Sunday, July 31, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-9

Pengenalan pelajar² kurang menarik pada aku. Disebabkan abang kamera sekolah tak habis, maka dia cuma reti fokus pada separuh bahagian atas badan pelajar², dan tidak pada keseluruhan badan mereka. Jadi tak nampak dengan jelas lah pergerakan² pelajar meniru aksi kawan² diorang. Yang diorang praktis masa kat dalam diari hari tu lagi best, lagi menjadik.

Baju pelajar² minggu ni agak semenggah setelah berbaldi² isi perut dihantarkan pada Tukang Jaga Baju minggu lepas.

Aku menjangkakan nama² besar dalam industri seni tanahair dijemput sebagai pengkritik minggu ini, memandangkan minggu ni boleh dikatakan minggu yang penting kerana ianya minggu terakhir sebelum konsert final. Tidak lah pula aku nak menidakkan kemampuan Suraya & Vince. Cuma, aku rasa cam kurang tepat jek kehadiran diorang pada minggu ni. Apa pun, komen diorang boleh dikatakan sederhana jek la. Mungkin kerana tak banyak yang perlu dikomen mengenai persembahan pelajar² kot.

Persembahan lagu² M. Nasir dari pelajar² lelaki biasa² jek. Yang paling okay bagi aku ialah masa lagu Ghazal Untuk Rabiah jek la. Mawi agak terserlah, tapi Mawi juga beberapa kali kedengaran agak tercekik masa high notes tu.

Yazer - This Love
Walau ada gak terkucil sikit, tapi keseluruhannya persembahan Yazer amat bertenaga.

Marsha - Ku Pendam Sebuah Duka
Kesilapan Marsha agak ketara minggu ni. Bermula dengan lupa lirik yang aku rasa menjadi sebab dia hilang feel seketika. Aku rasa Marsha terlalu tertekan. Kesian betul. Lepas bridge lagu tu, baru dia pick-up balik. Dua perenggan yang last tu baru aku rasa Marsha dapat feel semula dan masa tu baru nyanyian dia okay. (So kepada mereka yang suka sangat mengutuk Mawi pasal lupa lirik, lihatlah buktinya, bahawa tekanan macam tu boleh berlaku pada sesiapa sahaja bila² masa sahaja walaupun dah berkali² buat persembahan atas pentas).
Kelakar tul aku nengok Aznil tiru gaya Marlia gelak. Lawak antara Aznil & Fahrin pun kelakar gila. Cuma cara Kudsia memotong cakap Fahrin tentang "learn from the best" tu bagi aku agak kasar sedikit. Fahrin berada di situ bukan sebagai pelajar, bukan juga sebagai seorang yang saja² suka naik atas pentas nak ganti tempat Aznil. Sebaliknya Fahrin DIJEMPUT sebagai kejutan buat Marsha. Dan sebagai seorang JEMPUTAN, dia sepatutnya dihormati tak kiralah betapa muda umurnya atau betapa cetek sekalipun pengalaman dia. Kalau aku jadik Fahrin, aku terasa giler. Kalau Fahrin tak terasa pun, sebagai peminat Fahrin (geget dia.. geget dia... nyumm nyumm nyumm), aku yang terasa tau..

Felix - Anak
Kagum kejap aku dengan gorengan Yazer & Sham pada awal lagu tu. Tapi aku sebenarnya lebih suka kalau diorang plucking gitar macam lagu asal, lebih syahdu dan lebih mendalam feel lagu tu. Bila diorang strumming gitu, walaupun bagus secara teknikalnya, namun arrangement lagu tu dah jadi macam lagu Spain lah pulak aku dengar. Aku lebih suka versi asal dikekalkan.
Nyanyian Felix memang best, terutama masa dia nyanyi part Tagalog. Walaupun aku tak faham, tapi aku rasa masa tu suara dia lebih dilontarkan, dan penjiwaan pun lebih terasa masa tu. Uncute ada bagitau aku yang Kak Ri kata sebutan Tagalog Felix hancus, tapi disebabkan aku sendiri tak paham sangat Tagalog, maka aku pun tak pasti lah tahap kehancusannya, cuma telinga aku dengar sedap jek la versi Tagalog tu.

Kefli - Tak Tahu
Macamana aku kesian kat Marsha, camtu jugak la aku kesian kat Kefli. Aku rasa dia pun tertekan. Lupa lirik beberapa kali dan sumbang mambang di beberapa tempat. Tapi, persembahan Kefli tetap bertenaga. Part Yazer & Mawi rap tu pun best jugak. Malah aku rasa Mawi telah mencuri perhatian penonton dalam persembahan Kefli ni sepertimana Zahid pernah mencuri perhatian penonton dalam persembahan Adam ketika menyanyikan lagu Tipah Tertipu Lagi masa AF2 dulu. Err.. mintak maaf ye Kak Aidid, tapi rasanya yang penonton sorak sakan lepas Kefli habis nyanyi tu, sorak sakan untuk Mawi lah.. huhuhu. (Sekali lagi kepada mereka yang suka mengutuk Mawi, ini adalah satu lagi contoh dimana seseorang tu boleh merasa tertekan walaupun dah banyak kali menyanyi, dan rasa tertekan itu boleh menyebabkan seseorang itu hilang fokus dan lupa lirik).

Amylea - Gemilang
Pertama kali aku dengar Amylea terkucil masa menyanyi. Timing masa masuk lirik "Kini gemilang itu.." pun kurang tepat. Samada Amylea turut sama terkena curse Gemilang-Jac, atau Amylea juga seperti Marsha & Kefli, tak dapat mengawal tekanan yang melanda di dada. (Kepada pengutuk² Mawi juga lagi, ini adalah satu lagi contoh di mana pelajar yang konsisten juga adakalanya menghadapi masalah timing tidak tepat).
Walaupun secara keseluruhannya persembahan Amylea tidaklah begitu mengecewakan, namun aku rasa ianya agak hambar, mungkin kerana Jac telah meletakkan satu pencapaian yang sangat tinggi dalam lagu ini. Bukan niat aku membandingkan Amylea & Jac. Dan aku pun tak nak Amylea nyanyi macam Jac. Cuma aku sebenarnya berharap Amylea boleh bawak lagu ni dengan caranya sendiri, dan pada masa yang sama tahapnya sebaik atau lebih baik dari Jac. Kalau boleh aku nak nengok sama macam masa Amylea nyanyi lagu Asmara & Anggapanmu, tak sama dengan penyanyi asal, tapi persembahannya setanding mereka.

Mawi - Pergi Tak Kembali
Akhirnya Mawi dapat juga kejutan yang istimewa dengan kehadiran geng Wariqi Salam (eja?) dari Kulai. Kejutan ni mengingatkan aku pada kejutan untuk Zarina AF2 yang juga diiringi oleh kawan²nya dari Johor masa dia nyanyi lagu 'Ayomm Ayomm' yang merupakan persembahan favourite aku dari Zarina. Alaa lupa lak tajuk lagu tu, aku ingat 'ayomm ayomm' jek, sebab lepas tu kalau meningkap, aku mesti mulakan dengan "ayomm ayomm.."
Minggu ni merupakan satu lagi persembahan yang best giler dari Mawi. Macam yang aku dah cakap empat juta kali sebelum ni, suara Mawi sahaja dah memang cukup power, merayap ke luar TV hingga ke belakang tengkuk aku. Cuma kali ni aku tak peluk TV la, tapi aku peluk bantal ala² insaf gitu. Aku tengok Kefli & Yazer terpacak kat tepi pentas tu pun ala² budak hip hop & Mat Rock yang sedang insaf. Best giler Mawi. Sesungguhnya aku tersangatlah kagum dengan kemajuan yang Mawi tunjukkan.

Babak sedih yang kononnya luahan hati tapi sebenarnya tagih undi tu memang nampak sangat ler diadakan sekadar untuk mengisi masa lapang yang ada. Sampai part Kefli, jadi lawak pulak. Tak best langsunglah babak mengundang baldi nih.

Persembahan lagu² ciptaan Adnan dari Amylea & Marsha jauh lebih baik dari persembahan pelajar² lelaki. Malah Amylea & Marsha menyanyi lagu medley ni lebih baik dari mereka menyanyikan lagu solo mereka sendiri. Tu bagi aku lah. Bila tengok diorang berdua menyanyi, terbayang penyanyi² wanita popular yang dah sedia ada di industri hiburan kita sedang berduet dalam satu majlis anugerah pulak. Secara keseluruhannya, nyanyian Amylea lebih bagus dari Marsha, namun aku rasa kelebihan tu adalah disebabkan Amylea lebih familiar dengan lagu² Melayu berbanding Marsha. Bila Farah enterfrem, aku terus teringat Ilham. Mesti adalah dia tulis pasal bekas awek angkatnya tu nanti. Cuma aku rasa aku tak berapa dengar pulak suara Farah. Agak menarik bila Farah peluk Amylea masa dia kata "Biarlah juara tahun ni perempuan pulak", seakan memberi satu pengiktirafan pada Amylea bahawa dia sebenarnya layak bergelar juara.


Penyingkiran Yazer & Kefli

Sabar ye Emy.. sabar ye Cik Odah.. simpatiku tak bertepian buat korang. Bersabarlah banyak² yek, namun sekiranya korang perlukan minyak tanah, rasanya aku boleh tolong cari supply. Cuma mancis cap lada jek aku tak ada. Maklum le, Pejol tu cucuh rokok pakai lighter. Tapi kalau korang nak pinjam lighter Pejol satu, boleh jek. Dia pun memang suka tinggalkan lighter dia di merata tempat - kat atas meja makan, kat atas meja komputer, kat atas mesin basuh, kat dalam bilik air pun ada. Kalau korang nak amik semua lighter tu pun aku lagi suka, biar dia tak leh cucuh rokok lagik dah. Tapi ingat ye Emy & Cik Odah, lap dulu lighter tu sebelum digunakan supaya CSI tak leh kesan cap jari. Kalau kena tangkap jugak, jangan la sebut nama aku yek.. huhuhuuu..

Sabar lah jua ya Kak Aidid. Frust gak aku sebab lepas ni tak nampak dah Kak Aidid sebut "Praapp!!" kat TV. Beberapa hari ni aku memang asyik tunggu kemunculan Kak Aidid jek promo Kefli. Bila promo pelajar lain keluar, aku siap bebel, "Bila laa Kak Aidid nak keluar nih.."

Aku sebenarnya berharap Yazer & Kefli akan dipanggil balik oleh Aznil bila diorang dah sorong beg ke bawah pentas tu, tapi harapan aku tak jadi kenyataan pulak. Camnapun, aku tak terkejut pun diorang mengekalkan keputusan membawa 4 pelajar sahaja ke final tu. Aku sebenarnya lebih terkejut dengan kenaikan harga minyak lagi dalam masa tak sampai sebulan. Mujur lah aku tak buang duit AFUNDI, boleh jugak cover kenaikan harga minyak. Bencilah cerita minyak ni. AFUNDI tu ada gak pilihan, nak atau tak nak undi, tapi minyak mana boleh buat pilihan, harga naik pun kena jugak isi minyak. Takkan nak gerakkan kenderaan pakai air pulak kan? Beli beskal la macam ni..

Balik pada citer penyingkiran 2 pelajar yang rupa²nya bukan suatu gimmick tu, satu lagi sebab aku tak terkejut sangat ialah disebabkan diorang dah pun umumkan AFVOKAL. 4 finalists campur sorang pemenang AFVOKAL, dah 5, cukup la tu kot untuk diketengahkan selepas tamat AF3 besok. Adanya AFVOKAL juga antara sebab kenapa diorang tak adakan AFMASUK. Kang kalau umumkan AFMASUK, nampak tamak haloba bebeno, takut AFVOKAL takde sambutan pulak kan. Lantak ler, nak AFVOKAL ke, AFPERSEMBAHAN ke, nak 4 ke, 5 ke ,6 ke, semua ke.. suka ati diorang lah. Bak kata Abang; diorang tu saja nak tunjuk power diorang, nak tunjuk kat penonton yang diorang ada power nak tentukan bilangan peserta awal dan akhir. Bila diorang nak 12, 12 lah. Nak 14, maka 14 lah jadinya. 5, 5 lah. Bila nak 6, 6 lah. Dan bila nak 4, 4 sajalah yang masuk walau camana kuat sekali pun penonton membantah. Kuasa mengundi di tangan penonton, namun kuasa 'mengenepikan' mereka yang telah diundi penonton, masih di tangan mereka. Penyokong Yazer pasti ramai yang kecewa kerana keputusan ini telah mengenepikan Yazer yang sebenarnya layak untuk beraksi di final seandainya ada 5 pelajar terpilih ke peringkat akhir. Tapi apa nak buat.. dah bukan rezeki. Semoga Yazer & Kefli terus berusaha membina tapak yang kukuh di luar sana, semoga sikap² mereka yang disenangi itu terus kekal dalam diri mereka bila sudah dikerumuni ribuan peminat nanti.

Persembahan beramai² yang berterabur, bersepah², sumbang mambang macam bebudak tadika nyanyi choir tu tersangat lah tak sedapnya, tersangat tak perlu dan entah hapa²nya tah. Ada yang macam nak tunjuk terer dengan adlib terlebih². Macam la dengan adlib sumbang mambang tu leh raih undian AFVOKAL. Aku rasa nyanyian Idayu je yang okay dan terserlah. Yang lain tah hapa² tah.


IMBASAN
Farah dah semakin matang bercakap dan semakin bijak memberikan pendapat. Tahniah Farah.

Apa pula motif di sebalik keputusan untuk tidak menyiarkan % undian pelajar² sepanjang minggu ni? Tersangatlah curiga-Ning Baizura nya aku dengan taktik ini. Adakah mereka tak akan biarkan Mawi menjadi Juara AF3? Atau sekadar satu lagi taktik psikologi terhadap pengundi²? Aku rasa begini; bila penyokong² Felix, Amylea & Marsha tidak dapat melihat % Mawi yang selama ini sentiasa mendahului pelajar² favourite mereka, maka pengundi² pelajar ini tidak akan ada rasa putus asa untuk mengundi. Bayangkan sekiranya pada hari Selasa, undian untuk Mawi mencecah 60% dan hanya selebihnya sahaja dkongsi oleh 3 pelajar lain. Katalah aku sebagai salah seorang pengundi 3 pelajar ini, maka aku pastinya akan berhenti dari membazirkan duit aku kerana aku rasa adalah agak sukar untuk memerangi % undian Mawi. Jadi, bukankah lebih baik jika pengundi² ini tidak nampak % pelajar², jadi mereka akan terus mengundi!

Bagi pengundi Mawi pula, rahsia % pelajar ini juga bagaikan satu serangan psikologi bilamana mereka akan sentiasa diselubungi rasa khuatir dan gundah gulana andaikata pengundi² 3 pelajar lain mampu mewujudkan satu momentum luar biasa dalam minggu ini sehinggakan menggugat peluang Mawi menjadi juara. Maka pengundi² Mawi ini akan menjadi lebih berhati² dan juga akan berlebih² lagi mengundi disebabkan kebimbangan ini. Ikut celah mana pun, tokey itu dan tokey itu jugak lah yang tersenyum lebar.

