ke, fokus kat jari ke, fokus kat bola ke, memang aku lah Juara Longkang tiap kali main. Nak kata tak bedung tangan, mak aku kata bedung sama jek dengan adik-beradik yang lain. Jadik aku tak tau lah kan apa 'magic' nya tangan aku nih sampai susah sangat nak kasi bola tu pegi lurus.

Tapi akak tetap menten.. walaupun akak Juara Longkang selama 14 kali berturut², dengan penuh semangat kesukanan akak tetap turun padang sebab akak belum pernah lagi bowling ngan AMTY. Lagipun akak dah tanam azam sejak 2-3 bulan lepas lagi yang akak akan merampas takhta Ratu Longkang yang Mag sandang di Kuching dulu. Mentang² akak tak pegi Kuching jek masa tu, kalau tak, takkan merasanya Mag pakai tiara dan selempang ratu tu.

Abang, Ounis, hubby Watie, Screw & Kak Sham main satu lane memandangkan diorang pemain professional yang memang tak ada harapan menjadi Juara Longkang. Aku, Mag, Uncute, Watie & Qyrie berentap kat 1 lane lagi bagi merebut gelaran Ratu Longkang. Kanak² pula bermain di lane kanak² yang sungguh tak aci tuh. Tak aci tau, diorang punya lane ada pagar kat tepi tuh, kompem tak masuk longkang punya. Next time main, aku nak main kat lorong tu okey!

Selepas tamat game pertama, kompem tiara Ratu Longkang milik aku. Walaupun Ounis selaku Pemain Import berjaya mengutip lebih 200 points, ternyata aura Ratu aku lebih steady dan lebih world gitu.. Mag dengan sayunya melepaskan tiara yang hanya sempat dijunjungnya beberapa bulan jek tu. Sudahlah Mag, buat apa ko menangis di sini, pergi ko menangis di sana! *sambil menggayakan tiara lip lap seberat 1½ kilo dengan sombongnya*

Game ke dua menyaksikan persaingan sengit antara aku & Mag. Malangnya game tak sempat habis, dengan kelebihan 2 mata sahaja, aku gagal merampas selempang Ratu Longkang dari Mag. Cheiss!! Camanapun, kalau dicampur semua markah, aku masih lagi yang paling layak menjunjung tiara lip lap Ratu Longkang tu. Oh.. lihat lah doniaa..!

Game ke dua tu juga menyaksikan aku memecahkan rekod ku sendiri, membuatkan aku berazam untuk bertanding di Sukan Asia, seterusnya ke Sukan Olimpik di musim akan datang.. Shalin, ko tunggu aje lah cabaran akak ye.. huhuhu. Dan game ke dua itu juga menyaksikan satu lagi Detik Keemasan bila bola bowling aku terlepas ke belakang, Huhuhu.. secara tak langsung memberikan aku 1 lagi gelaran ratu, iaitu Ratu Detik Keemasan. Aduh, tak larat nih junjung tiara banyak²..

Cukup²lah aku merapu tuh. Tak terer ngaku jek lah tak terer ye dak? Lagi nak cover², Ratu Longkang lah, tiara lah, selempang lah.. Anyway, tak terer pun, aku join gak korang main kan? Setengah orang, kalau dia rasa tak terer, dia tak nak main pun. Alasannya, segan. Bagi aku, tak ada apa nak segannya. Setakat main suka² apa salahnya. Kalau nak ikutkan segan, sampai sudah lah tak merasa. Lainlah kalau orang suruh masuk tournament. Memang sah² aku volunteer.. err tapi volunteer bancuhkan air sirap la.

Aku kalau bab² sukan, tak kira la indoor ke outdoor ke, memang sejak sekolah lagik hopeless. Masa sekolah dulu rasa rendah diri jugak lah, terutama bila tiba minggu sukan sekolah. Baik lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi, baling membaling, semua pun fail. Tapi aku tak suka lah duduk jek tepi pondok rumah (time sukan kan selalu diorang buat pondok) tunggu air glukos. Dan aku juga tak suka jadi tukang bawak sepanduk rumah untuk kawat walaupun aku rasa aku nih ada la jugak kriteria gadis pembawak sepanduk kan (huhuhu..). Jadi aku akan tetap cari jalan untuk contribute. Aku masuk lah volleyball ke, netball ke, walaupun selalunya aku jadi pemain simpanan jek dan kebanyakan masanya aku tak main pun, tengok & sorak jek. Dan selalunya aku mesti join kawat lah. Iye laa, orang tak terer sukan mesti diorang suh masuk kawat kan? Tak kisahlah, janji aku ambik bahagian, tak ketinggalan.

Point aku sebenarnya, tak kiralah AMTY nak buat aktiviti apa pun, asalkan bukan aktiviti melanggar undang², selagi masa dan keadaan mengizinkan, aku tetap akan join. Tak kiralah samada aku terer ke tak. Yang penting, aku ambil bahagian dalam mengeratkan persahabatan AMTY. To AMTY, korang semua memang best! Walaupun dah setahun berlalu sejak kita mula² meningkap, korang masih tetap Terhangat Di Pasaran!

Lepas ni apa pulak ek.. Raja/Ratu Mikrofon? *aku cop lagu Intifada! Huhuhu..*

Friday, June 17, 2005

Diari AF3 - 17 Jun: Bhg. 1

Kad wasiat: Reza cerita tentang kad dia, tak ingat siapa yang disuruh baca (ke tak tunjuk tadi?). Idayu suruh Marsha baca. Yazer nak Ekin baca. Kata Yazer - sebagai latihan bertutur untuk Ekin, sebab Ekin kurang bertutur, kurang melontar suara. Iya ke itu sebabnya? Ke sebab ada orang suruh bagi Ekin baca sebab nak menghangatkan telenovela? (Buruk sangka lagik nih)

Kelas Bahasa Inggeris Puan Fati: Ada lakonan Hang Tuah & Hang Jebat versi Bahasa Inggeris. Fuad jadi Hang Tuah (arggh.. tertekan jiwa akak tengok nih), Felix jadi Hang Jebat, Marsha jadi dayang. Kemudian ada lakonan dari filem Ibu Mertuaku, juga dalam versi Bahasa Inggeris. Mawi jadi Mak Dara (tobat kelakar..), Keifli jadik Kassim Selamat, Amy jadik Sabariah. Tobat lawak..

Masa diorang disuruh tulis sesuatu, aku rasa aku nampak Mawi tulis pakai tangan kiri. Ooo.. kidal rupanya. Diorang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan disuruh buat skrip menggunakan perkataan CAN, MAY & MUST.
Fuad, Felix & Marsha - tak ingat sangat sebab macam tak menarik jek.
Ekin, Reza & Akma - pun aku tak faham sangat apa jalan cerita diorang sebab Ekin pun cakap macam tak dengar aje.
Yazer, Idayu, Keifli & Aidil - menamakan kumpulan (atau persembahan) diorang sebagai Mr. Big John. Yazer & Idayu telefon Aidil & Keifli bertanya samada diorang boleh datang ke wedding kakak Idayu. Aidil & Keifli busy sebab kena siapkan lagu untuk Astro. Jalan cerita jelas. Penggunaan CAN, MAY & MUST pun jelas.
Amylea, Mawi & Amy - Amy hadir ke parti yang diadakan oleh Mawi. Amylea datang lambat. Pendek, tapi jalan cerita dan penggunaan 3 perkataan tu jelas. Kumpulan lain semua pegang skrip masing² tapi Amy, Amylea & Mawi menghafal dialog masing².
Mesti ramai yang nak dengar Bahasa Inggeris pelajar² ni kan? So, this is a must see diary. Sebagai ANAK FELDA, mungkin ramai yang menyangka English Mawi tu hancuss.. maklum lah, bagi mereka yang tak pernah duduk Felda, mereka mungkin akan fikir bahawa duduk di Felda tu otak tak berkembang. Hah meh sini aku nak bagitau, diction Mawi tu lebih bagus dari 2-3 orang ANAK BANDAR yang ada kat dalam tu.