Sesungguhnya aku bersyukur kerana tidak sedikitpun merasa goyah dengan serangan psikologi mereka tu. Aku hampir pasti bahawa juara percaturan musim ke-3 ini bukanlah Mawi! Bukan juga Felix! Bukan Amylea mahupun Marsha! Hanya tinggal seminggu saja lagi, dan aku begitu yakin bahawa JUARA SEBENAR musim ini ialah AKU (dan kamu semua yang tidak mengundi!!). Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Friday, July 29, 2005

AFSOKONG

Image hosted by Photobucket.com
Aku tak pasti siapakah orang pertama yang menyebut perkataan AFSOKONG ni, tapi yang aku pasti AFSOKONG ni ialah tanda sokongan kepada pelajar², bagi orang² yang setia dengan kempen TAK NAK AFUNDI macam aku.

Sejak awal lagi, carta AFSOKONG aku untuk ke peringkat akhir ialah:

-MAWI
-FELIX
-AMYLEA
-MARSHA
-YAZER

Kalau ada AFMASUK sekalipun, carta AFSOKONG aku kekal seperti di atas. Kalau ada 6 orang untuk ke peringkat akhir, maka aku tak kisah lah sesapa pun pelajar ke-6 tu. Dan kalau ada 4 orang sahaja, maka aku dengan berat hati terpaksa melepaskan Yazer. (Maafkan daku Cik Odah.. aku tak berdaya... huhuhu)

Jadi, kepada korang yang telah bersama² aku dalam kempen TAK NAK AFUNDI, siapa pula dalam carta AFSOKONG korang?
(Kredit gambar: Kak Ri)
Mintak maaf bebanyak ye kengkawan. Aku tak buat review diari tengahari ni sebab aku nak keluar pergi perjumpaan isteri² terdesak (desperate housewives) kejap lagi. Jadi, aku sendiri pun kena cari kat Y.com balik karang, tak pun aku tunggu ulangan jek la malam nanti.

Just nak share, sorang kawan aku, anak perempuan dia berusia lebih kurang 8 bulan dia masih di ICU sebab kena brain infection. Ada cecair yang tak dapat dikenal pasti dalam kepala dia. Beberapa hari lepas doktor dah operate keluarkan cecair tu, tapi Shasha masih dalam keadaan tenat sampai ke hari ni. Sebak hati aku tengok keadaan Shasha yang berselirat dengan wayar disekeliling badannya. Marilah kita sama² berdoa agar Shasha lekas sembuh dan semoga mamanya diberi kekuatan mengharungi dugaan ini. Amiin.

Thursday, July 28, 2005

Diari AF3 - 28 Julai: Bhg. 1

Diari tengahari ni jatuh dalam 3 kategori:
- kategori membosankan
- kategori tak-tengok-pun-tak-apa
- kategori anda-akan-kata-hek-elee-pada-hampir-setiap-paparan

Marsha & Kefli main renjis² air, kejar² & geletek². Lepas tu Marsha ngadu kat Tipah muka dia basah. Hek elee..

Kak Cham & Roslen (eja?) datang ke akademi dan bercakap tentang media & artis. Vince dikatakan sebagai satu contoh bekas pelajar AF yang bagus. Yazer tanya pasal 'skandal' dia dengan Ekin. Roslen nyanyi lagu Sonata Musim Salju, Yazer main gitar. Sedap gak suara Roslen nih. Felix & Marsha bagi komen ala² penkritik Konsert AF.

Kelas Adnan:
Yazer - okay. Adnan kata Yazer kena bagi lebih attitude.
Kefli - masih kurang meyakinkan, masih belum hafal lirik.

Marsha tarik Tipah sampai tertunduk ke bawah. Asrul suh pujuk Tipah, cium la, apa la. Marsha panjat kerusi, lap Tipah dan tah hapa² lagi tah dibuatnya dengan Tipah. Hek elee..

Marsha praktis lagu dia dekat tangga depan Tipah. Hek elee..

Dalam kelas Linda, Kefli & Felix kena denda pumping sebab tak hafal step. Hek elee..

Linda bawak 6 kotak kasut baru untuk pelajar² dan diorang semua kena menari dengan kasut baru masing². Hek elee..

Amylea cerita kat Tipah yang dia nak belajar muzik tapi takde duit. Dia tak masuk tingkatan 6 sebab mak dia sakit jadi dia kena kerja ganti mak dia, bla bla bla. Hek elee..

Kelas Linda lagi - Kefli berlatih lagu Tak Tahu. Kesian aku nengok.

Ada sorang hairstylist datang ke akademi dan cerita pasal texture rambut, scalp, shampoo & tah hapa² lagik tah. Yang aku perasan cuma sikat dia pegang tu sebijik cam sikat aku. Yang ni lagik la triple hek elee..

Kelas Linda lagi, Kefli lagi. Hek elee...

**Segala "Hek elee" di atas tidak ditujukan kepada mana² pelajar² sekali pun, sebaliknya ditujukan kepada pihak penerbitan diari yang macam dah takde idea nak tunjuk apa. Hek eleeeeee...

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

AF3: 4 orang jek?

Eleeee.. saja la tu. Taktik nak suh penyokong mengundi sakan. Kalau betul diorang nak keluarkan 2 orang, buat apa umumkan awal-awal, kan lagi meletop kalau diorang jadikan kezutan masa konsert nanti? Entah-entah saja nak suruh semua orang gundah gulana, lepas tu kejutannya ialah semua dapat masuk final. Diorang dah bayar 6 pereka fesyen tu, takkan nak membazir gitu jek kan?

Aku rasa diorang akan keluarkan dua beg, lepas tu umumkan nama 2 pelajar, lepas tu sampai pelajar tu dah turun tangga, baru diorang wat lawak panggil balik kot.

Kalau betul pun 2 orang tersingkir, mesti ada AFMASUK. Hek elee... tak kuasa akak, deknon. Akak tetap teguh dengan motto TAK NAK AFUNDI!!

Wednesday, July 27, 2005

Diari AF3 - 27 Julai: Bhg. 1

Cikgu Marlia kata setiap orang ada kekuatan sendiri, macam Marsha - matanya. Cikgu tanya Mawi apa kekuatan dia, Mawi tunjuk hidung dia. Pastu, rasanya Kefli kot kata, kekuatan dia ialah bibirnya. Cikgu suruh Marsha buat satu cerita menggunakan mata dia. Lepas tu Amylea & Felix cuba teka apa yang mata Marsha dah ceritakan. Tapi semua cerita diorang tu tak sama dengan cerita Marsha. Cerita sebenar Marsha - sorang perempuan tengah mandi, tiba² black-out pulak. Dia keluar bilik mandi, mintak mak dia ambikkan torchlight, tiba² ternampak satu lembaga. Bila lembaga tu nak datang dekat, tiba² ada lampu semula.

Mawi pulak bercerita dengan hidung dia. Muahahaa.. buruk giler. Yazer teka, Felix kentut dan Mawi terbau kentut tu. Tapi Mawi kata cerita dia sebenar ialah - mereka ramai² pergi ziarah kubur. Muahahahaaa.. biar betul deknon?!

Cikgu Marlia & Puan Fati cuba membantu Felix untuk mendapatkan feel bagi lagu Anak. Marsha pulak menyanyi terlebih kerut sampai Cikgu Marlia ambik plaster lekat kat dahi dia. Huhuhuu.. lawak tul la Cikgu Marlia nih.

Kemudian diorang praktis pengenalan diri untuk masa konsert. Kali ni diorang perkenalkan diri macam biasa, tapi diorang tak suruh penonton AFUNDI diorang, sebaliknya promo agar AFUNDI salah sorang kawan diorang lak.
Yazer tiru gaya Amylea eja 'A.M.Y.L.E.A' dan sebut "Afundi Amylea!"
Mawi lak buat aksi jelir² lidah Kefli dan sebut "Afundi Kefli, praapp!!".
Marsha buat mata stim dan aksi Felix pusing² tangan.
Amylea buat gaya kangkang dan perut ke depan sambil sebut "Rock steady, afundi Yazer!"
Kefli lak buat gaya Mawi jalan punggung tertinggal kat belakang.
Felix tiru aksi seksi Marsha.
Lawak giler masa ni.

Dalam kelas Adnan, Amylea nyanyi lagu Gemilang. So far okay jek la aku dengar. Takde masalah nampaknya. Risau jugak kot la jadi macam yang Roslan cakap dalam Malaysian Idol masa theater elimination hari tu, bila semua contestants yang nyanyi lagu Gemilang gagal menyanyi lagu tu dengan baik, kononnya lagu tu dah kena curse, Jac jek yang boleh nyanyi lagu tu. Huhuhuu..

Cikgu Linda ajar Kefli & Amylea step untuk lagu Tak Tahu. Sementara diorang praktis tu, Marsha dengan Felix buat rancangan 'Translation kamus Inggeris-Melayu' lak kat dapur.
Marsha: "Felix, apakah makna 'Rectification Gratification'?"
Felix: "'Rectification Gratification' ialah satu perkataan Inggeris yang saya belum tau maknanya"
Muahahaa.. kreatif betul kepala otak dia nih.

3 orang lagi pereka fesyen - Adnan Hassan, William & Dino datang untuk design baju Mawi, Yazer & Felix. Hensem jugak Adnan tuh. Tapi baju yang dia lukis, dalam gambar tu tak nampak hensem sangat lah. Baju Felix nampak macam dalam filem Matrix lak.

Penutup diari - diorang ramai² kat meja makan dengan Asrul, Puan Fati & Cikgu Marlia. Diorang suruh Marsha buat gaya kawan² dia untuk pengenalan diri masa konsert. Semua gelak nengok Marsha, terutama Cikgu Marlia, biasa laa kan dia kalau gelak bersungguh², mengilai² gitu..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Tuesday, July 26, 2005

Ocean Deep

Entry ni ditujukan khas untuk Hanim sebenarnya.
Hari tu ko ada mintak lagu Ocean Deep kan? Aku cuba attach file ni kat email, payah sangat la pulak. Lapan jam tunggu tak lekat jugak. Upload kat Rapid Share boleh pulak. Ko klik kat link bawah ni untuk download lagu tu okay.

Ocean Deep - Cliff Richard

Selamat berjiwang karat ya Hanim.. huhuhuu. Sama lak taste kita ek? Lama gila dah lagu ni. Aku kalau pi karaoke suka sesangat nyanyi lagu ni. Zaman frust bercinta pun nyanyi lagu ni, zaman berboifren pun nyanyi lagu ni, zaman dah tukar boifren lain pun nyanyi lagu ni, dah kahwin pun nyanyi lagu ni.. dah ada anak pun dok nyanyi lagu nih jugak lagi.

Orang lain pun kalau nak download buat koleksi jiwang karat memasing, sila lah..

Diari AF3 - 26 Julai: Bhg. 1

Mintak maaf yek kengkawan sekelian. Aku ter-over busy pagi tadi, tak dapat nak update cepat².

Diari bermula dengan paparan kelas Sham dimana Marsha diberitahu ada masalah dengan arrangement lagu This Boots Ain't Are Made For Walking tu. Jadi lagu Marsha akan ditukar dan akan diberitahu oleh tenaga pengajar nanti. (Sampai ke hujung diari aku tengok takde pulak ditunjukkan lagu apa yang menjadi ganti lagu Marsha tu).

Dipaparkan Yazer di dalam van yang dalam perjalanan ke Rumah Seri Kenangan. Yazer kata dia pernah buat aktiviti macam tu sebelum ni dan pengalaman tu bagi Yazer memang menyedihkan. Di Rumah Seri Kenangan, Yazer menolong sorang pakcik mencuci lantai koridor. Lepas tu dia tolong kacau nasi kawah kat dewan makan. Kemudian dia tolong siapkan meja makan pula. Kadang² kita leh nampak dari air muka seseorang samada dia tak suka ke, terpaksa ke, buat² suka ke bila di suruh buat kerja² macam tu kan, tapi bagi aku, air muka Yazer menampakkan dia ikhlas buat semua kerja² tu. Peminat² seperti Cik Odah pasti akan lebih tertawan dengan Yazer selepas ini.

Balik ke akademi, diorang ramai² menonton video lawatan Yazer ke Rumah Seri Kenangan. Marsha siap meleleh airmata lagik. Ada satu part tu Yazer borak dengan sorang makcik berumur 69 tahun yang mempunyai 5 orang anak, namun dia sendiri yang nak datang ke situ. Masa tu Yazer pun nampak macam sedang cuba mengawal perasaan dia. Uwaaa.. sedihnya..

Kelas vokal hari ni bersama Shahrul. Tengah cikgu bercakap, tetiba ada sekor tikus tumpang lalu atau mungkin nak join belajar vokal. Terjerit² lah Marsha & Amylea. Felix lak dengan selamba pergi cari mana Cik Ti tu menghilang. Sehingga ke saat ini, nasib Cik Ti tersebut tidak dapat lah aku pastikan.

Dalam kelas Adnan, Amylea & Marsha praktis lagu medley diorang. Amylea nampaknya lebih cepat menguasai melodi & lirik lagu tu berbanding Marsha. Aku rasa Marsha kurang mendengar dan menyanyi lagu² tu kot sebelum ni. Aku kesian lah kat diorang. Dah lah diorang berdua jek. Lagu² tu pulak semua yang jenis nak terkeluar anak tekak punya. Tough giler.

Dalam kelas Sham, yang lelaki praktis lagu Ghazal Untuk Rabiah. Lagu bebudak lelaki tu pun boleh tahan jugak susahnya. Tapi at least diorang berempat, dan lagu pun ada 3 jek, jadi bila dah dibahagi², beban tu mungkin tak seberat yang ditanggung dek Marsha & Amylea. Hopefully diorang mampu lah bawak semua lagu tu nanti. Alaa, kalau susah² sangat pun, diorang miming jek la nanti kan? Bukan tak pernah buat pun kan kan kan? Huhuhuu..

Rakaman Yazer di Rumah Seri Kenangan menjadi penutup diari, dengan iringan petikan gitar dan nyanyian lagu Anak oleh Felix, disambung nyanyian beramai² pelajar lelaki lain. Sebaknya masa ni.. Akhir sekali Yazer berpesan, "Mereka tak punya sapa², jadi anda semua ingatlah.. jangan abaikan ibu bapa.." (ada lagi sambungan dia, tapi aku dah lupa lak).

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Monday, July 25, 2005

Diari AF3 - 25 Julai: Bhg. 1

Memula ditunjukkan Felix main gitar (instrumental) - tak tau tajuk dia, tapi orang main gitar mesti tau lah main lagu ni. Kalau masuk kelas gitar classical, mesti akan diajar lagu ni. Petikan gitar Felix ni mengiringi paparan hitam putih beberapa babak Akma di akademi.

Felix tunjuk anak patung kucing yang dihadiahkan oleh Akma untuknya. Felix cakap, terima kasih dan dia akan selalu ingat Akma. Yazer kata Akma friendly. Marsha kata Akma is a good listener. Amylea kata Akma is fine, everything is okay about her. Mawi pulak cerita, yang paling dia suka tentang Akma ialah bila petang² diorang semua nak balik ke asrama, dan dia akan terdengar Akma menjerit "Babai Felix..!". Hehehee.. semua pelajar gelak, dan Felix malu², tolak² Mawi lak dia. Kata Mawi, dia pun heran, apasal Akma tak jerit 'Babai Mawi' ke, orang lain ke. Kata Mawi lagi, Akma seorang yang bersungguh² dan cepat pick-up. Kefli pulak kata, dia senang bekerja dengan Akma.

Marsha & Amylea baca wasiat Akma secara bergilir². Untuk yang lain² tu, biasalah ucapan standard diberikan. Kat Kefli, Akma kata, "Terima kasih kerana jadi posmen". Wahh.. posmen apa tu ek? Pada Felix pulak, Akma kata, "Akma suka sangat dapat nyanyi dengan Felix lagu Bertakhta di Hati tu, Akma feel sangat masa nyanyi lagu tu". Dan lagi Akma kata kat Felix, "MAHAL KITA". Wow!!! Pengakuan berani tu! Maka confirm lah Akma & Felix ni memang menaruh hati antara satu sama lain. Untuk yang tak biasa dengan bahasa Tagalog, 'Mahal Kita' tu maknanya 'I LOVE YOU'. Hmm.. I like! I like!

Kemudian pelajar² ni masing² buat persembahan untuk Akma. Marsha main piano dan menyanyi dengan Amylea lagu How Do I Live. Kefli main gitar lagu Belaian Jiwa. Mawi pulak bersyair:
"Wahai Akma yang baik hati
Jangan bersedih sebab tersingkir
Kami di sini mohon ampun
Kalau ada buat salah.."
Huhuhuu.. apa laa Mawi ni, syair dia tak rhyme laa. Yazer pulak takde nyanyi apa², cuma bagi ucapan standard jek untuk Akma. Persembahan Felix pula rasanya yang ditunjukkan di awal diari tu.

Pelajar² perempuan masih tak tahu yang Jamal Abdillah memang bebetul datang ke asrama lelaki minggu lepas. So masa sessi bersama Dr, Azahari & Puan Fatimah, diorang di tunjukkan rakaman video kehadiran Jamal Abdillah ke akademi hari tu. Amylea & Marsha macam tak puas hati jek. Muka ala² merajuk. Pelajar² lelaki ceritakan tentang perbualan diorang dengan Jamal.

Felix cakap kat Tipahtipah, dia nak main takraw atau badminton. Dia malas nak tunjuk poyo² kat depan Tipah. Kata Felix, "Sorry Tipah, bad mood". Kesian Felix.. bad mood sebab Akma tak ada ye?

Amylea & Marsha main hayun² rambut dan buat iklan shampoo depan Tipah. Amylea tanya Tipah suka ke rambut baru dia? Tipah geleng. Kat belakang, kedengaran suara Yazer, "Kami suka maggi!"

Lepas tu aku tak pasti sangat apa sebenarnya objektif aktiviti diorang, tapi yang lelaki kena ala² promo diri diorang macam dalam interview / audition mencari jodoh cuba memikat hati panel yang terdiri dari Marsha & Amylea. Amylea suka Mawi, Marsha pula suka yazer.

Yazer cakap kat Tipah, diorang nak main takraw. Tipah angguk. lepas tu kita dapat tengok diorang main macam² games kat luar akademi. Memula yang lelaki main takraw dengan Dr. Azahari sekali. Lepas tu ramai² main bola baling, Mawi kat tengah² dan yang lain dalam bulatan baling bola untuk attack Mawi. Habis Mawi keluarkan segala jenis stunt untuk mengelak bola tu dari terkena dia. Lepas tu diorang main badminton pulak. Lepas tu main bola sepak pulak.

Akhir sekali, klip perjalanan Akma sepanjang di akademi berlatarkan lagu Bertakhta di Hati. Seperti yang aku duga, beberapa paparan bersama Felix mesti lah ada. Ada jugak yang aku tak pernah nampak pun dalam diari sebelum ni. Contohnya yang Felix pegang tangan Akma masa diorang tengah buat birthday party tu. Tak tau lah mungkin ada, tapi aku yang tak perasan kot. Diari hari ni sebenarnya takdelah best sangat, tapi kepada yang nak dengar apa Akma tulis untuk Felix, dan nak tengok sedikit klip Akma yang tak ada dalam diari sebelum ni, boleh la tunggu ulangan.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

AF3 - Konsert Minggu Ke-8

Bagi aku, konsert ke-8 adalah antara konsert yang menghiburkan dalam musim AF3 ini. Pengenalan diri ala Hindustan memang menarik (walaupun aku lebih suka yang ala askar dulu). Nyanyian berkumpulan untuk lagu bonus Ladki, walaupun tak lah se-gah yang aku jangkakan, tapi boleh tahan lah, dan tetap menghiburkan. Masa bebudak lelaki junjung bebudak pompuan tuh, aku ngan adik² aku ala² berdoa depan TV - "Jangan laa jatuh, jangan laa ada yang jatuh". Huhuhuu..

Aku suka rambut baru yang memberi sedikit kelainan pada Amylea, tapi antara spaghetti dengan maggi, aku prefer mee maggi, cepat dimasak sedap dimakan.. Aku lebih suka rambut lama Amylea, sebab sebelum ni rambut tu macam dah jadi trademark dia, jadi bila tukar rambut, cam hilang pulak 1 identiti. Tapi tu aku jek laa yang rasa. Apa pun Amylea tu sendiri memang dah ada strong character, jadi dia buat rambut macamana pun tetap nampak dia ada personaliti tersendiri.

Aku sangat tertarik dengan Yasmin yang dijemput sebagai pengkritik. Cara dia bercakap, komen² yang dia berikan, muka dia, baju dia, semuanya lah aku suka. Paling menarik bila Yasmin kata "Jamban dia best..", ala² vulgar tapi bersopan gitu. Amboi.. abah aku ketawa berdekah² dengar Yasmin komen camtu.

Marsha - Cobalah Untuk Setia
Ada sikit shaky. Part chorus tu pitching tak terkawal. High notes dia tak berapa sedap dan sengau, kekadang dengar cam katun lak. Keseluruhannya, nyanyian Marsha agak bersepah. Kalau dilihat dari beberapa persembahannya yang lepas, bagi aku Marsha sebenarnya mampu bawa lagu ni dengan lebih baik, tapi mungkinkah dia kurang berlatih minggu ni? Atau terlalu banyak lagu tugasan berkumpulan menyebabkan tumpuan pada persembahan solonya terganggu? Masa lagu Seri Langkat pun, Marsha agak kurang menyerlah. Aku harap Marsha tak hanyut dengan pujian melambung dari pengkritik masa dia nyanyi lagu Destiny dulu, sebab 2 minggu ni aku nampak graf persembahan Marsha agak menurun.

Kefli - Hati Emas
Persembahan Kefli penuh bersemangat. Ada banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Kefli. Malah aku memberikan Kefli markah yang lebih tinggi dari Marsha. Pada awalnya, aku menjangkakan Kefli akan tersingkir minggu ni, tapi selepas melihat persembahan beliau, aku yakin peminat² Kefli tertutamanya Kak Aidid (huhuhuuu) akan mengundi habis²an untuk dia, dan aku yakin Kefli mendapat sedikit sumbangan dari Saturday voters yang cukup untuk mengekalkan dia minggu ni. Dengan satu lagi persembahan bertenaga seperti ini di minggu hadapan, maka Kefli akan melangkah ke final.

Yazer - Mengapa Harus Cinta
Sapa laa yang menguruskan wardrobe bebudak ni? Kasi penampar gaban sikit kat orang tu. Tak buat homework langsung! Sebelum bagi baju, tolong selidik dulu lagu apa diorang nyanyi deknon oii.. Sesuai ke seluar ala² pemuzik tepi gerai makan Bangsar tu untuk lagu tu? Aku tau laa Yazer tu rock, tapi kalau lagu dia tak rock, apa ke jadahnya nak bagi seluar dikerik tikus tu? Maka dengan ini aku menyalahkan Tukang Jaga Baju sebagai penyebab mengapa Yazer kurang menghayati lagunya. Ye laa, baju tak sesuai, penghayatan pun kurang. Baru nak feel sedih, tunduk bawah terpandang lutut sendiri, terus terganggu feel tu.
Persembahan Yazer agak tenggelam minggu ni, tapi aku rasa Yazer dah bawa lagu ni dengan cara dia sendiri. Jika dibandingkan dengan persembahan bertenaga Kefli, aku agak kedudukan Yazer agak goyah. Jadi aku ingat kalau Kefli selamat, mesti Yazer lah yang terkeluar. Tapi pengundi² memang sukar diduga.

Mawi - Pupus
Kalau tadi penampor, kali ni kasi tendangan gaban pulak kat 'jebon' yang menguruskan baju tu. Buruk bebeno. Aku tengok Mawi macam Mat Spanar Jaya yang putus cinta. Tinggal lagi dia pegang mic jek, kalau dia pegang spanar dengan palit minyak hitam sikit kat pipi dia, ada jugak tokey bengkel Ah Wong naik atas stage tarik Mawi suruh balik bengkel dan repair kereta.
Namun walaupun dengan baju yang buruk itu, nyanyian Mawi malam tu BEST GILER!! Remuk redam hati aku mendengarnya. Aku ngan Kak Teh sikit lagik nak histeria depan TV. Ini merupakan persembahan terbaik Mawi. Macam yang pernah aku katakan, kekuatan Mawi terletak pada suaranya sendiri. Bila disertai dengan penjiwaan dan nyanyian yang sempurna, maka auranya bukan setakat menggapai aku di luar kaca TV, tapi turut menarik aku untuk peluk TV tuh sekali.

Akma - Selamat Jalan Romeo
The 'gelek' is fine. But the ' Beyonce melentik' part is so very buruk. Namun aku tabik dengan keberanian Akma. Kesian pun ye jugak, dia buat macam tu atas keperluan lagu sepertimana yang diminta oleh EE. Sampai ada sekali tu Akma kedengaran semput. Dah lah lagu tu panjang gila. Tapi bagi aku, walaupun menyanyi lagu dangdut, tak bermakna mesti bergelek sampai kelihatan tak selesa. Rasanya aku tak pernah pulak tengok Ramlah Ram bergelek gerudi bila menyanyi lagu tu, tapi persembahan Kak Ramlah tetap hidup jugak. Apapun nyanyian Akma okay, maybe better than Kak Ramlah sendiri (banding dengan nyanyian Kak Ramlah untuk malam tu jek la).
Ramlah Ram nampak cantik. Dah lama tak nengok Ramlah menyanyi live, jadi lepas jugak lah rindu seketika.

Amylea - Dua Insan Bercinta
Best siut.. pandai lak tu dia buat gaya rock kangkang tahun 80an. Walaupun gaya tu cam ketinggalan sikit la, aku still suka persembahan Amylea. Cuma aku agak frust dengan sedikit gangguan TV semasa Amylea menyanyi.
Kemunculan emak Amylea mungkin dinantikan oleh ramai orang. Ramai yang kata mak dia Zur Eda, jadi bila mak dia muncul aku pun expect Zur Eda lah yang keluar. Sekali muka lain, aku pun kata lah, dah tua muka lain kot, dah potong rambut kot.. tapi memang muka tu tak sama langsung la dengan Zur Eda, dan bila emak Amylea bagitau nama dia Nor Azizah, huruf Z dengan R aje yang sama rupanya. Tapi muka Amylea memang ada iras Zur Eda kan?

Felix - Hukum Karma
Aku tabik Aznil kerana merendahkan diri meminta maaf dari Felix, walaupun bagi aku secara logiknya kesilapan itu bukanah kesilapan Aznil. Takkanlah Aznil yang merancang paparan gambar orang utan tu pulak kan. Mestilah pihak penerbitan (tak tau lah kalau Aznil contribute idea). Tetapi mungkin pihak penerbit agak ego untuk membenarkan Aznil menggunakan line "Saya bagi pihak Astro memohon maaf..", lalu terpaksalah Aznil menggunakan skrip seolah² dialah pesalah dalam hal ini. Memang benar kalau Aznil kata dia agak terluka dengan perkara tu. Dan aku juga kagum dengan jawapan² Felix yang sebenarnya menyelamatkan maruah Aznil secara tak langsung. Mungkin juga Felix nih memang tak terasa langsung dan tak terfikir langsung bahawa gurauan tersebut menjadi isu di luar.
Selepas penampor dan tendangan gaban, kali ini sila bagi torpedo maut pulak pada jebon jaga baju tu. Entah fesyen tahun berapa yang dipakaikan kat Felix tu. Kalau rambut Amylea yang dipakainya tu digantikan dengan topi mengkuang, maka Felix boleh terus pegi berkelah atau pergi berkebun. Heran betul aku. Takkan lah tak ada sapa pun kat Astro yang bagi perhatian kat baju bebudak tu. Dah bukan tahap BURUK jek dah. Dah sampai tahap BURUK NAK MAMPUS dah tuh. Tolong laa.. kenapa la bebudak tu dibalut dengan baju macam orang-orang yang terpacak atas kayu kat tengah sawah padi?
Aku rasa pengkritik perlu berhati² sebelum menggunakan perkataan 'perfect'. Nyanyian Felix ternyata beberapa kali off key di beberapa tempat. Tak tau lah kalau kat stadium tak dengar sangat. Tapi memang off key. You don't have to be a musician to realize that. Camanapun, dari segi persembahan, Felix memang ganazzz.. dia punya head banging cukup buat aku risau. Dia buat macam rambut sendiri jek. Takut tercabut lak rambut Amylea tuh. Nampak cam saja nak kasi tercabut pun ada gak. Persembahan Felix memang all out dan menghiburkan.

Aku agak kesal dengan pekikan 'FELIX UNIVERSE' yang dikatakan dilaungkan oleh bekas² pelajar yang tersingkir. Betul ke pelajar² tersingkir yang buat macam tu? Kalau betul, buruk betul lah perangai diorang. Nampak sangat macam busuk hati dan dengki kat Mawi. Tak kisah lah kalau diorang sokong Felix atau sesapa pun. Hak masing² lah nak sokong sokong sesapa saja, tapi dengan menyebutkan 'FELIX UNIVERSE', nampak sangat sebagai satu slogan untuk melawan dan meletakkan slogan 'MAWI WORLD' lebih ke bawah. IA TIDAK MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA FELIX, TETAPI MENUNJUKKAN HENTAMAN KEPADA MAWI. Sekiranya mereka betul nak buktikan sokongan kepada Felix, atau sekiranya nak sangat beritahu semua orang bahawa mereka merasakan Felix yang terbaik, kenapa tak gunakan saja slogan seperti 'Felix The Best' atau 'Felix The Bomb' atau 'Felix Hebat' atau banyak lagi perkataan lain, but not UNIVERSE!