Diorang lepak² kat meja makan sambil main² konon² amik gambar guna henpon Asrul. Tetiba henpon tu berbunyi. Felix ala² cuak, bawak naik henpon tu ke tingkat atas untuk pass kat Asrul, tapi tak jumpa Asrul. Dia turun bawah balik, henpon tu terus berbunyi. Amy & Amylea tergelak² ala² tertekan dengar bunyi henpon. Reza pulak kata, buat tak tau jek, buat tak dengar, anggap henpon tu tak ada kat situ. Keifli amik henpon tu pass kat Felix, masa tu henpon tu dah berhenti bunyi dah. Felix buat² macam jawab telepon. Macam real jek dia bercakap tu. Sekali henpon tu berbunyi bebetul kat telinga dia. Lawak betul. Lepas tu diorang macam orang jakun pulak ramai² dok kerumun henpon tu. Ada someone tanya, "Amende ni?". Ekin jawab, "Sabun". Huhuhu..

Lepas tu Kak Shina datang, dia tanya kenapa tak angkat telefon tadi. Semua jawab, "Mana boleh..". Mawi lak cakap, "Fobia". Shina kata, dia telefon sebab nak bagitau yang pelajar² tu boleh telefon family diorang, tapi sebab takde sapa angkat, kira kensel jek la. (Dalam hati aku.. alaaa tipu laa tuu). Lepas tu Asrul bagitau disebabkan diorang semua baik, diorang boleh telefon keluarga masing².

Di bilik Pengetua, sorang demi sorang pelajar berpeluang telefon keluarga sambil diperhatikan oleh M. Nasir.
Amy call mak dia.
Idayu pun cakap dengan mak dia, cakap Kelantan. Nampak macam sedih. Mak Idayu minat M. Nasir. Sempat lagik tuh kirim salam..
Aidil cakap dengan mak juga. Mak dia banyak bagi nasihat. Aidil banyak cakap "Yes Mom.. okay Mom". (Kak Eisya, memang bagus dibuat menantu nih)
Keifli pulak call Abah dia.
Ekin cakap bahasa Sabah, aku tak faham sangat. Yang aku dengar mak dia kata 'buat yang terbaik, pas tu Ekin ada cakap 'tersumbat hidung'. Ekin start macam nak nangis.
Akma cakap dengan mak dia. Akma tahan sedih, lap mata dia dengan tisu. Aku suka dengar cara mak Akma bercakap. Lembut jek, tersusun satu persatu ayat dia.. (tiba² rasa nak nyanyi lagu Exist *oh Ibu..*)
Yazer ditegur oleh Abah dia sebab naik 10 kilo. Yazer kata timbangan tu tipu. Kedengaran adik Yazer bertanya "Abang, di mana kao?". Last sekali adik dia kata, "Ailabbiuu.."
Mawi bercakap dengan siapa aku tak pasti, tapi rasanya bukan mak atau abah dia. Mungkin adik dia. Orang dalam telefon tu suruh cakap dengan Felix, "Kawan² aku kirim salam"
Marsha cakap dengan mak dia kot. Marsha nangis.
Felix - bapak dia suruh lebih confident.
Reza - Abah dia bercakap dari rumah organizer Reza FC.
Fuad bercakap dengan mak dia dan berjanji akan cuba buat yang terbaik.

Penutup diari, Akma tanya kat kamera samada dah pilih nama ke belum? Amylea, Yazer & beberapa orang lagi enterframe. Akma kata, pilih lah nama yang dia bagi. Nama yang Akma bagi untuk kamera tingkat atas - Boboi, untuk kamera tingkat bawah - Gerger. Gerger? Huhu.. sesuatuh tau!

Besok dah konsert ke-3. Sapa akan terkeluar minggu ni? Kalau ikut aku, aku nak suruh jek 2 orang yang dalam carta AFUWEK tu o-som. Lagipun aku dah menyampah bukan tahap dewa-dewi lagik dah, dah tahap jula juli bintang tujuh dah ni. Tapi disebabkan aku tak AFUNDI, aku terima jek laa sapa pun yang terkeluar malam besok.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Kempen AFUWEK

Sempena menyahut seruan kempen AFUWEK yang dilancarkan kat blog Screw, aku selaku Naib Presiden Kelab dan juga ahli seumur hidup, dengan suka hati mengusung sepanduk kempen AFUWEK ini di rumah aku. Kredit kepada Kontraktor Tetap Kelab - Kak Ri yang jumpa gambar ni tah kat mana (memang sesuai sangat dengan tagline 'muntah hijau' yang selalu digunakan), dan menambah perkataan AFUWEK tu.

Kedudukan carta AFUWEK setakat 17 Jun 2005:
Juara Carta - FUDA
Naib Juara - SPEZA

Untuk makluman, kerusi Presiden, Naib Presiden, Bendahari, Sexytari & AJK Kelab telahpun dipenuhi. Tender untuk supply baldi Fear Factor pun dah diluluskan kepada kroni Kelab (supplier janji 10% diskaun untuk ahli berdaftar). Keahlian baru boleh lah memikirkan jawatan² lain yang dirasakan sesuai dengan kepakaran masing².

Image hosted by Photobucket.com

Oh ya, ahli² Kelab juga telah sebulat suara memberi penghormatan kepada Cik Presiden, dengan menyokong Protege nya - Amylea. Disebabkan ahli² kelab juga terikat dengan Kempen TAK NAK AFUNDI, oleh itu ahli² Kelab akan melaung²kan slogan AFSOKONG AMYLEA! AFSOKONG AMYLEA!

Sekian saja ucapan dari Naib Presiden *minum air masak atas rostrum - vokal kena jaga beb!*.

Thursday, June 16, 2005

Diari AF3 - 16 Jun: Bhg. 1

Diari bermula dengan paparan Marsha sorang² dok atas lantai kelas vokal / nada suara tu, sambil memeluk kaki kerusi. Nampak macam orang mengantuk pun ada, macam letih pun ada, macam sakit perut pun ada. Masa ni terdengar suara Mawi tengah praktis lagu Gadis Melayu. Huhuhu.. suara Mawi jugak yang ku dengar.

Kelas Adnan, cam biasa semua praktis lagu masing².
Keifli - okay.
Mawi - best.. best.. best! Kata Adnan, "Takde hal lah, Mawi memang boleh nyanyi lagu ni, first verse memang sedap, cuma selepas tu drop sikit. Part lirik 'halus mulus' tu kena hati² sikit". Lebih kurang gitulah. Punya lah seronok aku dengar komen Adnan tu.
Idayu - aku perasan arrangement lagu Curiga ni rancak sikit. Hopefully suara Idayu tak tenggelam macam konsert minggu lepas. Technician kat belakang pentas tu reti² lah kuatkan sikit volume mic budak ni besok.
Yazer - okay. Sebenarnya aku tak tau nak nilai prestasi Yazer sebab setakat ni semua lagu yang dia dapat lebih kurang jek.
Felix - nampak macam belum sure melodi untuk part² tertentu. Tapi aku rasa Felix tak ada masalah nyanyi lagu ni.

Dalam kelas Linda, kita boleh tengok pelajar² praktis untuk lagu Keifli. Bila ditunjukkan semua pelajar lelaki menari sama², aku tengok kat Mawi jek lah. Aku rasa okay jek Mawi menari, memang lah style dia tu lah, tapi takde lah buruk mana pun. Bila diorang berselerak menari ramai² pun aku fokus kat Mawi jek, abang kamera pun macam suka fokus kat Mawi jek. Tengok gaya dan cara Mawi joget tu memang rasa nak gelak. Lawak gila, macam Saiful Apek pun ada kekadang. Ada sekali tu, Linda nak tunjukkan kat Keifli cara² nak jatuhkan diri ke belakang. Dia suruh 2 guys pegang dia kat belakang. Masa tu belakang Linda cuma ada Aidil & Mawi. Mawi cam tak nak jek pegang jek mula². Tapi kalau tak pegang kang, jatuh pulak cikgu tu, so dia pegang jugak la (Ha ada laa tu nanti kat @15 yang kutuk konon ustaz pegang pompuan laa hapa laa.. Kalau dah tak suka kan, orang tu 'terpaksa' pun dikutuknya juga). Untuk persembahan Keifli ni, ada part dimana diorang akan ramai² usung Keifli ala² superstar kegilaan ramai lah. Memang nampak menarik, kelakar dan meriah gila. Cuma aku harap Keifli tak tenggelam dalam kemeriahan persembahan dia nanti. Korang patut stay-up untuk tengok part ni. Kalau yang minat Mawi tu, mesti asyik gelak jek lah.

Kelas Marlia Musa dibuat dekat Bilik Aktifkan. Ekin, Felix, Amylea, Marsha & Idayu diajar untuk lebih menjiwai lagu diorang. Felix yang ada masalah selalu keluarkan lidah tu disuruh pakai lip balm. Untuk lagu Marsha pula, Felix jadi model.

Last sekali kita ditunjukkan kamera di asrama lelaki. Kelihatan Yazer, Felix & Fuad bukak bungkusan maggi, masukkan dan dalam pinggan, dan tadah air panas ke dalam pinggan tu, sambil menyanyi² lagu Suatu Masa dengan Yazer. Keifli pun ada. Tak lama lepas tu muncul Mawi dengan kain pelekatnya, bebetul macam Mat Surau. Siap garu bontot lagik. Muahahahaaa.. korang nak tengok diri korang sebenar di rumah? Tengok lah Mawi. Mawi baru lepas, atau baru nak solat kot. Lepas tu dia masuk bilik (or whatever ruang lain lah), sebelum masuk tu sempat lagi nyanyi "Tanjung katung.." (lagu Aidil) kat depan pintu dengan gaya kelakar dia tu. Peminat² Mawi mesti tak nak lepaskan ulangan diari nanti.

Seperti yang aku duga, lepas tamat diari, kat @15 ada jek yang mengutuk Mawi sebab pakai kain pelikat & garu bontot tuh.. (macam lah yang mengutuk tuh tak pernah garu bontot!). Dan ramai jugaklah yang membela, tapi yang aku paling nak gelak bila baca message ni (sorry, tak ingat nama chatter berkenaan):

"Kalau Mawi naik atas pentas pakai kain pelikat dan makan maggi pun aku vote jugak"

Muahahahaaa.. I like! I like! Ailabbiuuu Mawiii !!!

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, June 15, 2005

Diari AF3 - 15 Jun: Bhg. 1

Mintak maaf ya. Hari ni review lambat sebab aku nengok ulangan Konsert Sabtu lepas & Imbasan tadi. Apa pun, kalau korang cari recaps tengahari yang cepat dimasak dan sedap dimakan, korang pegi lah blog Y.com. Itu adalah blog favourite aku sejak AF2 lagi sampai le sekarang. (Y, ko tetap juara carta!)

Mula² kita ke kelas vokal. Eh kelas vokal ke tu? Tapi kenapa cikgunya lain pulak? Mana Siti Hajar? Mana Shahrul? Siapa cikgu baru tu.. (Konon² aku cakap ni ala² Aznil la konon). Sebenarnya diorang dalam kelas, tengah tunggu cikgu kot. Marsha main piano sementara pelajar² lain menyanyi "maaaahuuu", alaa.. yang biasa diorang praktis dalam kelas Siti Hajar tu lah. Lepas tu Felix pulak berangan jadi cikgu vokal, siap ajuk Siti Hajar lagik (buat mulut muncung dan aksi tangan melontarkan suara ke depan macam Siti Hajar selalu buat).

Lepas tu ada pertandingan lawan marah antara Akma & Aidil. Pertandingan ni kat meja makan, Asrul yang suruh buat rasanya. Aku tengok marah Akma tu menjadi, macam real jek. Macam dia menyampah bebetul kat Aidil tu. Aidil pulak, marah pun boleh tersengih² nampak gigi lagi. Samada dia memang tak pandai berlakon, atau dia tak pandai marah. Tapi yang best tu, ada sekali Aidil cakap "Shut your 'maut'!" (shut your mouth). Kedengaran Amylea sound balik "Mouth okay, bukan 'maut'!". Huhuhu.. keless anak didik Skru.

Aku rasa Amylea ni memang jenis open. Kalau dia tak suka atau rasa sesuatu tu tak betul, dia terus cakap jek. Dalam diari 8.30 malam tadi, kita boleh tengok macamana Amylea bagitau Asrul dia tak suka adegan peluk² antara lelaki perempuan kat atas pentas. Tak elok orang tengok, katanya. Lagipun mak dia dah pesan. Teringat masa konsert hari tu, Amylea tepis² Aidil yang tengah peluk Elliza. Aku semakin respek kat pompuan rambut kembang bergaya funky tu. Walaupun imej dia macam tu, tapi tetap tahu batas² pergaulan. Deknon² yang lain, terutama yang dah jadi bintang dari musim² lepas tu, ikutlah contoh dia ni yek. Jangan sebelum jadi artis kemain baik lagik perangai, dah jadi artis, asal jumpa jek, bersalam nak lagi pipi, asal jumpa jek nak laga pipi. Konon dah rapat macam adik-beradik (tah ye ke tak dengan adik-beradik dia berlaga pipi camtu). Tak kira lah ya, macam ke tak macam ke, asal nama bapak tak sama, nama mak tak sama, dah tentu² bukan adik beradik. Kalau dah jantina tu tak sama, bawak² lah kontrol diri bila bersalam tu ye.