Perangai macam tu nak memenuhi industri muzik tanahair? Belum pun tamat musim AF3 dah tunjuk perangai busuk hati? Tak heran lah aku kalau diorang ni besok bakal suka bercekau macam sesetengah artis² yang ada dalam industri sekarang ni. Tak heran lah aku kalau ada antara diorang ni besok turun naik court sebab kes hantar email layang memburukkan teman sesama artis.

Tapi pendapat aku tu, hanyalah SEANDAINYA yang melaung tu adalah pelajar² yang tersingkir. Kalau bukan, aku minta maaf dan tak perlulah terasa pedas kalau tak makan cili. Tapi andainya yang melaungkan tu adalah peminat² Felix, kira busuk hati jugak lah tu, dan aku nasihatkan, cari lah slogan lain.. ko letak laa UNIVERSE ke, GALAXY ke, LANGIT KE-7 ke.. masih dikira MENIRU jugak. Takde modal lain ke deknon?


IMBASAN
Amat meloyakan dan memualkan bila tajuk yang dibincangkan sekadar untuk membela Astro dan mempromosikan diary extended. Terima kasih Mag kerana memulangkan baldi Fear Factor aku. Terima kasih juga Cheeka selaku supplier baldi kerana menghantar baldi baru dengan begitu cepat sekali.

Akma
Sekalipun tersingkir, bagi aku Akma dah membuktikan bahawa dia telah memberikan yang terbaik sepanjang di akademi. Bagi aku, kegagalan Akma ke final hanyalah disebabkan ketiadaan X-factor yang sering diperkatakan, namun aku yakin kelebihan itu mampu dibinanya jika diberi sedikit masa. Bak kata M. Nasir, it take years to have that. Aku harap Akma akan mengekalkan ciri² kewanitaan yang aku lihat pada dirinya ketika menjawab segala soalan Aznil dalam Imbasan malam tu. Selain Aidil, Akma adalah antara pelajar yang teratur tutur bicaranya. Kepada Akma, SuMie di RuMaH mengucapkan tahniah kerana mampu bertahan hingga ke minggu ke-8 dan semoga Akma berjaya mengharungi dunia seni sebenar di luar sana.

**Lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi selepas menonton konsert dan Imbasan malam tu, aku terjaga dan termuntah dengan banyaknya. Tak dapat dipastikan samada ianya lanjutan dari rasa loya menonton Imbasan atau disebabkan terlebih makan nasi kenduri siangnya tu.. huhuhuuu..

Friday, July 22, 2005

Diari AF3 - 22 Julai: Bhg. 1

Aku ada banyak kerja hari ni sebab malam kang nak balik kampung. Err.. sebenarnya aku nak jahit kain baju kurung Raha yang belum siap² lagi, padahal besok dah nak pakai kenduri. Jadi aku akan tulis pasal diari tadi dalam bentuk points jek la ek. Jangan marah ye deknon² sekelian.

- Amylea sapu lantai kelas tarian sambil diperhati / diusik oleh Marlia & EE.

- Persembahan depan pengetua & tenaga pengajar:
Kefli - cam meneran jek.
Akma - selain sengau tu, aku rasa okay lah.
Marsha - memula okay tapi part tinggi ada terkucil sikit.

- Amylea cerita kat Marlia & tenaga pengajar tentang maksud lagu Ladki. (Suara Amylea masih kedengaran serak. Risau aku kalau suara dia still macam tu sampai Sabtu. Kalau serak, tapi nyanyi sampai takpe, maka akan jadi lebih sedap lah lagu Ella tu. Takut serak dan tak leh nak nyanyi.. naya jek)

- Marlia timbang berat badan. Dia suruh Felix pegi jauh² jangan tengok berapa berat badan dia.
Felix: "89 cikgu?"
marlia: "Sapa 89?!"

- Pelajar² conference dengan kawan² diorang yang dah tersingkir menggunakan video-phone. Promo Maxis-3G la tu. Best masa ni. Nampak diorang seronok sangat dapat bercakap dengan member² kat luar. Macam² mende lah yang diorang cakapkan. Pengetua, tenaga pengajar & Asrul pun enterfrem jugak.

- Kelas tarian, diorang masih lagi praktis lagu Ladki. Masa bebudak lelaki junjung bebudak perempuan tu, sampai terjatuh² Marsha. Kesiannya.. jangan terjatuh atas stage nanti dah la ye, deknon. Part akhir Felix & Amylea tu, diorang suruh Felix ala² dukung Amylea. Mawi siap suh Felix buat² nak cium tapi tak cium. Amylea gi kat Mawi, cekak pinggang cam nak marah, konon² lah. Huhuhu..

- Masa makan, aku pun tak sure diorang cerita pasal apa mula² tu. Tapi aku rasa camni kisahnya: Pelajar² lelaki lambat masuk ke akademi.. Kak Shina kata lambat sejam. Bebudak lelaki kata ada artis datang ke hostel. Macam² nama selebriti yang keluar. Yang perempuan tak percaya. Last² diorang kata, Jamal Abdillah yang datang tapi budak² pompuan tak caya jugak.

- Akma dapat VCD dangdut (rasanya Inul). Dia tengok VCD tu dengan Mawi. Amboii.. Mawi siap hafal lagik lagu dangdut tu. Huhuhu.. Mesti banyak orang nyanyi lagu dangdut kat tempat dia kerja jadi DJ dulu.

Abih dah.. Aku nak sambung menjahit sambil tengok citer Do Re Mi. Citer ni lah yang memberi ilham untuk nama AMTY - Ahli Mesyuarat Tingkap Y.com..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Thursday, July 21, 2005

Diari AF3 - 21 Julai: Bhg. 1

Kelas Adnan:
Marsha - part tinggi tu aku dengar macam tak berapa sedap, macam sengau pulak.
Akma - pun sengau gak, tapi untuk nyanyi lagu dangdut, sengau tu boleh masuk la kot.

Tetiba datang sekor Rimau besar masa diorang tengah praktis lagu Ladki. Masa memula nampak Rimau tu, Mawi gelak² jek, cam buat dek jek kat Rimau tu. Akma, Marsha, Felix & Yazer serbu & joget² Hindustan dengan Rimau yang sebenarnya maskot Maybank2u.com tu. Rimau tu ajak diorang turun ke tingkat bawah. Kelakar Rimau tu siap buat aksi Felix pusing² tangan lagik. Ada sorang pompuan buat iklan Maybank2u.com kat diorang. Habis pompuan tu buat iklan, Rimau besar tu kasi gift bags kat semua pelajar. Masa salam dengan Marsha, Rimau tu pegang tangan Marsha lama² macam tak nak lepas. Waahh.. Rimau gatal rupanya. Masa salam ngan Felix, Rimau tu siap peluk² Felix. Masa salam ngan Mawi, Mawi peluk Rimau tu sambil kata "Perut besar ni.. dah berapa bulan?!". Muahahaa..

Lepas tu diorang bergurau senda lak dengan Rimau tu. Diorang cakap, "Tiger.. tiger.. cuba menari sumazau!". Rimau tu pun buat tarian sumazau. Lepas tu diorang suruh Rimau tu menari Menuju Puncak. Rimau tu buat aksi gulung tangan ke bawah tu.. muahahaha.. pandai betul Rimau nih. Lepas tu Rimau tu buat twist Oh Fatimah pulak. Kelakar jugak la Rimau nih, cute jek nampak. Tapi cute² pun, kalau letak kat sudut rumah aku, mau tak leh tido malam dibuatnya.

Felix & Yazer buat sit-up. Yazer tu aku paham ler.. tapi Felix? Felix ada perut ke?

Lepas tu bebudak tu main baling² bantal dalam bilik tarian tu. Kefli baling bantal, yang lain² cuba lari mengelak dari kena bantal. Sapa kena, dia pulak kena jadi tukang baling bantal. Lepas Kefli, Mawi pulak. Lepas tu Amylea, lepas tu Felix.. lepas tu sapa tah lagi tak ingat dah, sebab kejap² dah bertukar orang. Termengah² diorang berlari mengelak bantal tu sampai tergelak² diorang bermain. Sebijik macam budak² tadika. Agaknya diorang dah boring tahap gaban dah tu sampaikan main baling bantal pun jadik jugak.. kelakar betul.

Linda Jasmin masuk ke akademi dan mengadu kat Tipahtipah, lagu Hindi tu susah nak buat sebab 7 minit, lama sangat tak tau nak buat apa, tapi dia kata dia akan cuba 'buat yang terbaik'.

Budak² tu praktis sendiri tarian Ladki sebelum Linda datang. Mak aihh, ada aksi melentok habis dalam lagu tu rupanya. Ada satu part tu pulak, semua pelajar duduk melutut dalam separa bulatan, Amylea sorang² kat tengah menari tarian Hindi. Kagum betul aku dengan budak nih. Dah la segala jenis lagu dia boleh bawak, segala jenis tarian pun dia boleh menari jugak. Lepas tu masa part akhir lagu tu, semua orang dok kat tengah² kelas, tetiba Mawi tercicir dok ber-kuch²-hota-hai sengsorang kat depan cermin. Laa.. tengah berlatih pun ko sempat berangan, deknon?

Masa diorang tengah makan, tetiba muncul Ibu Yusni Jaafar & Pak Hamid Gurkha turun dari atas tangga tu. Pelik bebeno banglo AF nih. Banyak betul pintu rahsianya. Ibu Yusni tengok lauk yang Mawi makan, dia kata, "Laa.. kesiannya makan lauk kicap dengan sayur jek?". Lepas tu dia kata (kat Yazer kot), "Along, pergi naik atas ambik lauk"

Lepas makan, pelajar² perempuan berborak dengan Ibu Yusni kat bilik Aktifkan. Amylea bercerita tentang dia dan mak dia. Marsha bagitau yang keluarga dia memang minat seni tapi takde peluang untuk expose. Akma pulak cakap dia biasa² jek, cuma kakak dia pengacara TV. Siapa ek kakak Akma?

Pelajar lelaki pulak berborak dengan Pak Hamid. Lepas tu semua pelajar berborak sekali sama² dengan Pak Hamid & Ibu Yusni dalam bilik tarian. Diorang berlakon satu babak dari filem Sikit Punya Gila. Dah lama gila filem ni, aku nengok masa kecik² dulu, tapi aku ingat jugak lah scene tu. Hamid Gurkha baru balik dari kerja, sorong basikal. Yusni Jaafar lak dok depan tangga rumah dia, tegur Hamid. Masa tu leher Yusni ni pakai apakebendanya tah namanya tu, alaa yang orang eksiden selalu pakai kat leher tu. Skrip diorang lebih kurang camni:
Yusni: "Baru balik Mid?" (suara garau macam jantan)
Hamid: "Jantan mana pulak tegur aku ni?"
Yusni: "Aku lah Mid"
Hamid: "Hahh engko.."
Yusni: "Seksi tak Mid suara aku?"
Hamid: "Seksi ke seksaaa?!"
Lepas tu Mawi & Marsha kena berlakon semula scene yangh sama. Tak menjadi sangat lah bagi aku.

Kemudian Pak Hamid berlakon balik scene dia berus gigi ikan tu pulak, dan suruh Kefli berlakon balik macam dia. Tapi bila Kefli buat, gaya dia bercakap tak jadi macam pakcik² membebel siang ikan, tapi jadi macam Mat Gian weng baru lepas hidu gam pulak.

Mawi lak bercakap style Pak Hamid, "Saya buat lawak nak cari makan, tapi kalau orang kata lawak saya lawak bodoh, saya peduli apa..". Rasanya ni memang dialog Pak Hamid sendiri, tapi tak ingat dalam rancangan atau filem apa.

Lepas tu sebelum balik, diorang bersalam². Yazer peluk Ibu Yusni sambil diperhati oleh Amylea. Nampak seolah² diorang macam dapat melepaskan rindu pada ibubapa sendiri melalui pertemuan dengan Ibu Yusni & Pak Hamid. Sempat diorang ramai² nyanyi lagu "Kudaku lari gagah beraniii..." depan Tipah. Kelakar habis. Bersungguh² Pak Hamid menyanyi. Ibu Yusni tanya Tipah,"Tempias tak Tipah?". Tipah angguk. Terus Pak Hamid merajuk tak mo nyanyi, bebudak sumer gelak ramai². Huhuhuu..

Aku sebenarnya terhibur dan pada masa yang sama tersentuh gak dengan paparan diorang bersama Ibu Yusni & Pak Hamid hari ni. Nampak diorang mesra, nampak macam ada suasana kasih sayang dalam lawatan kedua² orang pelawak veteran ni. Aku tergelak sebab kelakar, at the same time aku rasa nak menitik air mata nengok keikhlasan yang terpancar dari wajah dua artis veteran ni. So, kalau korang tanya aku samada diari ni patut ditonton, maka aku akan jawab - YA!

Semoga Allah memurahkan rezeki mereka, panjangkan umur mereka dan semoga jasa mereka dalam persada seni diberi penghargaan ketika umur mereka masih ada.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Wednesday, July 20, 2005

Diari AF3 - 20 Julai: Bhg. 1

Aku terlepas 15 minit yang pertama tadi sebab terleka tengok Desperate Housewives kat Starworld, walaupun malam tadi aku dah tengok 2 kali dah citer tu.

Masa aku bukak tadi, Felix tengah menyanyi dalam kelas Adnan. Lepas tu Felix tengah praktis lagi dalam bilik Aktifkan. Kemudian Felix lagi sedang berlatih menyanyi di asrama. Dan Felix jugak lagi sedang menyanyi di kelas vokal dengan ditemani Yazer. Mesej yang ingin disampaikan oleh paparan² tersebut ialah, lagu Felix sangat susah dan Felix berlatih dengan tekun berbanding pelajar² lain, oleh itu undilah Felix banyak² sehingga habis gaji anda sebulan. Orang ke-2 yang perlu diundi ialah Yazer kerana dia menemankan Felix berlatih lagunya yang susah itu. Jika tak cukup duit untuk mengundi, pecahkanlah tabung ayam anda atau gadaikanlah gelang tangan anda.

Seterusnya pelajar² berbincang macamana nak sambut kedatangan Afdlin Shauki kerana mereka diberitahu Afdlin akan datang ke akademi. Tapi sampai tamat diari pun aku tak nampak bayang Afdlin. Mungkin dalam diari 8.30 malam kang ada kot. Kefli cadangkan supaya Mawi buat macam orang gila dalam cerita Buli. Akma pula cadangkan supaya diorang buat lakonan Afdlin & Erra Fazira dalam cerita Soal Hati. (Oops.. baru teringat, SuMie di RuMaH ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Erra Fazira sebab menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem baru² ni).