Aiseh, terlajak pulak. Kita u-turn semula ke diari hari ni. Marlia membantu pelajar² memahami lirik masing². Bermula dengan Mawi yang duduk di sebelah kanan Marlia. Mula² Mawi tunjuk Aidil sebagai contoh. Sebenarnya Mawi just tunjuk je sesapa yang duduk sebelah kanan dia (sebab sebelah kiri dia Marlia), tu yang dia tunjuk Aidil tu. Lepas tu Marlia suruh pilih sorang perempuan yang boleh dikatakan gadis Melayu. Mawi tunjuk kat Marlia. Marlia kata, "Saya tak boleh, saya bukan orang Melayu" (sambil cakap slang mat salleh). Lawak sebenarnya bini Sifu nih. Then, Mawi tunjuk kat Amylea yang duduk sebelah Aidil. Marlia kata, rambut Amylea perang, mana boleh jadi perempuan Melayu. Lepas tu Marlia suruh pilih orang lain. Mawi kata "Tak payah lah cikgu", segan kot nak pilih² perempuan. Marlia suruh jugak Mawi pilih. Last² Mawi kata "Saya terpikat dengan dia" - referring to Ekin. (Huaarghhh.. jeless akak deknon! Jeless akak!). Marlia suruh Mawi cakap betul², kata dia "Suara tu jangan macam mat tepi simpang!". Huhuhu. Dengan kopiah kat kepala tu, mana ada macam mat tepi simpang. Macam bilal baru balik dari masjid ada laa.

Kemudian Marlia membincangkan pula lirik lagu Amylea - Anggapanmu, Ekin - Mimpi Sedih, Amy - Asmaradana dan Idayu - Curiga.

Aznil yang suka enterprem tuh ada kata "Tak payah hantar undi-undi yang itu aje. Hantar undian untuk kedudukan dalam carta aje. Dari pemahaman aku, Aznil maksudkan supaya pengundi² tak usahlah dok undi Mawi (atau Felix) aje, hantar juga undian untuk pelajar lain bagi memastikan kedudukan mereka dalam carta. Muahaha.. berbuih aje la mulut ko membebel Aznil. Kalau orang cuma nak undi Mawi, orang tetap undi Mawi, dan kalau orang nak undi Felix, orang tetap akan undi Felix. Dan kalau orang TAK NAK AFUNDI macam aku.. orang itu tetap TAK NAK AFUNDI. Nah amik tisu premier nih, lap mulut ko yang berbuih tuh.

Reza dan Asrul berbual di meja makan. Antara dialog Reza yang aku ingat, "Kau layan aku kasar, aku layan ko kasar. Ko sindir aku, aku sindir ko", merujuk pada perselisihan dia dengan Idayu dalam paparan diari malam tadi. Kata Reza, dia cuma bergurau, berlakon marah, memang dia selalu macam tu, dengan orang lain pun macam tu, selalunya diorang tak ada apa, cuma masa tu Idayu marah pulak. Kemudian ditunjukkan flashback Reza & Idayu berselisih faham tu. Memang nampak Reza ni kepala angin sikit. Lepas dia marah Idayu tu, dia pujuk balik "Dinda.. dinda..", tapi masa tu Idayu dah bengang dan buat tak tau.

Tak lama lepas tu, Idayu pulak datang ke meja makan. Both Reza & Idayu kata diorang dah okay. Kata Reza "Kita dah okay kan, kita dah rujuk semula kan?" Muahaha... Lepas tu Asrul suruh buat "Amboi amboi amboi.." sambil buat jari kelingking ala² fonen kertu dalam satu rancangan tu kan (malas aku nak sebut nama dia dan rancangan dia). Kata Reza, "Tak nak, tak nak.. aku belum ada program macam tu lagi". Muahahaa lawak.. lawak..

Dalam kelas Adnan, pelajar² mula menyanyikan lagu masing².
Aidil - suara perlahan. Akma - kurang lenggok. Ekin - okay

Fu** - hate to say this, but he sounds okay. Dia nak improvise lagu, tak nak tiru bulat². Tapi Adnan kata lagu macam tu mana boleh improvise, let it be. Yo yo oo laa ko mamat.. *cari baldi.. Mag! Ko dah beli baldi baru ke belum?"

Amylea - okay. Adnan kata ada masalah dengan tempo. Amy - suara macam tak habis lontar. Marsha - hmm.. tah le, aku dengar cam kartun lak suara dia hari ni.

Dalam kelas Linda, pelajar² dibahagi kepada 2 kumpulan, diorang kena menari ikut lagu yang diberi. Kumpulan pertama - Mawi, Marsha, Amylea, Fuad, Keifli &.. (tak ingat sapa lagi), menari style robot. Kumpulan kedua - Felix, Akma, Reza, Idayu &.. (tak ingat jugak), menari gaya.. err.. gaya apa tah, aerobik kot. Komen Linda, kumpulan pertama - messy, banyak mistake. Komen untuk kumpulan kedua - faster, cleaner, sharper. Lepas tu diorang menari lagu Menuju Puncak. Terdengar Linda menjerit, "Mawi! Lambat! Lambat!".

Selepas tu kita tengok pelajar² vote untuk menentukan pemenang 'Siapa Lebih Garang'. Pelajar² tunjuk pada kamera kad yang tertulis nama pelajar yang mereka vote dan masukkan kad tersebut dalam satu paper bag. Macam citer Survivor pulak. Marsha & Amy undi Akma. Reza dan Keifli undi Aidil. Kad orang lain tak ditunjuk. Dan pemenangnya ialah.. sila tunggu diari 8.30 malam. Hampeh kan? Tapi rasanya Akma lah yang menang.

Lepas tu kelas pengarah muzik bersama Sham pulak. Sham kata backing vocal tak boleh overrule main singer. Kali ni Sham sendiri yang akan pilih siapa yang akan jadi backing vocal, diorang tak leh pilih suka² sendiri dah.

Abis dah..
Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, June 14, 2005

Diari AF3 - 14 Jun: Bhg. 1

Kelihatan Amylea sedang bersedih. Marsha duduk disebelah, Idayu pula duduk di hadapannya macam sedang memujuk. Aku tak tahu apa yang Amylea sedihkan sebab tak dengar keseluruhan perbualan, cuma terdengar Idayu cakap "Ko ambik mood ni..".

Dalam kelas Siti Hajar, pelajar² masih lagi belajar bubbling. Reza, Felix, Amylea & Amy masih ada kelemahan. Mawi pula macam bemasalah, diberi lebih sikit tunjuk ajar oleh Siti Hajar. Mungkin kita dah bosan tengok kelas ni, tapi aku rasa latihan bubbling, hissing dan apa ke bendenya lagi yang lain tu, harus sentiasa dibuat. Selagi diorang tak dapat buat macam Siti Hajar buat, bermakna diorang tak cukup bagus. Malah bila dah keluar nanti pun, diorang perlu teruskan latihan sebegini sendirian.

Ekin pula dilihat menangis. Dari percakapan Siti Hajar, rasanya Ekin tak dapat buat apa yang disuruh. Dia macam membelakangkan kelas. Bila Siti Hajar panggil suruh pusing depan, dia geleng² kepala tak nak. Hek elee.. masa ni aku rasa macam nak hempuk aje budak ni dengan piano tu. Kena la pulak Siti Hajar bagi ceramah motivasi. Letih betul kalau jadi Siti Hajar ni. Aku rasa dia cuba control tak nak lah marah² macam masa dia marah Nana dulu, memburukkan reputasi dia juga. Tapi kalau dapat budak cengeng kuat melalak macam ni, memang geram dibuatnya. Yang aku tak faham, kalau dah tak dapat buat tu, perlu ke memangis? Takde semangat juang langsung. Buat aje lah sampai dapat. Kalau fokus mesti dapat punya. Ekin boleh menyanyi, punya suara yang sedap, wajah yang cantik. Cuma sejak Konsert Prelude lagi, memang ketara teknik nyanyian Ekin perlu diasah. Tapi macamana nak diasah kalau baru belajar sikit, tak dapat, dah nak melalak? Kalau tak nak belajar, buat apa masuk AF? Buat apa hadir ke ujibakat dulu? Nak glemer semata²? Dia bukannya budak kecik pun. Kalau budak darjah 1 tu, aku paham lah, takut buat salah, takut cikgu marah, sampai menangis. Tapi dia ni dah besar panjang, dah boleh kahwin, dah boleh buat anak. Haa tu lah, akak kalau dah membebel sampai pagi besok pun susah nak brek. Pot pet pot pet pot pet.. (tak habis bebel lagik nih, tapi tak larat dah nak tulis).