Dalam kelas Linda, pelajar² berlatih tarian untuk lagu Ladki. Ada satu part tu, Mawi, Felix & Yazer kena pegang tangan buat satu bulatan, lepas tu pelajar² perempuan duduk antara lengan diorang, dan yang lelaki kena junjung pelajar² perempuan tu. Aduishh kesiannya.. mesti lenguh gila, sebab lepas tu nampak Yazer picit² lengan dia.

Dalam kelas Sham, diorang praktis backup untuk lagu Akma dan lagu Yazer.. Iye deknon² sekelian, Yazer lagi..

Last sekali, Marsha menyusun semua anak patung yang ada dalam akademi atas sofa depan Tipahtipah. Dia bagitau nama setiap anak patung tu - Lily, Mimi & Phil. Kemudian ada satu anak patung yang kecik sekali, kata Marsha, yang tu Amylea punya. Memula Marsha kata nama dia Rizal (Rizal?? Huhuhu..), then Marsha betulkan, nama dia sebenarnya Zal.

Marsha bawa Mimi (anak patung berbentuk anjing tu) ke depan Tipah dan tanya Tipah - cute tak? Tipah macam tak jawab jek. Lepas tu Marsha hulurkan mulut Mimi tu kat Tipah konon² cam Mimi tu kiss Tipah lah. Punya la banyak kali Marsha buat macam tu, aku tengok pun bosan. Aku rasa Tipah tu pun macam malas nak layan sebab dia pusing ke arah lain, tapi Marsha follow jugak dan terus kasi Mimi kiss tipah. Huk alah.. bosannn bosan.. Lately aku nampak macam Marsha selalu sangat cuba tarik perhatian kamera. Strategi tu mungkin bagus, tapi kalau overdo, orang yang suka jadi menyampah lak.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Tuesday, July 19, 2005

Diari AF3 - 19 Julai: Bhg. 1

Yazer cakap ngan Tipah pasal perlantikan dia sebagai ketua. Lepas tu dia ambik Mr. Bola² Akma dan tunjuk kat Tipah dan komen, kalau tak silap, Yazer kata Mr. Bola² Akma tu macam Gaban. Masa tu Akma macam tak bagi tapi sambil gelak² lah. Lepas tu Yazer komen Mr. Bola² orang lain pulak.

Amylea, Yazer & Kefli buat step sendiri untuk lagu Ladki (ala aku tak tau tajuk penuh lagu Hindustan tu. Aku tulis, 'Ladki' jek la ek). Tak lama lepas tu, Akma pulak join sekali. Tapi tak nampak depan kamera, nampak tepi² & nampak dari cermin belakang jek.

Amylea pakai kasut depan Tipah² sambil hafal lagu Ladki.

Kefli main gitar cari chording untuk lagu Ladki. Cam tak sesuai jek aku dengar.

Lepas tu Yazer pulak main gitar kat tangga nyanyi lagu 'Do Re Do Mi Do Fa..'. Masa ni aku dah kata dalam hati, "Huk alah... bosannya paparan hari ni!"

Lepas tu pelajar² praktis lagu Seri Langkat & Ladki dalam kelas Adnan. Kemudian kelas Sham, Marsha praktis lagu dia & yang lelaki praktis untuk backup lagu Yazer. Masa ni, aku nengok muka Mawi, rasa cam rindunyaaa.. rasa macam dah lama tak nengok muka dia. Ye laa.. sekarang ni mana ada lagi diorang fokus Mawi sorang² di luar waktu kelas. Paparan Mawi berdua atau bertiga dengan pelajar lain pun takde. Kalau nak nengok Mawi, masa praktis nyanyi ramai² tu, tengoklah puas².

Penutup diari, diorang ramai² nyanyi lagu Ladki dalam kelas Sham.

Pertukaran ketua pelajar
Bukan aku rasa Yazer tu tak layak jadi ketua, dan bukan juga aku suka sangat Mawi jadi ketua pelajar, tapi aku cuma heran, besar sangat ke kesalahan Mawi sampai perlu 'digulingkan dengan cara terhormat'? Tepukan dan ucapan terima kasih yang hanya sekadar skrip untuk jaga hati tu juga tak dapat aku terima secara positif. Sebagai peminat Mawi, pada awalnya aku sangat kecik hati dan bengang dengan tindakan meng-kambing hitamkan Mawi sedemikian rupa. Namun bila difikir² kan balik, bagi aku ini hanyalah satu agenda untuk tujuan berikut:

1) Sebagai satu usaha untuk membawa Yazer ke final. Dengan ini penonton² akan melihat Yazer lebih terserlah, secara tak langsung memberi harapan baru kepada peminat² Yazer dan mereka akan mengundi Yazer dengan lebih banyak. Kata kunci di sini: AFUNDI.

2) Satu cara halus membangkitkan kemarahan peminat² Mawi. Mereka akan melihat situasi ini bagaikan satu percubaan menikam dan menjatuhkan Mawi, lalu mereka akan bertungkus-lumus untuk memastikan Mawi terselamat dengan cara mengundi Mawi lebih banyak lagi. Kata kunci di sini: AFUNDI!

Maka mereka yang banyak duit, marah lah, AFUNDI lah! Kerana memang itu yang 'MEREKA' mahukan. Tapi aku tetap tak akan tewas dalam permainan catur ini. Aku (penonton) adalah 'King' yang cuba mereka 'check made' kan dengan menggunakan Mawi sebagai umpan. Mintak maaf lah ye, 'King' yang ini belum termakan lagik umpan tu. Cuba lagi ye. Ada 3 minggu lagi untuk korang cuba pelbagai cara bagi mendapatkan AFUNDI dari aku. Apa lagi korang leh buat? Singkirkan Mawi di minggu terakhir? Buat AFMASUK? Naikkan peratus pelajar lain melebihi Mawi? Hahahahaaaa... semua tu aku dah boleh agak dah. Jadi buat lah perangkap lain yang aku tak boleh agak ye.. Muahahahah *ketawa Raja jahat makan paha ayam golek*

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Monday, July 18, 2005

Diari AF3 - 18 Julai: Bhg. 1

Pelajar² bercakap tentang Ekin. Aku tak dengar sangat apa yang diorang cakap, tak sempat kuatkan volume sebab remote control aku terbenam di bawah timbunan kain baju belum berlipat. Konon nak lipat baju sambil tengok diari lah, tu yang aku longgokkan kain baju depan TV, sekali tak perasan tertimbus remote control lak. 5 minit jugak laa aku 'berenang' cari remote tu.

Klip video aksi Ekin sepanjang di akademi ditayangkan dengan berlatarkan lagu Maafkan Kepergianku. Sebenarnya tiap hari Isnin, aku paling suka part klip pelajar tersingkir ni. Masa ni lah kita akan rasa 'kehilangan' pelajar² yang tersingkir tu. Sama seperti kehilangan Sarjan Katung, aku juka akan merindui ketiadaan Ekin dalam diari. Sebenarnya sapa jek keluar sekarang, aku akan rasa rindu jugak.

Kad wasiat Ekin dibaca bergilir² oleh Akma, Marsha dan Amylea. Beberapa kali kamera fokus kat Yazer yang semakin hensem dengan rambut fesyen barunya tu. Namun tiada sebarang aksi merembeskan air mata, air hidung mahupun air lain dari Yazer.

Kamera di asrama menunjukkan Amylea sedang main gitar dan berhenti sesekali untuk menulis sesuatu atas kertas, kemudian bersambung pula kat akademi. Rupa²nya bersama² dengan Akma & Marsha, diorang tengah gubah lirik lagu Besame Mucho, khas untuk Ekin. Kata Amylea, Ekin suka lagu tu. Amylea main gitar dan Marsha & Akma nyanyi sama. Antara lirik lagu tu yang aku ingat "..Abang Sham kini aku miliki.. Marsha akan teruskan perjuangan mengorat Abang Sham.. takde sapa nak mengorat krew Astro..". Menarik gak. Sapa rakam, boleh tak buatkan audio file untuk lagu ni? Aku nak! Aku nak! *hint kat Y*

Lepas tu Dr. Love tanya beberapa soalan, dan pelajar² kena tulis jawapan diorang kat kertas. Lepas tu Dr. Love bacakan soalan lain pulak, tapi pelajar² kena jawab soalan² tu dengan jawapan² diorang yang dah ditulis dalam kertas tu. Kelakar jugak jadinya. Aku bagi contoh la ek, kang korang tak paham lak.
Contoh soalan² pertama Dr. Love, dan kata lah ini jawapan yang dituliskan oleh Felix (contoh jek):
1. Nama awek/boifren anda? (Jawapan: Fatimah)
2. Langit berwarna biru, ya atau tidak? (Jawapan: Ya)
3. Kenderaan yang paling anda tak suka? (Jawapan: Lori sampah)
Keudian Dr. Love tanyakan soalan lain pulak, tapi diorang kena bagi jawapan macam yang diorang tuliskan awal² tadi, jadi lah macam ni:
1. Siapa yang kamu sayang? Fatimah
2. Pernah jalan² dengan dia tak? Ya
3. Naik apa? Lori sampah!
Cam tu lah lebih kurang.. Kelakar la jugak.

Kemudian pelajar² diberi play-dough macam budak² tadika, dan diorang disuruh buat Mr. Bola² menggunakan play-dough tu, kemudian warnakan. Lepas tu diorang kena tunjukkan kat Tipahtipah kasil kerja masing².

Marsha - Mr. Bola² atas Gunung Kinabalu yang bermaksud Menuju Puncak.
Felix - Namanya Mr. Rock. Cantik. Rasanya yang paling cantik kot.
Yazer - Tak nampak sangat Mr. Bola² dia. Tapi dia kata rock jugak.
Akma - Nama dia Mr. Blue.
Mawi - Tak nampak sangat, tapi dia kata Mr. Bola² dia posing seksi. Mawi tanya Tipah - suka tak? Tipah geleng kepala. Mawi gelak. Kawan² dia pun gelakkan dia.
Kefli - Colourful. Mr. Bola² dia terkangkang.
Amylea - Mr. Bola² dia striking, warna kuning & oren (or merah).

Kemudian diorang buat ucapan pada Ekin depan TuanBesar. Ish.. tak habis² ke ucapan untuk Ekin? Hari tu kat pentas pun dah banyak kali dah buat ucapan rasanya. Lepas tu diorang buat ucapan untuk keluarga pulak. Diari hari ni takde idea nak tayang apa kot, sebab tu suruh bebudak tu bercakap dengan kamera.

Akhir sekali diorang menyanyi lagu Maafkan Kami untuk Ekin, lepas tu masing² buat muka cas cute / babyface / or whatever lah..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

AF3 - Konsert Minggu Ke-7

Pengenalan ala tentera tu kelakar dan menarik jugak. Hari tu masa diorang praktis dalam kelas Marlia, dalam hati aku kata, "Biar betul.. takkan diorang nak introduce diri masing² macam tu kot?". Aku fikir, kalau diorang buat gak macam tu, mesti jadi lawak codek (lawak codek = lawak tak menjadi). Tapi aku silap rupanya, sebab aku terhibur sesangat dengan sessi pengenalan diri tu. Boleh pulak tu bebudak tu control gelak masa Aznil dok kacau² diorang. Kalau aku la, gerenti dah bersembur² air liur. Konsert ke-7 ni bagi aku lebih menarik dari konsert sebelumnya.

Kefli - You To Me Are Everything
Aku rasa Kefli nervous, sampai mempengaruhi nyanyian dia juga. Tak mau ceritalah salah lirik & pitching tu semua kan. Cuma bagi aku, itu adalah persembahan paling teruk dalam konsert ni.

Akma - Bertakhta di Hati
Secara keseluruhan, bagi aku ini adalah persembahan terbaik dari Akma. Untuk pertama kalinya aku rasa nak follow persembahan dia dari awal sampai habis. Mungkin disebabkan lagu tu memang best. Tak tau juga samada Akma dah berjumpa X-factor nya atau kerana adanya F-factor? Namun tak dinafikan, kehadiran Felix menjadikan lagu ni lebih menarik. Romantiknya masa Felix tarik tangan Akma dekatkan kat dada dia tu.. I like! I like!

Amylea - Penawar Rindu
Apa lagi boleh kata pasal budak ni? Dia ni memang serba boleh. Dah 7 konsert, Amylea tak pernah mengecewakan aku. Kalau lah juara AF ditentukan dengan pemberian markah, maka aku rasa accumulated points Amylea lah yang paling tinggi. Kalau ada hadiah untuk pelajar cemerlang AF3, aku rasa Amylea lah yang paling layak menerimanya. Aku setuju dengan komen Alam - Amylea sebenarnya bertanding dengan dirinya sendiri.

Yazer - Nazraku
He's back! Bagi aku, ini adalah persembahan terbaik dari Yazer, juga persembahan terbaik untuk malam ni. Memang jiwa dia sesuai dengan lagu rock jek, sebab nampak sangat dia bersemangat bila menyanyi lagu² macam ni. Awal² dulu aku ada gak tak puas hati sebab dia asyik dapat lagu rock jek, tapi bila difikirkan balik, apa yang nak dikisahkan? Penghibur yang baik bukan bermaksud penyanyi yang boleh menyanyi semua jenis lagu. Kemunculan Mas sebagai kejutan pertama tu kelakar jugak. Tapi kemunculan bapak dia yang sporting tuh lagi best. Memula masa aku tengok ada sorang 'Mat Rempit' melompat² kat tepi pentas tu, aku dah agak dah, ni mesti ada kejutan lain jugak. Aku ingat Tam Spider ke, tapi nampak lebar la pulak. Ada gak aku terfikir M. Rajoli kot, walaupun aku tak tau apa kaitannya M.Rajoli dengan Yazer. Tapi, memang aku tak terfikir yang 'Mat Rempit' tu rupanya bapak Yazer. Satu kejutan yang menarik, yang pastinya membantu menaikkan % Yazer.

Ekin - Maafkan Kepergianku
Ni kes curse tajuk lagu lah ni. Dan curse skirt rambu ramba dia tu jugak. Haloo.. halloo Abang Wardrobe, apa punya pesen tu daa? Macam nengok Mekar Sejambak tahun 80an tau.
Dari segi vokal, bagi aku nyanyian malam ni adalah antara persembahan terbaik dari Ekin. Apa pun, sampai hari ni aku masih tertanya², betul ke isi kandungan surat untuk Ekin tu, dan betul ke ditulis oleh mak ayah Yazer?