Dalam kelas nada suara, Adnan meyentuh tentang melodi. Aku rasa pelajaran hari ni berkaitan dengan kesilapan melodi yang dilakukan oleh Mawi dalam konsert lepas. Tapi aku agak kesal bila Mawi kelihatan tidak menumpukan perhatian dalam kelas tu. Tak tahulah apa sebenarnya yang terjadi, tapi semasa semua orang sedang menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu, rasanya Felix atau Mawi ada mengusik Marsha, sebab tiba² Marsha bangun, pergi ke arah pelajar lelaki dan tumbuk Mawi (tumbuk style pompuan la). Lepas tu Felix macam buat isyarat atau berkata sesuatu pada Marsha, macam suruh Marsha relax, cool. Ni yang buat akak nak bebel lagi ni. Cikgu bercakap kat depan, korang sibuk bertelenovela kat belakang. Bagi lah tumpuan. Awak tu dah lah ramai peminat. Kalau orang lain yang tak fokus, penonton tak kisah sangat, tapi kalau Mawi, semua orang nak ambik tau. Semua orang tak nak tengok Mawi buat salah. Karang kalau buat silap lagi, separuh Malaya mengutuk. Lepas tu separuh Malaya lagi pulak membela. Nak buat macamana, sememangnya sokongan luar biasa terhadap Mawi menyebabkan dia dinilai pada peringkat yang berbeza berbanding pelajar² lain sedangkan hakikatnya dia hanyalah manusia, remaja biasa seperti mereka juga.

Kelas tarian. Kelihatan mereka bersenam. Kelihatan Marsha di baris depan. Kelihatan pusat Marsha. Kelihatan perut boroi Fu**. Kelihatan Fu** cepat² cover, macam tau² aje ada kamera fokus tang situ. Kelihatan Linda buat split. Kelihatan Yazer berdiri, tak boleh buat split. Kedengaran pelajar² lelaki bersuara "Cikgu! Cikgu!", tak larat nak bukak kaki luas² lah tu. Kelihatan mereka menari sorang demi sorang mengikut rentak lagu. Kelihatan Mawi tersangatlah kelakar. Kesian Mawi. Dia bukan sengaja nak buat lawak, bukan sengaja nak jadi bahan ketawa. Dah dia memang tak reti menari. Kira dah cukup bagus dia dapat ikut beat tu.

Dalam kelas Marlia, mula² Marlia cakap panjang lebar, tah aku pun tak ingat pasal apa. Lepas tu diorang disuruh berjalan buat muka sombong. Kedengaran Marlia kata "Mawi & Felix kembar siam". Agaknya diorang disuruh berjalan secara rawak tu pun nak jalan dekat² jugak kot. Sesuatuh tau anak ikan akak nih. Kemudian kita boleh tengok Mawi ala² model buat fashion show. Wow!! Kiranya masa ni aku memandang Mawi ala² Nora (Nanu) pandang Hazimi (Fahrin) dalam Samarinda - Simbiosis tu. Hik hik hik.. *masa ni aku getik sengsorang depan TV*. Lepas tu giliran Felix pulak. Ada sesuatu yang kelakar dilakukan oleh Felix, aku pun tak pasti apa, tapi satu kelas ketawa sakan. Marlia pun ketawa beriya-iya.

Penutup diari menunjukkan semua orang mencari anak patung kucing Elliza. Ekin akhirnya jumpa kucing tu dalam drawer bawah TV. Lepas tu diorang ramai² cakap pada Elliza depan kamera, diorang akan pulangkan kucing tu pada Elliza. Rasanya tak ada yang menarik sangat. Tido awal pun tak apa.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

Monday, June 13, 2005

Diari AF3 - 13 Jun: Bhg. 1

Aku ketinggalan beberapa minit yang pertama. Mungkin aku terlepas Idayu membacakan kad wasiat Elliza. Masa aku nengok, diorang tengah menyanyi lagu Mengapa. Kat hujung² tuh lirik lagu jadik tah hapa² tah. Masa ni nampak bebudak pompuan nangis², tekup² muka, mata merah². Hish! Macam tak reti² lepas tamat AF nanti boleh jumpa balik. Bukannya tak penah nengok AF1 & AF2. Jangan masa ni jek nangis bagai, besok bila dah kat luar, ada pulak berita kat paper - 'Bintang AF3 A bercekau dengan Bintang B', tak pun si SS tu tulis -'SS dengar 2 bintang AF3 yang masa kat akademi tu kamcing ala² cemolot bagai, kini sedang bercakaran berebutkan seorang jejaka Melayu terakhir'. Pelajar² lelaki pulak macam tak sedih langsung. Semua happy semacam jek especially Reza. Suka la tu kot.

Bosannya Aznil dok pot pet pot pet pasal beli tiket.. bla bla bla. ye lah orang tau lah. Tak yah lah cakap panjang². Pendek² kan aje lah. Aku bukan nak tengok engko. Aku nak tengok bebudak AF3 tu. Tak kuasa tau. Hish! Dah naik bosan jugak aku nengok Aznil nih. Mungkin minat dah berkurangan sebab statement dia pasal Mawi hari tu kot. Walaupun aku maafkan Aznil, tapi sebagai peminat Mawi, aku terasa la jugak kan. Tahun depan kasik la orang lain pulak jadi pengacara. Aku rasa Saiful Apek tu pun okey. Jimmy Yezza tu pun nampaknya berbakat juga walaupun masih baru lagi dalam bidang ni.

Kemudian pelajar² menunjukkan kepada kamera kad & kasut yang mereka hadiahkan pada bapa masing² sempena Hari Bapa. Kebanyakannya ucapan standard lah. Dan biasa lah kan, ada lah yang nak nangis lah, ke buat² nangis ke.

Mawi - katanya pertama kali mengucapkan Hari Bapa. Tak terkejut pun. Memang bukan budaya orang kampung pun Hari Ibu/Bapa ni. Aku rasa orang bandar jek yang celebrate Hari Ibu & Hari Bapa ni. Aku dulu masa kecik² pun mana reti hari Ibu/Bapa nih. Sebab masa kecik² aku dok felda, macam Mawi jugak. Dah besar² ni jek lah baru reti.. konon² sebab dah duduk bandar la konon.. muahahaha.

Felix - qroohh qrehh qrsong qrsengg qratt qroott ..selamat hari bapa.. qrohh qrehh sqrongg sqrengg ..kasut.. qrooh sqrott sqrengg qrsott ..makan & minum.. qrohh qrehh.. (dia cakap bahasa Dusun daa).

Reza - lawak gak, siap test lagik kasut untuk abah dia. Pastu dia kata, kalau abah tak nak pakai, display kat aquarium.. muahahaha. Atas aquarium ke dalam aquarium?

Keifli - membahasakan dirinya 'orang' (cam Uncute pulak). Dia cakap dia degil, keras kepala.. blablabla.. pastu dia kata airmata dia nak berlinang, tapi cuba tahan.

Yazer - ucapan buat bapanya yang rock, katanya. Kita dipaparkan Yazer sedang menulis kad sambil mengesat² matanya. Nangis ke mat rock?

Amylea - memanggil ayahnya Baba or Babah (?). Membahasa kan dirinya Ko/Koi/Aku (?) Tak tahulah bahasa orang utara ni. Kita juga ditunjukkan adegan Amylea menulis kad sambil menangis. Yang ni aku rasa bukan buat². Betul punya nangis. Amylea pun memang nampak rapat dengan ayah dia semasa Tirai Akademi hari tu kan. Lupa pulak, dalam entry sebelum ni aku lupa nak buat pengumuman penting. Dengan ini aku mengisytiharkan, selain dari MAWI, aku juga menyokong Amylea - anak didik Screw itu. Tapi sokongan aku dalam bentuk air liur jek la, bukan dalam bentuk SMS maupun telefon, tidak juga dalam bentuk remote control.

Fu** - bosannya. Harap badan jek besar.. tapi bek bek bek bek.. tak sesuai!! Tak sesuai!! *cari baldi Fear Factor.. Mag, pulangkan baldi aku!!*

Akma - membahasakan diri dia Kak Chik (rasanya dah pernah dengar dah sebelum ni). Mata & suara dia macam baru lepas nangis. Samada nangis masa tulis kad untuk ayah dia, atau nangis sebab sedih dengan pemergian Elliza. Heran aku, aku wish Selamat Hari Bapa, happy jek. Takde nangis² pun. Aku sayang jugak Abah aku. Aku pun ada gak menyesal buat salah kat Abah aku, tapi takde lah aku nak nangis bila ucapkan Selamat Hari Bapa. Lain lah kalau mintak ampun masa Hari Raya kan. Aku pun selalu gak berpisah dengan Abah aku. Jangan kata 2-3 minggu, bertahun² aku dok asrama. Kekadang 2-3 bulan tak telepon sebab takde sen. Ye la masa sekolah kan, mana ada duit sangat. Tapi bila aku call, takde la pulak nangis sampai bengkak² mata. Aku rasa sebelum sessi beri ucapan tu, diorang ni di brainstorm dek Dr. Azahari tu kot.

Aidil - cuma tulis kad untuk bapa dia. Sempat lagik promo yang daddy dia tu best scrabble player in Malaysia (?) Kasut pula dihadiahkan untuk mommy dia main badminton. Banyak ucapan dia untuk mak aje. Konpius aku. Ni ucapan Hari Bapa ke Hari Ibu?

Ekin - ni sorang lagi. Melalak sampai tak jelas amende dia cakap. Bapak tu hidup lagi deknon, usah le melalak gitu sekali.

Idayu - membahasakan dirinya 'adik'. Mula² kontrol ayu jek. Lepas tu makin lama makin sedih pulak. Nangis jugak.

Amy - kad & kasut uuntuk mom dia. Semua ucapan untuk mom. Langsung takde mention bapak dia. Ada pun dia cuma cakap 'to all fathers out there, Selamat Hari Bapa'. Lepas habis tu, dia pergi kat Idayu, peluk Idayu & nangis². Hmm.. apasal ek, dia tak suka bapak dia kot.

Lepas tu diorang ramai² potong kek coklat yang nampak sedap. Tak paham aku, kata celebrate Hari Bapa, pi la suh BreadTalk hantar kek pada bapak diorang sebijik sorang. Apahal lak untuk Hari Bapa, korang pulak yang makan kek? Tak paham.. tak paham..

Last sekali kita ditunjukkan Mawi & Marsha dapat banyak baju baru yang Jimmy Yezza shopping dalam Trek Selebriti hari tu. Marsha & Mawi bacakan kad yang ditulis oleh Jimmy untuk diorang.

Tak ada babak Mawi kena marah dengan sifu, kalau itulah yang ditunggu². Malam karang punya diari baru ada kot. Nothing special, kecuali kalau korang nak nengok cemana rupa bebudak tu menangis depan kamera, boleh la tido lambat.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com

AF3 - Konsert Minggu Ke-2

Selepas tamatnya konsert minggu ke-2 malam Sabtu tu, aku sebenarnya ada banyak idea nak ditulis. Tapi disebabkan aku sibuk seharian pada hari Ahad, maka aku tak sempat nak update blog. Pagi ni bila aku bukak komputer, aku dok termenung kejap sebab dah lupa dah amende yang aku nak tulis banyak² tu. Tiba² aku rasa macam idea aku dah basi la pulak. Anyway, aku tulis jugak lah apa yang aku ingat.

Aku suka 2 orang pengkritik jemputan malam tu. Walaupun aku setuju dengan kata M.Nasir ada antara komen yang tak relevan, nak-nak si sultan melaka tu kan. Tang lelaki, tang pompuan tak lawa kemain panjang berjela² komen dia, macam nak bukak kelas teater kat bawah pentas tu. Kena tang pompuan lawa, tergeliat pulak lidah dia. Apa pun aku suka Adlin nih, sebab dia kelakar. Selama ni aku tengok dia dalam drama ke filem ke, nampak selekeh jek, tapi kelmarin tu aku nengok boleh tahan jugak lah imej dia. Komen Hattan pula aku rasa hampir kesemuanya relevan.

Persembahan yang paling aku suka malam tu ialah Amylea, Felix, Akma dan semestinya - Mawi, walaupun di kecam hebat oleh banyak pihak. Kat bawah ni aku selitkan juga perbualan SMS aku dengan beberapa 'pengkritik sukarela' sepanjang konsert malam tu.

Idayu - Superstar
Aku tak tau lah samada mic dia slow atau muzik terlalu kuat, tapi persembahan Idayu agak hambar. Hanya bila dia jerit pitch tinggi tu aje yang menunjukkan kelebihan dia. Selebihnya agak mengecewakan.
Y to Me: Disappointed with Idayu
Me to Y: Me too!


Keifli - Mungkin
Bagi aku, ada kemajuan dari segi vokal berbanding minggu lepas. Namun selepas beberapa persembahan seterusnya, penonton akan terlupa pada persembahan Keifli.
Me to Ana: Caya la Keifli
Me to Y: Caya la Keifli. Impressive
Y to Me: Aku tak paham mamat LRT tu. Aku dengar BLABLABLABLA je. (Mamat LRT - Adlin)
Me to Y: Too long. Mesti now ada orang tengah sound dia to cut short his comment


Elliza - Aku Dia dan Kamu
Aku suka ekspressi muka Elliza. Tapi disebabkan Elliza banyak bergerak, lontaran dan kawalan suara agak kurang baik.
Y to Me: Elliza was better than Idayu
Me to Y: Agree on Elliza


Fuad - Puteri
Yuck!! Boleh tak kamera blur kan aje muka dia masa dia nyanyi? Kata Kudsia, audience tergamam(?) Hah iyolah tergamam.. tergamam nak tahan loya, sebab tak bawak baldi Fear Factor.
SL to Me: Muka tak climax
Y to Me: Suara orait tapi geli aku tengok dia dengan memek muka. Muntah ijau.
Me to Y: Muka Fu** cam maturbate tak abis. Muahaha..
Y to Me: Hahahahahahahahahahaha