Mawi - Oh Fatimah
Huhuhu.. keras jek kaki kiri (ke kanan?) dia yang dijongketkan sikit masa dia menyanyi tu. Takde sebarang kesilapan besar yang dilakukan oleh Mawi, tapi persembahan agak kurang umph, mungkin sebab lagu ni biasa² jek. Apa pun, aku kecik hati.. kecik hati sesangat. Kecik hati sebab aku rasa Mawi langsung tak diajar dance step sama dengan penari sebab nampak macam dia joget main belasah jek. Kalau ada sedikit persamaan step Mawi dengan penari² latar, persembahan tu mungkin kelihatan lebih menarik. Aku kecik hati sebab aku rasa macam Mawi diabaikan oleh tenaga² pengajar. Dan aku lebih kecik hati lagi dengan Astro kerana memaparkan klip perbualan Mawi dengan Kak Shina, macam saja nak sabotaj Mawi, macam saja nak buat pengundi² Mawi terfikir "Oooh.. dia tak nak jadi penyanyi, tak yah undi dia lah". Keji tau! Keji sungguh taktik menjatuhkan Mawi tu! Akak protes! Akak protes!! *sambil cari mancis dan tong minyak tanah..*

Felix - Fantasia Bulan Madu
Aku tak berkenan dengan gurauan menyamakan Marsha & Felix dengan monyet tu. Mentang² diorang tu 'pelajar' dan terikat dengan kontrak, suka² jek samakan dengan gambar monyet. Cuba kalau gurauan yang sama di kenakan kat Anuar Zain ke, Siti Nurhaliza ke, mau keluar masuk mahkamah..
Felix banyak pakai suara falsetto untuk high notes. Walaupun S. Atan puji, tapi ianya tak begitu mesra dengan telinga aku. Aku rasa Felix boleh buat lebih baik dari tu. Arrangement lagu tu pun macam ada something wrong. Ada satu chord tu cam tak kena, janggal jek bunyinya.

Marsha - Jambatan Tamparuli
Aku lebih suka nyanyian Marsha masa buat persembahan depan tenaga pengajar hari tu. Masa konsert ni, muzik dia macam bising sangat. Aku lebih suka versi V.E. hehehe.. sapa ada audio file masa part V.E tu? Akak nak! Akak nak!

Aneka Ragam
Aku suka masa sketsa antara Mawi, Felix & Amylea tu, kelakar la jugak. Keseluruhannya, okay lah. Cuma akak protes dengan gangguan pada mic Felix tu! Akak protes! Dan akak protes sebab lagu tu pendek sangat, rasa macam kejap jek dah habis, tak cukup, tak puas tengok.

Imbasan
Kesian kat Ekin, takut nak balik Labuan. Ajaklah Abang Ilham temankan ek.. Kesian jugak sebab masa dia nyanyi last² tu, CD minus one melompat² pulak. Aku tetap akan ingat Ekin sebagai seorang yang cantik, mempunyai suara yang sedap didengar dan seksi bila menari. Bagi aku, Ekin pemalu bila dengan orang yang dia tak berapa kenal, dengan tenaga pengajar atau bila berdepan dengan kamera. Tapi bila bersama orang² yang rapat dan mesra dengan dia, macam dengan kawan² dia, barulah dia nampak nakal dan menjadi diri dia sendiri. Paling akan aku ingat ialah seluar hitam Ekin yang ada tulisan kaler merah kat punggung tu. Puas ku cari kat shopping complex, pasar malam dan kedai pakaian hari-hari.. (marilah pergi hari-hari!), tapi tak berjumpa. Err.. kalau jumpa pun, mungkin takde saiz.. huhuhuhu...

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Friday, July 15, 2005

Diari AF3 - 15 Julai: Bhg. 1

Pelajar² tabik hormat kat cikgu² mereka. Selepas beberapa hari dihidangkan dengan paparan membosankan, hari ni aku rasa okay sikit sebab dapat tengok persembahan pelajar² depan pengetua dan tenaga² pengajar. Minggu ni pelajar² sendiri yang jadi pengkritik untuk persembahan kawan² diorang.

Marsha - menyanyi diiringi Felix sebagai penari. Nyanyian Marsha okay, tapi aku rasa ada satu part tu dia salah lirik. Walaupun aku tak tau keseluruhan lirik sebenar lagu ni, tapi sebab dah selalu dengar lagu ni kat TV dari kecik, jadi rasanya perasan jugaklah bila ada kejanggalan lirik tu.
Ekin: "..part tinggi tu, suara ketat"
Yazer: "..ada salah lirik" (kira betul la yang aku dengar tu)

Akma - Felix pun menyanyi sekali sebagai double voice. Masa part ada suara Felix tu, lagu ni sedap sangat di telinga aku. Tapi muka Akma tak nampak macam dilamun cinta. Kalau Akma dapat tonjolkan wajah bebetul in love dengan Felix, persembahan dia pasti lebih menarik.
Kefli: "Suara boleh repair (?) lagi, ekspressi kena lebihkan"
Marsha: "Ekspressi muka nampak macam pasangan kamu lari, bukan macam suka bila nampak dia datang"

Kefli - masih teragak² dengan lirik lagu. Kalau Kefli menyanyi macam yang ditunjukkan dalam diari tadi, aku rasa, tobat le bosan persembahan dia masa konsert nanti.
Marsha: "Kena bermain dengan kamera lebih sikit"
Akma: "Perasaan tak konfiden tu menebal, tak fokus kat lirik"
Pengetua suruh Kefli menyanyi lagi sekali. Kali ke-2, lebih teruk lak lagi dari kali pertama. Langsung tak keluar lirik rangkap pertama tu. Kesian lak aku nengok Kefli. Mesti tertekan. Tapi, ye la.. dah 4 hari lagu tu diberi kat dia. Kalau Mawi & Felix boleh, tak ada alasan untuk Kefli tak hafal lagu tu.

Yazer - menyanyi sambil pikul tiang mikrofon kat bahu dia. Agaknya ada cikgu yang gelak tengok dia, tu yang Yazer nyanyi pun tergelak² jugak. Siap lompat², terguling² lagik.
Kefli: "Bagus, tapi time lompat² tu kena jaga suara"
Amylea: "Lompat boleh, tapi ada cara lompat tanpa ganggu suara. Memang ada caranya, nanti aku bagitau" (Wah.. akak pun nak tau gak deknon macamana caranya nak melompat tanpa ganggu suara tu, boleh lah akak praktikkan bila akak dipanggil buat show kenduri kendara nanti.. huhuhu).
M. Nasir ajuk cara Yazer pikul tiang mic tu macam cara bawak cangkul, siap jerit, "Hei.. petani²..!!". Lawak.. lawak..

Marsha berbincang dengan Marlia & M. Nasir (sambil diperhatikan oleh Felix) untuk ubah sikit lirik lagu dia ke Bahasa Malaysia supaya penonton² boleh faham apa yang dia nyanyikan. Tadi masa persembahan depan tenaga pengajar, Adnan ada komen yang lagu dia ni liriknya berulang² jadi penonton akan bosan kalau dia asyik buat benda yang sama jek sepanjang lagu tu. Jadi bagi aku, to translate salah satu rangkap lagu tu ke Bahasa Malaysia tu satu idea yang bagus.

Dalam kelas Linda - diorang berlatih lagu Aneka Ragam.
Kelas Sham - diorang berlatih lagu Fantasia Bulan Madu & Menuju Puncak.

Kamera di asrama perempuan menunjukkan Amylea menyanyi sambil main gitar. Oohh.. pandai jugak dia ni main gitar. Mungkin tak sebagus Linda. Tapi kira okay lah kalau setakat nak strumming layan satu lagu sorang², atau untuk lepak nyanyi ramai² depan unggun api kat kem pengakap yang dibuat kat padang sekolah, nyanyi lagu 'Goreng Pisang' ke, lagu 'Di sini.. di sini.. kita berkumpul' ke... alaa macam masa zaman sekolah dulu. Ish.. teruk cikgu aku kan? Ada ke dia bawak kitorang camping kat padang sekolah jek? Tak puas hati la ni.. sama macam aku tak puas hati kat diari AF minggu ni, sebab takde sekali pun diorang tunjuk Mawi praktis lagu dia. Tak adil tau.. akak protes! Akak protes! Saya bangkang, Puan!

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Thursday, July 14, 2005

Mana diari tengahari?

Mintak maaf lah ek kengkawan pasal takde entry diari untuk tengahari tadi. Sebenarnya hari ni aku baru subscribe Ch.21 untuk bulan Julai. Tu yang aku ala² jakun, lepas satu cerita, satu cerita aku nengok.. huhuhu.. Lepas habis diari tengahari, aku sangkut kat cerita Tango Charlie. Ni filem Hindustan sebenarnya nih, walaupun tajuk dia cam citer omputih. Aku lak dah lama tak nengok cerita Hindustan. Pastu cerita tu pulak pasal askar perang². Kira takde banyak scene hero & heroin golek² tukar baju lah. Yang banyak ialah scene hero² golek² beramai² dan tak tukar² baju. Ye la, dah askar tembak-menembak mesti lah banyak tergolek kan, dan takkan nak tukar² baju pulak kan. Baju askar tu pulak aku nengok sama jek dengan baju askar Malaysia. Tak tau la bebetul sama ke idak, tapi sekali pandang nampak macam sama la. Disebabkan nampak cam sama tu laa yang aku ala² patriotik sikit, tu terus 'ter'tengok sampai habis.

Habis citer hindustan tu, aku 'ter'tengok lak cerita Being Julia. Cerita pasal diva yang umur dah nak senja tapi jatuh cinta dengan anak ikan muda sebaya dengan anak lelaki dia. Tengok sikit, 'ter' suka pulak. Ish.. suka tu, bukanlah disebabkan akak ni dah senja cam diva bernama Julia tu ye deknon. Anak akak pun baru 1½ tahun jek umur dia. Dan akak takde lah rasa nak bercintan cintun ngan anak² ikan macam diva tu pun. Cuma bila dah tertengok dari awal tu, rasa tak leh nak angkat badan pegi depan PC pulak. Akak teruskan aje laa tengok sampai habis. Boleh tahan jugak le cerita tu.

Habis citer tu, sambung cerita Cinta Fotokopi pulak. Sebenarnya aku subscribe Ch.21 bulan ni pun disebabkan nak nengok Cinta Fotokopi ni lah. Walaupun aku baca komen orang, cerita ni hampeh jek sebenarnya, tapi disebabkan ada Zarina berlakon, aku nak jugak nengok. Boleh tahan jugak cerita ni.. err maksud aku, boleh tahan jugak laa hampehnya. Hehehe.. Kalau aku nengok lagi sekali pun semata² disebabkan aku suka nengok Zarina jek. Sama laa macam aku nengok filem Erra Fazira berlakon. Bukan sebab aku suka jalan cerita. Aku suka nengok Erra jek. Bila tengok Zarina, Khai, Adam & Bob dalam filem ni, rindu lak kat kerenah diorang dalam AF1 & AF2. Lupa langsung kat AF3. Ntah lah, tambah² pulak diari² AF3 minggu ni bosan semacam jek, termasuklah diari tengahari tadi.

Dan disebabkan bosan, aku pun rasa malas nak buat ulasan untuk tengahari tadi. Lagipun, tujuan utama aku buat ulasan diari tengahari ialah untuk bacaan kawan² yang kerja kat ofis yang tak boleh tengok TV. Memandangkan masa aku tulis ni, dah pun berjam² lalu tamat office hour, jadi aku rasa dah tak ada keperluan untuk aku buat ulasan diari tengahari tadi lagi.

Okay la ek, nak sambung nengok TV semula. Lepas ni tengok diari 8.30 malam. Lepas tu kul 9 nengok Lost. Lepas tu nengok Samarinda. Lepas tu nengok Friends. Lepas tu tengok Earthsea-Part 2 lak. Abang lak bawak balik sebaldi KFC. Huhuhu.. syoknya.. jadik Ratu TV lah aku..

Wednesday, July 13, 2005

Diari AF3 - 13 Julai: Bhg. 1

Askar² laporkan diri pada Marlia. Marlia tanya girls samada askar² tu layan diorang dengan baik. Diorang jawab, "Sangat (baik)", kecuali Amylea, dia kata "Baik tapi garang". Marlia tanya sapa yang paling garang. Amylea jawab "Chief". Mawi kata, dia dah buat yang habis baik dah.

Dalam kelas, Felix duduk atas sofa sebelah Marlia. Pelajar² lain dok atas lantai. Marlia tanya, apa itu cinta?
Mawi: "Cinta itu ibarat kentut, ditahan sakit, dilepas takut" (Muahaha..)
Yazer: "Cinta itu ibarat kurap, makin dilayan, makin sedap" (Muahahaa..)
Kefli: "Cinta itu.. saya pun tak tau lah nak cakap, cikgu"
Felix: "Cinta itu permainan hidup"
Marlia: "Ko ni poyo lah!" (Muahahaa..)

Pelajar² perempuan menghayati lirik lagu masing². Felix ada masalah menghayati lirik lagu Fantasia Bulan Madu. Marlia suruh Yazer tolong tunjuk camana kalau dia yang hayati lagu tu. Masa ni beberapa kali kamera fokus kat Ekin. Lepas tu Marlia suh Kefli lak hayati lagu yang sama. Kamera fokus kat Marsha lak. Hek eleee... udah² le menggambarkan telenovela yang sebenarnya tak wujud tu ye Abang Kamera. Aku bosan dah ni. Baik tunjuk diorang praktis menyanyi & menari jek. Boleh jugak penonton 'mengundi dengan bijak'.

Lepas tu Yazer bercakap dengan Tipah. Lepas tu Kefli praktis lagu Inggeris dia dengan Marlia. Lepas tu diorang ramai² tengok filem Embun. Lepas tu diorang masuk kelas vokal Siti Hajar. Lepas tu diorang belajar step tarian untuk lagu Aneka Ragam. Lepas tu diorang praktis lagu Kefli & lagu Felix dalam kelas Sham Kamikaze. Lepas tu aku menguap. Lepas tu aku gi bancuh air sirap. Lepas tu aku bubuh air batu. Lepas tu aku minum air sirap tu. Lepas tu Raha nak jugak air sirap tu. Lepas tu aku tak bagi sebab air sirap tu sejuk dan Raha pulak batuk. Lepas tu Raha nangis guling² nak jugak air sirap. Lepas tu aku bagi Raha air masak jek. Lepas tu Raha guling² jugak sebab air aku kaler merah tapi air dia takde kaler. Lepas tu aku masukkan jugak la sirap sikit dalam air dia. Lepas tu dia pun berhenti berguling dan tersengih² dengan hingus meleleh. Lepas tu Raha pun minum air sirap tak sejuk tu sambil lari masuk bilik sebab nak lari dari aku yang mengejar dia untuk lap hingus dia yang meleleh tu.

Lepas tu bebudak pompuan AF tu pun macam sesama boring gak sebab aku nengok diorang main korek² dalam kelas vokal. Ekin korek biji mata Akma, Marsha korek taik telinga Ekin, lepas tu Marsha korek taik telinga Akma pulak. Lepas tu Siti Hajar datang, pukul² diorang dengan kertas. Lepas tu diari habis. Lepas tu aku pun start le taip ulasan ni kat komputer. Lepas tu bila dah nak habis taip, Raha tekan 'reset'. Lepas tu hilang le semua yang aku dah tulis. Lepas tu aku kena sawan sekejap. Lepas tu kena lah aku taip semula. Lepas tu jadik la macam ni hasilnya..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Tuesday, July 12, 2005

Diari AF3 - 12 Julai: Bhg. 1

Okay, ni ulasan ringkas dari aku.