Amy - Sesalan
Huk alah baju tu.. fail! Dari segi nyanyian, biasa jek. Tak ada apa yang membanggakan. Aku masih rasa yang Amy ni sekadar menyanyi je. Feel tak kesampaian. Lagi satu, memang lagu tu yang tak sedap kot.
Kak Teh to Me: Bagus ah kritik malam ni! Macam tengok Malaysian Idol!
Y to Me: Mamat LRT cam J** je aku tengok. Koreografi disusun cikgu so dia directly kutuk cikgu. Kakakaka..
Me to Y: Aku rasa lagu tu yang tak sedap


Yazer - Sejati
Bagus. Nyanyiannya antara yang terbaik malam tu. Tapi tak aci lah, dah 2 minggu berturut² dia nyanyi lagu rock. Masa Yazer miming main gitar tu, aku tengok placement jari dia semua betul macam tengah main bebetul. Lain kali kasi dia can menggoreng bebetul atas pentas tu pulak.
Me to E: Power anak ikan ko..

Amylea - Asmara
Bagi aku persembahan Amylea adalah yang terbaik antara semua. Cukup semua lah, suara, gaya, ekspresi muka, tarian, semuanya sesedap rasa. Satu persembahan yang sememangnya akan diingati. Kejutan dari Zahid, Farah & Nana tu menambahkan lagi keseronokan menonton persembahan Amylea. Aku rasa kejutan tu sengaja dibuat untuk menaikkan lagi sokongan pengundi pada Amylea.
SL to Me: Aku suka Amylea
Me to SL: Aku pun, I Like! I like!
SL to Me: I think astro nak tolong push Amylea
Y to Me: I am so proud of her
Me to Y: I like! I like!
SL to Me: Serious aku suka Amylea
Me to SL: Serius aku pun!
SL to Me: Ok kita promote kat blog masing²
Me to SL: Ko memang sekedek! Aku pun tengah pikir kat kepala!


Aidil - I Don't Wanna Miss A Thing
Tiada apa yang membanggakan. Satu lagi persembahan yang akan dilupakan.

Ekin - Joget Sayang di Sayang
Persembahan memang kelihatan menarik dengan bantuan Felix yang mewujudkan suasana kelakar. Tapi dari segi nyanyian, kawalan suara teruk sangat, suara dia tenggelam timbul. Apa pun aku rasa Adlin tak patut menggunakan perkataan 'monyet' sebagai gantinama pada Felix & penari² latar. Sungguh kurang ajar bunyinya. Awak bukannya mengomen dalam blog, boleh tulis suka hati. Awak sedang mengkritik secara live. Suka hati dia jek nak memonyetkan orang di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Felix - Berjuta Batu
Menghiburkan. Segalanya secukup rasa. Tapi aku lebih banyak tengok Amylea yang menari kat belakang tu dari tengok Felix.

Akma - Cahaya
Segalanya pun secukup rasa. Bagi aku Akma antara yang paling berbakat dalam AF3. Dia perlu ditonjolkan lagi dalam diari kalau nak pastikan dia kekal lama. Setakat ni, ramai yang sedar Akma berbakat, tapi selain dari itu, tiada apa² yang istimewa dapat dilihat dalam diri Akma, menjadikan dia bukan antara peserta favourite.

Marsha - Ingin Bersamamu
Action speaks louder than words atau dalam kes dia ni, body sings louder than voice. Masih belum nampak kemantapan vokal Marsha. Yang terserlah hanyalah imej seksi dia yang bagi aku terlebih perlu pulak untuk lagu tu.

Reza - Terhangat Di Pasaran
Tah le. Macam bersepah & berterabur jek. Dan disebabkan banyak sangat enterframe dari sorang budak tu, aku terus jadik tak berkenan dengan persembahan Reza.

Mawi - Dari kekasih Untuk Kekasih
Sebelum Mawi mula menyanyi, jantung aku berdebar². Macam lah aku yang nak buat show. Sememangnya harapan menggunung untuk melihat Mawi membuktikan bahawa dia layak berada di akademi. Selesai persembahan - aku kecewa. Aku kecewa kerana Mawi salah lirik. Aku kecewa kerana ada juga pitch lari sana-sini. Aku kecewa kerana penonton² di stadium over sorak untuk Mawi. Habis sebaris - sorak, habis sebaris - sorak lagi. Letakkan diri kalian di atas sana, tiba² mendapat tepukan gemuruh macam tu. Mestilah bangga. Sedikit sebanyak sorakan itu mungkin menyebabkan fokus Mawi terganggu. Kalau tak jadi over confident, mungkin semakin tertekan. Aku kecewa kerana persembahan Mawi tidak sepertimana yang aku harapkan. Tapi, adakah itu persembahan terburuk malam tadi? Tidak sama sekali. Ramai orang hanya fokus kepada kesilapan Mawi tak ingat lirik, tetapi tidak melihat perkara positif yang ditunjukkan oleh Mawi. Ya, Mawi silap lirik, tetapi Mawi tetap menyanyikan baris yang dia terlupa itu, bukannya dia tak ingat lirik dan diam jek macam sorang Diva dalam satu majlis anugerah tu. Ya, Mawi ada lari pitch sikit², tapi Mawi masih menyanyikan dengan vokal yang jelas mantap. Dan apa yang orang ramai lupakan ialah, Mawi telah membuktikan dia bukan hanya mampu membawa lagu berirama nasyid. Ramai yang dah terlupa bagaimana Mawi telah berusaha dan akhirnya mampu me-rock kan diri dia untuk lagu tersebut.
Ana to Me: Sesungguhnya koi maafkan dia
Me to Ana: Huwaa.. koi pun maafkan juga
Me to Ana: Mesti yang tak minat dia makin banyak kutuk kat @15 kang


SL to Me: So sapa palimg ok 2nite? sapa ko rasa out?
Me to SL: Amylea the best. Aku tak kira, aku nak Fu** tu gak keluar.


Bila Aznil mengumumkan Elliza terkeluar, aku tak terkejut, walaupun aku kecewa. Bukan kecewa sebab Elliza terkeluar tapi kecewa sebab bukan mamat bek bek bek tuh yang terkeluar. Elliza memang berbakat, tapi kalau nak diikutkan semua yang ada dalam akademi tu pun berbakat. Cuma kalau nak dibandingkan dengan pelajar² lain, bagi aku bakat Elliza tu kedudukannya di tengah². Di tambah dengan sikap kebudak²an Elliza yang kurang disenangi penonton tu, kalau tak minggu ni pun, seminggu dua lagi Elliza akan terkeluar jugak. Macam aku pernah kata sebelum ni, peratus undian pelajar di tempat ke-3 hingga terakhir tak banyak beza langsung. Jadi kalau persembahan ala² mudah dilupakan, sesiapa pun boleh terkeluar.


IMBASAN

SL to Me: Chet! Patut Fuad kuar.
Me to SL: Tu laa kalau kita undi Elliza tadi, mesti Fu** tu keluar.
SL to Me: Itu la.. tapi kita kan berkempen

Me to Ana: Benci laa Aznil cakap cam tu. M. Nasir cakap dia kecewa jek, bukan Mawi patut keluar. Statement Aznil saja nak tarik undi jatuhkan Mawi.
Me to SL: Boring tul Aznil dok promo Mawi patut terkeluar. M. Nasir tak maksudkan cam tu pun
SL to Me: Haah salah interprate

Y to Me: Silap besar Mawi masuk balik. It will be bad for him in long run akan dibenci pelajar lain yang prapp. Haha. Tengok undi dia skrg. 56! Eh Fuad yang keluar kalau bukan Elliza
Me to Y: Aznil exploit kenyataan M. Nasir 'bout Mawi.
Y to Me: Aznil buat statement macam MN bagi kata muktamad.

Me to Y: Abang Elliza pandai jawab laa.
Y to Me: Abang Elliza better speaking dari org itu haha

Me to Ana: Tengok undian untuk Mawi sekarang! Muahaha! Sejarah!


Aku maafkan M. Nasir. Dia memberi pendapat secara jujur. Dia kecewa dengan Mawi sebab dia tau Mawi boleh buat lebih bagus dari itu. Dengan pelajar lain dia tak berapa kecewa sebab harapan dia pada pelajar² lain tak setinggi harapan dia pada Mawi. Aku tak kisah kalau M. Nasir tak maafkan Mawi. Dia cikgu. Kalau aku jadi cikgu pun, pelajar favourite aku jawab kertas peperiksaan dapat 80%, takkan aku nak tukar markah dia jadi 95%?

Bayangkan sebuah kelas. Cikgunya bernama Nasir. Sebelum bagi kertas periksa, Cikgu Nasir yakin pelajarnya bernama Mawi akan mendapat markah 95%, manakala cikgu Nasir dapat agak yang pelajar²nya yang lain mungkin mampu mencapai markah 60%. Tamat peperikasaan, pelajar² lain mendapat 60% sepertimana yang diduga, jadi Cikgu Nasir tak rasa apa lah kerana dia memang dah agak pun. Sesetengah pelajar mampu mendapat 85%, maka Cikgu Nasir kagum dengan pelajar² yang menunjukkan prestasi lebih dari apa yang dia jangkakan itu. Tetapi bila pelajar bernama Mawi itu dapat markah 80%, jauh dari apa yang disasarkan oleh Cikgu Nasir pada awalnya, mesti lah cikgu Nasir kecewa kan? Tapi adakah itu bermakna pelajar bernama Mawi itu pencapaiannya paling buruk dalam kelas? Tidak murid-murid.. kerana ada ramai lagi pelajar lain yang hanya mencapai 60%.

M. Nasir kata, "Pelajar yang paling mengecewakan ialah Mawi". Tapi M. Nasir tak kata pun Mawi yang patut keluar instead of Elliza.

M. Nasir kata, "Elliza berbakat besar, malah lebih berbakat dari beberapa pelajar yang ada kat dalam tu". M. Nasir kata Elliza tak patut keluar jika dibandingkan dengan beberapa pelajar² lain, tapi M. Nasir tak kata pun Mawi adalah pelajar yang tidak berbakat itu dan patut keluar pada minggu pertama ini.

Kenyataan M. Nasir sengaja diputarbelitkan oleh Aznil untuk tujuan tertentu, dan sengaja dijadikan senjata oleh golongan anti-Mawi untuk mengecam Mawi dan peminat²nya. Inilah peluang keemasan yang dinanti²kan oleh chatters yang tak minat Mawi di @15. Seperti yang aku duga, semakin banyak dosa² kering terpapar di karpet @15 selepas konsert berakhir.

Sepertimana aku maafkan M. Nasir, aku juga maafkan Aznil, sebab aku tau dia makan gaji. Aznil tau apa yang dia katakan. Aznil bukannya bodoh. Dia lulusan universiti, dan dia dah lama dalam industri ini. Takkan lah dia bangang sangat dengan sengaja menjadikan diri dia mangsa kebencian peminat² Mawi? Aznil lebih dari tahu bahawa Mawi ramai peminat. Aznil tahu dengan membuat kenyataan sedemikian mengenai Mawi, dia mendedahkan dirinya kepada risiko menjadi kebencian peminat fanatik Mawi yang mungkin sebelum ini adalah peminat Aznil juga. Aznil tau, dia mempertaruhkan popularitinya sendiri dengan setiap baris perkataannya. Tapi, Aznil bukan bodoh. Perlu diingat, ketika Imbasan, Aznil telahpun mengetahui kedudukan % undian pelajar². Aznil bukan jadi pengacara AF secara percuma. Dia dibayar. Dia dibayar dengan banyak! Dan antara tugasnya sebagai pengacara AF ialah untuk menarik penonton supaya terus mengundi dan mengundi dengan lebih banyak lagi.

Dengan mengeksploitasikan kenyataan M Nasir, dan membuat kenyataan bahawa Mawi yang sepatutnya terkeluar, aku melihat ada beberapa sebab di sebalik kenyataan Aznil itu:

1) Ianya diharap dapat memberi harapan kepada penyokong² pelajar lain, membuatkan mereka berfikir -"Hah Aznil dan M. Nasir sendiri fikir Mawi yang patut keluar, maknanya Mawi bukan bagus sangat, maknanya Idayu/Amylea/Amy/Yazer pun ada peluang", dan penyokong pelajar² lain ini akan terus mengundi pelajar favourite mereka.

2) Ianya diharap dapat memberi kebimbangan kepada pengundi² Mawi. Mereka mungkin berfikir "Alamak! Mawi mungkin akan terkeluar lah. Kita mesti terus undi Mawi", dan mereka ini akan terus menghantar AFUNDI untuk menyelamatkan Mawi.

Rancangan AF, samada konsert, diari maupun konsert mingguan adalah untuk mengaut keuntungan dari segi SMS. Kalau dilihat peratusan AFUNDI antara pelajar, persaingan sengit hanyalah antara Felix dan Mawi dan selepas konsert berakhir, lebih 50% undian didominasi oleh Mawi. Ini bukanlah satu persaingan yang sihat. Kalau aku jadi tokey Astro & tokey talian telepon pun, aku risau sebab ada kemungkinan penyokong pelajar² lain putus asa nak mengundi pelajar² mereka sebab dah terang² nampak % undian Idayu, Amylea, Ekin, Aidil, Keifli dan lain² nya tu tak mampu menandingi undian peminat² Mawi dan Felix. Jadi, apa gunanya menghantar AFUNDI? Biar sajalah peminat Felix & Mawi sahaja yang berperang. Fenomena ini membimbangkan tokey² itu. Sesuatu perlu dilakukan agar Mawi tidak begitu mendominasi segala undi. Sesuatu perlu dilakukan agar persaingan sihat berlaku. Sesuatu perlu dilakukan agar penyokong pelajar² lain tidak putus asa dan akan terus mengundi. Sesuatu perlu dilakukan agar lebih banyak AFUNDI masuk. Sesuatu perlu dilakukan agar perut tokey² itu terus membuncit. Dan sesuatu yang harus dilakukan itu harus dilakukan melalui Aznil, yang merupakan tunggak dan nadi utama AF. Jadi aku maafkan apa sahaja yang diperkatakan oleh Aznil. Malah aku respek Aznil, kerana sanggup mempertaruhkan populariti dan peminat²nya sendiri demi tugas, kerana aku tahu, apa pun yang Aznil katakan, hanyalah demi menarik AFUNDI semata². .

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!
Image hosted by Photobucket.com