Marsha cakap kat Tipah, dia nak mintak bamboo orchestra untuk persembahan dia. Kat belakang Marsha, Felix nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu dengan gaya menangis yang very over the top.

Aznil macam cuba nak gossip Marsha & Kefli. Masa makan, Marsha dengan Kefli duduk dekat², aku macam dengar Marsha cakap, ".. tangan sakit, tolong suapkan..". Tapi diorang gelak² lah, nampak lah yang Marsha saja berlakon. Asrul yang tengah makan sekali pun gelak jugak.

Ekin & Kefli basuh pinggan bersama².
Ekin: "U suka Marsha ke?"
Kefli "Kawan jek.. (bla bla..)"
Ekin: "Eleee.. cam kita tak tau. Tanya lah depan², buat apa tanya tulis²?"
(Tak dengar sangat apa Kefli jawab lepas tu)
Ekin: "Dia pun tertanya² sampai tak boleh tidur.."
Kefli: "Apa hal ko nih?"
Ekin tanya ni macam sambil gelak². Kefli lak jawab macam dia memang takde apa² lah. Tak tau la soalan Ekin pada Kefli tu atas cucukan jarum oleh Nana Jarum ke, atau memang sebab Kefli cam ada sesuatuh ngan Marsha.

Kefli tanya kat Marsha macamana nak nyanyikan lagu Inggeris. Marsha ajar sebutan² untuk lagu Kefli. Hmm.. tak nampak macam ada sesuatuh pun.

Mawi, Felix, Kefli & Yazer lepak kat kerusi urut tu sambil nyanyi lagu Teman Sejati yang over mendayu dan sumbang mambang. Mawi bermonolog, bunyinya lebih kurang camni, "..selama ini.. ku mencari² teman yang sejati.. bila ku temui, inilah teman sejatiku.. (sambil tunjuk pada 3 orang kawan² dia) ..yang tak boleh harap langsung!". Muahahaa.. diorang sumer gelak.

Kelas vokal, cikgu Sharul kembali.

Ekin cakap kat Tipah, kalau dia tak terkeluar minggu ni, minggu depan kalau boleh dia nak lagu Kau Pergi Jua nyanyian Dayang Nurfaizah. Sebenarnya bagi aku lagu ni lebih sinonim dengan Adam Ahmad berbanding Dayang.

Kelas Adnan, diorang praktis lagu medley Aneka Ragam tu. Tak sabar aku nak nengok performance diorang untuk lagu ni.

Kelas Marlia, pelajar² lelaki tu diberi tugasan dengan pangkat² dalam tentera - Kapten Mawi, Sarjan Kefli, Komander Yazer & Prebet Felix. Lawak gak masa nih. Berterabur bebudak tu kawat. Yang pompuan lak ketawa mengilai² nengok bebudak laki tu kawat.

Marlia cakap, 4 orang lelaki nih kena jadi 'gentlemen' sepanjang minggu ni, kena layan yang perempuan tu baik². Minggu lepas bebudak perempuan tu dah jadi maid layan diorang dengan baik, so minggu ni giliran lelaki pulak. Agaknya sebab tu lah Marsha mintak suap masa awal² diari tadi. Masa Marlia tengah explain tu, muka Mawi macam tak setuju jek. "Saya bangkang, Puan!", kata Mawi. Huhuhuu lawaknya.. Mawi kata kalau diorang suruh tolak kerusi, dia tolak, tapi kalau diorang suruh ambikkan air ke, dia bangkang. Kekekee.. Mawi ni jenis tak suka perempuan ngada² lah ni. Marlia kata, diorang kena buat jugak, tapi yang perempuan pun kena lah bertoleransi, kalau mampu, buatlah sendiri..

Gitulah adanya. Aku tak reti nak bagi rating² nih, tapi aku rasa menarik juga lah diari hari ni untuk ditonton.. Klik Y.com untuk gambar² diari tengahari tadi.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

AF3: AFUWEK Tenaga Pengajar

Beberapa minggu ni, aku dok loya nengok 'mesyuarat tergempar' antara tenaga² pengajar tu. Dah loya, mestilah nak uwek kan.. Mesyuarat konon.. bagi aku baik panggil 'Sessi Mengumpat Pelajar²' jek, lebih tepat. Memula dulu mengutuk FC, lepas tu mengutuk pelajar² pulak. Patutnya, daripada diorang mengumpat tu, lebih baik lah diorang menonton ulangan konsert bersama pelajar² macam yang diorang selalu buat masa AF1 & AF2 dulu. Aku nengok bebudak tu tengok konsert diorang macam syok sendiri jek. Patutnya masa tu lah tenaga pengajar bagitau, tang mana yang tak betul, tang mana perlu dibaiki, komen pengkritik yang mana satu yang tak perlu diambil kira.

Dah beberapa kali tenaga pengajar dok mengumpat kat atas tu, aku tak nampak pun kesan positif daripada 'sessi mengumpat' tu terhadap perkembangan persembahan pelajar². Semalam aku dengar Siti Hajar, Adnan, Linda, Marlia & EE dok komplen pasal seseorang. Aku rasa diorang cakap pasal Akma, dan kemudiannya Ekin. Daripada diorang dok mengumpat macam tu, baiklah diorang terus cakap jek kat pelajar² tu apa kekurangan mereka semasa dalam kelas, atau semasa mengulas persembahan konsert mereka. Bukan setakat bawak mulut macam Kak Bedah jual kain, lepas tu harapkan Pengetua bagi nasihat sorang². Cara Pengetua bercakap yang berbunga² dan banyak sangat pause tu, belum tentu budak² tu faham.

Kalau diorang ingat dengan mesyuarat.. eh 'sessi mengumpat' tu boleh membuka mata penonton dengan sifat dan masalah sebenar pelajar², well.. diorang dah silap. Di mata aku, sessi mengumpat tu lebih kepada membuka pekung tenaga pengajar sendiri. Daripada aku tak tau, sekarang aku dah tau cikgu mana yang suka bawak mulut, cikgu mana perasan bagus, cikgu mana yang sebenarnya suka timbulkan isu kontroversi sebab nak raih populariti sebab lagu² dia jarang dapat anugerah! Muahahaa..

Dalam hal ni, aku cuma tabik kat Puan Siti Fatimah jek sebab dia sorang jek yang tak berkobar² mengumpat pelajar². Yang lain² tu.. UWEKK!!! Kalau aku nak hantar anak aku pegi sekolah, tak hingin aku hantar ke mana² sekolah yang cikgu² nya suka mengumpat pelajar²! Siap adakan sessi khas pulak tu untuk mengumpat! Dan kalau aku jadi pegawai pendidikan yang menilai pencapaian guru², aku bagi gred F untuk cikgu² tu!

Saturday, July 09, 2005

AF3 - Konsert Minggu Ke-6 & Diari 11 Julai

Diari AF3 - 11 Julai: Bhg. 1

Diari hari ni bermula pada jam 12.00 tengahari ketika aku berada di Pusrawi Kota Damansara. Pada ketika itu doktor takde, kata nurse, dia pergi minum kejap. Diari tamat pada jam 12.30 tengahari ketika aku masih lagi di Pusrawi. Memandangkan Pusrawi tak pasang Astro untuk tontonan pelanggan sementara menunggu doktor pegi minum, maka nurse² yang ada kat situ pun tak dapat tumpang sekaki menonton Diari AF ataupun berchatting di @15. Kesimpulannya, aku tak nengok diari daa.. jadik takde la review tengahari ni ye. Mintak maaf bebanyak lah Kak Melah, Kak Eton, Kak Bedah sekeluarga, Abang Dolah di Segamat, Abang Epul dan Kak Peah suami isteri, Pakcik Seman dan Makcik Saodah di Tanjung Malim. Mintak maaf jugak lah ye dekton, dekpon dan deknon² semua, anak akak tu demam batuk dan selsema lak dari tengahari semalam, asyik merengek jek. Tu yang akak pun takde masa nak ngadap PC lama², sebab akak dok ngadap hidung dia jek, kesatkan hingus yang meleleh tu. Jadi kalau besok ke lusa ke tulat ke akak tak update pasal diari tengahari, deknon² semua paham² jek lah ek. Nanti kalau Raha dah sihat, dah boleh nyanyi "Habibi! Habibi! Habibi.. (sambil buat tangan gulung² cam Mawi)" semula, tu maknanya dia dah sihat lah tu, hah masa tu nanti boleh la akak ngadap blog semula. Apa pun, jom kita nengok recaps bergambar kat Y.com.


Konsert Minggu Ke-6
Memula aku rasa macam malas nak publish pasal konsert ni sebab rasa macam dah basi lak topik ni. Tapi, sebab aku dah tulis sikit draft dia semalam, aku sambung jek la secara ringkas beberapa perkara yang menarik perhatian aku semalam

Pengkritik - Adlin Aman Ramlee lagi? Tak kisah le, walaupun adakalanya bahasa dia kasar, aku tetap suka mamat LRT nih. Komen dia yang seolah² mengiktiraf Marsha sebagai Juara AF3 ditafsirkan oleh segelintir pihak sebagai refleksi Adlin dari keangauan dia pada Marsha. Tapi bagi aku sendiri, komen itu perlu dijadikan cabaran pada pelajar² lain terutamanya Mawi, bahawa seandainya mereka menjadi juara mengatasi Marsha, maka mereka haruslah berusaha untuk memastikan bahawa persembahan mereka jauh lebih baik dari Marsha.

Kemunculan klon Siti Nurhaliza - aku nengok muka Tok Pah ala² kontrol diva.. huhuhu.. makan hati ke Tok? Sapa pulak si Ferri tu?

Kesatuan Jawa Malaysia? Kesatuan Jawa Melayu? Whatever lah.. lawak siut.

Amylea - walaupun melalui minggu yang amat beremosi, tetap memberikan persembahan yang konsisten dan membanggakan. Nyanyian Felix dalam lagu ni juga sangat mengagumkan. Kalau Felix gagal meraih undi dari lagu Smooth pun, nyanyiannya dalam persembahan Amylea ni pasti telah mengundang banyak AFUNDI.

Ekin - nasib baik curse lagu Sheila tak menyebabkan Ekin tersingkir malam tu. Lemau. Dan semak sungguh aku nengok pakcik makcik jual kain atas stage tu. Sama semak nya dengan renda² belakang baju Ekin tu. Tau la lagu 'Warna' tapi tak perlu laa sampai ada ekor colourful okay.

Felix - tak sesuaiii... huhuhu.. His worst performance. Walaupun aku nengok buruk bebeno anak kucing Q nih meroyan atas pentas tuh, tapi aku tetap respek keberanian dan usaha yang dia dah tunjukkan untuk lagu tu.

Aidil - antara persembahan terbaik dari Aidil. Aku kesal bila Aznil menjerit mengumumkan kemunculan Bandi, kacau performance tu, patut biar jek sampai diorang habis nyanyi, barulah buat pengumuman.

Mawi - best sangat ke sampai ada cikgu nangis² tu? Asyik nagis jek tau cikgu² tuh. Bagi aku, kekuatan Mawi adalah pada suaranya. Bukan setakat atas pentas dan dalam stadium, tapi aura suara Mawi terasa sampai keluar dari skrin TV sampai kat aku. Tapi, nyanyian Mawi masih kedengaran tak terkawal, masih macam 'main belasah jek'. Cuma nak masuk chorus tu baru aku dengar best sikit. Tu pun bila sampai high notes dah berterabur semula. Apa pun, aku nak salahkan lagu jugak.. boleh? Hehehe.. Lagu tu memang tak best.. huhuuu.

Bila Tok Pah buat lawak pakai selendang sebelum mengkritik Mawi, aku rasa peminat² Siti yang meminati Mawi juga terus maafkan Tok Pah.. hehehe.. Bravo Tok Pah!!

Bila Iman Wan cakap "lupa lirik / tempo takpe.. sebabnya.. Mawi. Awak ambil jek lah kereta tu", aku pun tak pasti Iman Wan perli ke buat lawak? Mungkin kedua²nya sekali.

Penyingkiran Aidil - bagi aku Aidil keluar bermaruah kerana persembahan dia malam tu adalah antara yang terbaik. Malah bagi aku, selepas Amylea & Marsha, aku letak Aidil di no. 3. Lawak diserang sakit jantung dia tu gerenti akan diingati sebagai antara satu sejarah menarik dalam AF. Ingat Atie pegang kaki Adi? Macam tu jugalah penonton akan ingat lawak sakit jantung Aidil. Sampai ke masa Imbasan pun Aznil masih tak puas hati. Apa pun, aku nampak Aznil agak mesra dan senang dengan Aidil. Aku sendiri, selepas melihat betapa teraturnya percakapan Aidil, betapa baiknya budi bahasa dia kat mak dia, juga selepas melihat peningkatan vokal dan persembahan Aidil sepanjang dia di akademi, bahawa dengan ini aku declare dengan rasminya aku minat kat Aidil. Hehehe.. tak kira lah walaupun dia dah terkeluar dari AF, kerana perjalanan seni Aidil yang sebenar bermula di luar sini kan? Dan sokongan sebenar pastinya lebih diperlukan di luar sini juga kan? Buat Aidil, aku harap akan terus belajar vokal jika mahu berjaya sebagai pennghibur. Kalau kena dengan lagunya, suara Aidil yang ada iras² suara Allayarham Sudirman tu pasti akan disukai ramai. Aku juga doakan Aidil akan berjaya sebagai komposer. Walaupun aku rasa perkembangan pelajar² berbakat dari musim sudah seperti Rosma, Kaer, Zarina, Bob (dan lain²) langsung tak memberangsangkan, namun aku harap Aidil akan berusaha mencari jalan mengetengahkan diri dia dan tidak hanya menunggu disuap oleh pihak Maestro.

Friday, July 08, 2005

Diari AF3 - 8 Julai: Bhg. 1

Ekin menangis.. laa scene nangis² lagik ke? Takde la nangis golek² depan pintu macam Mak Dara merayu Kassim Selamat tu kan, cuma dia nampak macam tengah bersedih sambil dipujuk oleh Yazer (makan hati lah ko Cik Odah). Terdengar Yazer cakap, "Belum terlambat lagi laa.." Apa yang belum terlambat? Maksud Yazer sebenarnya, belum terlambat bagi Ekin untuk memiliki hati Yazer.. chewaahh (makan hati lagik laa ko Cik Odah). Takde la, sebenarnya kata Aznil, Ekin tengah tension untuk persembahan konsert besok. Mungkin Ekin belum bersedia kot. Untuk mengubat hati Ekin yang duka lara tuh, Yazer menemankan Ekin tengok album gambar bersama² (nampak romantik tau Cik Odah, macam zaman ko bercinta masa Tingkatan 5 dulu). Nampak Ekin ceria sikit. Pandai betul Yazer amik hati Ekin (tambah lagi hati tu untuk dimakan ye Cik Odah).

Pelajar² membuat persembahan di depan pengetua dan tenaga pengajar.
Aidil - aku suka dengar Aidil nyanyi lagu ni. Aku rasa sesuai dengan suara dia. Macam Sudirman lah. M. Nasir & tenaga pengajar tegur ekspressi muka Aidil yang tak menepati cerita dalam lagu tu.

Yazer - nyanyian dia okay. Masa Yazer tengah nyanyi, kamera fokus kejap kat muka Ekin di belakang (sabar ye Odah). M. Nasir kata Yazer tak perlu illustrate setiap perkataan dalam pergerakan dia untuk mengammbarkan cerita dalam lagu tu, kerana lirik lagu tu sendiri memang dah bercerita.

Marsha - nyanyian Marsha okay tapi petikan piano dia masih tak ada feel. Harap² Astro akan bawakan seorang pemain piano untuk iringi persembahan Marsha sebagai kejutan. Tapi tah la, takut kalau orang lain yang main, kang tak masuk pulak Marsha menyanyi sebab tak praktis sekali.

Kalau minggu lepas Felix jadi pengacara, minggu ni Akma pulak. Mula² tu Akma pegang mic, jari dia gerak² macam dia biasa buat masa menyanyi tu. Rasanya aku dengar suara M. Nasir kata, "Jadi pengacara pun kena jaga tempo jugak?". Lepas tu Akma bercakap macam pengacara Indon bernama Sumarni pulak. Kelakar laa, macam Indon betul. Aku perasan bila Akma cakap gaya Indon tu, perwatakan dia menyerlah sikit.

Bersama Puan Fatimah, Felix berlatih menyanyi lagu Inggeris nya sambil berlari² anak mengelilingi bilik tarian tu.

Marsha & Akma basuh pinggan bersama Cikgu Marlia. Err.. Marlia tak basuh pinggan, dia tengok jek budak 2 orang tu basuh pinggan. Perbualan diorang lebih kurang macam ni lah:
Marlia: "Amylea dah okay?"
Marsha: "Amylea okay. Actually sejak Amy keluar tu, dia dah okay dah"
Marlia: "Habis yang semalam tu apa puncanya?"
Akma: "Sebenarnya mula² tu cikgu suruh Kefli betulkan kerusi dia, lepas tu Amylea pulak macam arah² Kefli. Kefli cakap, jangan lah marah², lepas tu Kefli start lah sound dia. Bila sorang dah cakap, yang lain pun mula sama luahkan perasaan masing²"
Kemudian Marlia cakap pasal perbualan dia dengan Amylea semalam. Then Marlia bagi contoh macam Aidil, mula² dulu dia macam tak okay dengan orang, tapi sekarang dah berubah. Marlia kata lagi, Aidil tau yang orang tak nak ikut cara dia, jadi dia lah kena ikut cara orang.

Dalam kelas tarian, untuk satu part lagu Menuju Puncak tu, Linda suruh pelajar² gelek²kan pinggul mereka dengan tangan dihayun kan ke atas. Linda kata Yazer buat very good. Dia suruh semua plajar clap for Yazer dan suruh Yazer buat sekali lagi. Yazer buat juga walaupun nampak muka dia merah padam malu² (jangan lupa tengok Yazer gelek pinggul ye Cik Odah).

Puan Fatimah mengadakan sessi motivasi untuk pelajar². Diorang dok dalam satu bulatan, berpegangan tangan sementara Puan Fatimah cakap pasal mengejar cita², ibu-bapa, keluarga di rumah, keluarga di akademi. Sejak dari AF1, aku rasa Puan Fatimah lah yang paling cemerlang sebagai tenaga pengajar. Cara dia mengajar maupun cara dia memberi motivasi bagi aku adalah yang paling memberi kesan pada pelajar. Walaupun lemah lembut, tapi tegas dan aku nampak dia mendidik dengan kasih sayang.

Pelajar² kemudian dibenarkan membuat panggilan kepada keluarga masing² ditemani Puan Fatimah (bukan Pengetua).
Ekin - bercakap dengan emak dia. Kelakar bila dengar mak Ekin cakap, "Belilah bulu..". Mak Ekin suruh dia buat persembahan macam masa dia nyanyi lagu omputih hari tu.

Kefli - bercakap dengan abah dia. Abah dia cakap "Teruskan perjuangan! Teruskan perjuangan!". Wahh.. macam nak gi perang lak pakcik nih. Mula² abah Kefli macam nak bagitau Kefli yang Kefli dah berjaya menduduki tempat ke-3 (mungkin Abah dia maskudkan kedudukan lepas konsert minggu lepas). Tapi Kefli macam tak faham pulak. Then abah dia suruh dia anggap tenaga pengajar tu macam mak abah juga.

Marsha - mungkin bercakap dengan mak dia. Dia bagitau yang dia kena menyanyi sambil main piano.

Felix - bercakap dengan mama dia dalam bahasa Dusun. Bila dah habis, Puan Fatimah tanya apa yang mereka bualkan. Felix kata, mak dia pesan jangan nakal², jangan gaduh² dengan kawan dan mak dia sentiasa doakan dia.

Akma - berbual dengan mak dia. Mak Akma kata, "Kak Chik nyanyi feeling lah sikit".

Yazer - abah dia suruh buat baik² dan enjoy. Hmm.. Yazer pakai baju turtle neck warna hitam. Nampak hensem dan nampak dah slim lah (aku tau Cik Odah mesti tersengih² baca ni dan tak sabar² nak balik rumah nengok Yazer).

Mawi - aku tak pasti dia cakap dengan sapa. Dengan mak dia ke, adik dia ke, kakak dia ke, tunang dia ke.. hehehee.. tapi ngan pompuan lah. Orang kat tepon tu tanya, "Apa kabo?", "Kaki engko dah ok ke?" (takkan tunang lak cakap 'aku-ngko' ek?), "Joget keras lagi ke?", "Belajor betul², mak sihat semua sihat". Ejaan 'kabo' & 'belajor' tu memang aku sengajakan sebab orang dalam telepon tu memang cakap macam tu. Orang Johor memang cakap cam tu kan..

Aidil - mama dia bagi nasihat, jangan putus asa. Dalam pada mama dia dok bagi nasihat tu, Aidil sempat tanya, "Ma dah makan ke?" Caring betul lah Aidil ni.

Amylea - bagitau mak dia yang dia stress sikit (suara Zur Eda ke tu?). Mak dia cakap, "Jangan biarkan rasa rendah diri menjatuhkan kita. Depa tak faham kak, kak kenalah cuba faham depa.." lebih kurang cam tu lah.

Tamatlah diari tengahari ni. Tengoklah gambar² diari hari ni dari Y.com. Jangan marah ye Cik Odah, hari ni banyak pulak nama Cik Odah enterfrem. Tapi Cik Odah, aku masukkan nama Cik Odah dengan tujuan bergurau tanpa sebarang niat jahat tersirat di hati. Bukan macam sesetengah orang yang masukkan nama orang lain dalam blog entry diorang dengan tujuan seolah² sengaja nak ambik kesempatan memalukan orang lain. Tapi sukati orang lah nak buat apa kat rumah diorang, banglo diorang, istana diorang. Bak kata pepatah sorang kawan, biarlah babi terjun dengan labunya.. eh.. I mean, Labi..

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!

Thursday, July 07, 2005

Diari AF3 - 7 Julai: Bhg. 1

Diari tengahari ni dari minit pertama sampai le ke minit 30 memang pasal Amylea jek. Amylea menangis di sebalik Mr. Bola² tu. Asrul cuba pujuk Amylea supaya meluahkan perasaan dia kat Tipahtipah. Amylea taknak. Lepas tu dia pergi masuk toilet. Asrul cuba halang dan bawa Amylea keluar semula dari toilet.

Dasat gak Amylea nangis. Dia cakap dia malu, dia nak balik rumah, tension, give-up, takut, benci dengan diri sendiri. Aku nampak memang Amylea macam tertekan sangat.

Ekin cuba memujuk. Kemudian Cikgu Siti Hajar pulak. Siti Hajar suruh Amylea berdiri, pandang muka dia dan bagitau kenapa Amylea menangis. Dalam menangis² tu, Amylea asyik cakap dia takut. Macam susah sangat nampaknya Amylea nak angkat badan dia dari lantai maupun angkat muka dia memandang Siti Hajar. Kefli & Felix datang cuba tarik Amylea bangun dan cuba papah dia ke sofa. Amylea masih lagi tutup muka dia mengelak dari pandang muka kawan².

Kefli cuba slow talk, cakap yang diorang tegur sebab sayang, sebab mereka kawan. Marsha pun cuba memujuk dengan memberi contoh diri dia sendiri yang rasa down sangat masa mula² masuk akademi. Tiba² Amylea bangun dan bawa diri ke toilet semula.

Dalam toilet (tak nampak muka diorang cuma dengar suara je), Ekin cuba pujuk Amylea. Macam² yang Ekin katakan untuk pujuk Amylea, yang aku rasa tak sangka pulak datang dari mulut Ekin. Kedengaran macam matang je bila dengar Ekin berkata² dari dalam toilet tu.

Masa ni kelihatan Akma di dapur basuh tangan ke basuh mug ke. Kemudian Akma ketuk pintu toilet dan tanya sapa kat dalam. Akma kata Asrul panggil diorang keluar suruh makan. Hmm.. kalau tengok masa ni mungkin nampak macam Akma tak kisah jek dengan apa yang Amylea sedang lalui.

Kemudian kita ditunjukkan Mawi melaporkan pada Tipah bahawa mereka semua dah meluahkan apa yang terbuku dalam dada mereka sehinggakan menyebabkan ada sorang pelajar yang feel down. Tapi diorang dah bersatu padu untuk meneruskan perjuangan.. bla bla.. whatever lah Mawi. Aku rasa Mawi ni bukan pandai sangat menyusun kata. Dia cakap depan kamera tu pun, ayat dia dibantu oleh Kefli & Asrul. Tapi aku faham lah yang apa yang dia cakap tu hanyalah sekadar membuat laporan untuk hari tu selaku ketua pelajar. Anyway yang ni aku rasa mungkin paparan awal pagi tadi, bukan diari semalam masa Amylea nangis² tu sebab baju dia pun dah tukar.

Kembali fokus pada Amylea, semua pelajar duduk mengelilingi meja makan, Asrul suruh diorang pegang tangan kawan di kiri kanan masing². Amylea masih lagi tak angkat kepala. Aidil pegang tangan Amylea tapi Amylea macam tak pegang la tangan Aidil tu. Asrul bagi kata² nasihat untuk Amylea & untuk semua juga. Amylea bangun dan lari lagi. Kawan² datang pujuk lagi.

Masa tu Akma bagi nasihat yang aku rasakan tegas tapi berkesan. Akma cakap kalau Amylea terus menangis, setan lagi suka. Masa nangis tu lah setan kacau dengan berbagai perkara negatif. Amylea cakap - tak nak dok sini, tak boleh buat. Akma cakap lagi, bila Amylea kata tak boleh, maka tak boleh lah jadinya sedangkan Amylea sebenarnya kuat. Dalam banyak² nasihat dan kata semangat yang diberikan, aku rasa kata² Akma lah yang paling berkesan untuk memberi semangat pada Amylea.

Kalau pada awalnya mungkin penonton rasa semacam bila nengok Akma macam buat dek jek, tapi selepas dengar balik nasihat Akma pada Amylea, mungkin akan kembali neutral. Tapi ni kalau penonton neutral lah. Kalau penonton tu memang tak suka Akma atau penyokong kuat Amylea, mungkin makin bertambah tak suka kat Akma. Tapi aku sendiri ok jek lah nengok Akma tu.

Bila penonton tengok scene nangis² nih, aku rasa samada orang akan kesian sesangat kat Amylea atau tak suka terus. Yang tak suka terus mungkin menganggap Amylea ni memang bermasalah kemudian tak kuat semangat pulak nangis² mintak kesian. Tapi, aku pulak jatuh dalam kategori yang kesian sesangat.

Aku bayangkan kalau adik aku kena kurung kat asrama, putus hubungan dengan dunia luar, jadual pulak padat, kena pulak Amylea ni jenis yang kerja keras nak sempurnakan tugasan setiap minggu, sekali kena pulak sound bertubi² dengan the only friends yang dia ada kat situ, tak dapat pulak mengadu pada keluarga. Dah tentulah dia rasa lonely, rasa macam tak ada orang suka kat dia. Tambah lagi dia sedar ada kamera yang merakamkan semua tu. Dalam kepala mesti fikir, semua penonton kat luar mesti dah tengok apa yang pelajar² lain komen tentang diri dia. Mesti dia rasa malu, rasa macam penonton² di luar pun pasti akan benci dia jugak. Tambahan pulak dia rasa dia tak cantik, jadi pastinya tak ada apa yang ada pada diri dia yang boleh membuatkan diri dia bertahan dalam akademi. Sebagai seorang yang sentiasa bekerja keras (ni yg aku nampak lah), Amylea mestilah nakkan segalanya berjalan lancar dan sempurna. Bila jadi macam tu, dah tentu² semangat dia jatuh sampai rasa tak boleh nak teruskan lagi dah. Dalam kepala dia mesti berserabut fikir macam² perkara negatif yang menyebabkan dia lebih tertekan dan hilang semangat, hilang harapan.

Berkenaan sikap dia yang tak disukai tu, aku rasa berpunca dari sifat dia yang mahukan segala²nya sempurna. Orang putih kata 'perfectionist' lah. Amylea sedar dia kekurangan dari segi paras rupa. Apa yang dia ada hanyalah bakat dan dia cuba sedaya upaya untuk menggunakan segala apa yang dia ada untuk membuat persembahan terbaik bagi menambat hati penonton dan undian. Dia banyak bertanya itu ini tu pun aku rasa lah disebabkan dia memang bebetul nak belajar. Cuma tang dia tolong jawab soalan pelajar² lain tu, yang tu aku pun tak suka. Dan mungkin cara orang utara bercakap kedengaran agak kasar bagi sesetengah orang yang tak biasa, atau tak tau lah, mungkin Amylea memang jenis cepat melenting tapi dia sendiri mungkin tak sedar pun bahawa dia ada sikap macam tu.

Penutup diari menunjukkan yang Amylea dah berhenti menangis, dan duduk makan di meja ditemani kawan²nya. Felix konon²nya waiter yang amik order dari pelanggan. Biasalah kalau dah Felix, lawak la jadinya. Ada ke menu special dia Kangkung Masak Rendang? Kekekekee.. Kelihatan Amylea yang sedang makan pun dah mula tersenyum semula.

Apa pun paparan semalam dan hari ini memberi sedikit kesan pada peratusan pelajar hari ni. Pagi tadi aku nengok Amylea 7%, dah meningkat pada 8%. Akma pula dah jatuh di tangga terakhir dengan 7%.

Katakan TAK NAK pada AFUNDI!!